Dari kecil saya jaga 3 orang anak tiri. Makan, pakai saya sediakan malah setiap kali ada majlis di sekolah saya yang pergi. Tapi bila dah besar, mak mereka dah bercerai dengan ayah tiri, mereka nak bekas isteri dan suami saya bersama kembali. Sampai anak – anak tiri kurang ajar depan saya dan suami, saya bagi kata putvs hingga mereka datang ‘minta maaf’.
#Foto sekadar hiasan. Saya Y, berumur awal 40-an. Kahwin awal 20-an, anak sendiri 3 orang dan ada anak tiri 3 orang. Suami bercerai dengan bekas isterinya atas pelbagai sebab. Bekas isterinya kemudian kahwin lain dan tak lama selepas itu kami pula disatukan.
Sekarang anak saya dua orang di sekolah menengah, satu di sekolah rendah. Semua dah besar dan syukur sangat mereka menyenangkan hati. Saya ada terbaca tentang kisah seorang isteri yang ada masalah dengan anak – anak tiri.
Saya sudah mengaIaminya, dan akhirnya saya memilih memberi kata dua pada suami. Pilih saya atau anaknya. MeIampau tak? Ada sebab, nanti saya ceritakan. Selepas berkahwin dengan suami, ketiga – tiganya saya pelihara.
Pakaian, makan, buku, tuisyen semua saya yang urus. Cuma kadang – kadang sahaja suami bantu hantar sebab suami bekerja sendiri, selalu outstation. Kerja saya pula alhamdulillah fleksibel. Hari PIBG, ambil result peperiksaan, jumpa cikgu pun semua saya.
Mungkin saya asal dari keluarga yang sangat pentingkan pelajaran, jadi saya memang tak pernah missed perkara tu semua. Anak – anak tiri saya waktu tu di sekolah rendah. Dan mereka jenis yang susah nak membantu apa – apa hal berkaitan dengan kerja rumah.
Ada juga saya suruh, tapi bila mereka buat tak dengar, saya malas nak bising so saya buat semua. Itu silap saya yang pertama. Sepatutnya bila mereka buat tak dengar, saya kena tegas dengan anak tiri.
Tapi masa tu tak kisah sangat sebab anak belum ada, saya tak penat. Bila saya bersalin kan anak pertama perkara ni berterusan. Anak tiri bangun lewat harapkan makanan terhidang atas meja makan.
Harapkan baju dicuci dan macam – macam lagi lah. Penat nak tulis. Masa tu cukup terasa dengan suami. Saya goreng ikan dengan dukung baby tengah meragam, dia cakap ikan goreng saja ke lauknya? Saya diam.
Masa tu anak tiri dah besar, dah remaja tapi kerja mereka main game tengok tv. Bapak mereka pun dengan rasa tak bersalah join sekali. Untuk pengetahuan, anak tiri saya ni satu lelaki dua perempuan.
Pendek kata lepas makan memang bawa angkat badan basuh pinggan sendiri je. Lain – lain semua saya yang buat. Berlarutan keadaan tu bertahun – tahun tapi saya masih boleh sabar bila 2 orang anak tiri saya sambung belajar, jadi mereka jarang balik.
Masa mereka balik saja str3ss semula sebab memang pemalas. Tinggal sorang saja yang lelaki tu saya mampu handle. Tapi saya masih senyum cakap pun baik – baik saja walaupun dalam hati geram dengan per4ngai.
Saya pujuk saja diri sendiri buat baik dengan orang akan dapat baIasan baik. Itu silap saya yang kedua. Terlalu baik, saya tak menjawab apatah lagi nak membebeI. Sebenarnya umur saya dan suami berbeza jauh, dia layan saya dengan baik, nafkah sentiasa cukup, cuma bila pasal anak dia tak boleh terima bila saya cuba berbincang dengan baik.
