Tak tahan dapat biras kuat cucuk, hasut mentua. Aku diam2 letak camera celah tin milo tempat dorang selalu membawang

Tiba – tiba mak mentua sound aku, “Kau jangan sombong sangat tak bercampur orang.” Aku macam what??? Ini mesti ada angin yang goyangkan pokok. Bila aku balik kampung, aku kumpul bukti dulu. Aku beli camera kecik yang guna sdcard aku letak kat celah – celah tin milo tempat aktiviti membawang..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Kisah aku ni pendek je tapi aku nak luahkan jugak sebab geram kan. Kalau nak post kat fb nanti kang orang kenal payah plak. Hal ni tentang biras aku. Dari mula aku perasan yang biras aku ni suka bersaing dengan aku. Aku biasa je.

Mula – mula aku buat tak tahu jer tapi bila diam m4kin melampau plak. Puncanya dia ajak ahli keluarga mentua yang lain membenci aku dan suka sangat sabotaj kehidupan aku. Jadi aku rasa perlu untuk aku berdepan dengan dia.

Macam biasa dia tak akan mengaku dan play v1ctim. Aku dijadikan bahan tohmahan dia. Macam biasa kita dilabel suka cari pasal dengan orang, berlagak bila kita confront manusia macam ni. Kalau diam m4kin menjadi pula.

Contoh, aku ni sambung belajar degree jarak jauh. Niat aku nak sarung jubah degree dan upgrade kerjaya aku. Itu impian aku, takde niat pun nak bersaing dengan siapa – siapa. Dapat genggam sijil tu macam satu kepuasan.

Tapi biras sabotaj aku. Dia buat sampai mak mentua aku mula benci aku. Bila aku ada class sebulan minggu 1, minggu 3 sabtu ahad. Masa aku ada class lah, dia gatal buat family gathering, pi makan – makan, pi waterpark, pi picnic, pi shopping baju raya, kenduri yasinan, mestilah tanpa kehadiran aku sebab ada class sabtu ahad pagi sampai petang.

Jadual kelas aku dah kongsi kat group family takkan laa depa tak tau kan?? Sekali dua, mak mentua aku okay bila aku tak join, tapi bila lama – lama bengk4k hati dia. Mak mentua siap sound aku dan puji – puji biras aku. Dia kata, biras aku tu pun bijak pandai ada diploma tapi majlis – majlis keluarga tak pernah tak datang!

“Kau jangan sombong sangat tak bercampur orang.” Aku macam what??? Ini mesti ada angin yang goyangkan pokok. Tiba – tiba jer ni dah kenapa??? Aku tak mengadu kat suami sebab nanti aku kena marah balik. Jadi bila aku balik kampung, sebelum nak tuduh melulu kena ada kumpul bukti dulu.

Aku beli camera kecik yang guna sdcard aku letak kat celah – celah tin milo kat dapur kawasan aktiviti membawang. Memang sah, biras aku punya kerja, macam – macam dia kutuk ya, kata aku tak suka balik kampung, menantu derh4ka, berlagak sombong.

Jadi apa aku buat, aku post kat group family. Aku tuntut penjelasan daripada dia. Dah ada bukti pun berani kona baring minah ni. Aku cakap dah ada bukti pun nak play v1ctim, kalau tak suka aku cakap terang – terang. Settle.

Minta maaf pun tak. Mak mentua aku back up menantu kesayangan dia. Aku cakap fikirlah sendiri bukan aku buat cerita, dah ada bukti. Menangislah biras aku dari ner4ka tu. Tagih simpati. Suami aku mula – mula terk3jut jugak, lepas tu dia ajak aku balik rumah sebab dia marahkan kak ipar dia tu. Tahan diri.

Suami aku cakap sorry dia tak tahu jadi macam ni. Dia cakap bila saud4ra mara tanya aku mana, tak balik kampung ke suami jawab aku ada class. Dia pun akui rimas nak kena explain kat semua orang. Sebab orang suka buat andaian masing – masing.

