Dalam 12 beradik ada 2 anak 0KU. Orang kampung h1na, dah la miskin, ada anak 0KU. Saya tertangkap mak cakap sesuatu

Sebab ada anak 0KU, mak selalu terasa hati dengan orang kampung yang mengh1na. Dahla miskin, ada anak 0KU pulak tu. Selalu tengok mak termenung jauh ke kebun sayur tepi rumah. Ingatkan dia sedang tengok pokok cili dia yang subur tu. Tapi dia tengah fikir siapa nak jaga anak – anak 0KU dia..

#Foto sekadar hiasan. Hi, saya Hanna. Penulis confession tentang bapak tak beli basikal tu. Sebelum tu saya nak ucap terima kasih sebab sudi membaca cerita hidup saya. Terima kasih juga atas komen semua, satu – satu saya baca.

Siap ada yang baik hati betulkan tatabahasa. Saya tulis santai – santai saja. Kadangkala ejaan ikut slanga pertuturan saja, sebab saya rasa lebih selesa menyampaikan cerita begitu. Minta maaf ya cikgu – cikgu, hehe. Yang persoalkan kenapa lewat 90-an masih tiada RMT, tak larat la nak jelaskan.

Yang saya tahu memang sekolah saya tiada RMT sampai saya habis tahun 6, masa tu awal zaman 2000-an. Tak reka or tipu tau. Hehe. Dalam luahan saya yang pertama tu, sebenarnya hanya cerita di permukaan saja. Saya hanya ambil parts yang ngam dengan genre penulisan saya supaya flow penceritaan smooth gitu.

Ramai yang puji, hebat kami dididik dan dibesarkan. Tapi jujur, tak sempurna mana pun didikan kami, ada juga c4cat celahnya. Itu hakik4tnya. Tapi kami beradik pilih untuk ambil semua yang tak baik, jadikan dia positif. Hidup ini kan penuh dengan pilihan.

Saya tak cerita, sepanjang kami membesar, sebenarnya kami beradik selalu sangat menyaksikan perg4duhan hebat antara mak dan bapak. Hidup keluarga kami tidaklah sweet dan harmoni pun. Boleh dik4takan, kami antara keluarga yang selalu juga jadi bualan dan bahan umpatan orang kampung.

Zaman budak – budak saya suka tidur di ruang tamu. Pernah sekali tu tengah tidur lena diulit mimpi, tiba – tiba cerek air mend4rat tepi kepala. Dari mana cerek tu terbang, faham – faham sajaIa. Saya tenang saja masa tu. Ambil cerek, letak baik – baik kemudian sambung tidur.

Umpama nelayan yang tidur lena di dalam perahu ketika ombak badai melanda, gitu. Sebab g4duh? Kebanyakannya sebab benda kecik saja. Kadang – kadang sebab per4ngai bapak yang suka menyelerakkan barang, kadang – kadang sebab urusan sawah dan banyak lagi la yang kecik – kecik.

Biarpun umur sangat muda, saya dah faham, itu tak normal. Saya malu sangat dengan jiran – jiran tiap kali mak bapak berg4duh. Saya boleh rasa, enviroment tu sangat negatif. Tapi kami beradik tenang – tenang saja. Tak pernah ada yang menangis – nangis bila ada drama perg4duhan. Begitulah tiap kali.

Episod berg4duh ni berterusan sepanjang kami membesar ya. Jadi boleh katakan perkahwinan mak dan bapak ni agak t0ksik. Cuma tiada la scene pukuI memukuI, mencarut – carut. Bapak tak pernah naik tangan atau campak barang.

Jadi boleh teka la cerek terbang tu angkara siapa. Hihi. Sedih memang sedih. Tapi sem4kin meningkat dewasa, saya m4kin faham yang sebenarnya both my parents masing – masing tengah struggIe dengan hidup. Dua – dua tiada education, dua – dua tiada ilmu parenting.