Masalah besar timbul bila bekas isterinya bercerai, dan seolah – olah ingin rujuk semula dengan suami. Di situlah mula si kakak nombor dua tu macam tunjuk muka dengan saya. Tak nak tegur saya bila mereka pulang bercuti semester.
Bila saya buat nak borak, mereka buat tak dengar. Tapi herannya bila saya masak, reti pula mereka makan hehe. Bila mention nak pergi bercuti, pandai pula mereka kata ala masa tu study week. Hehe lagi.
Masa tu anak sulung saya umur 11 tahun macam tu. Dah besar, jadi dia macam hairan. Selalu tanya kenapa Kak Long buat Mommy macam tu? Saya bagi alasan kak long dia str3ss dengan belajar.
Pandai pula anak saya jawab, dia pun str3ss dah nak UPKK elok saja layan Mommy. Nak tergelak juga la dengan jawapan anak sulung saya ni. Saya masih boleh bertahan dengan segala macam yang mereka buat.
Sehinggalah satu hari tu, anak yang nombor dua tu menjawab cakap saya depan anak – anak saya, depan bapak mereka dengan kata – kata yang sangat tidak menyenangkan. Anak saya bulat mata terk3jut kakak dia tu c4rutkan saya.
Kata saya punca hidup dia tak ada mak, ayah dia tak nak kahwin semula dengan mak dia, punca masalah dan macam – macam lagi. Kak Long menyampuk sama marahkan saya. Yang paling kecewa, suami saya cuma kata, “Kak, tak baik kata Mommy camtu dengan lembut giIer. Bukan marah.”
Peristiwa tu buat saya terbuka mata. Benda buruk berlaku depan anak – anak dan dibuat seolah tidak ada apa – apa. Saya didik anak saya untuk horm4ti saya, dengar kata Mommy tapi hari tu maru4h saya dipij4k depan mereka.
Macam – macam saya buat untuk mereka, weekend pergi hantar makanan kat asrama, celebrate harijadi mereka, layan mereka cam anak sendiri. Akhirnya saya sedar mereka tak akan berubah dan suami saya memang tak akan pert4hankan saya.
Bermula dari hari itu, saya dah tak layan mereka, saya bawa anak saya dan anak tiri lelaki tu makan kat luar. Baju mereka saya dah tak cuci, saya letak bakul lain pandailah mereka fikir sendiri. Memang masa tu mereka jeling saya macam nak terbalik mata.
Saya kata dengan suami next cuti semester suruh mereka balik rumah mak sendiri. Saya sudah tak mahu menerima mereka lagi, kecuali anak tiri saya yang lelaki sebab dia memang tak ada per4ngai. Dia pun ok, mungkin tinggal dari kecil lagi dengan saya.
Suami meng4muk besar, saya diam tapi saya tak berganjak dengan kata – kata saya. Saya kata kat suami, bercerai pun bercerai lah. Dari saya sampai m4ti hadap per4ngai buruk anak dia sampai m4ti.
Kalau mereka balik rumah ni juga, saya akan keluar bawa anak balik rumah keluarga saya. Untuk pengetahuan pembaca, keluarga saya tak pernah tahu masalah saya ni. Dan suami memang jaga hubungan dengan keluarga sebab ayah saya dulu memang tak berkenan dengan suami sebab dia duda anak tiga dan ayah takut saya dipergunakan.
Jadi bila cuti semester tu mereka balik rumah mak mereka. Ada juga mereka datang ambil adik lelaki mereka keluar jalan, tapi saya tak layan, keluar pun tak. Tapi saya tak larang anak saya jumpa kakak mereka walaupun mereka komplen Kak Long datang amik Aboi (anak tiri bongsu) saja jalan, mereka tak kena bawak.
Saya jawab la mereka mesti nak jalan dengan mak mereka, nanti awak pula tak selesa kan. Tak lama lepas tu, suami kata anak dia nak minta maaf. Saya diam saja, saya ada juga terdengar anak dia call kata rumah mak mereka tak ada aircond, makan tak sedap, Internet connection tak kuat dan macam – macamlah.
