Kami tak tidur sebilik sebab dulu aku pernah kata kat dia, kalau makan dengan kau pun tak selera, apa lagi tidur. Satu hari, masa tengah makan, aku masuk ke dapur dan nampak isteri makan depan peti sejuk seorang diri. Aku terus pelik, kenapa makan kat sini? Kenapa tak makan kat depan dengan abang? Dia jawab, saya tak nak abang hilang selera pula. Terus aku terdiam tak kata apa.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Ini pertama kali aku confess perasaan aku kat sini. Sebenarnya, adik – adik aku yang suruh. Kata diorang share lah kat sini, biar ramai yang boleh baca dan ambil pengajaran.
Nama aku Hairi. Nama betul ni. Umur aku 33 tahun. Aku kerja PJ, asal Rawang. Kerja aku dalam bidang perbankan. Sekarang bekerja di salah sebuah bank swasta kat Malaysia ni. Aku dah berkahwin.
Dah 7 tahun. Aku kahwin masa umur 27 tahun. Isteri aku umur 24 tahun. Aku kenal dia melalui ayah aku. Ayah aku berkenan sangat dengan isteri aku sampai nak jadikan dia menantu. Aku pula masa tu dah kerja tapi perangai tak ubah macam zaman muda.
Suka merayap, melepak balik lewat. Pergi kerja lewat. Tak terurus. Kawan dengan budak – budak k3tum. Tapi aku tak minum lah. Sump4h! Cuma aku suka sembang dengan diorang sebab kenal dari zaman sekolah.
Terpisah kejap sebab masuk U kat Utara Semenanjung. Aku kerja pun jawatan elok. Semua okay. Tapi perangai aku buatkan family aku tak senang. Yelah, dah 27 tahun tapi bajet macam umur 18. Tidur pun 3 jam je sehari lepas tu pergi kerja. Balik kerja lepak sana sini.
Balik je rumah, mandi tidak, apa tidak, terus terbongkang tidur. Duduk rumah sewa pun tak kenal siapa kawan serumah sebab balik lewat. Keluar kerja lambat.
Ayah aku kenal aku dengan seorang gadis, namanya Iman (bukan nama sebenar). Ayah aku kenal dia sebab dia kerja part time kat KFC tempat ayah aku selalu lunch dengan kawan – kawan ofis dia. Ayah aku pun kerja bank juga. Kat area Rawang.
Dia minta kat Iman nombor fon, dia bagi kat aku. Aku pula masa tu memang tak kenal sesiapa yang istimewa. Aku try lah. Tanpa ragu – ragu, aku text dia. Padahal jumpa pun tak pernah.
Text pun masa aku rasa bosan je. Kalau tak, tak da maknalah. Dia pun layan je. Lama kelamaan tu, lepas kerja je, aku tersekat dalam jem, aku call dia. Borak bod0h – bod0hlah tanya dah makan ke buat apa, kat mana.
Selalunya aku melencong dulu melepak sampai lupa balik rumah, tapi bila kenal dia, aku selalu terus balik rumah sebab nak sembang lagi. Aku jadi senang hati berbual dengan dia. Kalau melepak, aku tak dapat nak borak dengan dia langsung.
Text lagi lah. Kaw kaw kena bahan. Tak lama lepas tu, kami m4kin rapat sampai aku rasa ready nak jumpa dia. Kami jumpa kat midvalley buat kali pertama. Then tak sampai seminggu, jumpa lagi.
Masa tu dia dah tak kerja KFC, dia dah dapat kerja dengan kelulusan degree dia di Ampang. Dia kerja KFC tu part time sebelum dia kerja yang lain. Then, aku buat keputvsan nak kahwin dengan dia.
Walaupun kami kenal tak lama. Dia pun setuju kalau aku betul – betul sudi terima dia. Yes! Aku sudi. Ayah dan mak aku lah paling happy bila aku nak kahwin. Sebelum puasa tahun itu, kami pun selamat jadi suami isteri. Kami tinggal bersama di Ampang.
Aku ulang alik kerja di PJ. Iman layan aku sangat baik dan menenangkan hati. Aku dah lama tak solat masa tu, since zaman university aku tinggalkan solat. Mak ayah aku pun tak tahu. Doa Qunut dengan t4hiyyat akhir pun aku tak ingat.