Dah jadi mak, lagi saya faham yang sebenarnya mak tu penat. Penat sangat. Beranak 12 kali, anak pertama seawal umur 21 sehingga anak bongsu ketika berumur 44 tahun. Anak berderet, kerja di bendang yang tak habis – habis, urusan rumahtangga hampir semua atas bahu.

Selalu juga mak pergi ke pasar untuk menjual hasil – hasil tanaman mak untuk tambah pendapatan. Mesti mak letih sangat. Bapak pula struggIe nak cukupkan keperluan. Kakak abang di universiti semua tiap bulan kena kirimkan duit.

Kadang – kadang dia terp4ksa ambil upah bertukang tiap hujung minggu untuk tambah pendapatan. So, both my parents ni sebenarnya str3ss. Saya faham. Tapi kan, mak dan bapak ni lucu juga. Berg4duh sampai periuk belanga terbang, tapi diorang berdua ni tetap macam belangkas.

Saya ingat lagi waktu kakak saya yang sulung nak masuk kolej, mak bapak bersama – sama tebalkan muka ketuk pintu makcik kaya dekat kampung sebab nak pinjam duit untuk biaya pendaftaran kakak. (Kakak saya tu belajar di kolej swasta, jadi biaya memang sangat mahal dan tiada bantuan)

Mak bapak berg4duh sampai sekampung boleh dengar, tapi esok hari dua orang tu boleh berjalan beriringan ke sawah bendang. Kadang – kadang siap pakej pergi menjala ikan di sungai berdua sebelum pulang ke rumah. Tak faham la. Haha

Bapak selalu jugak halau mak balik rumah makpak dia asal berg4duh. Tapi masalahnya nenek dan datuk dah lama meninggaI. Saya yang baru nak membesar pun rasa tak logik. Bapak.. bapak. Pastu esoknya berbaik lagi. Tapi tipu la kalau mak langsung tak terIuka kan.

Mak tak pernah bagitau, tapi mak mesti sedih sangat. Kesian mak. Ada jugak fasa saya marah dengan bapak sebab suka sangat halau mak. Tapi slowly saya pilih untuk memahami. Sebab saya nak tenang – tenang saja. Bapak ni anak yatim piatu sejak umurnya tak sampai setahun.

Dibesarkan oleh kakaknya yang hanya 10 tahun tua darinya. Cukup umur 12 tahun, dah berdikari sepenuhnya hidup di dunia. Membesar tanpa bimbingan yang proper. Pendidikan pun setakat boleh baca tulis kira saja.

Dikahwinkan dengan mak pada usia muda pun supaya ada isteri yang boleh mengurus makan pakainya. Bapak ni, dia boleh hidup selesa dengan kemudahan yang sangat minimal. Sebab mungkin dia dah terbiasa dalam mode surv1val sejak kecil.

Jadi dia anggap kami beradik pun boleh ikut macam dia. Salah satu contoh, dia tak apply sambung air paip sampailah umur saya 9 tahun. Kami keluarga terakhir yang apply paip bersih di kampung tu. Padahal bapak mampu saja sebenarnya kalau setakat nak sambung meter air.

Tapi semua ni bukan sepenuhnya salah bapak. Mungkin tr4uma masa kecilnya yang membentuk peribadinya sedemikian. Saya pilih untuk percaya dan memahami bapak begini. Tak mahu mengadili. Saya tak cerita juga, daripada 12 beradik kami, ada sorang meninggaI sebab diIanggar kereta masa umur 5 tahun.

Tak boleh bayangkan kesedihan yang mak bapak terp4ksa tanggung. Kami juga ada 2 orang adik beradik 0KU. Sebab ada anak 0KU ni juga mak selalu terasa hati dengan segelintir orang kampung yang cakap tak bertapis.

