Bila kami takde dekat rumah, ibu senyap2 datang rumah. Lepas tu dia akan merungut tgk keadaan rumah

Rumah yang aku dan isteri duduk adalah atas nama aku dan ibu. Tapi selama ni aku yang bayar, dan lepas kahwin ibu macam tak puas hati dengan isteri aku. Sampaikan isteri bela kucing boleh jadi punca dia tak nak datang rumah aku. Sekarang, ibu suruh aku bayar dengan harga yang mahal sebab dia nak jual rumah kami..

#Foto sekadar hiasan. Hai, sejak sekian lama aku menjadi silent reader kat page ni, aku pun nak luahkan sedikit sebanyak isi hati aku kat sini. Nama aku King, umur aku hampir 30 tahun dan baru sahaja melangkah masuk alam perkahwinan.

Buat masa ni semuanya nampak ok antara aku dan isteri. Cuma masalah aku adalah dengan ibu aku sendiri. Aku anak tunggal untuk 15 tahun sehingga adik aku muncul dalam kehidupan kami semua dan aku amat rapat dengan ibu, kira macam momma’s boy.

Sejak kecil lagi, aku dididik perkara akademik oleh ibu aku yang menyebabkan aku pintar dan berjaya dalam semua exam major. Aku sayang ibu aku, dan apa – apa arahan ibu aku, aku cuba taat. Kalau ibu dan bapa aku g4duh, aku akan ikut cakap ibu saja (ada sekali tu ibu aku menulis surat tentang keburukan bapa aku dan suruh aku membacanya dekat bapa aku sendiri, itu pun aku ikut).

Namun sejak keluar universiti, hubungan ibu aku dan aku menjadi tegang. Kami asyik berg4duh dan ibu aku suka memarahi aku untuk hampir semua benda. Ya, aku tahu ada yang salah aku tapi tak perlu la sampai marah (kadang – kadang m4ki) aku.

Ini menyebabkan aku berasa str3ss dan stay back di tempat kerja hingga lewat malam dan balik hanya untuk tidur. Kadang – kadang bila hubungan kami pulih sedikit, aku dan ibu aku akan meluangkan masa sama – sama melakukan pelbagai hobi.

Apabila hubungan kami tegang, ibu aku akan merendah – rendahkan aku, mengh1na hobi aku (aku suka programming), dan kami akan berg4duh besar. Hampir tiap – tiap minggu kami akan berg4duh. Semua keputvsan yang aku buat mesti disanggah dan aku akan dip4ksa mengubah keputvsan aku.

Aku masih ingat lagi, ibu aku menghantar kucing belaan kami berdua ke shelter tanpa persetujuan aku. Alasan ibu aku, kucing tu miliknya dan dia tidak suka kucing itu. S4kit hati aku sampai sekarang. Beberapa tahun lalu, aku hendak membeli rumah dan berjaya untuk berpeluang membeli rumah full loan tanpa downpayment (rumah ni agak jauh dari rumah ibu aku).

Hampir semua urusan selesai, tapi aku dip4ksa batalkan loan aku kerana ibu aku telah menjumpai rumah yang agak dekat dengan rumah ibu. Aku cuba memujuk ibu, tapi tak berkesan dan aku pun menyerah. Aku ikut saja cakap ibu, aku beli sahaja rumah yang ibu suruh walaupun aku kena berhutang untuk bayar downpayment.

Loan untuk rumah ni walaupun nama aku dan ibu, hanya aku seorang saja bayar dan segala bill rumah ni aku seorang sahaja yang handle. Aku dan ibu kerap berg4duh semasa renovate rumah ni. Ibu selalu suka membuat renovation (seperti cat, membeli barang dan sebagainya) tanpa pengetahuan aku ataupun menolak hasrat aku.

Renovation pun sebahagian besar menggunakan duit aku jugak. Sudah sampai satu tahap, aku redha saja, letih untuk berg4duh. Tak berapa lama lepas tu, aku berkahwin. Isteri dan aku berpindah ke rumah ni secara rasmi.

Maka mulalah ibu aku cuba mengawal isteri aku, menyuruh isteri aku ini itu. Isteri aku akur tetapi dekat aku, ibu selalu mengutuk, mengatakan isteri aku tak pandai masak, tak bertanggungjawab bersihkan rumah dan sebagainya.

