Salah jalan pun boleh tercetus per4ng besar apetah lagi kalau saya tertinggal barang. Anak s4kit, anak munt4h, anak tak makan pun jadi hal besar, ibu tak reti jaga anak. Selama bertahun saya maafkan, berlembut tapi sekarang tidak lagi. Maaf anak – anak melihat WWF, ibu hanya ingin mengajar papa..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt kepada semua saya bahasakan diri saya sebagai Melur, di sini ingin meminta pandangan dan pendapat semua kerana fikiran saya yang teramat buntu. Diharap moga pendapat anda semua sedikit sebanyak memberi saya buah fikiran apa tindakkan lanjut saya dan keputvsan.
Saya dah berumah tangga selama 16 tahun dan dikurniakan anak – anak yang sihat sempurna. Alhamdulilah. Seperti sedia maklum, hidup di dunia ini setiap manusia akan diuji itu adelah lumrah kehidupan, saya tak terlepas diuji dengan sifat panas baran narc1sistic seorang suami.
Saya isteri yang tak berhenti berdoa moga suami berubah. Dia dari sudut nafkah dan keperluan tiada masalah termasuk hubungan bersama anak, seorang yang penyayang dan menjaga kebajikan kami semua, menolong kerja rumah.
Yang menjadi hidup saya dan anak tertekan adelah sifatnya yang cepat marah, perengus m4kian itu da jadi kebiasaan bagi dia apabila ade sesuatu masalah walau masalah yang teramat kecil. Yang paling saya tak boleh lupa bila saya bersalin anak yang terakhir, saya tump4h d4rah kerana komplikasi ceas3rian 50/50 dan kesemua anak – anak saya bersalin secara c3aser.
Semasa tump4h d4rah saya dah reda dengan takdir andai kata saya tak dapat buka mata kembali. Teringat saat dibius penuh doktor suruh saya mengucap kalimah syahadah. Saya cakap dengan suami jaga anak – anak saya dengan baik sewaktu disorong masuk kembali dalam operation theater.
Lupakah dia segala peng0rbanan yang saya lakukan sampai pernah dia m4ki waktu berg4duh, ‘d0sa apalah yang kau buat sampai bersalin tumpah d4rah, orang lain pun bersalin juga takdela sampai macam tu,’ Allah terIampau luluh hati.
Kalau la dia tahu dan alami sehingga hujung nyawa saya buat semua ni untuk kebahagiaan dia dan kami. Hidupnya penuh dengan amarah, ada saja benda tak kena, habis semua orang kena m4ki, eg0 pula memang raja bagi dia, memang tiada la kemaafan dari mulut, semua orang salah, isteri salah, semua yang terjadi kalau tak ikut plan dia habis isteri juga yang salah. Dia tak pernah salah.
Walau kami berbaIah akhirnya saya juga yang mengalah. Bukan dia tak pernah buat salah biasa la lelaki cuma bagi saya tak sampai lebih – lebih saya boleh lagi kompromi dan teruskan hidup asalkan saya tak nak anak – anak tengok kami berg4duh kasihan mereka. Ya Allah.
Satu je saya pinta dalam rumahtangga saya adalah kedamaian.. Ini setiap hari hidup tak tenang menanti apelah lagi nak ding4muknya Allahu. Seorang yang panas baran ni semestinya datang sekali dengan pakej cemburu buta, jika ade sahaja lelaki yang contact berkenaan kerja atau kawan kerja berlainan jantina berselisih dan cakap hi pada masing – masing. Habis disoal.
Hidup saya ni hanya la untuk dia dan anak – anak, hari – hari. Handphone saya pun selalu di tangan dia tapi itu tak menjadi masalah kerana saya tidak takut apa – apa, keluar dengan keluarga dan kawan – kawan pun teramat jarang jadi saya tak tahu di mana harus ade perasaan cemburu buta yang datang dari dia. Serious fed up sungguh.
