Pintu pagar dikunci tapi sliding door tidak dikunci. Anak aku yang sulung balik sekolah dia panjat pagar. Satu rumah dia cari bibik dan adik dia, tak jumpa! Suami aku siap telefon kawan – kawan satu taman suruh tutup semua jalan keluar masuk taman perumahan kami..
#Foto sekadar hiasan. Maaf agak panjang luahan aku ini walau seboleh mungkin aku cuba mengolah sependek yang boleh. Cerita mengambil pembantu rumah dari zaman anak pertama aku masih bayi sehingga kini dia sudah masuk 16 tahun cerita yang aku dengar lebih kurang sama.
Apa yang membezakan pertama kali aku menggunakan pembantu rumah dulu gaji sebulan baru RM350. Bayaran kepada agen hingga selesai semuanya hanya empat ribu saja. Bibik pertama aku tidak ada masalah langsung.
Dia pandai buat kerja dan bantu apa – apa yang patut. Kisah yang aku kongsikan ni pun dah beberapa tahun yang lalu. Sebelum bibik pertama balik kami sudah memohon untuk mendapat bibik baru. Waktu itu anak kedua dalam lingkungan setahun lebih.
Bibik ini juga baik dan bekerja dengan kami tanpa banyak kerenah. Cuma dia suka tidur tapi itu tidak jadi masalah buat kami. Sebaik lepas makan malam biasanya dia suka menonton televisyen (waktu ini anak – anak belum bersekolah jadi menonton tv bagaikan rutin setiap malam buat bibik).
Boleh dik4takan setiap tiga tahun sekali aku terp4ksa mengambil bibik baru kerana permit diberi biasanya untuk tempoh 3 tahun. Boleh sambung permit hingga 5 tahun tetapi kena balik dulu ke Indonesia sebulan. Aku pula kalau bibik bercuti sebulan siapa mahu menjaga anak – anak.
Oleh itu sebelum bibik ini balik aku akan pastikan bibik baru telah sampai dulu. Mendapat bibik ketiga hinggalah bibik yang keberapa entah aku mula mengalami masalah. Macam – macam hal terjadi. Aku cerita bibik yang membuat kami sekeluarga gempar.
Baru 3 hari sudah merayap membawa anak aku keluar rumah mencari public telefon, walaupun di rumah aku tidak pernah menghalangnya untuk dia menggunakan telefon. Apa yang menjadi masalah pintu pagar dikunci tapi sliding door tidak dikunci, bila si kakak balik sekolah terp4ksa memanjat pagar.
Pagar rumah aku pula lebih tinggi dari kita kerana hampir mencecah awning. Sliding pula tidak di kunci. Bila masuk ke dalam rumah dicari kesemua bilik, bibik dan adiknya tidak ada mulalah si kakak menangis menelefon aku.
Aku apa lagi sebab baru 3 hari, tanpa fikir panjang tutup komputer, kunci bilik terus balik dan telefon hubby kata bibik tidak ada di rumah dengan adik sekali. Bayangkan jantung aku bagaikan berhenti. Hanya satu perkataan yang bermain di kepala, cuIik! Takutnya aku.
Suami aku siap telefon kawan – kawan satu taman suruh tutup (perhatikan) semua jalan keluar masuk taman perumahan kami. Sebaik sampai rumah, bibik dan adik telah ada di rumah. Katanya dia sedang mencuci baju sebenarnya.
Pembohongan ini langsung tidak boleh kami terima sebab si kakak kata dia sudah mencari di seluruh rumah sambil menjerit – jerit memanggil bibik, mana mungkin dia tidak mendengar. Kakak juga nampak bibik balik membuka pintu pagar sambil mendukung adik.
Akhirnya penipuan tidak boleh disembunyikan lagi. Petang itu juga aku kemas semua baju dan hantar balik ke agen minta tukar. Cerita lain bibik aku yang baru seminggu telah melarikan diri siap membawa baju – baju yang baru aku belikan (sebab waktu datang semua pakaian adalah singlet dan seluar pendek).