Kadang – kadang mengh1na pun ada. Dahla miskin, ada anak 0KU pulak tu. Pernah saya tertangkap mak bercakap sendiri ketika dia sedang makan sendirian, “tidak apa, saya masih ada 9 Orang anak yang sihat!” Mesti mak cakap macam tu untuk memberi semangat untuk dirinya sendiri.

Bayangkan ketika makan pun tah ke mana fikiran mak meleret kan. Aduhai mak. Dah jadi mak ni, saya tak habis – habis simpati dengan mak. Hebat sangat ujian dia. Mesti dia simpan sedih dia diam – diam. Dulu – dulu selalu tengok mak termenung jauh ke kebun sayur tepi rumah.

Ingatkan dia sedang tengok pokok cili dia yang subur tu. Tapi mesti dia tengah fikir siapa nak jaga anak – anak OKU dia bila dia dah tiada. Saya rasa la, sebab mak asyik – asyik pesan dengan kami. Dah berjaya nanti jangan abaikan adik beradik 0KU kami.

Ada komen di luahan saya yang pertama, semoga keluarga kami hidup happily ever after katanya. Terharu sangat. Tapi di dunia ni, happily ever after tu tak wujud kot kan. Saya pun ingat bila dah berjaya nanti habislah mak bapak saya manjakan mereka, bagi semua benda yang diorang nak. Hehe.

Tapi impian untuk bahagiakan mak, kekal mimpi saja. Tahun ketiga ijazah, tepat pukuI 3 pagi, saya terima panggiIan. Mak meninggaI. Heart att4ck. Betul – betul sebulan sebelum saya nak balik kampung bercuti. Tak sempat nak jumpa mak for the last time.

Kali terakhir jumpa mak masa cuti semester, 5 bulan sebelum dia meninggaI. Masa dah nak bertolak balik ke uni, mak escort saya sampai ke pintu teksi. Saya tengak mata mak berair masa saya salam dia. Bergetar – getar suaranya pesan ‘jangan asyik makan maggie’. Eh. sedih pulak nak sambung tulis. Hmm..

Mak tak pernah tau tunjuk air mata depan anak – anak. Tapi masa tu dia menangis. Rupanya itu pertemuan kami yang terakhir. Itulah pertemuan terakhir kami. Lepas dapat call mak meninggaI tu, saya packing barang sambil nangis.

Tangisan saya m4kin kuat bila tengok sarung bercorak marble yang saya belikan untuk mak guna duit biasiswa. Cantik sangat mak. Hadiah paling mahal yang saya mampu beli masa tu. Ingatkan nak bagi masa balik kampung nanti.

Tapi tak sempat nak bagi, mak dah pergi dulu. Esok pagi tu saya fly balik kampung. Masa tu saya umpama jasad kosong yang berjalan. Kaki rasa macam tak jejak tanah. Hiruk pikuk di sekeliling saya dah tak register dalam otak.

Saya cuma ingat dalam kapal terbang saya duduk kaku sambil pandang awan – awan yang bergerak melalui tingkap. Air mata non stop mengalir tanpa suara. Orang sebeIah saya pun tak perasan saya sedang menangis. Fikiran saya kosong. Sedar – sedar dah sampai depan rumah.

Seminggu kemudian, saya fly kembali ke uni. Hari pertama, terus duduk exam ulangan sebab kebetulan minggu mak meninggaI tu minggu exam. Semester tu pointer drop sangat. Saya tak dapat dekan tahun tu. I was at the lowest point of my life.

Dekat luar saya tak pernah tunjuk sedih. Tapi masuk saja dalam bilik, saya nangis sampai sesak nafas. Tiap kali triggered, Berjam – jam saya nangis non stop. Nasib baik roomate saya selalu outing dan balik rumah dia. Jadi tiada siapa pun tahu struggIe saya tu.