Aku malu giIa dengan Iman. Tapi dia tetap terima aku. Dia ajar aku slow – slow, bagi aku masa belajar balik. Dia tak pernah p4ksa aku solat, tapi dia pandai saiko aku, dia solat depan aku and buat aku rasa malu.
Lepas dia solat, mesti aku akan solat juga. Iman ada adik, lelaki. Seorang. Baik juga. Dia belajar di Uitm Shah Alam. Hujung minggu je kalau tak ada apa – apa, aku suka teman Iman pergi melawat adik dia.
Adik dia tak pernah nak pandang sinis kat aku walaupun dia tahu aku ni bukan lah orang baik. Solat pun tak cukup, mengaji tak pandai. Dia tetap hormat aku lebih dari yang aku bayangkan. Kami berdua hidup bahagia macam pasangan lain, sampai lah masuk tahun ketiga perkahwinan.
Aku mula tersuka kat salah seorang staff baru kat bank aku. Dia dari Pahang, then transfer ke ofis aku sebab naik pangkat. Dia bahagian HR. Dia cun giIa.
FIawless, pinggang ramping, rambut lebat , hitam berkilat, senyum nya manis. Dia sangat ramah dengan semua orang kat ofis aku. Masa tu, aku mula pasang niat nak kenal main – main dengan dia ni. Ada lah modal aku nak bersembang dengan member masa lepak.
Ya, aku mulakan balik tabiat lama aku, melepak dengan budak – budak sekolah aku yang kaki k3tum, kaki poIigami tu. Aku mulakan tabiat tu sejak tahun ketiga perkahwinan. Mulanya seminggu sekali je.
Lepas tu m4kin kerap aku melepak. Sebabnya, hujung minggu je Iman tak ada kat rumah. dia sambung master di utara. Dia banyak ke sana bila hujung minggu, kelas dan jumpa supervisor dia. Aku pula jarang ikut sebab kadang – kadang, hari Sabtu ada meeting pagi.
Staff baru aku tu nama Hana. Hana pula dah termakan ayat manis aku. Dia berani ajak aku tengok wayang, tengok live band kat KL even dia tahu aku laki orang.
Dia kata dia nak berkawan je, bukan nak ambil aku serius sebagai teman lelaki. Aku pula masa tu dah kalah dengan nafsu, aku turutkan saja. Sampai satu tahap, aku dah pandai tipu Iman. Aku kata outstation, tapi aku pergi bercuti dengan Hana di Bandung selama 4 hari.
Bilik asing, tak ada apa – apa yang ‘kotor’ kami buat. Tapi, ye lah. Aku dengan dia berdualah pusing – pusing kat sana. Shopping macam – macam bersama. Makan bersama.
Bergambar bersama, sampai Hana pun berani letakkan tangan dia kat pinggang aku. Masa tu bergetar juga jiwa raga aku. Lepas Bandung, aku dengan Hana ke Perhentian pula. Masa tu aku tipu Iman, aku pergi bawa trainee kursus dan taklimat. Iman mula – mula tu tak percaya.
Tapi aku start jerkah dia supaya tak curiga dengan apa yg aku buat. Dia pun diam, tak persoalkan lagi. Kat perhentian, kami duduk satu bilik. Macam pergi honeymoon. Tapi aku tak lah buat benda jij1k dengan dia, tapi aku mengaku, khilaf aku. Kami tidur sekatil bersama. Sejak balik dari Perhentian, aku jadi lain. Aku asyik terbayang kan si Hana. Ke mana aku pergi, Hana sahaja dalam kepala aku. Kat ofis pun aku cari dia, kat rumah pun aku cari dia.
Telefon aku sikit pun tak berpisah dengan aku sebab duk text dengan Hana. Lama kelamaan, aku dengan Iman m4kin renggang, aku masuk bilik lepas dia tertidur. Mengantuk macam mana pun aku, aku tahan biar dia tertidur dulu.
Kemudian aku bergayut dengan Hana sampai lewat pagi. Baru lah aku masuk bilik. Hujung minggu kalau Iman ada kat rumah, aku akan buat alasan untuk pastikan diri aku boleh keluar dengan Hana.
Sampailah satu hari, aku dengan Hana ke Damansara. Makan kat sana. Tengah syok aku makan, mata aku ternampak adik ipar aku tengah makan dengan kawan – kawan dia. Terk3jut aku.
Adik ipar aku tu pandang je kat aku. Pandangan yang kosong tepat ke mata aku. Aku pula, si Hana kat sebeIah tengah bermanja sambil mengg0da dengan badannya. Aku jadi sangat tak tenang lepas saat tu.
