Dari remaja hilang kasih sayang ibu, aku nak tumpang kasih mertua sekali ini yg aku dapat

Namun, saat yg paling aku tidak boleh lupa, hari pertama selepas aku melahirkan. Aku berada di wad sambil memeluk bayiku. Ibu dan bapa mertuaku datang melawat. Bila nurse tanya mak mertua sesuatu, aku terkedu hampir menangis dengar jawapan mertua..

#Foto sekadar hiasan. Permulaan bicara, biar aku kenalkan diri sebagai Mawar berusia akhir 30 an dan sudah berumahtangga selama 15 tahun dengan lelaki berkerjaya profesional dan mempunyai 4 orang anak. Ketika aku remaja, aku kehilangan kasih seorang ibu akibat kemaIangan.

Hanya ada ayah dan dibantu pembantu rumah dalam hidup aku dan adik beradik lain. Selepas ibu meninggaI, ayah berkahwin lain. Tapi kami anak – anak tidak rapat dengan ibu tiri tersebut. Ibu tiri itu juga tidaklah melayan kami seperti anaknya sendiri kerana dia turut ada anak sendiri dari perkahwinan sebelumnya.

Hubungan kami seperti orang luar sahaja. Jadi, hidup remaja aku terkapai  -kapai mencari erti kasih sayang seorang ibu. Aku lihat orang lain bahagia menelefon ibu sambil meluahkan rasa dan bercerita aktiviti seharian. Tapi aku.. tidak tahu pada siapa aku harus luahkan.

Aku kehilangan kasih seorang ibu ketika masih remaja. Di saat aku masih perIukan bimbingan dan pimpinan seorang ibu. Ayah pula sangat garang dan tegas. Akibatnya, hubungan kami dengan ayah juga tidak rapat seperti kami dengan arw4h ibu.

Saat aku berkahwin, aku bersyukur aku dikurniakan ibu dan bapa mertua yang masih masih kuat dan sihat. Ramai orang kata, kalau ibu kandung sudah tiada, ibu mertua ni bagai pengganti ibu sendiri. Boleh menumpang kasih sayangnya.

Apatah lagi, ibu mertua aku surirumah. Aku dapat lihat betapa akrabnya hubungan suami aku dan adik beradiknya dengan ibu mereka. Sikit – sikit panggil ibu, sikit – sikit panggil ibu. Aku bahagia melihat keharmonian mereka.

Aku cuba menjadi menantu yang baik. Aku rindukan kasih sayang seorang ibu. Namun, semua pengharapan aku pada awal perkahwinan tidaklah seindah yang diimpikan. Alhamdulillah aku bunting pelamin. Di saat aku mengandung anak pertama, aku harungi dengan tabah.

Tiada siapa aku mampu luahkan rasa dan kerisauan aku. Aku hanya mampu ‘google’ mencari info – info berkaitan penjagaan kehamilan. Itulah ‘guru aku’ setiap kali ada persoalan bermain di minda. Setiap kali aku tanyakan pada ibu mertua, pasti jawapannya ‘dah lupa’.

Tiada siapa yang sudi guide aku dan berikan nasihat yang sebenar. Tibalah saat kelahiran.. biasanya aku dengar orang kata bila anak lahir. Hilang semua kes4kitan. Aku membayangkan saat kelahiran paling s4kit. Tapi aku silap.. rupanya menahan s4kit contraction sebelum bersalin itu juga sangat s4kit.

Tiada siapa yang pernah beritahu aku betapa s4kitnya ketika contraction berlaku. Aku mengigil kes4kitan menahan s4kit sambil berselawat, bertahmid dan sebagainya kesorangan kerana suami aku hanya akan masuk ketika aku sudah bersedia untuk meneran.

Hampir 11 jam aku menahan s4kitnya contraction kesorangan barulah lahirnya anak sulung kami. Alhamdulillah.. Selepas aku melahirkan, suami aku menyuruh aku berpantang di rumah mertua kerana dekat dengan tempat kerja suami dan aku sendiri tiada lagi ibu untuk mengajar tentang pantang dan penjagaan anak pertama. Aku turutkan sahaja.

