Awal tahun lepas mak dan ayah saya p4ksa untuk buat loan Aeon supaya dapat selesaikan hutang – hutang mereka. Bila saya tak setuju, mereka tarik muka. Akhirnya, hanya bulan pertama je mereka bayar dan kini dah setahun, 1 sen pun mereka tak bayar. Hari ini ada orang call ugut dari mahkamahlah, polis lah nak tangkap saya..
#Foto sekadar hiasan. Salam min mohon hide ye. Saya hanya nak luahkan dan cerita pasal mak ayah saya. Saya sekarang dah naik str3ss sangat – sangat. Cerita dia macam ni. Tahun lepas diorang ada minta saya untuk bantu diorang bayar hutang hutang yang sangkut. Saya setuju dan tolong bayarkan. Tapi tak banyak jadi awal tahun lepas diorang mintak dan p4ksa saya untuk apply pinjaman aeon untuk langsaikan hutang – hutang diorang.
Saya m4ti – m4ti tak nak jugak sampai satu tahap diorang tarik muka dengan saya. Jadi saya terp4ksa akur masa tu. Pinjaman dah dibuat atas nama saya. Lulus dan duit pon dapat. Bila duit dah dapat diorang ambil semua tanpa saya dapat 1 sen pon. Saya tak tahu duit tu ke mana dan bermula la episod demi episod, hanya bulan pertama je diorang bayar ok.
Masuk bulan kedua dan sehingga sekarang 1 sen pon diorang tak bayar. Kalau ikutkan nak dekat setahun dah tak bayar sebab tak mampu untuk bayar. Sampai setiap hari orang call saya mintak bayar sedangkan saya dah tak mampu bayar dengan jumlah RM400 sebulan. Gaji saya hanya RM1200 saja. Mana nak bayar kereta, dengan segala komitmen yang lain lagi.
Hari ini ada orang call ugvt dari mahkamahlah, polislah nak tangkap saya sebab saya tak bayar hutang pinjaman. Saya marah mak ayah saya kenapa tak bayar. Masa pinjam janji nak bayar. Sekarang yang susah saya. Yang tekanan saya. Diorang boleh berfoya – foya lagi pergi jalan sana sini tanpa fikir langsung perasaan saya. Sampaikan lebih pentingkan adik beradik saya yang lain.
Baru – baru ni kes kwsp boleh bawak keluar duit dan saya ada berbincang dengan mak saya mohon bayar aeon tu kalau dapat duit KWSP tu. Dia marah dan c4ci m4kinya saya kata saya anak tak berguna. Menyusahkan dia. Saya pulak disalahkan. Sekarang saya lari rumah sebab dah rasa benci dan s4kit hati dengan perangai diorang. Apa perlu saya buat sekarang. Saya dah cukup tertekan orang call hari – hari mintak hutang. Saya mana mampu untuk bayar. Diorang boleh makan sedap -s edap bawak adik saya dan kakak saya pegi sana sini. Tapi saya kena hadap hutang piutang diorang. Saya tertekan. Dengan ekonomi sekarang, PKP lagi.
Mohon bagi pandangan dan nasihat dekat saya apa perlu saya buat. Saya takut kes ni jadi kes mahkamah saya pulak sorang diri kena hadap. Terima kasih admin.
Komen Warganet :
Nana Rozana : Awak boleh berurusan dengan AKPK, nanti diorang akan ajar cara menguruskan kewangan dan cara mudah nak langsaikan semua. Jangan takot, orang pinjam along pun boleh settle baik – baik. Tak boleh nak buat apa, tu mak ayah kandung. Buruk mana pun, awak tak boleh buang. Anggaplah ni dugaan untuk awak. Teruskan bersabar. Minta Allah lapangkan rezeki awak dan permudahkan untuk hadapi masalah ni.
Jangan sedih, jangan dend4m. Doakan ibu bapa awak yang baik – baik. nanti Allah pasti tolong awak. Ingat, lain kali awak perlu bertegas dan tidak membuat keputvsan terburu – buru di luar kemampuan awak. Cakap dan terangkan baik – baik, diorang terima atau tak terpulang. Jangan Iawan dan diam je.