Aku takut jika Iman tahu. Lepas makan, dalam kereta tu aku bagitahu Hana, apa akan jadi kalau Iman tahu? Mesti ayah meng4muk kat aku. Hana hasut aku supaya Iman tak besarkan isu tu sampai ke pengetahuan family aku.
Hana kata, kalau kant0i. Habis lah aku, dibuang family sendiri. Sedangkan kami berdua kawan je. Bukan lebih. Tapi kalau Iman sampaikan kepada mak ayah aku, mesti mereka tak nak dengar cerita aku dah.
Aku bod0h, dan aku terpedaya dengan dia. Balik tu, aku tanya dia. Adik dia tak call ke? Dia kata tak ada pun. Kenapa? Aku lega, sebab adik ipar aku masih report apa – apa.
Tapi sangkaan aku meleset, tak sampai sebulan. Mak aku call aku kat ofis, suruh aku singgah rumah lepas waktu kerja. aku pun pelik, biasanya kalau mak aku call minta buat macam tu, dia kirim lauk ke Iman. Dia minta aku ambil kan kat Rawang.
Jadi, aku pun fikir, sebab tu kot. Sampai rumah family, mak ayah aku dah tunggu aku kat ruang tamu. Mak aku muka dah merah – merah, mata dah berair. Aku terdiam. Ayah aku pula, bangun je tempat duduk dia terus datang tamp4r aku berkali – kali.
Sampai aku meraung minta berhenti. Masa tu aku tahu dah, kant0i! Ayah aku marah sungguh, sampai panggil aku s3tan. Tak pernah dia semarah tu, lepas kena Iempang tu, berpinar kepala aku.
Mak ayah aku terus menerus marahkan aku. Tapi masa tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Dalam kepala aku, aku nak balik cari Iman. Kenapa perlu bagitahu perkara ni kepada family aku dulu sebelum bertanya dengan aku sendiri.
Aku terus bangun dan balik ke Ampang meskipun mak ayah aku masih tengah bebeIkan dan marahkan aku. Sampai rumah, Iman tengah tengok TV. Drama Korea dia. Dia perasan aku balik, dia senyum.
Senyuman dia sinis betul, aku lagi naik dar4h. Aku tekad, apa nak jadi malam tu. Jadi lah. Aku nak baIas apa yang mak ayah aku buat kat aku, kalau aku kena Iempang tadi, sekarang ni, dia pula yang kena rasa. Sambil dia senyum tu, dia tanya.
Abang dah makan ke? Lambat balik? Nak saya panaskan lauk? Haa, aku pergi kat dia, aku tuang lauk bagi kat muka dia. Jelas lagi kat minda aku, dia merayu supaya aku berhenti.
Aku pula, terus terusan marah dan salahkan dia sebab bagitahu mak ayah aku. Dia jawab dia tak tahu apa – apa. Kenapa? Apa yang berlaku. Aku pula, bingung sekejap.
Kalau bukan dia yang bagitahu, siapa pula? Aku pun berhenti tamp4r dan pukuI dia. Terus masuk ke bilik tidur sebeIah master bedroom. Malam tu aku nekad, aku takkan tidur dengan Iman dan aku mahu tinggalkan dia segera.
Malam tu aku tinggalkan saja Iman kat ruang tamu lepas aku pukuI dia berkali – kali. Aku tertidur dan terjaga tengah hari keesokkannya. Mujur hari Sabtu, tak kerja. Kalau tak m4mpus aku tak masuk kerja.
Aku keluar bilik dan cari Iman. Dia ada di dapur sedang mengemas, dia perasan aku ada. Aku macam nak lari dari dia. Aku malas nak tengok muka dia. Tak sempat aku lari, dia panggil aku. Katanya nak bincang. 10 minit je. Aku pun endah tak endah je lah.
Tarik kerusi makan, duduk. Dia dengan lembut, cakap kat aku yang dia tahu aku ada perempuan lain selain dia. Dia tak tahu dari sesiapa pun. Tapi dia dengar sendiri aku berbual dengan Hana kat ruang tamu pagi – pagi buta.
Dia tahu aku tak pergi jumpa kawan tapi keluar wayang dengan perempuan tu. Sebab banyak kali dah dia tangkap tiket wayang aku, resit perfume dan resit baju kat poket seluar aku.