Saya dah tak nak terima. Saya kata dengan suami, saya terima mereka nak datang minta maaf, tapi lepas minta maaf pun mereka tetap kena tinggal dengan mak mereka. Bukan lagi dengan saya. Lepas tu tak ada pun mereka datang minta maaf ke apa.
Saya pun tak ada nak fikir lagi dah. Saya rasa dah buat yang terbaik, pukuI mereka pun tak pernah, tapi mereka layan saya camni. Bohonglah kalau tak ada sweet memories tu, tapi saya tolak jauh – jauh. Malas nak fikir lagi dah. – Ibu tiri jahat (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurul Huda : Terbaiklah kak yang penting jaga hati sendiri, sayapun dah penat jaga perasaan anak tiri so better pentingkan diri. Dah besar panjang pun semua kalau tak tau fikir benda baik dan buruk terpulang, kita pun tak heran. Nasib tak pernah jaga anak tiri, memang payah nak jaga anak orang sebenarnya.
Azronulhatieqa Binti Azhar : Yang terbaik adalah biarkan mereka tinggal dengan mak mereka. Walau macam mana baik pun anda tetap akan di anggap orang luar / mak tiri. So bila jadi macam ni, hidup sis pun tenang.
Tak perlu nak hadap per4ngai yang tak semenggah nanti ape – ape sis yang akan dipersalahkan. Biar mak mereka bertanggungjawab dengan anak diorang sendiri. Bila jadi tegas tapi dianggap mend3ra atau tak suka anak tiri, tapi kalau tak ditegur per4ngai m4kin menjadi. Lebih baik dilepaskan pergi, rumahtangga sis pun aman damai dan tak berg4duh dgn suami.
Izzati Jaafar : Bagus puan tegas macam tu. Sekarang bila saya kahwin dengan duda, baru paham maksud ibu tiri jahat. Sebenarnye bukanlah jahat. Tapi bila anak tu sebelom ni dibesarkan dengan cara lain.
Tiba – tiba nak kene ikut cara kita, jadi selalu selisih pendapat. Anak tiri saya perempuan. Saya dah ajar kena tolong buat kerja rumah sebab papa susah sikit nak buat kerja rumah. Tapi dalam kes saya, mamanya dah mninggaI. Jadi nak tak nak dia terp4ksa juga ikut cara saya.
Azila Zainal : Saya ada ayah tiri yang Jaga saya dari kecik macam anak sendiri, tak pernah tahu saya anak tiri sampai bila masuk sekolah sebab binti tak sama. Hanya pernah cubit saya sekali saja sebab saya tergesa – gesa nak lintas jalan, s4kit oii..
Tapi tu jelah sekali, tak pernah marahkan saya, sentiasa cakap lembut dan pert4hankan saya bila mak sendiri berleter. Abah kerja teruk dari muda sebab nak besarkan kami tapi tak pernah merungut.
Terima kasih abah, kak sayang abah, jasa abah hanya Allah yang mampu membaIasnya. Untuk anak tiri sekalian, jika dijaga dengan baik, hargailah jasa ibu / bapa tiri anda, mereka pun ibu bapa yang layak dikasihi dan dihorm4ti. Ibu atau bapa tiri pula, bersabarlah dalam mendidik anak orang kerana ianya tidak mudah.
Fiza Za : Puas hati baca ending. Salute! Jagalah hati sendiri. Budak – budak tu memang tak kenang budi dan kurang ajar. Langsung tak m4tang walaupun dah masuk ke peringkat pengajian tinggi.
Konon – konon nak mak ayah dia berbaik semula, masa susah dulu sapa yang kutip dan rawat hati ayah yang Iuka, Siapa yang beIa dorang sampai besar macam ni. Teruskan melangkah puan.