Aku baru bangun tidur, aku tanya adik, ibu mana? Adik bagitahu ibu ke rumah atuk, tapi hakik4tnya ibu dan ayah dah bercerai. Ibu ambil adik aku yang bongsu, kami yang lain dalam jagaan ayah aku. Aku nampak kereta ibu di rumah jiran. Bila aku nampak ibu dah keluar, aku terus pergi kat ibu tapi ibu cepat – cepat masuk kereta..
#Foto sekadar hiasan. Ini cerita berkenaan childhood tr4uma yang aku lalui masa kecil. Sekarang umur aku dah hampir 30 tahun, tinggal di kotaraya yang jauh dari kampung, bekerja swasta dan bujang. Cerita bermula sewaktu aku berumur 9 tahun,aAku baru bangun tidur, aku tanye adik ibu mana, adik bagitahu ibu ke rumah atuk, tapi hakik4tnya jodoh ibu ayah aku tak panjang.
Adik beradik kami ramai, jadi ibu mengambil adik aku yang bongsu. Jadi aku dengan adik beradik lain dalam jagaan ayah aku. So bermula lah episod “kurang kasih sayang”. Walaupun aku duduk dengan ayah aku, tapi bukan dia yang menjaga aku.
Yang dia tahu hanya tinggalkan duit yang tak pernah cukup sebelum pergi kerja dan pulang malam. Yang menjaga aku adalah abang aku yang waktu itu berumur 18 tahun. Ayah aku bukan orang biasa, dia orang ternama, disegani, ahli politik tapi kami adik beradik makan tak cukup, belanja sekolah tak cukup.
Aku pernah minta ayah belikan aku basikal tapi tak dapat, malah ayah dengan bangga bagitahu aku dia sponsor berpuluh basikal untuk satu program. Betapa luluh hati aku masa tu. Keadaan kami adik beradik di sekolah ayah tak pernah ambil tau.
Hanya abang aku yang mengambil tahu perihal aku dengan adik, tapi kadang – kadang abang aku keterlaluan, teramat garang, setakat kena t4mpar itu biasa, tapi at least abang aku peduli. Tak macam ayah. Kadang – kadang aku sampai tak cukup makan, pergi laa aku mengemis kat rumah kawan.
Ayah selalu menghantar aku bermalam di rumah kakaknya, mak sed4ra aku yang tu boleh tahan pu4ka mulutnya, aku yang kecil tak tahu apa, dir4cunnya. Macam – macam laa dia berkata buruk pasal ibu aku, dicemuhnya dicaci m4ki lagi. Aku hanya dengar dan diam.
Jadi, ibu aku berkahwin lain dengan seorang anggota polis. Sewaktu aku berumur 9 tahun, setiap kali hujung minggu ayah akan hantar aku dengan adik ke rumah ibu. Aku masih tak lupa, baru sehari kami di sana kami terp4ksa balik kerana ayah tiri aku tak menyukai kami.
Adik aku menangis meraung tak nak balik, aku hanya diam memendam. Abang aku datang ambil aku dengan adik aku masa tu. Satu lagi peristiwa yang aku tak boleh lupa, semasa aku di rumah ayah, aku ternampak kereta ibu di rumah jiran (kawan ibu).
Ibu langsung tak singgah jenguk kami adik beradik. Bila aku nampak ibu dah keluar, aku terus pergi kat ibu tapi ibu cepat – cepat masuk kereta. Aku dengan adik kejar kereta ibu, dah laa masa tu hujan lebat. Adik aku tak payah cakap laa masa tu, meraung sambil kejar. Tapi ibu tak berhenti.
Sewaktu aku kecil, ibu atau ayah tak pernah ajar aku solat. Tak pernah ajar aku agama, yang diorang tahu hantar aku kelas mengaji saja, Tapi sampai sekarang aku tak pandai membaca, ustaz ingat aku pandai baca, hakik4tnya aku hanya menghafal.