Masa tu aku rasa, ya Allah bod0hnya aku. Boleh lagi aku berIagak baik dengan bini aku sedangkan selama ni dia tahu aku buat hal belakang dia. Aku rasa malu sendiri, macam mana dia boleh sabar dan tak marahkan aku sedangkan dia tahu semua ni.
Dia kata, dia Mohon sangat agar aku tak ceraikan dia. Dia tak nak mak ayah aku rasa susah hati kalau kami berdua berpisah. Ya, ayah mak aku sangat sayangkan Iman.
Mereka layan Iman lebih dari tahap menantu. Dah macam anak perempuan sendiri. Dia nasihatkan aku macam – macam agar aku tak teruskan lagi hubungan dengan Hana dan kembali ke jalan yang betul, bukan terus buat maksi4t. Dia kata dia maafkan aku dan boleh terima aku lagi jika aku benar – benar nak berubah dan bertaubat. Aku diam. Tak kata apa. Aku masih sayang dan perlukan dia.
Tapi aku juga sangat menyintai Hana. Dua bulan lepas tu, aku nikahi Hana. Mak ayah aku tak datang pun ke majlis kami. Kami pun buat di pihak keluarga Hana je. Yang datang cuma abang dan kakak ipar aku. Sejak kahwin dengan Hana, aku tak balik ke rumah sewa Iman di Ampang. Tapi Iman, tetap hari – hari text aku tanya khabar dan tanya makan minum aku. Setiap hari. Pagi, tengah hari dan malam.
Setiap hari. Tak pernah aku baIas. Apatah lagi aku nak call dia untuk tanya khabar dia. Rumah mak ayah pun aku tak balik, cuma aku call mak aku je sekali sekala.
Meskipun aku tak balik tengok Iman, setiap kali gaji aku akan masukkan duit 600 ringgit untuk dia. Bagi aku, aku tetap kena bagi nafkah untuk dia macam selalu meskipun kami dah tak berjumpa dan bertegur sapa.
Kadang – kadang aku singgah juga di Ampang dan bungkus makanan untuk dia. Aku hanya pass di pintu pagar, tak masuk pun. Reaksi dia betul – betul buat aku tersentuh, wajah dia happy betul setiap kali nampak aku datang hantarkan makanan kat dia. Jauh dalam hati aku rasa sangat bersalah, tapi aku tepis rasa tu sebab aku lebih sayangkan Hana. Satu hari tu, masa tu bulan Puasa.
Mak aku bebeI sebab aku dah berbulan lama tak tengok Iman. Jadi aku pun ke Ampang, berbuka puasa dengan Iman. Punya lah happy Iman masa tu, penuh meja dengan makanan kegemaran aku.
Ada macam – macam. Aku pula eg0, sebenarnya rasa terharu tapi nak tak mengaku. Alih – alih, bukan cakap terima kasih. Aku h1na pula dia.
“Masak lah bebanyak macam ni pun, kalau kau depan aku, tak selera juga”. Iman diam je bila aku cakap macam tu. Dia tunduk je. Then dia tanya, “Iman minta maaf, Iman ada buat salah ke abang? Iman tak cukup baik ke dengan abang ?”
Aku jawab, “Baik memang baik, tapi kalau setakat baik pun tak guna. Ramai je lagi yang baik kat luar sana tu. Bukan kau sorang je. Orang lain dah lah cantik, baik jugak. Cuba kau tengok diri kau, tak lawa langsung. Mekap pun tak pernah menjadi. Bini orang lain elok je. Jangan salah kan aku lah cari lain”. Dia terus geleng kepala, kata dia. Dia tak pernah salahkan aku. Dia sedar dia banyak kurang dari lebih.
Dia minta maaf banyak kali kat aku kat meja makan tu. Lepas makan, aku siap – siap nak balik, dia nak salam aku. Aku tak sambut pun. Aku rasa menyampah giIa kat dia. Tapi sebelum aku bertolak, dia request kat aku. Dia nak aku datang convo dia awal bulan 11 tahun tu. Aku terus baIas, aku nak pergi Korea dengan Hana bulan 11. Jadi tak boleh nak janji. Dia angguk je. Lepas tu, aku sound lagi dia. Aku kata stop text aku nak minta izin ke apa ke. Buat lah apa dia nak buat. Aku tak kisah. Jangan kacau aku dengan text dia yang ann0ying lagi. Dia angguk lagi paham.
