Saya berniat untuk mencuri anak saya dari sekolah, tapi isteri tak bagi takut mak mertua jatuh s4kit

Anak kedua kami mak mertua jaga dari bayi sebab kami ada anak setahun sorang. Tapi kami ada balik jenguk anak setahun 3 – 4 kali. Tak sangka skrg jadi masalah, bila saya nak ambil anak balik mak mertua xnak bagi. Dia siap daftarkan anak sekolah dekat kampung. Saya tak sanggup lihat orang lain besarkan anak dan saya bukan jenis lepas tangan.

#Foto sekadar hiasan. Hi admin dan semua pembaca di ruangan ini. Nama saya Irfan. Saya mengambil kesempatan untuk melahirkan isi hati ini, mungkin pembaca merasakan ia perkara kecil, tetapi pada saya ia terlalu berat dan memeningkan kepala.

Persoalan saya, mengapa terdapat nenek dan datuk zaman ini, suka menjaga cucunya dan menganggapnya macam anak sendiri? Memang isu ini jarang berlaku sekarang, sebab nenek dan datuk zaman moden kini malas nak jaga cucu.

Tetapi masih ada sesetengahnya yang bertindak keterlaluan hingga menyebabkan kami suami isteri sering bermasam muka dan berkecil hati, kerana isu kecil ini. Bila saya ceritakan pada ibu saya, dia salahkan saya, katanya, apa yang berlaku berpunca dari kesilapan dan per4ngai malas kami suami isteri suka lepaskan tanggungjawab kepada orang lain.

Sanggup serahkan anak kecil kepada mertua dengan alasan tak ada pengasuh dan kerana bekerja. Sekarang apabila anak dah besar dah kenal orang pasti dia tidak mahu kepada ibu bapanya sendiri. Sebaliknya lebih rapat dengan nenek dan datuk hingga diajar panggil tok ma dan tok ayah, jadi siapa rugi.

Terutama bila anak tidak mahu dipulangkan kembali? Saya tak nafikan ini semua berpunca dari kami sendiri, isteri saya melahirkan anak agak rapat setahun seorang. Bukan salah kami dah rezeki. Tetapi masalahnya bila anak dah rapat tentu susah nak jaga, sebab kami bekerja.

Jadi atas permintaan mertua saya, dia tawarkan diri menjaga anak kedua saya yang masih kecil, katanya supaya kami tak teruk jaga dua orang anak yang masih kecil. Lagi pun upah jaga anak amat tinggi. Tanpa berfikir panjang, kami suami isteri setuju, sebab memang saya sendiri merasakan betapa susahnya jaga anak yang masih kecil.

Pagi – pagi dah keluar rumah hantar anak ke rumah pengasuh. Namun ibu saya nasihatkan supaya selalulah ulang tengok anak, takut anak tak kenal emak ayahnya. Tetapi disebabkan kesibukan tugas, dan mertua saya memang tinggal nun jauh di utara, maka saya memang jarang balik.

Dalam setahun cuma tiga atau empat kali kami balik tengok anak yang sem4kin besar. Duduk bersama dua tiga hari, kami balik semula ke KL, langsung tidak ada niat nak bawa anak balik, sebab masih kecil. Masa berlalu begitu pantas hingga anak kedua saya berusia 3 tahun, dan isteri saya mengandung lagi.

Ketika itu saya telah merancang ambil anak kedua kami sambil berharapkan mertua saya menjaga anak yang bakal lahir. Mulanya mertua saya setuju, tak ada masalah. Tetapi setelah bayi lahir, mertua saya beri alasan dia tak berapa sihat untuk jaga bayi yang kecil, tetapi dia sanggup jaga anak kedua saya yang sudah besar.

Ketika itu saya tak terfikirkan masalah yang bakal datang, saya kesiankan mertua yang sem4kin berusia dan tidak berdaya menjaga bayi kami. Jadi kami terp4ksa mencari jiran untuk bantu, sementara anak yang sulung dihantar ke sekolah tadika.