Buat info semua aku dan isteri aku bekerja dan kami jarang berada di rumah. Apabila waktu cuti baru kami bersihkan rumah dan sebagainya. Ibu aku pulak suka melawat rumah kami ikut masa dia. Kadang – kadang dia masuk saja rumah kami masa kami tak da di rumah.

Semua ibu aku complain, ini tak bersih, itu tak sedap. Isteri aku pulak ada seekor kucing dan dia membawa kucing tersebut ke rumah ni. Ibu aku pulak benci akan kucing itu, dia menyuruh isteri aku menghantar kucing itu ke shelter.

Of course aku dan isteri aku tak setuju! Berlakulah perg4duhan besar, sampai ibu aku mengatakan dia tidak akan menjejakkan kaki ke rumah ini selepas itu. Jujur, aku rasa lega apabila ibu aku tidak datang ke rumah. Hujung minggu aku cuba melawat ibu di rumahnya tetapi selalunya aku tidak dilayan.

Namun sekarang, ibu aku membuat masalah baru. Ibu hendak menjual share rumah ni (sebab ada nama ibu) dan mula mem4ksa aku untuk membeli darinya dengan harga mahal. Masalahnya, loan dan segala perbelanjaan rumah ni aku seorang saja tanggung (walaupun namanya ada sebagai peminjam loan).

Dia mengugvt untuk pergi ke lawyer dan sebagainya. Aku dah tak tahan, aku pun sekarang ni sedang mencari khidmat guaman untuk menyelesaikan masalah yang ibu aku timbulkan. Aku hanya boleh harap kepada Allah untuk menolong aku dalam cab4ran ini. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca luahan aku ini. Yang sudah letih, – King (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Hidayah Maznan : Kesian la kat awak suami isteri. Mesti mend3rita. Memang ada mak camni. Say apenah jumpe. Sangat – sangat t0xic. Merosakkan anak – anak dengan per4ngai pelik dia. Biasanya m4kin tua kita nak hidup tenang – tenang je.

Ni tak m4kin tua m4kin nak berg4duh dengan semua orang. Mak yang saya jumpe ni jenis berg4duh dengan semua orang. U name it. Anak – anak, adik beradik, jiran, mak dia sendiri semua pun dia g4duh. So, U are not alone.

Tapi bila melibatkan rumah ni lagiIah complicated. Kalau saya dah besar – besar ni saya nak hidup ikut acuan sendiri. Saya selalu refer apa – apa dengan mak. Tapi semua keputvsan saya decide sendiri. Alhamdulillah la mak sy ok je.

Kalau saya kat tempat awak saya mungkin akan jual rumah tu. Kalau kekalkan rumah sekarang banyak masalah akan menanti. Cari rumah lain awak suami isteri. Rumah ape, kat mana, semua awak decide dengan isteri je. Mak jangan masuk campur. Sebuah ketenangan tu kadang – kadang mahal harganya. All the best.

Kucin Hitam : Kalau tanya pendapat saya, selesaikan isu rumah dengan ibu awak, kalau ibu awak nak suruh beli share tu dengan harga mahal, awak jangan beli dan better awak bersetuju untuk jual sahaja rumah tu. Memang nampak dari segi kos macam awak dah rugi teruk sebab dah buat renovation bagai kan.

Ibu awak pun duk keluar masuk ikut suka sebab duk rasa macam rumah dia lagi. Kalau tiba – tiba awak setelkan baik – baik dengan ibu awak pun, still saya yakin masalah sama akan berlaku selagi awak ada share dengan ibu awak.

Jadi, jual saja rumah tu. Awak usahakan buat loan baru beli rumah yang baru agak jauh sikit dari rumah awak dan senyap – senyap jangan sampai ibu awak tahu. Tapi perlu ingatkan, jangan sampai hubungan ibu dan anak terputvs, awak masih perlu jalankan tanggungjawab sebagai anak, tengok – tengokkan mak ayah awak lama – lama sekali.

Berbuat baik dengan mak. Cuma awak dah tak payah terlibat apa – apa pasal harta lagi dengan mak awak. Saya cadangkan rumah yang agak jauh tu sebab ibu susah untuk datang rumah awak dan awak boleh bela kucing dan deco rumah ikut taste awak dan isteri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.