Itu lah last aku makan dengan dia dan datang rumah dia. Lepas pada tu, kalau jumpa pun kat kenduri kahwin beIah family aku atau masa gathering kat rumah mak ayah. Dia tak pernah berani nak datang dekat kat aku, sebab masa dia sengih – sengih nak datang lagi aku dah bagi isyarat jangan dekat. Aku dengan Hana pula, macam biasa. Jadi suami isteri kat tempat kerja yang sama.
Semuanya indah, dapat bini lawa, cantik. Nak tayang kat orang pun best. Pergi lepak dengan kawan pun, semua puji aku pandai cari bini baru. Memang saham aku naik habis – habisan lah.
Tapi tak sampai dua tahun berkahwin, aku dengan Hana m4kin kuat berg4duh. Dari rumah sampai bawa ke tempat kerja. Sampai kena panggil dengan boss sebab bising berg4duh di ofis. Kat rumah pula tak payah cakap lah. Asyik nak berg4duh je.
Kesnya, Hana keluar dengan kawan – kawan dia ke club di KL sampai balik separuh m4buk. Aku pula pernah dapat video dia menari dengan entah siapa – siapa kat club tu. Kawan dia yang sent.
Aku jeles lah. Bila balik aku marah, dia marah aku balik. Lepas tu berbau busuk sebab minum ar4k. Hisap rok0k. Semua ni mula sebab berkawan dengan kawan kaki disk0. Terus menjadi – jadi. Dah warning pun tak jalan. Masih dengan perangai dia.
Kerja ponteng sebab balik m4buk, pagi tak boleh bangun sebab pening. Sudahnya aku yang kena jawab. Kat ofis pula banyak yang bunyi, cakap belakang pasal aku dengan Hana.
Macam – macam, sampai ada yang aku dengar dari orang lain, padan muka Hairi, nak sangat kahwin dengan level peIacur. Ingat megah sangat dapat perempuan tu? Masa tu aku str3ss. Semua kerja aku jadi terbantut sebab depr3ssed.
Mana dengan kawan ofis jauhkan diri dari aku, isteri pula buat hal kat rumah dan ofis. Aku jadi tertekan sangat – sangat. Lastly, aku jumpa boss HR which is boss Hana dan mohon tukar cawangan lain. Aku perlukan environment yang baru.
Sebab kat situ aku memang tak boleh buat kerja dah. Tak sampai dua minggu, aku ditukarkan ke Cheras. Dan yang duduk di Cheras tu ganti tempat aku. Fikiran aku dah lepas satu beban, tak perlu lagi nak hadap m0gok kawan – kawan kat ofis lama.
Ingatkan dah pindah, aku boleh chill sikit, tak boleh juga. Hana buat hal lain, pandu kereta m4buk sampai Ianggar dinding tepi fly over. Habis kereta aku pula tu. Teruk pula tu kena.
Nak baiki mahal, dekat 4000. Sebab libatkan enjin semua. Masa tu tahap str3es aku dah tak boleh kawal, aku balik rumah mak ayah aku. Aku luahkan kat mak aku. Tak sempat aku nak story, dia kata dia tak nak dengar dan dia tak simpati langsung pun.
Ayah aku pula siap cakap, kalau datang rumah dia nak tambah masalah dan serabutkan kepala dia, baik tak payah datang. Aku jadi kecik hati, terus balik dan tak datang mengadu kat mak bapak aku.
Fikiran aku m4kin kusut sebab tak ada kereta nak pergi kerja. PJ ke Cheras bukan dekat sangat, jauh juga. Aku pula tak ada motor. Kereta Hana memang dia dah guna nak pergi ofis. Duit aku pula tak cukup nak bayar, sebab bukan setakat 4000 tapi lebih. Spare parts pun mahal.
Aku kusut giIa. Tiga ke empat hari Lepas tu, aku dapat sms notification yang katakan account aku dapat masuk 5k. Aku terkejut, bila semak, account Iman yang masukkan. Aku terus call dia, kenapa bagi aku duit banyak tu? Dia kata tak apa, ambil lah.
Abang kan nak guna duit. Aku tanya balik mana dia tahu? Dia kata ayah yang bagitahu. Masa tu aku rasa berd0sa dengan mak ayah aku. Aku asyik syak negative je kat mereka kononyya tak simpati kat aku, tapi sebenarnya diaorang sangat care pasal aku.