Kerana masalah pengasuh anak, kami merancang tidak mahu ada anak terlalu rapat. Kecuali terper4ngkap. Masa berlalu terlalu pantas, maka tibalah masanya anak kedua masuk sekolah. Di sini masalah besar timbul.

Mertua saya kata dia telah daftarkan anak saya bersekolah dekat rumahnya. Di mana isteri saya bersekolah dahulu. Saya kurang bersetuju, sebaliknya saya mahu dia bersekolah di KL kerana jiran kami bersetuju untuk jaga dua orang anak kami yang bersekolah.

Kami juga sepakat setiap pagi saya akan hantar anak kami ke sekolah bersama anaknya, sementara waktu pulang suaminya akan jemput sebab tempat kerjanya tidak jauh dari sekolah dan rumah kami.

Saya terk3jut bila mertua saya tidak benarkan kami ambil anak kami, puas saya beri alasan, tetapi secepat kilat dipintas oleh ibu mertua saya, dia bersungguh – sungguh mahu menjaga anak kami.

Katanya anak kami sudah biasa membesar di kampung dalam suasana aman tentu dia tidak selesa bersekolah di bandar. Pelbagai alasan diberikan menegakkan kehendaknya. Pagi itu kami pulang dengan kehampaan.

Mertua saya bukan tak ada cucu lain, malah dia ada ramai cucu dari tiga orang lagi anaknya. Tapi beliau tidak pernah menjaga cucunya, sebab ada antara mereka ada pembantu dan jiran yang sudi menolong.

Lagi pun masing – masing hanya ada 3 orang anak sahaja. Ada antaranya sudah pun bersekolah. Saya tak nafikan isteri saya adalah anak bongsu dan anak perempuan tunggal dan menjadi kesayangan mertua saya.

Sementara dua orang lagi lelaki. Kami pula ada tiga orang anak dua lelaki cuma seorang sahaja perempuan, dan yang perempuan inilah yang dibesarkan oleh mertua saya. Kerana itu dia menjadi kesayangan mertua saya, dan saya tidak pernah sangka kami juga akan dapat seorang anak perempuan sahaja.

Saya tak pernah terfikir masalah kecil ini boleh jadi isu besar. Kalau kurang sabar rasanya mahu saya lancarkan per4ng besar dengan mertua saya. Sepanjang perjalanan balik saya lahirkan rasa kesal dengan sikap mertua yang saya rasakan langsung tidak bertimbang rasa.

Malah mahu bertindak mengambil anak saya sebagai anaknya sendiri. Kekecewaan dan rasa marahan yang saya luahkan kepada isteri menyebabkan dia menangis sepanjang perjalanan. Tetapi apa nak kata, saya sangat kecewa kerana tidak dapat besarkan anak sendiri.

Lebih s4kit hati mertua saya beritahu dia tak perIukan duit kami untuk makan minum dan sekolah anak saya sebab dia mampu tanggung. Dipendekkan cerita kerana tidak puas hati, setiap bulan saya balik kampung merayu mertua saya supaya serahkan anak perempuan tunggal kami itu, tetapi tidak berjaya, malah kedatangan saya menyebabkan anak saya terlalu takut melihat kami malah tidak mahu berenggang dengan mertua saya.

Puas saya pujuk mertua saya tetapi gagal. Tidak dinafikan sayang mertua saya kepada anak kami macam anak emas. Tidak seperti dia layan cucu – cucunya lain. Saya pernah minta abang – abang ipar untuk bantu pujuk mertua saya.

Tetapi mereka tak berani, begitu juga ayah mertua saya, beliau tidak berani bersuara, kerana ibu mertua saya terlalu sayangkan anak perempuan kami. Saya kecewa dengan sikap mertua saya.

Pernah saya terfikir untuk mencuri anak saya dari sekolah, tetapi isteri saya Iarang, takut mertua saya atau anak saya jatuh s4kit jika mereka terpisah. Isteri saya takut kejadian buruk berlaku kepada dua orang yang amat disayanginya itu.

