Disebabkan saya benduI dan h0doh pengasuh kurung saya dalam stor setiap hari. Bila saya mengadu dekat ibu..

Saya pun pelik kenapa pengasuh bencikan saya sangat, mungkin masa kecil saya benduI dan h0doh. Dengan anak asuhan lain 4 – 5 orang dia baik je. Bila anak asuhan yang lain takde, saya hanya dibenarkan duduk dalam stor yang sempit dan gelap. Saya tak dibenarkan pasang lampu. Membazir!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan. Pertama sekali, saya seorang perempuan berumur awal 20-an. Saya merupakan anak sulung dan berasal dari keluarga sederhana sahaja alhamdulillah cukup makan pakai.

Confession ini lebih kepada nak meluah jela sebenarnya supaya saya rasa sedikit lega dengan beban yang dah terpendam lama. Saya cuba untuk cerita dengan lebih jelas dan straight to the point sebab saya takut juga meleret sebab saya jenis kalau bercerita satgi haa meleret pula ke mana – mana.

Harap maaf la kalau tiba – tiba tersimpang dari tujuan asal. Okay mulakan cerita. Waktu kecil saya diletakkan di rumah pengasuh kerana kedua – dua ibu bapa bekerja. Pengasuh saya ini pangkat makcik – makcik bawang gitu, anak – anak dia pun dah kerja, kahwin dan dia dah ada cucu.

Rumahnya dalam kawasan perumahan yang sama dengan rumah ibubapa saya tapi tidak lah terlalu dekat dengan rumah. Dari umur 5 tahun saya dihantar ke rumahnya. Apa yang boleh saya katakan ‘ner4ka’ yang saya terp4ksa bawa sehingga ke hari ini.

Pengasuh saya amat bencikan saya, saya tak pasti kenapa, mungkin kerana saya sangat benduI dan h0doh ketika saya kecil. Saya akui saya teramatlah benduI ketika kecil sampai orang boleh main – mainkan saya. Tapi benduI tidak membawa erti saya b0doh, maka itu saya memendam rasa sehingga ke hari ini.

Apa yang dia lakukan terhadap saya? Dia tidak melakukan pend3raan fizikaI terhadap saya sepertimana majoriti berlaku di luar sana. Biasa pengasuh akan naik kaki tangan sampai terced3ra, c4caat dan m4ti. Tapi saya tak.

Adakah itu bermakna saya okay? Lagi teruk sebenarnya dari pend3raan fizikaI tuan – tuan puan – puan. Seperti saya katakan, dia amat bencikan saya. Anak – anak asuhan lain ada dalam 4 – 5 orang tidak termasuk saya, semuanya dia layan okay saja, tapi saya dia layan teruk.

Semua yang saya buat semua tak kena. Pelikkan? Saya akan diletakkan di dalam bilik stor sepanjang saya berada dan jejak rumahnya. Tidak dibenarkan untuk keluar ke ruang tamu atau ke mana – mana tanpa tujuan. Keluar hanya untuk makan dan ke bilik air.

Kalau waktu sekolah okayla pergi sekolah tapi bila waktu cuti? Itulah satu – satunya tempat saya, di dalam bilik stor yang sempit penuh barang, cahaya hanya ada dari tingkap atas bumbung samar – samar tu. Jangan sentuh suis lampu, membazir elektrik katanya!

Bayangkan tuan – tuan puan – puan, berapa banyak cuti sekolah sepanjang tahun kita ada? Paling siksa bila cuti hujung tahun yang sebulan lebih tu. Sebulan lebih la saya dikurung dalam tu. Oh ya, anak asuhan lain tidak seperti saya yang memang tetap harian datang ke rumah pengasuh.

Mereka kadang – kadang saja ada. Bila mereka ada jela saya boleh bermain (di dalam bilik itu juga). Bila mereka takda? Termenung la saya sepanjang hari berseorangan di dalam bilik sempit dan gelap itu. Di sini la timbul masalah yang menghantui hidup saya sehingga saat ini.

Ya saya rasa saya ada mentaI iIIness hasil saya dikurung berapa lamanya ketika saya kecil. Saya bukan sahaja dikurung, saya dim4ki ditengking, saya sentiasa berasa takut sepanjang berada di rumahnya. Anak – anaknya pun sama membenci dan mengherdik saya.

Sepanjang saya dikurung, saya rasa saya develop mentaI iIIness, yela mana taknya, dengan kesunyian dalam persikitaran tang menyeramkan begitu di saat saya membesar ingin membentuk diri saya. Saya tak giIa, takda dengar suara – suara ke apa.