Dulu saya masih lagi bertolak ansur waktu berg4duh, m4ki pun saya masih okay dan minta maaf walau jelas salah dia. Kerana saya tak nak panjangkan perg4duhan dan malu pada jiran dan orang ramai. Dia ni jenis m4ki dan marah memang tak peduli apa yang ade di sekeliling habis jerit nak bagitahu satu dunia. ‘kau pergi m4ti la, ko masuk ner4ka la,’ segala haiwan h4ram disebut.
Anak s4kit, anak munt4h, anak tak makan pun jadi hal besar, ibu tak reti jaga anak. Eh macam – macam la m4kian dia.. Tiada langsung common sense dan empathy. Sekarang saya memang dah teramat penat nak layan per4ngai s4kit jiwa dia, jujur penat sangat mentaI ni hadap, banyak lagi saya nak fikir dalam hidup ni, pelajaran anak – anak, balik kerja buat kerja rumah dan lain – lain.
Yang dia tak habis cari g4duh dan create g4duh langsung tiada toleransi dan sabar. Penat sungguh jiwa ni nak bertahan saya hanya mengenang anak – anak. Sejujurnya saya datang dari ibu bapa yang bercerai jadi saya tak nak anak – anak saya rasa apa yang saya rasa sewaktu ibu dan ayah bercerai.
Sehabis boleh saya nak terbaik untuk anak – anak saya keluarga yang bahagia tapi apekan daya. Sekarang saya hanya bertawakal dan redha juga letak semua perg4ntungan hidup ini pada Allah swt. Sekarang bila dia m4ki dan ser4ng, saya baIas balik, saya nak ajar dia macam mana buku bertemu ruas.
Selama bertahun saya diamkan, maafkan, berlembut tapi sekarang tidak lagi saya dah putvs asa. Bila saya buat macam ni dia tuduhnya saya curang, kena sih1r, memang tak la dia muhasabah diri dari mana semua ni datang.
Yang dia tahu asyik suruh saya tengok ceramah ustaz bagaimana nak jadi isteri solehah, dan mention kalau suami suruh panjat gunung isteri kena taat. Bila saya baIas balik dalam rumahtangga ni kena sama – sama buat terbaik.
Semestinya saya tak nak jadi isteri yang derh4ka tapi endup saya juga nanti dipersalah balik, isteri buat dulu terbaik baru suami buat. Macam mana saya nak hadap dan buat yang terbaik benda kecil pun habis sebakul m4ki kena.
Dia terjatuh atau apa sahaja yang kena pada diri dia, saya yang kena sump4h, ‘ni sume kau salah kau la ni’. Bila berg4duh pula tak habis ugvt saya lafaz, bila saya cakap lafaz je la kalau itu yang awak nak, tak nak pula dia lafaz.
Sampai ke depan pintu mahkamah pun saya dah bawa dia disebabkan sibuk sangat ugvt benda ni dan tak habis cakap, “dapat isteri camni teruk baik kahwin baru.” Sempat lagi dia cakap dan takutkan saya selalu, ’kau kalau kahwin baru nanti mesti dapat laki tak betul ditambah lagi gaji kau sikit selama ni aku yang bayar kan’.
Die kerap psych0 saya biar saya ni berg4ntung hidup pada dia dan tak boleh hidup sendiri disebab itu saya rasa dibuIi dipij4k, dia fikir apa saja yang dia buat saya tak akan pergi dalam hidup dia. Saya dah cuba setiap masa bila dia m4ki g4duh tuduh bukan – bukan, saya cuba keep positive dan senyum depan anak – anak tapi saya manusia biasa yang ade perasaan bukan dinding batu.
Terkadang saya boleh menangis dengan tiba – tiba walau tengah buat kerja, drive, solat. Saya sehabisnya jaga aib suami selama berbelas tahun ibu saya dan keluarga juga kawan baik memang tak pernah tahu apa yang terjadi dalam rumahtangga. Saya pendam sendiri.
Kini saya dah mula plan dan hati – hati untuk masa hadapan saya dan anak – anak. Saya dah tak nampak masa hadapan keluarga yang saya bina ni, walau hati ini memgimpikan hidup bahagia, tua bersama suami lihat anak – anak kami berjaya esok.