Aku pun bagitahu Iman, aku nak pinjam duit tu dulu, nak proceed baiki kereta. Dia kata ambil lah sebab tu memang duit aku pun. Aku macam pelik, tang mana duit aku pula?
Kata dia, tu lah duit yang aku duk kirim tiap – tiap bulan selama ni, dia tak guna pun sebab dia pun bukannya duduk dengan aku. Dia rasa bersalah, ambil nafkah duit tapi tak buat tugas isteri. Aku terdiam. Rasa sangat bersalah.
Dia perasan aku diam lama, dia terus cakap. Abang guna je. Takpe. Jaga diri. Terus dia letak call. Masa tu aku rasa sangat terh1na, selama ni apa je aku tak kata kat Iman.
Semua yang buruk aku kata depan muka dia. Dia tetap layan aku baik. Aku malu. Sungguh aku malu. Beberapa bulan lepas tu, aku dengan Hana berpisah. Meskipun dah pergi sesi kaunseIing dengan pejabat agama, tetap juga perangai Hana tak berubah.
M4kin menjadi. Akhirnya, kami ambil jalan untuk bawa haluan masing – masing. Aku pula, muka tak malu, balik semula ke rumah sewa Iman di Ampang.
Masa aku balik semula ke rumah tu dengan beg penuh dalam kereta, dia tetap sambut aku dengan baik tapi berbeza dengan Iman yang dulu. Dia tak banyak cakap, dia banyak jauhkan diri dari aku dan dia bertudung meskipun dalam rumah.
Kami tak tidur sebilik sebab dulu aku pernah kata kat dia, kalau makan dengan kau pun tak selera, apa lagi tidur. Dan aku memang dah asingkan tempat tidur dengan Iman sebelum kahwin dengan Hana.
Bila aku dah kembali ke rumah Iman, aku jadi kekok nak tidur semula dengan dia. Iman sendiri pun dah letak batas aur4t dia dengan aku. Aku bertambah rasa bersalah dan kekok. Setiap pagi dia akan k3jut aku bangun subuh, dia ketuk bilik aku sampai lah dia dengar aku jawab Ya. Bila aku turun, makan pagi dah siap. Tapi kami tak pernah makan bersama. Sebabnya, Iman selalu duduk di dapur tak tahu buat apa.
Sampai satu hari, masa tengah makan, aku nak ambil sudu lebih. Aku masuk ke dapur dan nampak Iman makan di depan peti sejuk seorang diri. Aku terus pelik, kenapa makan kat sini? Kenapa tak makan kat depan dengan abang? Dia jawab, saya tak nak abang hilang selera pula. Terus aku terdiam tak kata apa.
Malam – malam pula, depan TV dia akan tengok lah cerita – cerita kegemaran dia, kalau aku join sekali. Tak sampai 5 minit mesti dia minta diri masuk bilik lah gosok baju lah, Iipat baju lah.
Macam – macam alasan dia tak nak stay dengan aku. Hujung minggu je, selalu kunci pintu tak keluar bilik. Tengah hari je nampak dia keluar, masak. Dah siap, dia hidang kat aku. Dia ambil nasi semua, bawa masuk bilik. Aku jadi macam housemate dia pula.
Padanlah dengan muka aku, aku yang dulu nak sangat macam tu. Dia buat lah macam tu. Sekali sekala tu aku dengan Iman balik juga ke rumah mak ayah aku sebab ada gathering dengan adik beradik.
Sebelum ni kalau balik rumah mak ayah aku dia mesti tidur dengan adik perempuan aku sebab aku tidur dengan Hana. Lepas aku pisah dengan Hana, dia pernah juga nak tidur bilik adik aku tapi aku ajak dia tidur bilik kami.
Dia masuk, tapi dia lapik toto tepi katil. Tidur sorang dia kat bawah. Masa tu aku sedih, bersalah, berd0sa, menyesal dan macam – macam lagi lah bila fikirkan balik apa yang aku buatkan dia sebelum tu.
Aku bawa balik Hana kat rumah mak ayah aku walaupun ada Iman. Hana dengan sikap berIagak dia, langsung tak pernah kelih kat Iman apatah lagi nak bertegur. Apa lah perasaan Iman tengok aku berkepit dengan si Hana masa tu.
Bila fikir balik, Allah. Rasa berd0sa sungguh. Dekat setahun aku dengan Iman macam tu, dia asyik diam diri. Asyik jauhkan diri. Aku pula try hard nak curi hati dia, tapi tak menjadi.