Saya lebih kepada over dalam fantasi sendiri, kuat berangan yang tak normal macam orang lain. Orang lain angan – angan yang indah – indah dan baik – baik saja. Saya punya angan – angan selalunya berkenaan supaya saya s4kit dan cepat m4ti.

Saya suka berangan macam tu. Saya tertekan kenapa diperlakukan begitu. Pada pemikiran saya sehingga ke saat ini yang saya dah berumur awal 20an ini, kenapa saya kena hidup kalau hidup saya macam ni? Saya rasa lebih baik pengasuh saya itu tamatkan saja riwayat saya daripada siksa mentaI saya dan saya harus hidup seperti b4ngkai bernyawa sehingga ke hari ini.

Sekurang – kurangnya kalau saya dah takde dekat dunia, mungkin sekarang saya dah dekat syurga dah sekarang. Hidup macam ni dah tak bermakna tuan – tuan puan – puan. Saya sentiasa dih4ntui memori hitam itu, saya tr4uma, dah sebati dalam hidup saya, susah untuk saya keluar dari kegelapan itu.

Saya seolah – olah membawa awan hitam besar di belakang saya setiap masa. Saya hidup dalam ketakutan dan tr4uma. Saya ada cuba banyak kali cerita kepada ibu bapa saya. Mereka tidak percaya. Katanya Makcik Tipah itu baik orangnya.

Bila saya cerita ibu bapa saya tak pernah pert4hankan saya, tak percaya pengasuh saya itu buat begitu kata mereka biasalah garang – garang macam tu, orang tua… haihh.. Baru – baru ni saya nangis lagi cerita betapa susah nak keluar dari kegelapan hidup saya, ibu saya minta maaf dia tak prihatin dulu.

Tapi semuanya dah terlambat. Kegelapan itu dah sebati dengan saya. Susah. Susah nak sembuh dan saya pun dah putvs asa dengan hidup saya. Saya tidak pernah lagi rujuk doktor pakar mentaI. Tapi dari simptom – simptom yang saya ada selalunya depr3ssion, saya sentiasa memikirkan untuk ‘pergi bila tiba waktu yang sesuai,

Saya ada cita – cita nak m4ti macam yang dekat jepun tu, dekat hutan aok1gahara atau tak pun nak kod0kushi. Orang normal ada cita – cita hidup yang normal la kan nak kerja kahwin anak ada rumah kereta, tapi saya tak. Saya nak m4ti.

Saya tak boleh pikir lain selain dari tu. Saya rasa saya tak boleh surv1ve pun, baik saya ‘pergi’ sekarang daripada menghabiskan beras jeee hahahahha. Ada banyak lagi orang yang layak hidup daripada saya. Pesan saya kepada tuan – tuan puan – puan di luar sana yang menghantar anak anda kepada pengasuh, rajin – rajin la borak dengan anak ke, risik – risik rumah pengasuh ke supaya tak jadi macam saya.

Jangan ingat anak tak Iebam tak berd4rah okay saja anak tu. MentaI dia berd4rah tak? Kena pikir juga, kalau tak jadi macam saya mentaI ni bukan setakat berd4rah tapi dah B4RAH ni. Percayalah hidup dengan b4rah mentaI ni lagi teruk daripada hilang nyawa waktu kecik.

Sebab itu saya harap m4ti saja waktu kecik. Selesai masalah. Bila baca banyak kes kanak – kanak yang hilang nyawa di tangan pengasuh, perasaan saya bercampur baur, saya rasa nak saja gantikan tempat m4ngsa – m4ngsa tu semua sekurang – kurangnya waktu tu masih kecil, suci dari d0sa, masuk syurga.

Pembaca janganla pula salahkan mak ayah saya ya. Berd0sa saya nanti buat mak ayah saya kena kecam walaupun tanpa anda kenal mereka dan mereka kenal anda. Sebenarnya banyak lagi la per4ngai abnormal saya tapi saya boleh kawal dan berlagak professional apabila berhadapan orang luar.

Saya pro bab – bab memendam ni tau haaa *kenyit mata* hahahhaha. Tapi saya tak larat la nak cerita semua, nanti la saya buat sambungan kalau larat dan kalau la confession ni dipublish. Tak larat sebab semangat dan energy saya cepat habis walaupun buat benda kecik ni ha type saja pun tapi dah habis semangat dah. Itu jela saya nak cerita. Akhir kata, terima kasih kerana membaca! Bye! – Pingbonggg (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noly Azlina Abd Rahim : Saya simpati pada adik ni.. Anak saya alami benda yang sama, tapi tak seteruk macam adik ni sangat.. Tapi budak – budak sangat jujur. Dia dah pesan jangan bagitau ibu kalau kena pukuI atau menangis.

