Selalunya bila g4duh mesti dia akan cakap berkaitan perceraian. Minta ceraikan dia tapi bila marahnya dah surut, kami dah berbaik, dia akan kata dia tak maksudkan pon cerai tu. Satu hari dia meng4muk cakap, “serabut hidup. Buat kerja itu ini. Lepas tu kena tonggek kat suami bagi suami puas”.
#Foto sekadar hiasan. Salam. Nama saya Udin. Usia 34, berasal dari Pantai Timur. Bekerja sebagai ahli perniagaan, jadi saya mempunyai masa yang agak flexible untuk keluarga saya. Alhamdulillah saya juga boleh dik4tegorikan sebagai T20.
Duit tidak menjadi masalah buat keluarga saya. Saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan 3 orang bid4dari yang comel. Mereka lah seluruh isi hati saya. Yang menjadi penguat saya menempuh hari – hari mendatang.
Saya mempunyai seorang isteri, crush zaman belajar ketika di IPTS di selatan tanah air dulu. Ketika di IPTS kami hanya sekadar kawan dan bukan pasangan kekasih. Kalau berjumpa pon mesti dengan group member – member, keluar ramai – ramai, makan ramai – ramai, tak pernah keluar berdua.
Jadi saya tidak betul – betul mengenali diri dia lagi ketika itu. Alhamdulillah selepas berkawan beberapa tahun saya luahkan perasaan saya dan sunting si dia menjadi isteri saya. Isteri juga seorang bussinesswoman dan pada masa yang sama seorang surirumah sepenuh masa.
Saya sangat respect kehebatan beliau dalam menguruskan bisnes dan pada masa yang sama menguruskan urusan rumah tangga. Untuk makluman, Isteri adalah seorang isteri dan ibu yang sangat baik dan hebat. Mampu menguruskan rumahtangga pada masa yang sama menguruskan perniagaan beliau.
Rajin memasak. Setiap kali nak keluar mesti akan minta izin saya. Bukan sekadar tu, malah kalau beliau nak beli barang di shopee pon, minta izin saya walaupun menggunakan duit dia sendiri. Tidak lokek duit untuk belanja anak, suami, anak – anak saud4ra dan ipar duai.
Oleh kerana masa saya yang agak flexible, alhamdulillah saya boleh sama – sama buat kerja rumah untuk mengurangkan bebanan isteri. Dia masak, saya basuh pinggan, dia sapu lantai, saya mop lantai. Dia basuh dan sidai baju, saya lipat baju dan begitu lah kerja – kerja rumah yang lain.
Tetapi ada sedikit kekurangan yang sudah 6 tahun saya dan dia cuba untuk perbaiki. Kami pernah berbincang secara berdepan tentang perkara ni. Dan beliau sendiri mengaku tentang kelemahan ini. Isteri saya seorang yang panas baran.
Sangat – sangat mudah marah dan bila dia marah, dia adalah seorang yang sangat berlainan. Mulutnya juga jadi tersangat ringan untuk mengeluarkan kata – kata yang meny4kitkan dan menyedihkan hati sesiapa yang mendengarnya.
Barang barang dibaIing, pintu dih3mpas itu biasa. Kena b0doh b3ngap etc – etc itu biasa. Perwatakan Isteri saya adalah sangat tegas, jika katanya A, mesti A. Jika B mesti B. Jadi jika sesuatu berlaku tidak seperti yang dirancang, dia akan terus marah – marah.
Pernah kami berg4duh besar 3 – 4 kali berturut – turut dalam masa tidak sampai seminggu. Dan setiap kali berg4duh, kata – kata dari mulutnya sangat menggur1s hati saya. Sehingga kadang – kadang saya fikir tiada lagi kah rasa hormat dia kepada saya sebagai seorang suami.
Untuk makluman, saya tidak pernah memukuI dan menengkingnya ketika kami berg4duh. Dia juga akui benda tu dan bersyukur saya tidak pernah tinggikan suara kepadanya ketika kami berg4duh. Setiap kali selesai perg4duhan dan berdamai, dia mesti akan menangis minta maaf dengan tindakan dia.
Jika team bisnesnya ada masalah skit, terus dim4kinya agen – agen bawah dia. Terus salahkan semua team dia bila sale bulanan tak tercapai. Lemah, pemalas, menyusahkan orang, buang masa, takmau berjaya, serabut, kerja simple pon tak reti buat dan sebagainya (banyak lagi katanya yang tidak perlu saya tulis semua di sini).
Dan bila jadi macam tu, bukan sekadar team bawah dia saja yang kena marah, sampai saya dengan anak – anak jugak kena tempias amarahnya. Jika anak buat masalah, saya lah yang akan jadi target untuk dia melepaskan amarahnya.
Selalunya bila g4duh mesti dia akan cakap berkaitan perceraian. Minta ceraikan dia. Lepaskan dia tapi bila marahnya dah surut, kami dah berbaik, dia akan kata dia tak maksudkan pon cerai tu. Terlalu dalam Iuka hati seorang suami apabila ditengking dan dim4ki isteri sendiri dengan kerap.
Terlalu lama saya menyimpan Iuka ini. Sebolehnya saya akan cuba melupakan semua kata – katanya selepas berg4duh. Yes, setiap kali lepas berg4duh kami memang kami akan saling mohon maaf. Tapi kata – kata dia tetap berbekas di hati walaupun saya cuba lupakan.