Tapi apakan daya Allah yang maha menentukan walau bagaimana kita usaha. Doakan saya jadi seorang ibu yang kuat kental hatinya dan moga saya dapat pekerjaan baru yang mampu menyara hidup saya dan anak tanpa berg4ntung hidup pada dia, juga membawa keluar anak – anak dari hidup t0xic ini.
Terima kasih semua sudi memberi komen juga membaca coretan saya moga kalian selalu diberkati oleh Allah swt aamiin. – Melur (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Guys.. Ya Allah kalau la Melur kenal kamu semua yang memberi komen pada coretan Melur. Nak peIuk korang satu satu. Saya membaca setiap komen tanpa lepas sungguh saya cakap saya rasa sangat lega apabila membaca satu persatu komen, sangat membina keyakinan Melur, penuh motivasi, positive dan saya take note apa yang kamu semua ajar dan plan.
Hanya di coretan ini yang saya mampu luahkan perasaan dan ingin pendapat kalian agar terjaga aib. Saya membuat coretan di sini bukan lah untuk mengomel dan membuang masa tetapi salah satu cara untuk saya membuat keputvsan dengan mengambil pandangan kamu semua yang baik hati.
Di sini saya juga nak membaIas beberapa komen, saya bukan tak pernah berusaha berbagai cari kedamaian rumahtangga dan sifat barannya yang bukan kaleng – kaleng. Salah jalan pun boleh tercetus per4ng besar apetah lagi kalau saya tertinggal barang, barang cari tak jumpa, habis dihamunnya, bawak kereta macam nak biar saya dan anak – anak m4ti sekali.
Anak s4kit, dia kena koveed, eh semua la yang terjadi benda yang tak baik mesti la datang dari saya atau kalau boleh dinding batu ni pun kena salah, asal bukan salah dari dia. Rasanya berbuih dah mulut slow talk dengan dia memang tak boleh masuk hati ke hati susah yang amat.
Kita ni nak luah hati ke hati secara baik baik bincang memang langsung die tak boleh terima. Akhirnya saya lah yang dipersalahkan balik atas semua yang terjadi. Penat saya bagi ceramah cuba ajar dia untuk terima qada dan qadar mana kan ada manusia tidak diuji Allah dalam macam ujian anak demam, kereta s4kit, bos marah, barang elektrik rosak benda macam ni adalah kebiasaan bagi saya.
Semua tu tak perlu pun nak kena hadap dengan marah, hanya merosakkan hubungan. Tinggalkan tr4uma pada pasangan dan anak – anak yang tengok. Dugaan datang hanya hadapi dengan tenang juga kita cari jalan selesai dan jadi positive.
Kalau semua ni hadapi dengan amarah s4kit hati ibarat kau marah pada Allah yang beri dugaan pada manusia. Tak boleh ke hadapi segala dugaan dengan tenang dan redha. Tahap marah dia tu sama sahaja walau benda itu sangat kecil ibarat si isteri ni pergi curang.
Ibu mertua dan keluarga dia pun tak boleh berbuat apa kecuali hanya doa nasihat dari ibunya. Mereka pun naik menyampah dengan anak lelakinya yang berlagak macam dia la raja segala dan semua harus dengar cakap dia.
Kereta kat depan jalan lambat pun habis kena hon apetah lagi kalau ada yang cuba cari pasal dengan dia bila bawa kereta habis dia nak turun berg4duh. Saya terus cakap pada dia kalau nak cari pasal nak g4duh bertvmbuk ke jangan bawa keluarga.
Esok kene tangkap polis memang saya tak buat kenal suami. Eh memang s4kit hati betul, benda kecil sangat ape dapat dengan marah yang datang dari sy4itan ni rugi je, tapi memang dia tak endah kononnya dia tak takut apa – apa.
Sem4kin tua ni m4kin teruk per4ngainya yang sepatutye dalam umur dah mula cari kedamaian dan tenang. Bukan tidak pernah baru ni bawa dia ke kaunseling pejabat agama tahu ape jadi kalian, dihamunnya orang – orang yang ade kat situ kononnya semua yang ade di situ berat sebeIah.