Namun, saat yang paling aku tidak boleh lupa, hari pertama selepas aku melahirkan. Aku berada di wad sambil memeIuk bayi aku. Ibu dan bapa mertuaku datang melawat. Nurse di situ bertanya pada mertua aku, “Nanti mak dan baby berpantang kat mana?” “TERP4KSA la kami yang jaga” jawab ibu mertua aku selamba dan kuat.

Aku terkedu.. hampir saja air mata aku menitis mendengar perkataan ‘terp4ksa’ itu. Dari gerak tubuh ibu mertua aku juga yang hanya bersandar di dinding melihat bayi aku dari jauh. Pelbagai soalan bermain dalam fikiran aku.

Adakah aku menyusahkan mereka? Adakah mertuaku terp4ksa? Kenapa mertuaku kata terp4ksa? Teruknya aku. Aku tak punya siapa – siapa. Zaman itu, masih belum popular perkhidmatan confinement lady. Aku juga baru bekerja setahun jagung selepas tamat universiti dan tidak punya banyak simpanan.

Sehinggakan ingin bersalin di hospitaI swasta juga tidak mampu. Inikan pula untuk perkhidmatan c0nfinement lady. Jadi, aku hanya mampu berharap pada mereka, mertua aku. Apatah lagi, ini merupakan pengalaman pertama aku

. Tapi aku kuatkan hati demi nyawa kecil di depan aku. Balik dari hospitaI, aku mula proses berpantang di rumah mertua. Tapi banyak perkara aku kena buat sendiri dalam keadaan diri belum pulih kes4kitan. Dengan keadaan bilik yang tidak selesa dan katil yang sudah rosak.

Aku sememangnya tidaklah mengharap dilayan seperti puteri. Jadi, aku cuba uruskan semuanya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Aku masih segan dan tidak biasa meminta bantuan mertua. Mertua juga ada rutinnya sendiri.

Menonton tv, ke pasar, bersembang berduaan, berkebun dan sebagainya. Sehinggakan Iuka jahitan aku terbuka kembali kerana terlalu lasak dan aku harus dijahit kembali buat kali ke-2. Perit dan s4kitnya seperti Iuka dijahit hidup – hidup.

Makanan aku juga seperti tidak berpantang. Hari kedua sudah diberi burger ramly tepi jalan. Aku makan sahaja kerana tiada pilihan dan lapar. Duit gaji aku habis untuk membeli barang – barang keperluan bayi sebelum ini.

Maklumlah, baju bayi sahaja dan berpuluh ringgit sepasang. Apatah lagi dengan kelengkapan lain. Gaji aku juga masih rendah kerana baru bekerja. Sehinggakan kos untuk mengurut juga aku terp4ksa skip untuk yang penting – penting sahaja.

Suamik au? Sibuk bekerja sahaja. Bila bayi menangis dan berjaga malam, dia akan lari tidur di ruang tamu atau tempat lain sebab bising katanya. Dia perlu tidur yang cukup sebab perlu bekerja esoknya. Hampir – hampir sahaja aku terkena post-partum depr3ssion dan aku kerap menangis bila ditinggalkan kesorangan.

Menangis dan terus menangis untuk 6 bulan pertama kelahiran anak aku. Aku menjadi terlalu sensitif dan tidak dapat berfikir waras. Aku tiada support dan bahu untuk meluahkan. Anak kedua dan seterusnya, aku lebih bersedia.

Aku berpantang sendiri. Aku menyimpan duit untuk c0nfinement lady. Alhamdulillah semuanya lebih lancar tanpa aku perlu menyusahkan sesiapa termasuk keluarga suami. Aku lebih rilex dan tenang. Kini, anak – anak sudah bersekolah.

Kisah aku dan mertua tu bukan setakat di situ. Banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku terasa. Ketika anak – anak perempuan mertua aku bersalin, aku saksikan sendiri layanan yang berbeza. Cucu – cucu itu dijaga dengan penuh hati – hati dan diberi sepenuh perhatian.