Bab solat masa aku sekolah menengah aku belajar sendiri. Kalau nak diceritakan benda yang aku tr4uma masa kecil memang banyak. Rejection, betr4yal, aband0nment semua ada. Tapi aku tak pernah menangis di depan sesiapa. Aku menangis seorang diri.
Kadang – kadang aku koyak bila ayah cakap dengan kawan – kawan dia, dia lah yang menjaga aku dengan adik aku, tapi hakik4tnya abang yang menjaga kami walaupun tak sempurna, walaupun s4kit kene denda. Sama juga dengan ibu, bila ibu cakap rindu aku waktu kecil dulu, hakik4tnya aku diabaikan.
Sewaktu aku dah habis sekolah, sudah berumur 20 tahun. Ayah berpindah ke rumah lain dengan isteri dia, tinggalah kami adik beradik di rumah lama. Keadaan bertambah baik, tapi aku sem4kin nakal, tiada yang menegur aku, sesat jugaklah aku waktu itu, macam – macam benda salah dan d0sa aku buat.
Member0ntak, ikut kepala sendiri tapi alhamdulillah Allah bagi aku kesed4ran, perlahan aku berubah. Aku tak tahu benda ni beri kesan ke tak kat hidup aku sekarang, mungkin ada, orang selalu judge aku dari masa lalu aku, kesilapan lama aku, cerita lama aku so macam mana aku nak move on? Tapi aku masih tr4uma.
Relationship aku tak pernah berjaya, aku takut pasangan aku tinggalkan aku, betr4yed, sampai benda ni tr1gger aku untuk fikir yang keterlaluan sampai aku buat perkara yang tak sepatutnya pada pasangan aku. Tapi at the end aku tak salahkan sesiapa, aku salahkan diri aku sendiri.
Entah bagaimana aku nak keluar dari tr4uma ni, aku nak hidup tanpa negativity dalam otak aku. Aku bersump4h dengan diri aku, nanti aku dah kahwin ade anak, aku akan bagi anak aku hidup yang aku tak pernah ade, kasih sayang yang aku tak pernah dapat. Aku janji. – XXXY (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Rusyainie Ramli : Assalamualaikum Tuan. I am so sorry for what you had to endure during your childhood. Pesanan saya, tuan boleh dapatkan bantuan kaunselor atau psik0logis untuk membantu tuan untuk menangani isu tuan.
Boleh minta doktor di kIinik kesihatan terdekat untuk merujuk tuan ke kaunselor atau psik0logis di hospitaI. Ada juga yang swasta. Macam puan Normaliza Mahadi atau Tuan Aiman Amri. Tak perlu mer4na sendirian. Dapatkan bantuan profesional bukan bermakna tuan lemah. Tapi ia bermaksud, tuan nak improve yourself.
Dhania Naseer : Cuma nak pesan kat ibu ayah yang bercerai, tolongla jangan jadikan anak – anak m4ngsa keadaan. Apa pun itu lah dunia anda. Tanggungjawab anda. Aku dah jumpa ramai mak ayah yang tak sayang anak depa.
Subur biakkan anak tapi anak – anak bersepah – sepah tepi jalan. Ye paham kasut lain – lain. Tapi jangan pentingkan diri. Setiap anak yang lahir tu berhak dapat kasih sayang dan keperluan dari ibubapa. Sedih dengar cerita tt. Moga tt jadikan kisah tt untuk bangkit dan kuat menjalani hidup.
Fadzilah Musa : Menangis baca janji awak pada perenggan akhir. Abang awk garang tu sebab dia str3ss. Dia baru 18 tahun dah dibeban dengan tanggungjawab yang sepatutnya dipegang oleh ibu ayah. Dia pun sedih tertekan sebab tak ada kasih sayang ibu awak. Cuma dia tak boleh meluah. Ibu awak… sampainya hati dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.