Aku cakap takpelah at least suami ada percaya dan boleh pertaahankan aku. Aku ada join dropship bagi menambah income. Dapatlah cover sikit duit yuran. Dah dia jual juga barang yang sama. Bila balik kampung suami aku menjual la kat orang kampung sana, dah dia caras pelanggan aku.

Tapi rezeki aku ada tempat lain. No worries. Dua tahun lepas aku dah berjaya graduate, setahun lepas tu dapat tawaran kerja yang lebih baik. Alhamdulillah rezeki keluarga kami. Biras aku pun ada cuba nak belajar sambil bekerja tapi dia tak berapa kental semester dua dah bungkuih.

Baru dia tau ingat senang ke kerja sambil belajar dengan ada komitmen keluarga ni. Aku takde doa yang tak baik. Aku hidup macam biasa je. Tu je la nak luahkan, kalau nak cerita kejadian lain kang melalut – lalut. Sekian terima kasih. – Bukan siapa-  siapa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ala Mie : Haha saya pun ada biras per4ngai macam ni. Dari sekecil – kecil benda semua nak berIawan. Life orang pun nak control ikut cara dia. Allah nak tunjuk saya terbaca posting dia dok mengata saya dan husband. Sejak tu baru tau dah berbakul dah post tak puas hati dia dengan kami.

Anak saya baru few months jadi besar issue ni. Nasib dok jauh tapi tu pun media sosiaI saya and husband semua kena skodeng dan dia akan up post berjela – jela nak justify apa dia buat. Orang macam ni tak guna cakap apa pun dia akan koner baring macam tt cakap.

Dia akan stop bila Allah hantar ujian besar tak terduga dekat dia. Husband selalu cakap takpe kalau dorang tak kena, anak – anak keturunan dorang akan kena. Masin mulut husband Allah bayar cash. Dari tu dah tak buat dah segala per4ngai tak senonoh tu.

Actually saya rasa macam tak betul lah kenapa yang buat jahat parents tapi yang kena anak. Tapi mungkin dengan cara ni Allah nak ajar dia, langit tak selalu cerah. Dulu saya s4kit masuk ward operation dia mengata saya.

Sekarang kena ke anak dia. Hopefully lepas ni dan sampai bila – bila pun dia dah tak buat per4ngai pelik – pelik macam ni lagi. Saya bersyukur sangat sebab husband memang 100% backup saya. Mak dan ayah mertua pun baik dengan saya alhamdulillah. Nak apa lagi kan?

Salbiyah Abd Ghani : Kisah tt ni masih dikira ok lagiIah walaupun baca pun dah s4kit hati tapi ada lagi yang lebih teruk dari tt sampaikan biras dia sihiir kat dia bagi rumahtangga dia runtuuh. Sihiir family mertua dia nak bagi tunduk kat dia dan sayang kat dia sorang tapi itulah bila ko syiriikkan Allah, finally dapatlah baIasan dari Allah kan. Hati hitam legam sangat sebab tu tak boleh tengok orang lain senang.

Nazira Mylisa : Nasib biras kita semua lelaki. Perempuan seorang, tapi umur pun dah jauh dari kita. Biras sebaya macam ni lah. Tapi serious lah boring family yang suka buat gathering – gathering macam ni. Semua kenduri macam wajib nak hadir.

Kalau orang tak datang mengata. Dah kalau orang ada kerja, nak buat macam mana. Saya sejak lepas PKP ni, malas betul nak pergi kenduri family sed4ra mara. Bukan apa, per4ngai sesetengah orang ni, depa suka judge kehidupan orang. Serious bosan.

Tak tukar kereta baru yang usia belas tahun, depa fikir kita ni tak berduit tengah susah. Padahal taknak tambah hutang. Duduk rumah sewa pun depa macam runsing. Padahal kita ni hidup bahagia je. So sangat malas nak bercampur dengan sed4ra mara yang kuat judge kehidupan orang. TT pun kena jadi macam Saya kot. Buat Hal sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?