Bulan ke bulan yang lain, Iman slowly berubah. Dia m4kin happy depan aku. Wajah ceria dia kembali. Happy dia semacam, m4kin hari m4kin happy. Pagi – pagi nak pergi kerja, akan hulur tangan nak bersalam dengan aku.
Bertahun pula tu aku tak pegang dia sebab dulu aku juga yang berIagak tak nak sambut tangan dia bila nak bersalam. Dia dengan tempat kerja dekat.
10 min drive je, so bila aku balik dari Cheras, memang dia sampai rumah dulu. Balik je, terus tanya nak makan apa. Nak dinner apa, dia nak buat. Perangai dia tak ubah macan Iman yang dulu bahkan lagi manja.
Aku of course lah happy bila tengok Iman macam tu. Malam – malam dia ajak tengok movie sama – sama kat ruang tamu. Bayangkan lah duduk hadap tv tengok cerita seram Thai sama – sama, jerit sama – sama.
Pehhh, macam pengantin baru rasanya. Kalau tak tengok movie pun, kami tengok benda lain, maharaja lawak lah, apa lah. Semua nya lah. Sejak Iman berubah, aku mula solat balik. Dalam bilik aku tu, aku diam – diam hafal balik bacaan dalam solat.
Aku nak Iman bangga dengan aku dengan perubahan aku terutamanya. Hujung minggu pula, kami jogging kat tasik sri permaisuri sama – sama. Makan roti canai sama – sama. Basuh kereta sama – sama.
Semua yang kami buat dulu, kami buat balik. Hujung minggu je, lepas zohor, terus merayap. Shopping barang dapur lah. Tengok wayang lah. Cuci mata kat IKEA. Macam – macam. Sampai satu hari, Iman ajak keluar pergi teman dia pusing – pusing kat KL.
Dia nak night walking kat area KLCC. Aku pun rasa exc1ted lah. Petang lagi aku dah mandi siap – siap, cari baju paling cool sekali nak night walking dengan Iman.
Phone charge penuh sebab nak ambil gambar banyak – banyak. Rasa macam baru kahwin. Lepas maghrib, aku tunggu dia depan TV. Kami pergi naik kereta dia. Sampai kat area dia nak turun, kami park kereta and keluar.
Tiba – tiba dia kata, boleh tak nak jalan sambil pegang tangan aku? Weh berbunga hati aku, nampaknya Iman betul – betul dah terima aku dan lupakan apa yang jadi sebelum ni. Kami jalan lama sangat sambil borak macam – macam.
Tangan aku langsung dia tak lepaskan. Dia ambil banyak selfie aku dengan dia. Macam – macam gaya ada. Aku pun senyum tak sudah – sudah. Lewat malam, baru kami balik.
Sampai rumah terus tertidur. Berbulan lepas tu, dia kata dia dah berhenti kerja. Kesnya, aku perasan seminggu dia tak pergi kerja. Then aku tanya lah. Cuti ke? Dia kata dah berhenti.
Aku terus setuju, tak apa. Berhenti je, aku boleh tanggung dia. Aku lagi suka dia kat rumah tak str3ss fikir hal kerja. Dia senyum je. Senyuman dia tu betul – betul buat aku risau. Lain macam je.
Beberapa hari Lepas tu, kami janji nak makan kat IKEA Damansara, sama – sama. Hari Sabtu masa tu, dia kata dia teringin nak makan. Lepas ni tak tahu bila lagi boleh makan.
Aku pelik lah kenapa dia cakap macam tu. Aku tanya dia, kenapa? Dia kata, tak sampai lagi dua minggu. Dia nak fly ke Boston. Sambung belajar kat sana. Terk3jut aku. Sangat terk3jut.
Rasa nak terkeluar balik semua yang aku makan tu. Aku kata kenapa tak bagitahu aku dulu? Dia jawab, kan abang tak bagi Iman bagitahu apa – apa kat Abang. Iman tak bagitahu lah, takut abang tak suka.
Masa tu serius aku kecewa. Aku tanya lagi, sebab tu ke dia berhenti kerja? Dia kata ya. Sebab nak sambung belajar. Biasiswa pun dah lepas. Visa dah setel. Semua dah ready. Tiket flight dah ambil 4 bulan awal. Semua setel dah.