Balik kampung masa mak meninggaI tu, saya sempat bawa baju lusuh berwarna hijau, berbelang putih yang arw4h mak selalu sangat pakai tiap kali dia ke bendang. Baju tu bau sawah, bau lumpur dan peluh arw4h mak. Saya lipat elok – elok, simpan bawah bantal saya setahun lamanya.

Hampir tiap malam saya menangis senyap – senyap sambil peIuk baju tu. Lepas setahun baru saya lipat baju tu masuk dalam box. Bau arw4h mak pada baju tu pun dah hilang. Masa tu, Saya memang macam tak merelakan dia pergi, saya rindu. Rindu tu sampai s4kit sangat rasanya.

Bapak? Dia br0ken-hearted sangat lepas mak meninggaI. Tiada dah kawan berg4duh dia. Bertahun – tahun bapak abaikan sawah bendang, sebab asal jejak kaki ke sana, pasti teringat arw4h mak kamu. katanya. Abang OKU saya cerita, bapak tiap malam menangis.

Dia tahu la sebab dia tinggal dengan bapak. Kesian bapak. G4duh – g4duh pun, arw4h mak sajaIah penemannya ke mana – mana. Ke bendang, ke bukit, ke sungai, berdua sajaIah mereka. Nah, siapa suruh suka sangat halau mak dulu – dulu. Kan betul – betul dah kena tinggal.

Saya pula lepas mak meninggaI, homecoming dah tak mengujakan macam dulu. Dulu – dulu setiap kali balik kampung saya enjoy sangat jalan – jalan makan angin dekat sawah bendang di awal pagi atau di petang hari. Masih terbayang sosok tubuh arw4h mak berjalan menyusuri permatang sawah sambil memegang sayur kangkung atau sayur pakis yang baru dipetik di tangannya.

Lepas mak meninggaI, kalau boleh saya mengelak turun ke sawah bendang sebab yang dapat hanya rasa sayu. Kebun dan kolam ikan di tepi sawah pun dah terbiar sejak arw4h mak dah tiada. Sawah bendang tu hilang seri. Serinya macam hilang bersama arw4h mak.

Tahun pengajian saya yang seterusnya, saya fokus naikkan semula p0inter. Biarpun masa tu saya masih dalam fasa grieving teruk, tapi syukur saya berjaya juga duduk di barisan penerima first class masa convo. Masa convo tu saya ada nangis sembunyi – sembunyi di sebalik riuh graduan – graduan yang sibuk nak tangkap gambar.

Tak tercapai impian diapit mak dan bapak dalam gambar convo saya. S4kit mencengkam rasanya. Tahun ni tahun ke-11 arw4h mak meninggaIkan kami. Saya pun macam dah move on, tapi bila mengimbau kenangan macam ni, baru sedar rupanya Iuka tu masih berd4rah.

Cuma mungkin kes4kitan tu saya letak di satu sudut paling tersembunyi dalam hati. Kalau lama tak usik, Iuka tu macam tertutup sementara. Tapi bila buka sikit saja, kembali berd4rah. Masih s4kit perit rasanya. Tapi ya la. Bila fikir kembali, arw4h mak dah cukup penat di dunia ni.

Macam – macam dia dah lalui. Mungkin Tuhan nak bagi dia rehat awal dari urusan dunia. Rehatlah mak, tak perlu risau. 9 orang anak mak yang sihat tu semua dah berjaya. Anak 0KU mak pun kami jaga elok – elok. Saya pun dah merelakan, cuma kadang – kadang rasa ralat sangat sebab tak sempat nak bagi arw4h mak semua benda yang saya dah angankan awal – awal nak bagi dia.

Rasa ralat sebab dari usia muda sampai akhir hayatnya, tak sempat arw4h mak merasa hidup selesa macam yang bapak rasa sekarang. Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan soal ketentuan hidup m4ti kan. Itu kan urusan Tuhan.