Pernah dia kata “serabut hidup. Buat kerja itu ini. Lepas tu kena tonggek kat suami bagi suami puas”. Untuk makluman perg4duhan tu tiada kaitan dengan hubungan suami isteri langsung. Juga waktu tu kami agak lama tidak bersama.
Saya jadi sangat hairan kenapa tiba – tiba dia sebut macam tu. Saya sangat sedih sehingga ke hari ini terngiang – ngiang katanya tu. Ya, dia dah minta maaf dah. Katanya tak maksudkan pon kata – kata tu. Cuma terIampau marah dan tak terkawal mulut waktu tu.
Lama saya tidak menyentuhnya walaupun ada dia bagi hint nak bersama disebabkan sangat sedih dengan kata – kata tu. Dan sampai ke tahap bila bersama saya masih teringatkan kata – kata tu, dan jadi tidak ikhlas bersama, hanya memenuhi tanggujawab nafkah batin sahaja.
Saya buntu dan sangat terIuka. Pernah saya pukuI diri sendiri sebab kerap sangat berg4duh dengan isteri. Bila berg4duh saja d4da saya jadi sangat ketat, kepala jadi s4kit. Saya pukuI kepala saya sekuat hati, tvmbuk d4da saya dengan kuat.
Saya macam tak dapat kawal diri, kepala rasa serabut sangat. Rasa sedih, rasa marah, rasa sayu. Saya jadi lega sikit lepas pukuI diri. Tapi kepala dan d4da akan s4kit dan b3ngkak beberapa hari laa haha. Saya risaukan juga anak – anak saya sebab pernah sekali waktu berg4duh dengan isteri dalam kereta, otak saya jadi kosong, hati saya pon macam tak rasa apa – apa.
Saya diam tak bercakap langsung. Kemudian terlintas nak masuk laluan bertentangan dan r3mpuh kereta lain. Cepat – cepat saya istighfar dan berzikir. Tak pernah saya terlintas nak s4kitkan anak isteri saya. Saya sedih. Dan tak tau nak buat apa.
Saya selalu berdoa dan solat hajat mohon tuhan hilangkan barannya. Tetapi masih sama. Isteri saya bila kami tak berg4duh sangat – sangat baik, manja, kelakar, rajin. Saya tahu dia sangat sayangkan saya dan anak – anak.
Dia tak maksudkan pon kata – katanya dan tindakan dia. Mungkin salah saya juga. Yang tak pandai nak handle em0si isteri bila dia marah. Saya sangat buntu. Tak tahu nak buat apa. – Udin (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Umi Habiba : Udin.. panas baran ni takde kene mengena dengan asbab Udin tak pandai control kemarahan isteri tu. Tu memang asal dalam diri dia sendiri. Dia jer yang boleh kawal. Makcik rasa Udin dah cukup baik dah sentiasa tolong kerja umah.
Seorang isteri ni kalu dia rajin beribadah sekalipun tapi kalau lidah dia menghiris hati seorang suami dan orang sekelilingnya. SebeIah kaki dah berada di ruang ner4ka.. wailyazubillah. Udin pun dah ada simtom depr3ssion tu akibat menanggung beban baran isteri.
Makcik benci sangat pada orang baran ni. Tak kira la laki ke bini ke. Sama jer. Orang baran ni dia rasa dia betul sentiasa. A kata dia A lah. B kata dia B lah. Itu bukan tegas namanya tapi haprak. Tinggalkan tempat tidur dia.
Ami Salwani : Saya cadangkan Encik Udin dan isteri berjumpa kaunselor dulu. Isteri Encik Udin sebenarnya berpeny4kit. Dia ada masalah em0si dan masalah menangani em0si. Mungkin kesan tr4uma masa lalu, mungkin juga tu cara em0si dia react terhadap kerja – kerja yang banyak tu, dia dah overwork dia p4ksa juga tu yang jadi begitu, kita tak tahu.
Encik Udin pun macam dah s4kit kesan hidup dengan isteri yang s4kit tu. Di samping tu, ajak isteri dekatkan diri dengan Allah sama – sama, banyak solat taubat, zikir, baca quran, semoga lembutlah hati. Bincang sama – sama nak selamatkan perkahwinan ni.
Kalau sayang anak – anak tak boleh dibiarkan isteri tu macam tu, takut nanti beri kesan jangka panjang pada anak – anak. Terus terang dengan isteri yang Encik Udin tersiksa, Encik Udin dah tak boleh lagi hidup macam ni, kemudian mulakan langkah pertama, sama – sama jumpa kaunselor.
Eyfa Jamaludin : Kalau time lelaki confess, ramai backup isteri. Cuba kalau pmpuan yang confess, “fikir masak – masak sis, cari kebahagiaan sendiri bla bla bla”. Untuk confessor, find your own happiness, kalau rasa isteri tak dapat dibentuk, just let go.
Hidup ini terlalu singkat untu kita mengiyakan menerima bulat – bulat apa yang orang buat pada kita, bukan setahun dua, bertahun lamanya. Dan mulut kita mengeluarkan kata – kata yang datangnya dari hati dan fikiran ya. Ustaz – ustaz ustazah – ustazah pun pesan, takda manusia mulut jahat hati baik, sebab apa yang keluar dimulut melambangkan hati seseorang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.