Selepas 2 minggu arw4h suami meninggaI barulah saya tahu tentang kecurangan dia selama ini

Perasaan rindu pada arw4h sudah bertukar jadi benci. Saya putvskan hubungan dengan keluarga mentua, saya pindah keluar dari rumah sewa yang banyak kenangan antara kami. Tapi wajah anak sulung yang seiras arw4h buatkan saya benci dan tak mampu nak tatap hingga anak saya jadi m4ngsa. Saya selalu marah dan sebut dia sama sahaja seperti arw4h. Bila anak mintak untuk melawat kubvr saya tak benarkan…

#Foto sekadar hiasan. Salam min. tolong hide fb kawan saya yer. mungkin cerita yang dikongsi agak panjang tapi saya menggunakan saluran ini untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hidup saya. Maafkan saya terlebih dahulu.

Saya diuji dengan kem4tian suami, saya ada 2 orang anak yang berumur 7 dan 1 tahun. Saya tak dapat terima kem4tian suami sebab saya rasa saya bagaikan sudah hilang tempat berg4ntung. Saya anggap suami saya hero saya.

Sayang pada saya dan anak – anak, dia setia pada saya. Tapi Allah menguji saya lagi. Selepas 2 minggu kematian ar4ah, saya terdetik untuk bukak fon arw4h dan dari situlah segalanya bermula. Dari A hingga Z kecurangan arw4h terpampang, berkongsi gambar – gambar yang tidak senonoh dan pernah bawak balik perempuan lain di rumah semasa ketiadaan saya.

Saya terduduk dan meraung sekuat hati. Saya bertanya kepada Allah, kenapa menguji saya sebegini? Kenapa harus saya tahu segalanya selapas arw4h sudah tiada? Dari perasaan merindui arw4h bertukar kepada kebencian yang teramat sangat.

Saya rasa dikhian4ti dan tertipu, saya putvskan hubungan dengan mertua saya. Saya pindah dari rumah yang saya sewa dengan suami, segala tentang suami saya benci sehingga saya langsung tak ziarah kubvr arw4h. Tapi ada satu yang selalu ingatkan saya pada arw4h iaitu wajah anak sulong saya yang sangat mirip dengan arw4h hingga saya terlupa yang saya sudah lepaskan kemarahan pada anak yang tidak bersalah.

Saya selalu marah dan sebut dia sama sahaja seperti arw4h. Bila anak mintak untuk melawat kubvr saya tak benarkan. Saya buang semua gambar arw4h dan tak benarkan anak saya ingat pada arw4h. Ya Allah kej4mnya saya waktu itu.

Keadaan berlarutan dengan hidup saya yang sentiasa str3ss memandangkan selepas ketiadaan arw4h saya mula bekerja dan memikul segala tanggungjawab. Saya mula menjadi seorang yang garang. Tapi saya masih tak dapat menatap wajah anak sulong saya.

Saya akan mengelak jika dia nak bermanja dengan saya. Pada satu hari, ibu kepada kawan anak saya telefon dan mintak cek beg anak saya jika – jika ada termasuk buku sekolah kawan anak yang hilang. Saya pun tanpa berlengah terus bukak beg anak dan cari satu persatu hingga saya terjumpa satu buku yang saya teringin nak baca sebab dekat kulit buku tu ada gambar kahwin saya yang entah bila dia cuuri – cuuri ambil sebelum saya musn4hkan.

Saya bukak satu persatu dalam buku tu. Allah, seperti tersedar dari mimpi bila seorang anak kecik yang baru menginjak usia 8 tahun sekarang sudah boleh meluahkan apa yang terbuku. Dia doakan agar saya berubah menjadi ibu yang dulu seorang penyayang dan lemah lembut, apa yang buat saya sedih bila dia lukis gambar kubvr dan setiap hari dia akan tengok gambar kubvr tu konon – konon dia melawat arw4h.

Waktu tu saya terasa saya sangat – sangat kej4m. Saya menahan sebak yang terasa sangat – sangat s4kit dan terbayang wajah anak saya yang langsung tidak bersalah. Dan dipenulisan terakhir anak saya, dia berdoa agar Allah tarik nyawa dia agar dia boleh berjumpa ayahnya sebab dia tak nak susahkan saya.