Bapak? Sekarang dah umur pertengahan 70an. Tapi syukur masih sangat kuat dan sihat. Kalau setakat pondok kecil di pinggir sawah, dua tiga hari dia boleh siapkan dengan tuIang 4 keratnya tu. Ada yang cadangkan belikan dia motor.

Hmm, kami beradik dah belikan awal – awal pun. Dia tekan minyak pi Ianggar beIukar. Mujur Iebam sikit saja. Hahaha. Pastu sampai ke sudah dia tak sentuh motor tu. Berhabuk saja parking dekat garaj dia tu. Kereta?memang tak lah dia bawa.

Dari zaman mudanya memang dia tak mahu dan tak minat berkereta. Takut eksiden katanya. Entahlah pak. Yang cakap bapak ni humble, anak – anak dah berjaya pun dia minta basikal saja, tunggu sat. Basikal tu sampingan saja. Haha.

Bapak sekarang ni ada – ada saja ideanya nak minta apa dengan anak – anak. Kami layan saja selagi mampu. Sebelum ni tiba – tiba nak minta sampan. Sampan? Nak guna memancing di kolamnya yang seluas – luas alam tu katanya.

Tiba – tiba baru ni tukar pulak nak jentera pembajak sawah tu. Senang nak bajak sawah tak perlu sewa katanya. Senang betul hatinya minta ini itu. Basikal saya yang dia janji nak belikan tu tak pun kunjung tiba. hehe. Gurau saja.

Saya pun dah m4kin penakut sejak dah jadi mak orang ni. Tak mau dah basikal. Anggap lunas la ya pak. Pendek kata bapak sekarang ni tengah bahagia sangat menikm4ti masa tuanya. Anak – anaknya 9 orang semuanya dah senang.

Sawah bendang sebahagian besar dipinjamkan FOC pada orang kampung yang tak bertanah untuk mereka usahakan. Asalkan tanah w4risan tak jadi semak dah memadai kata bapak. Kami okay saja. Bapak cuma usahakan sawah bendang tepi kolam ikannya tu.

Sekadar mengisi masa lapang. Tu pun upah pekerja untuk siapkan. Bapak selalu jadi mandur saja sekarang. Bahagia betul dia. Rasanya dah panjang sangat ni. sampai sini sajaIa coretan saya. Semua yang saya tulis ni ikhlas dan jujur luahan dari hati.

Kalau ada pengajaran yang boleh diambil, ambil lah. Kalau ada yang jahat, semoga jadi sempadan. Akhir sekali saya nak share kata – kata yang saya pernah terbaca and somehow kata – kata tu melekat dalam kepala.

“I didn’t grow up having role models. I grew up having people I didn’t want to be like and seeing situations I’d never want to be in”

“Not all of us are dealt the right cards, but doesn’t mean you can’t reshuffle your deck for a better outcome”

Terima kasih baca sampai habis, selamat malam 🙂 – Hanna (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dayana Nur : Arw4h mak saya meninggaI masa saya sem 2 minggu exam. Masa saya salam arw4h mak nak berangkat ke universiti, mak saya nangis teresak – esak depan pintu. Nangis yang tak pernah saya nampak sepanjang saya dengan arw4h mummy. Semoga mummy di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Is Marissa : Seronoknya baca cerita awak.. part sedih.. sungguh – sungguh saya nangis part gembira sungguh – sungguh saya senyumm.. Semoga mak awak dikurniakan syurga tertinggi. Walaupun dia tak sempat merasa bahagia kat dunia, semoga mak awak sentiasa berbahagia kat akhir4t sana. Terlalu banyak yang dia dah k0rbankan semasa hayat dia.

Norfadhilatul Adha : Teringat masa kecik – kecik dulu, selalu ke pinggir hutan dengan kakak petik paku pakis, amik sawi hutan, pucuk ubi sebab nak makan sayur punya pasal. Sekarang masing – masing dah besar, ada kehidupan sendiri, lebih baik dari ketika kecil. Alhamdullilah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.