Bila mak mertua aku sampai je rumah, dia pandai – pandai alihkan perabot dan tegur masakan aku katanya tak sedap guna jenama murah

Mak mertua kata nak duduk rumah kami seminggu, sampai je rumah dia dah tegur hiasan bunga aku tak cantik. Esoknya aku kerja terk3jut tengok semua perabot dah berubah. Suami aku cakap mak mertua tak suka cara aku susun perabot. Masa aku hidangkan makan malam, dia hirup sikit lauk, tiba – tiba dia bangun and ambil masakan aku tu diletaknya balik dalam periuk. Dia cakap suami aku tak suka masakan macam cara aku masak.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku hanya nak meluahkan segala perasaan sedih dan terIuka selama aku kahwin ni. Aku telah berkahwin selama 8 tahun, dan masih belum dikurniakan rezeki anak. Aku percaya aku tidak boleh mempersoalkan rezeki anak sebab anak adalah rezeki dari Allah s.w.t.

Keluarga mertuaku adalah dari kalangan berada dan kaya. Mereka adalah dato dan datin yang mempunyai empayar perniagaan yang besar di luar negara. Jadinya mereka ni selalu duduk di luar negara dan hanya akan balik ke Malaysia jika terdapat kenduri kend4ra atau nak melawat anak – anak di Malaysia.

Aku dan suamiku merupakan seorang guru. Suamiku adalah cikgu manakala aku ialah seorang ustazah di sekolah agama. Permulaan perkahwinann kami adalah sangat bahagia. Sehinggalah suatu hari bapa mertuaku menyuruh anak perempuannya yang bongsu tinggal di rumahku dengan alasan sekurang – kurangnya ada orang jaga anak perempuan dia.

Disebabkan adik ipar aku ni baru je habis belajar, dia try la minta keja part time di sebuah shopping compIex berdekatan dengan rumahku. Akhirnya dia dapat juga kerja as a pr0moter di sebuah kedai kasut. Masalah aku sekarang ialah adik ipar aku sangat pemalas, dah makan pinggan tak tau basuh, baju kotor dia aku yang kena basuhkan, bilik air yang dia guna punya la kotor, aku yang kena cuci lantai.

Aku ada mengadu dekat suamiku, and suamiku cuba tenangkan aku and nasihat adik dia. Tapi nasihat tu macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Still la pemalas tahap dewa. Aku ni balik kerja kena masak dinner, dia tak ada pun nak tolong. Makanan dah siap tau pulak dia turun kat meja makan and tinggal makan je. Hobi dia main game , tengok movie, and keluar dengan kawan – kawan dia.

Kadang aku rasa tak ada privacy dalam hidup aku sebab rumah aku ada adik ipar. Kadang family aku nak datang pun macam segan, adik lelaki aku nak tumpang tidur di rumah aku pun tak boleh la sebab adik ipar aku tu ada.

Dah lama family aku tak datang tidur rumah aku. Sedih sangat aku rasa, sebab bila aku ajak mak ayah, adik – adik datang, dorang akan cakap dorang bukan tak nak tidur, tapi nanti takut adik ipar aku yang tak selesa. Aku tak tahu sampai bila la aku kena hidup dengan perasaan sedih macam ni.

Mak ayah mentua aku pulak kadang – kadang ada balik je Malaysia sebab dorang nak tengok cucu sulung dorang (anak abang ipar aku). So mak ayah mentua aku ni ada la singgah rumah aku. Dorang cakap nak stay dalam seminggu kat rumah aku. Awal – awal je sampai mak mentua ku dah tegur bunga hiasan aku letak kat meja ruang tamu.

Dia tanya kenapa aku susun bunga macam tu dalam pasu, tak cantik langsung. Aku senyum je la, tak tau nak cakap apa. Padahal bunga tu memang aku beli dari kedai and hiasan tu kedai yang buat. Florist taw yang gubah. Boleh pulak mak mentua aku komen cakap tak cantik. Esoknya aku pergi kerja macan biasa, tapi lepas balik je dari kerja, aku terk3jut bila masuk dalam rumah aku. Perabot – perabot dalam rumah aku telah bertukar tempat dalam hati aku sejak bila aku upah interior designer ni.