Nasib baik arw4h adik saya pandai pujuk, sebabkan bebudak jujur, jadi dia cerita dekat Pak Lang dia (arw4h adik) yang dia kena ik4t dengan getah di tangan dan di masukkan dalam kotak.. Hampir 2 tahun baru dia cerita, saya terkedu.

Pernah saya tanya kenapa anak saya Iebam di peha, pengasuh kata Ianggar kerusi, bekas ik4t getah dia kata anak saya main – main getah dengan anak dia (7 years old). Saya memula percaya, sebab anak saya boleh tahan lasaknya, tapi satu hari saya balik.

Kerja halfday, saya tak bgaitahu pengasuh. Tib a- tiba saya jumpa dia dalam lif, dia kata nak ke kIinik, anak saya? Ada di rumah dengan  adik dia lelaki 20 tahun jaga kan kejap. Tapi bila saya naik ke rumah dia, nanhado, yang ada anak dia yang 7 tahun tu.

Bermula dari situ saya tak sedap hari, tapi disebabkan susah nak cari pengasuh saya bertahan sekejap sementara usaha cari pengasuh. Dan mula dari situ juga anak saya dah start menangis kuat bila saya nak hantar ke rumah pengasuh tu.

NASIB jumpa taska yang nak ambil anak tengah bulan, dan saya terus kata nak stop alasannya saya selalu balik lambat (dia selalu call suruh amik on time). Bila saya cakap nak stop hantar, dia terus hantar barang anak saya, biskut yang saya hantar satu pun tak pernah diusik, susu banyak lagi.

Hurmm.. nampak sangat dia tak bagi anak saya makan betul. Sedihnya, waktu dia pulangkan barang – barang, anak saya cakap, ‘eh emak datang!’ Anak saya lari nak peIuk, dia tolak anak saya. Lepas tu kalau jumpa lansung tak bertegur.

Mulanya saya rasa besalah, ye lah stop kan macam tu ja, punca pendapatan dia kan. Tapi satu hari saya jumpa jiran sebeIah rumah dia, bagitau saya macam ni, “elok awak ambil anak awak. Hari – hari dengar dia menangis dan kena tengking.”

Saya ni selalu bagi barang makan, bekalkan lauk hari – hari, kadang – kadang seminggu hantar ayam seekor, belikan baju raya. Dia tak mengasuh sebab saya dalam pantang anak kedua pun saya bayar full. Nasib anak saya kecik, dia tak berapa ingat kejadian kena d3ra tu, cuma dia ingat duduk dalam kotak.

Sampai sekarang saya rasa besalah pada anak saya. Ada pengasuh yang per4ngai h4ntu macam ni, tapi lepas tu semua pengasuh anak – anak saya yang saya jumpa baik – baik belaka, 3 pengasuh sangat – sangat baik, dan yang ke-4 ni lagi la baik.

Surprisingly yang 3 orang ni muda – muda lagi. Walaupun tak ada pengalaman jaga anak, tapi tak pernah berkasar dengan anak – anak saya. Sorry, tercerita panjang plak.. By the way adik, dapatkan rawatan semoga adik dapat pulih dan lupakan semua.

Kepada pengasuh – pengasuh di luar, kami mak – mak yang bekerja sangat berg4ntung dengan anda, jagalah anak – anak kami macam anak – anak anda.. Kalau ada kekurangan dari mak – mak, tolonglah jujur. Kita sama – sama cari jalan supaya sama – sama puas hati. Jaga anak orang tak sama macam jaga anak kucing, anak kucing lagi kan dibelai – belai.

Aza Yati : Adik dah besar dan matang. Yang berlalu akan terus berlalu dan tinggal kenangan. Apa kata adik jumpa dengan makcik pengasuh tuh dan tanya kenapa dia buat macam tuh dan bagitau dia kesannya pada adik. Biar dia menyesal.

PergiIah jumpa kaunselor dik, sayanglah diri adik. Dulu mungkin nasib adik ditentukan oleh orang lain tapi sekarang adiklah penentu nasib sendiri. Tabah dan terus tabah sebab banyak lagi yang c4baran yang akan adik hadapi lepas nih.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.