Malah periuk dan beberapa makanan segera seperti kicap, garam, maggi dan lain – lain juga turut kena rembat. Aku rasa bibik ini sudah ‘pasang kaki’ untuk melarikan diri. Mujur waktu itu kakak aku berada di rumah. Adik masih di dalam buai.
Aku masih bersyukur barangan lain tidak hilang dan terp4ksa buat laporan polis kerana passport dia masih dalam simpanan kami. Batalkan visa dan permit satu kerja. Ada juga bibik aku yang bila datang haid baunya bagaikan ada bangkai tikus m4ti dalam biliknya.
Dia pula tidak boleh bekerja sepanjang datang bulan, hanya bergolek atas katil, memang kasihan. Orangnya baik tapi kesihatannya tidak mengizinkan. Masuk bulan kedua bila dibawa ke kIinik baru aku tahu s4kit ‘tumb0ng’ bila datang bulan rahimnya bagaikan terkeluar dari alat sulitnya.
Sebaik dia sihat aku kembalikan semula pada agen. Menangis – nangis dia kata dia sudah sayang dengan family aku tapi mengikut nasihat doktor peny4kit ini merbah4ya oleh itu dengan baik kami pujuk dia bila telah sembuh bolehkah kerja semula dengan kami.
Satu bibik pula sangat baik, pandai buat kerja, solat tidak perlu diingatkan. Tapi masuk tahun kedua untuk baharui permit keputvsan fomema dia ada VDRL plus (biasanya diperolehi melalui jangkitan secara s3x). Tidak terjangkau dek akal kami apa yang bibik buat sebelum dia datang ke Malaysia.
Bagaimana dia boleh lepas medical check-up sebelum ini tidak kami ketahui. Tapi kami tidak sampai hati memberitahunya. Bimbang dia malu pun juga lalu kami katakan khidmatnya tidak diluluskan imigresen. Airmata lagi bila perpisahan terp4ksa dilalui.
Banyak rentetan cerita bibik – bibik aku kalau mahu disenaraikan satu persatu. Namun aku tetap berterima kasih kerana semua bibik yang bekerja dengan aku tidak adalah kes yang besar – besar. Kalau setakat terambil duit seringgit – dua itu kami sudah halalkan.
Begitu juga kalau brooch / butang yang kecil – kecil itu mungkin dia suka lalu biasanya kami berikan saja walau sebenarnya kami ada belikan mana yang dia suka sewaktu pergi shopping bersama. Baik buruk mereka dengan tangan itulah juga yang membantu dan meringankan bebanan keluarga kami selama mereka bersama.
Apa yang penting anak aku semuanya tidak dipengapakan sepanjang ketiadaan orang dewasa di rumah. Bahkan ada juga yang masih membuat panggiIan ke rumah setelah pulang ke negara asalnya.
Komen Warganet :
Hudalatip : Macam – macam kisah ye kak.. mak saya dulu memang ada kisah dengan pembantu rumah ni, macam – macam la tapi takdelah kes – kes sampai s4kit – s4kit tu semua. Saya pun takde pembantu, macam kak yus kata bila penat sangat teringin gak nak pembantu tapi setakat ni saya bersama – sama dengan suami buat sama – sama walaupun penatnya Tuhan je yang tau.
ieja amieja : Assalam kak.. citer pasal bibik ni memang macam – macam ragam dorang. Ada yang baik ada juga yang buat salah laku belakang majikan. Pengalaman adik ipar yang silih berganti tukar pembantu macam akak juga.
Sebelum tu pe’el elok je bila majikan dah percaya sangat kat dia boleh pulak dia bawak orang lelaki masuk rumah. Kawan saya plak bibik dia baik sangat tapi bila habis kontrak dia taknak sambung la plak. Susah sekarang ni nak cari pembantu umah yang betul – betul jujur. Lebih – lebih lagi orang luar kan.
nabilah_2908 : Banyak juga ye pengalaman akak bersama bibik. Mujur lah anak – anak akak baik saja. Saya pernah dengar cerita dari rakan sekerja yang bibik dia bagi makan benda – benda kotor. Dapat tahu pun bila dia pergi berubat secara islam bila badan dia mula s4kit – s4kit. Lemah.. rumah terasa panas. Ini la manusia kan.. rambut sama hitam.. hati lain – lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.