Then suami aku bisik kat aku, mak dia yang ubah, sebab mak dia tak berkenan cara aku susun perabot. Omg, ni rumah aku, suka hati la aku nak susun macam mana. Mak suami aku langsung tak cakap dengan aku dia yang ubah, muka dia macam biasa, macam dia tak buat apa – apa. Malam tu aku masak untuk dinner. Mak mentua aku ada sekali dekat dapur, bila aku tuang je serbuk kunyit dalam masakan lemak aku, dia tegur kenapa aku tak pakai serbuk kunyit jenama sekian – sekian, kenapa pakai jenama murah.

Aku tak tau nak respond macam mana, selama ni aku tengok mak aku guna jenama murah, sedap je masakan mak aku. Dalam hati aku kenapa la ada je benda tak kena. Aku sampai fikir aku ni menantu yang teruk sangat ke. Masa tu rasa nak berjurai air mata, tapi aku tahan je, sabar la aku pujuk diri sendiri.

Bila aku dah hidang dinner, mak mertua aku hirup la kuah lemak, tiba – tiba dia bangun and ambil masakan aku tu diletaknya balik dalam periuk. Dia cakap nak alter makanan aku, dia cakap suami aku tak suka masakan macam cara aku masak. Sedihnya aku time tu. Selama ni aku masak suami aku tak pernah compIaint pun. Malam tu aku tak makan dinner and aku bagi alasan aku s4kit kepala dan aku terus masuk tidur.

Bila mak ayah mentua aku ada kat rumah, setiap kali berbual, dorang mesti akan sebut pasal family abang ipar aku. Mereka akan puji je abang ipar aku sebab antara anak – anak, abang ipar aku paling berjaya, dia surge0n dekat hospitaI swasta di ibu kota. Kakak ipar aku pulak pr0fessor fakulti perubatan dekat universiti. Mak mentua aku selalu la puji menantu dia yang sulung tu, selalu cakap pandai masak, untung abang ipar aku dapat dia.

Aku kadang terasa la sebab mak mentua aku akan puji bila bercakap dengan aku. Mak ayah mentua aku memang bangga sangat la dengan anak sulung dia. Dulu masa baru kahwin, aku ingat lagi abang ipar aku ni pernah cakap penat kerja surge0n, kalau boleh nak kerja macam suami aku, cikgu sekolah, bila cuti sekolah boleh cuti panjang.

Bila mak mertua aku dengar, mak mertua ku cakapla kalau jadi cikgu, gaji setakat macamtu jelah, tak boleh mewah sangat, tak boleh macan gaji surgeo0. Aku masa mak mentua aku cakap macam tu, aku tengok muka suami aku, suami aku senyum je.

Suami aku sangat baik, dia kalau mak ayah dia kutuk – kutuk dia ke, dia senyum and tak banyak cakap. Selepas tu aku ada pujuk suami aku, aku cakap jangan la terasa bila mak dia cakap macamtu. Suami aku cakap tak apa, dia sabar, rezeki Allah berbeza untuk setiap orang. Dalam hati aku, baik suami aku, terima kasih Allah hadiahkan aku suami yang baik.

Aku kadang sedih tengok layanan mak ayah mentua aku kepada suami aku. Memang la suami aku tak kaya macam anak sulung dia, tapi tolong la jangan membeza – bezakan layanan tu kat anak – anak. Tolong la jangan lupa sepanjang kami kahwin selama 8 tahun, kami yang tolong jaga anak bongsu dorang yang pemalas tu.