Aisya Zamri : Pertama sekali, dah tiba masa untuk fikir dan jaga hati dan diri sendiri. Bawa haluan sendiri, kalau tidak sampai bila bila akan stuck dalam situasi yang sama. Perit sis nak duduk dalam keadaan di mana ibu bapa sendiri tak faham dan tak mampu untuk faham. Memang ada setengah ibubapa gunakan anak untuk kesenangan diri diorang sendiri. Sis bawa la diri, mula hidup sendiri. Tapi minta maaf minta ampun minta keberkatan dari diorang dulu. Selebihnya serah pada Allah. Allah tahu niat sis. Saya doakan semoga dipermudahkan semuanya.
Era Bakar : AllahuAkbar, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Ditelan m4ti mak, diluah m4ti Pak. Buruk baik tu mak ayah kita tapi beringatlah selepas ini jangan buat pinjaman dah. Sabar dan berdoa, inshaAllah doa orang yang terani4ya selalu dimakbulkan. Tt tetap kena bayar pelan pelan sebab atas nama tt, siapa yang guna duit tu pihak bank tak akan ambik tau. Semoga dipermudahkan urusan tt dan lain kali beringat lah walaupon dengan ibu bapa sendiri
Jenny Jen Lolok : Sis jangan takut, walau berat macam mana tekanan tu sis kena bertenang, hadap je sebab dari awal lagi keluarga awak dah rancang semua tu, cuma sis yang tersalah pilih. Sebelum terima tawaran mereka sepatutnya sis kena berfikir dua tiga kali, pinjaman akan menyusahkan diri sendiri dan rasanya sis pun dah tahu mereka akan menyusahkan sis tapi sis terima juga. Tarik muka tu hanya lakonan mereka supaya sis setuju permintaan mereka, satu je saya pesan jangan sekali kali tinggalkan kerja awak tu dan cari jalan untuk cuba bahagikan duit agar dapat bayar hutang mak awak, anggaplah ia sebagai pahala untuk menolong org tua, semoga di permudahkan urusannya.
Syahsyah Mashel : Hutang yang ada agreement walaupun dari aeon benda tu kalau tak bayar nama jadi blacklist je. Tak ada plak dalam perjanjian, kalau tak bayar masuk lokap. Tu mesti pengutip hutang punye point sebab nak gertak suruh bayar dan diorang akan dapat komisen. Sekarang awak tak mampu nak bayar, cuma mampu beri kerja sama kat cerdit tu. Hubungi HQ bincang tentang jumlah yang mampu awak boleh bayar. Jangan tanya yang kutip hutang tu, dia hanya jalankan tugas, call hutang yang tak bayar je.
Plan pertama telefon HQ aeon tu bagitahu yang awak nak beri kerjasama dan macam mana untuk bayar dengar kadar ikut kemampuan. Itu je jalan pertama, yang kedua bersemuka dengan mak ayah awak, kenapa mereka buat macam tu? Memang awak anak tapi tak payahlah, diorang nak ani4ya anak sendiri???? Apa motif tu semua diorang buat. Buat anak sendiri. Bila susah, sedar diri, jangan susahkan orang lain apalagi dar4h daging sendiri.
Setakat hutang sekali bayar nilai kecik tak ape. Ini besar. Entah berape ribulah yang awak mohon sampai lulus duk bagi semuanye kat diorang. Hairan sangat plak dengan sikap lurus tak bertempat ni tak tegas langsung. Kedua AKPK pun boleh tapi akan datang agak sukar jugak nak buat apa – apa pinjaman atau beli aset sebab dah ada agensi yang rekod tentang hal kamu. Lagi satu, rezeki tu Allah yang bagi, selalu tahajud, taubat, hajat yang wajib cukupkan, selawat banyak – banyak setiap hari. Dekatkan diri dengan orang yang positive dengan orang – orang yang membangunkan diri tapi dalam masa yang sama dekat dengan Allah. Insyaallah berjaya dunia akhir4t.