4 bulan awal? Aku terus tanya lagi. Sebab tu ke Iman tiba – tiba layan Abang dengan baik? Dia angguk lagi. Aku terus diam tak kata apa. Diam seribu bahasa. Selera nak makan pun hilang. Aku terus tak ada mood.
Kecewa sungguh aku. Balik tu aku senyap. Langsung tak cakap apa. Aku masih tak boleh terima keputvsan Iman nak tinggalkan aku. Berhari – hari aku m0ody, Iman tanya apa – apa pun aku jawab acuh tak acuh je.
Then hari ke berapa entah, Iman cuba slow talk dengan aku. Masa tu aku tengah tengok TV. Dia kata, dia nak pergi next Rabu. Masa tu hari Selasa. Dia kata, dia tak nak p4ksa aku tunggu dia selama tiga tahun dia kat sana.
Dia tak akan minta cerai dengan aku. Tapi dia akan bagi kerjasama kalau keputvsan aku nak tinggalkan dia. Dia kata dia dah puas dapat luangkan masa dengan aku beberapa bulan yang lepas.
Kalau lah jod0h kami tak panjang pun, dia kata sekurang – kurangnya dia ada kenangan manis dengan aku sebelum berpisah. Dia Minta maaf dekat aku banyak kali sampai menangis – nangis rasa bersalah.
Aku diam je. Aku bangun terus ke bilik. Jauh dalam diri aku, aku nak buat yg terbaik untuk dia. Aku sayangkan dia. Aku takkan lepaskan dia. Senyap – senyap aku belikan dia rantai baru, pen harga 400, jam tangan baru untuk dia pakai kat Amerika.
Aku nak bagi kat dia masa kat airport. Baru lah r0mantic sikit. Aku tunggu je hari Rabu, nak pergi airport dengan dia. Boleh jumpa mak mertua aku yang dah bertahun aku tak jumpa.
Hari Selasa berikutnya pun tiba, aku balik awal dari pejabat sebab nak stanbdby tengah malam tu nak pergi airport hantar Iman. Tapi bila aku balik, kereta Iman tak ada, pintu bilik dia tak berkunci, kasut yang dia selalu pakai pun tak ada.
Bagasi dia, beg dia nak bawa semua tak ada. Aku dah geIabah. Aku call dia, phone off. Aku call adik ipar aku pun tak angkat. Call mak ayah aku, dia kata dah Iman dah pergi. Pagi tadi pukuI 9 pagi.
Aku pergi kerja pukuI 8.30pg. patut lah aku tengok dia bersiap. Ingat ke dia nak keluar uruskan apa – apa yang perlu rupa – rupanya dia dah pergi tinggalkan rumah.
Mak aku kata dia flight ke Singapore pukuI 3 petang dari KL. Then esok baru lah ke Amerika. Masa tu aku rasa nak meraung. Aku betul – betul nak peIuk Iman, nak bagitahu Iman yang aku nak minta maaf.
Aku sayangkan dia dan aku menyesal dengan apa yang aku buat. Aku tak sangka dia betul – betul tinggalkan aku tanpa aku sempat nak cakap semua tu.
Hidup aku jadi kosong lepas pemergian dia. Bangun pagi sampai ke nak tidur malam. Aku rasa sunyi. Hidup aku tak ada lagi wajah happy Iman, senyum dia, ketawa dia, bebeI dia. Semuanya.
Yang aku boleh tengok hanyalah gambar – gambar dia di sana kat IG aku. Gambar – gambar dia buat aku terubat rindu. Aku pm dia pun sepatah je dia jawab. Dia jadi Iman yang dulu.
Kadang – kadang tak berjawab pun text aku. Aku sedih giIa. Aku rindu sungguh kat dia. Separuh hidup aku macam nak giIa rindukan dia.
Tiap Hari aku doa supaya Allah lembutkan hati dia untuk terima aku dan pulang ke pangkuan aku lagi. Aku tahu aku salah, aku berd0sa. Aku menginsafi semua yang aku buat sebelum ini. Aku nak dia kembali jadi cinta hati aku seperti mana aku sudi mengahwininya beberapa tahun yang lalu.
Aku yakin, dia akan baca post ni. Sebab adik – adik aku kata dia selalu share confessions di sini kat FB dia. Kalau Iman baca, aku nak sangat Iman kembali dan terima aku. Moga Allah jaga awak kat sana. Saya sungguh merindui awak. Pulang lah. – Hairi