Kini anak saya sudah dalam tahun tiga. Saya pernah bertindak tidak mahu pulang ke kampung mertua saya kerana terlalu kecewa, tetapi jika tak pulang bermakna hubungan saya dengan anak saya menjadi bertambah jauh dan renggang.

Saya cukup bimbang jika ini berlaku. Saya tak tahu sampai bila saya boleh ambil anak saya semula. Nak tunggu mertua saya s4kit atau meninggaI dunia, pada hakik4tnya tidak mungkin terjadi, sebab beliau baru berusia 60- an tahun, sihat, masih kuat berjalan, berkemas dan memasak.

Nasihat saya, kepada lelaki yang berkahwin dengan anak perempuan tunggal dalam keluarganya berhati – hatilah, lihat dulu per4ngai mertua anda jangan senang – senang serahkan anak kepadanya, akibatnya anda akan terima nasib macam saya.

Biarlah anda bersusah payah dahulu asalkan senang kemudian. Lainlah kalau anda jenis memang suka lepas tangan dan tak peduli siapa jaga anak anda. Tapi saya tak sanggup lihat orang lain besarkan anak saya.

Apa lagi bila anak anda lebih sayangkan nenek dan datuknya daripada ayahnya sendiri. Dan anda cuma lihat dia membesar dari jauh. Namun bukan semua nenek seperti mertua saya.

Komen Warganet :

Deela Habizal : Rasa nak gelak pun ada, Amboi masa budak tu kecik, susah nak jaga ko tinggalkan je dekat kampung. Siap tengok 3 4 kali je setahun. Sekarang dah senang nak jaga sebab dah besar ko nak ambik macaam tu je.

Memang salah ko laki bini yang malas nak jaga anak. Dah tahu susah nak jaga, merancang la. Memang la rezeki dapat anak, tapi kalau dapat mak bapak macam ko ni, kena fikir – fikirlah. Sekarang nak salahkan mak mertua plak.

Dia susah payah jaga, dah sayang memang susah nak lepas. Ko biarkan je anak ko dekat situ. Lepas ni keraplah balik jenguk anak. Ambil hati dia perlahan – lahan.

Hayati Lilac : Ni la per4ngai orang yang pentingkan diri. S4kit hati baca confession ko yang macam bagus. Konon bukan jenis lepas tangan, tak sanggup tengok orang lain besarkan anak. Habis tu yang selama ni mak mertua ko jaga tu apa?

Cakap je la, masa baby kecik susah nak jaga. Nak layan karenah menangis malam, pengasuh budak mahal. Tak fikir sepanjang 6 7 tahun tu macam mana mak mertua jaga anak ko macam anak sendiri.

Mestilah dia dah terIampau sayang, sama jugak dengan anak ko tu. Haih, tak paham aku dengan mak bapak macam ni. Boleh plak tu tengok anak pun jarang sekali.

Radiah Sani : Awak biarkan je la anak awak dekat kampung. Kalau awak nak anak perempuan awak buat anak lagi. Tapi jangan nanti bila baby dah keluar awak nak hantar kat kampung plak. Sendiri yang salah, sebab lari dari tanggungjawab sebagai mak ayah.

Epi Lat : Tak payah la ambik anak tu bro. Dia pun dah happy dekat kampung tu. Dah 6 7 tahun dia duduk membesar dekat kampung dengan tok ma dia, ko senang je nak ambil. Siap cakap bukan jenis lepas tangan.

Habis selama ni tengok anak pun 3 kali je setahun, tu bukan lepas tangan. Padahal anak baru 2 orang je masa tu. Nak menyesal pun dah tak guna, kalau ko ambik secara p4ksa takut nanti jadi tekanan em0si plak dekat budak tu.

Amirah Rashid : Jangan ambil budak tu. Cukup dia tahu ko tu bapak dia. Siapa suruh lepas tangan masa budak tu kecil. Lepas ni bagi je nafkah dekat anak tu, selalu balik kampung, bawa la buah tangan ambil hati. Nanti kalau dia dah attach dengan ko, mungkin dia sendiri nak ikut ko balik KL.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.