Baru – baru ni mak ayah mentua aku nak balik ke luar negara. So dia minta la suami aku hantar ke KLIA. Dalam kereta, mak mentua aku cakap amboi panasnya kereta macam duduk dalam oven. Dia cakap kat suami aku tukar je lah kereta buruk ni . Ya Allah bila aku dengar je macam tu, nak menitik air mata.

Kereta yang dia naik ni ialah kereta yang suami aku bawak pergi kerja untuk cari rezeki. Boleh pulak dia cakap kereta buruk. Suami aku hanya jawab nanti la ada rezeki lain boleh la tukar yang baru, mak doakan la. Aku kesian sangat dengan suami aku. Walaupun mak dia c3rca kereta dia, dia tetap jawab balik dengan hormat dan baik.

Aku sebenarnya sedih bila layanan keluarga mentua kepada aku dan suami aku sebegitu rupa. Aku selalu cakap dekat suami aku, kenapa mak dia tak suka aku. Kenapa ada je yang mak dia tak berkenan. Suami aku pujuk aku dan selalu ingatkan aku untuk bersabar. Bagi aku, aku dah bersabar terlalu lama. Dah 8 tahun macam ni. Suami aku selalu pesan, jika aku sabar nanti mesti Allah ganjarkan sesuatu yang terbaik untuk aku.

Kepada para pembaca sekalian, doakan la aku dan suami mendapat zuriat dan dimurahkan rezeki. Terima kasih sudi membaca confession aku, aku rasa lega bila ku luahkan di sini. Doakan aku terus istiqamah untuk terus bersabar.

Komen Warganet :

Hasa Acs : Jaga suami baik – baik, syurga isteri ada dengan suami, bukan pada mak mentua. Pasal adik ipar yang pemalas tu, minta suami bagitahu mentua suh carikn rumah sewa lain. Dah la str3ss kerja ckgu, balik rumah terp4ksa berdepan dengan orang yang malas. Kalau berani sikit, cubalah tegur adik ipar tu, panggil ajak masak sekali, mana tahu boleh berubah.

Faizah Said : Tak apa sis. Mak mentua sis dok luar negara. Tak selalu hadap dia pon. Yang paling penting suami sis ada dengan sis. Banyak masa dengan sis. Baik dan memahami. Tu syukur sangat dah.

Lienasyafiy Anaroflie : Biasa la orang tua, kalau boleh jangan ambik hati. Cuba amalkan setiap kali mak mertua kompIen apa – apa tu, awak puji mak mertua awak. Contoh bila dia ubah susunan perabot tu, awak puji la cakap la “betul la, ubah susunan macam mak ubah ni nampak cantik, kemas, saya suka la.” Setiap masa awak puji setiap perbuatan dia, lama – lama awak tengok la sendiri. Bukan budak je kita nak kena ps1ko, org tua pun sama..

Husairi Sandakan : Confessor terlalu sensitif. Cuba sesuaikan diri. Kalau buruk, minta bantu beli baru, kalau tak cantik, bawa mak ke kedai pilihkan yang cantik. Kan bagus ucap terima kasih mak tolong susun perabot, puji – puji la sikit. Kenapa tengok dari sudut negatif? Dah dia balik, ubah la balik perabot tu. Puji la masakannya sedap. Kan senang hati mak mertua. Tak ada pun mereka cakap pasal cucu yang belum lahir! Cari persamaan, bukan perbezaan. Dah kaya sangat, bodeklah minta bantu, dari cakap kosong.

Wan Aqilah : Sis sabar jelaa diorang kan datang dari jauh, patutnya kita raikan tetamu,, dia tegur cara kita masak pun kita ia kan jela bukannya diorang duduk lama pun. Sis pun tau mertua tu orang have – have minded dia berbeza. Kita yang muda ni mengalah jela bukan hari – hari pun kita jumpa dia. Sis kan ustazah patutnya lebih tau adab layan tetamu. Lagi satu sis kata mertua kaya raya asal tak mintak maid sorang tak kan tak mampu. Bagitahu jela sis dah tak larat nak beIa anak perempuan dia tu.