Saya keluar macam orang giIa mencari anak saya seoalah itu hari terakhir saya bersama dia. Saya menjerit nama dia satu rumah, dia berlari mendapatkan saya dengan ketakutan sebab fikir dia ada buat silap. Saya peIuk dia, saya cium dia dan mintak maaf berkali – kali pada dia dan saya berjanji akan menjaga dia sebaik mungkin.

Dia terus memeIuk saya seolah – olah sangat merindui saya. Mulai hari itu saya cuba memaafkan arw4h dan hari ini saya sudah mampu tersenyum sebab saya sudah melepaskan satu beban besar dalam hati saya. Saya ikhlas maafkan arw4h, ini adalah jalan hidup dan ketentuan Allah buat saya.

Tujuaan saya berkongsi agar semua yang pernah ada rasa dend4m, marah pada sesiapa, sebaiknya kita maafkan saja dengan ikhlas. Apabila kita ikhlas Allah akan memberikan ketenangan dalam hidup kita. Sekarang saya sudah bahagia dengan anak – anak saya.

Komen Warganet :

Suffiyah Ramadhani : Alhamdulillah Puan. Allah Maha Baik memberi hidayahNya asbab dari doa anak yang soleh. MashaaAllah Puan. Saya juga pernah diuji ditinggalkan bekas suami. Dan memberi kemaafan adalah dend4m terbaik yang boleh kita berikan.

Hanya dengan memaafkan kita boleh jadi tenang semula dan hidup seperti biasa. Menitik airmata bila baca kisah puan. Moga puan terus kuat untuk anak – anak. Alhamdulillah puan mempunyai anak – anak yang amat sayang dan kasihkan puan. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan puan, InshaaAllah

Diyana Kasim : AllahuAkbar, besar ujian puan. Allah beri ujian sebab Allah sayang, Allah nak uji kesabaran puan. Alhamdulillah asbab melalui anak puan, Allah beri keredhaan dan ketenangan dalam hidup puan. Bila puan tutup aib arw4h suami dari anak – anak dan orang lain, InshaAlla, Allah akan tutup a1b kita juga.

Setiap manusia tak lari kesilapan, maafkanlah dan doa yang baik – baik sesama kita. Saya doakan agar kita semua m4ti dalam husnul khotimah, Aamiin ya rabbal alamin..

Kak An Mat Daud : Kalau kita tahu kecurangan ketika dia masih hidup, kita boleh meluahkan kemarahan dan kekecewaan kepada dia. Tetapi berbeza apabila mengetahui ketika dia sudah tiada, tak dapat saya bayangkan betapa s4kitnya hati, Allahuakbar. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Tanpa sedar aku menangis membaca nukilan ini, alhamdulillah Allah bukakan pintu hati puan agar tersedar kembali, dan anak itu penyeIamat puan dari terus melakukan perkara yang tidak baik. MasyaAllah, benarlah sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik, moga puan kuat dan tabah melalui hari – hari yang mendatang.

Puan Anna : Allahuakbar, Allah menguji puan dengan sebegitu. D0sa arw4h dulu antara dia dengan Allah. Mohon semoga Allah ampunkan dia. Sedih pedih perit luahkan pada Allah. Anak puan tak berd0sa, kesian dia jadi m4ngsa.

Mudah mudahan semuanya baik – baik saja puan dengan anak – anak. Memaafkan itu bukan mudah melupakan itu juga susah. Sabar itu bukan mudah redha atas ujian itu juga susah. Diuji sebab Allah sayang puan. Maafkan untuk terus tenang dan bahagia. Allah lebih Mengetahui.. Amin..

Cirah Cici : Anak tu tak bersalah. Sebaiknya, walaupun pedih puan nak terima bila tahu suami curang selepas dia meninggaI, puan cuba belajar terima yang suami tu dah tak ada. Penipuan dia dah berakhir. Yang pergi biarkan pergi. Yang hidup teruskan hidup. Jangan bunvh perasaan kasih sayang anak pada ayahnya. Tak perlu sampai putvs semua hubungan dengan mertua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.