Suami ni kalau pertama kali orang bercakap dengan dia memang nampak profesional beragama gitu tapi hakik4t hmm hanya orang yang duduk dalam rumah dan kejiranan yang tahu. Nikmat apa lagi yang harus dia dustakan kini rumah, kerjaya, bisness dia semua alhamdulilah walau sedikit pun dia tidak ingat kesusahan kami awal – awal kahwin dulu, nak makan kfc pun tunggu gaji.
Saya berdoa siang malam agar dimurah rezeki suami agar kami boleh menumpang rezekinya. Tetapi biasala lelaki bila ada sedikit saja Allah beri kemewahan lupa sudah syukur pada yang memberi dan yang bersama susah dengannya.
Cuma alhamdulilah juga rumah – rumah yang ada memang di atas nama saya. Sekarang bila berg4duh hanya dek kerana tak angkat video call dari dia sewaktu saya di ofis kerana ke tandas habis saya kena tuduh bermacam.
Memang saya Iawan balik kadang – kadang sampai dia men4mpar dan t3ndang, saya akan t3ndang balik pukuI balik. Maaf anak – anak melihat WWF, ibu tak sanggup sebenarnya untuk kalian lihat tapi ibu hanya ingin mengajar papa yang selama ni sewenang – wenangnya buat macam tu pada ibu.
Sedangkan selama ni ibu yang menerima segala baik buruk ayah kamu. Bila saya meIawan balik macam biasa bukan salah datang dari dia habis di tuduhnya, “mesti orang sih1r ko ni, kaki Iawan dah tak hormat suami, ade lelaki lain, ner4ka jawabnya. Ko solat, doa, puasa pun aku tak reda, ner4ka je jawabnya.”
Saya terus baIas pada dia pernah tak muhasabah diri atau slow talk dengan saya kenapa saya berubah sampai begini sekali 16 tahun sebelum ni hidup bersama tak pernah saya nak meIawan sampai begini sekali tetapi adekah dia hargai lagi, dibuIi dipij4k adalah.
Saya pun sebolehnya ingin jadi isteri solehah yang mahu gapai syurga bila sudah saatnya. Tetapi saya hanya manusia biasa yang ade hati perasaan dan bukan r0bot. Apabila ada sahaja kesilapan saya akan cepat mintak maaf dan cuba untuk berubah dan keep positive, manakan ada manusia yang semuanya sempurna.
Sekarang saya kumpul semua bukti Iebam hasil dari pukuIan dan rakaman juga screensh0t whatsaap untuk kegunaan kelak dan harus kuat bertahan dahulu sehingga plan saya sudah saya gapai. Istighfar zikir harus menjadi teman saya saat saat apelah lagi nanti dig4duhkan.
Juga moga Allah bolakkan hati saya dan hilangkan perasaan yang ade pada suami, juga letak segalanya keberg4ntungan pada Allah swt, Aamiin. Akhir kata terima kasih sekali lagi kalian yang saya sayangi saya akan terus dan simpan komen – komen anda untuk motivasi saya keluar dari semua kekusutan ini. Moga Allah merahm4ti kalian semua juga rumah tangga kalian, Aaminn – Melur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norzimatul Husna : Sis.. tolong angkat kaki undur diri. 16 tahun masa yang terlalu lama untuk bagi peluang pada dia. Sudah – sudahlah. Kita ada hati, perasaan dan maru4h. Anak akan faham tindakan kita nanti sebab diorang adalah saksi utama setiap ape yang berlaku. Keluarlah dari perkahwinan yang penuh d3rita. Kita berhak untuk bahagia.
Juitaa Mohd Ali : Ustazah kata jadi isteri kena sabar, redha.. Diciptakan syurga untuk orang – orang yang sabar. Namun bila sudah diced3rakan, carilah solusi lain. Wallahualam.. Mohon Allah permudahkan urusan tt. Hugs!
Bunga Sakura : Semoga Allah terus memberi kesabaran kepada puan. Saya doakan agar puan berjaya dalam apa juga plan yang dirancang. Aih geram plak kita. Laki ni bila ada bini buat lebih kurang. Nanti dah takde bini baru la sedaq langit tu tinggi ka rendah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.