Disediakan bilik yang selesa, diganti katil yang rosak itu pada katil yang baru dan selesa, sanggup bergilir berjaga malam, makanan pantang yang berkhasiat dan macam – macam lagi. Aku sedar, aku hanyalah menantu.

Langsung tidak sama seperti anak kandung. Aku menangis di dalam hati. Sehingga kini, masih jelas kelihatan perbezaan layanan antara anak sendiri dan anak menantu dari mertua aku. Walaupun anaknya lelaki, menantu perempuan yang akan disuruh itu ini.

Dinasihat itu ini. Sehinggakan jika anaknya penat, menantu yang sama – sama kerja dan penat juga ini disuruh berk0rban sentiasa. Jika bercuti ke mana – mana tempat yang jauh, menantu perempuan yang disuruh memandu kereta kerana anak lelakinya penat.

Sedangkan aku, tiada siapa pun yang pernah bertanya atau fikirkan aku penatkah? Aku perIukan rehatkah? Aku okey kah? Semua aku yang perempuan ni kena buat, kena berk0rban untuk anak lelakinya. Sampai tahap aku rasa, tiada siapa yang sayangkan aku selepas aku kehilangan ibu dan ayah aku.

Ya, ayah aku juga sudah meninggaIkan kami beberapa tahun lepas. Aku rasa sangat kehilangan. Tiada lagi figura seorang ayah yang meIindungi anak – anaknya. Sedangkan ayah aku amat adil terhadap menantunya. Jika aku silap, ayah akan menegur aku.

Menantu pula tidak pernah dimarah walaupun ayah aku garang. Mertua aku pula, anak – anak perempuannya pula dilayan dan tatang bagai minyak yang penuh. Anak – anak lelaki yang akan dikerah untuk meIindungi adik -b eradik perempuan mereka.

Tetapi, ini tidak berlaku pada menantu perempuan. Menantu perempuan pula kena sentiasa berko0ban untuk anak – anak lelakinya. Dan aku.. mulai sedar satu perkara. Aku, sebagai menantu. Memang tak akan pernah sama seperti anaknya sendiri di mata seorang mertua..

Semoga pembaca dapat memberikan kata – kata semangat atau kongsi pendapat mengenai masalah aku ini. – Mawar Putih (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Roshalizan Azrie Aris : Semua sudah tertulis. Sebenarnya Allah beri ujian mengikut kemampuan h4mbaNya. Pecayalah awak mampu hadapi keadaan ini sebab itulah ujian yang selayaknyan untuk awk. Bahagia datang dari kita bukan orang lain.

Kalau kita rasa kita tak bahagia sebab ada masalah dalam kluarga mertua atau keluarga sendiri, sampai bila – bila pun kita tak bahagia. Biarlah orang lain tak suka kita, sebab itu masalah dia. Bukan masalah kita. Anggap masalah tu perkara yang kita perlu harungi.

Sebab setiap dari kita ada ujian lain yang mungkin kita tak snggup nak lalui. Mungkin di luar sana ada mertua atau keluarga yang baik, tapi mungkin dia diuji tiada zuriat atau tiada pekerjaan yang baik atau juga diuji dengan pasangan yang tidak bekerja akibat s4kit kr0nik dan sebangainya. Sabar dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Fazidah Abdul Kadir : Jangan anggap mak mertua tu macam mak sendiri, dulu mak saya pun silap nasihat macam tu, sebenarnya mertua tu mak orang lain dan akan sentiasa jadi mak orang lain. Awak tu menantu dan akan sentiasa jadi menantu. Buat baik berpada – pada, buat jahat jangan sekali.

Matt Chivaree : Confessor, ujian ko berat bagi aku yang mmbaca. Tak dapat kasih sayang seorang ibu, ayah, mak tiri lepas tu mertua plak. Aku boleh rase perit ko tu sebab dalaman ko terbeban. Anggap tu ujian yang ade hikmah ye sis..? Sabar tu pahalanya besar. Semoga dipermudahkan urusan ko dan family.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.