Saya terp4ksa berhenti kerja untuk jaga 6 anak, lepas tu suami ceraikan saya dan kahwin dengan wanita bekerjaya

Suami jumpa dengan rakan lama masa reunion sekolah sehingga mereka mula rapat dan akhirnya lepas 3 bulan suami bagitahu mereka nak kahwin. Saya sedar suami tak mampu dan suruh dia buat pilihan antara perempuan tu atau saya dan anak2. Isteri baru janji tak akan pisahkan ayah dengan anak2 tapi ini yang berlaku..

#Foto sekadar hiasan. Maaf bahasa agak tidak teratur, sebab menulis dengan edikit em0si yang masih berbaki tapi saya cuba menaip dengan perkataan yang baik – baik. Asalkan apa yang datangnya dari hati, sampai ke hati untuk teman – teman seperjuangan yang berada dalam situasi yang sama.

‘M4ngsa Orang Tumpang Kasih Suami.’ Hasil dari niat baik menumpang kasih ni la. Keluarga kami terjebak dalam satu masalah yang agak besar. Bekas suami berjumpa semula teman lama ni setelah menghadiri satu majlis alumni sekolah.

Mungkin dari tempat majlis. Berlarutan ke muka buku, kemudian whatsapp, talian telefon, begitulah seterusnya. Dalam tempoh 3 bulan tersebut bekas suami selalu hilang tanpa dapat dikesan. Kadang – kadang off hp. Selalu dia berjaga malam.

Hati seorang isteri yang mula curiga tapi bekas suami beria – ia menegakkan benang basah kononnya berbaik sebab perIukan bantuan teman tersebut atas alasan – alasan kesihatan. Jadilah kami teman baik tanpa mengetahui bekas suami dan teman tersebut sedang seronok memadu kasih.

Selepas 3 bulan, suami bersemuka dan menyatakan mahu berkahwin dengan teman tersebut. Tanpa mengira apapun keadaan saya sama ada setuju atau tidak. Saya cuma memberi pilihan. Dia atau saya dan anak – anak. Kerana tahu tahap kemampuan suami yang ketika itu hidup dibeIenggu hutang yang banyak.

Mungkin kerana teman tu berkerjaya hebat dan saya pula ketika itu baru berhenti kerja untuk mengurus anak – anak yang setengah dozen. Bekas suami memilih untuk berkahwin dengan teman tersebut dan sanggup menceraikan saya dan berpisah dengan anak – anak.

Si teman rasa bangga dengan kemenangan mungkin. Majlis perkahwinan diadakan secara besar – besaran tapi disembunyikan dari pengetahun kesemua anak – anak. Inilah permulaan yang tak pernah kami sangkakan akan berlaku perkara lebih buruk selepas itu.

Kami bersetuju berpisah secara baik. Kami bertiga juga pernah berbincang. Si teman baru ini berjanji tak akan memisahkan kasih seorang ayah dan anak – anak. Takkan juga menghaIang tanggungjawab ayah kepada anak – anak.

Kerana tahu dan sangat kenal bekas suami sangat sayang anak – anak dan takkan pernah tinggalkan tanggungjawab pada anak – anak, saya bersangka baik. Dan reIa berundur dari perkahwinan ini selepas berbeIas tahun masjid ini dibina.

Saya silap. Sungguh tak terduga. Rupanya bekas suami memang betul – betul meninggaIkan kami dan kesusahan kami. Bayangkan ye, dari seorang ayah yang sangat penyayang. Jadi seorang yang sangat menjaga hati isteri baru.

Beberapa kali, anak masuk ke hospitaI, dia tak mampu datang. Walaupun jarak rumah dengan hospitaI hanya sejengkal. Ada masa, tiada peruntukan langsung untuk hari raya atau waktu permulaan sekolah di awal tahun. Kadang kala hampir berbulan tidak ziarah anak kerana sibuk dengan aktiviti isteri baru.

Kami kesusahan, sedangkan dia banyak kali turun naik kapal terbang ke luar negara menemankan isteri baru ke mana – mana. Tiada lagi sosok seorang ayah muncul pada hari sukan sekolah, majlis harijadi, majlis anugerah atau apa – apa majlis besar anak – anak.

Sehinggakan anak merasakan, ayah tidak lagi memperdulikan kejayaan mereka. Ada anak yang kemurungan dan dirujuk ke hospitaI. Ada juga yang member0ntak sehingga tidak lagi mahu berjumpa ayahnya. Ada masanya, si ibu tiri akan berpesan – pesan supaya saya tidak lagi mengganggu suaminya atas alasan urusan anak – anak sekalipun kerana bagi dia, itu urusan yang sangat remeh temeh.

Si penumpang kasih tersenyum bangga. Kerana berjaya memiliki kasih seorang lelaki baru walaupun nasib anak – anak tidak lagi dipedulikan. Hubungan kami juga terputvs dengan keluarga mertua. Tiada lagi yang bertanya khabar.

Malah kami seolah – olah dibuang terus tanpa mengetahui sebab sebenar. Beberapa aset yang kami ada hampir dilelong kerana tak mampu bayar tunggakkan. Kereta ditarik kerana bekas suami mendiamkan tunggakkan lama. Kami dipandang h1na kerana susah.

Kami dipandang h1na kerana dituduh tidak menyokong poIigami. Mujur juga saya mula bekerja semula selepas habis tempoh edah. Keadaan kami ketika itu sangat susah. Dengan anak – anak yang selalu s4kit kerana merindukan kehadiran seorang ayah. Tuhan saja yang tahu.

Dan ketika itu, terasa bersalah ya amat mengenangkan nasib anak – anak yang terjejas hanya kerana cinta baru si ayah. Masa mengubati semua. Fasa – fasa kesusahan itu kami lalui dengan kepayahan. Tapi pengg4ntungan yang kuat pada tuhan.

Anak – anak kini sem4kin membesar. Tidak ada lagi anak – anak bertanyakan tentang kehadiran si ayah. Anak – anak tidak lagi peduli ayah akan ziarah. Ayah akan ambil. Cukup. Kami sahaja. Tapi sedarlah si penumpang kasih.

Apa yang telah kau musn4hkan, sangat besar kesannya pada hidup anak – anak. Jangan salahkan takdir semata – mata jika kau sendiri sangat pentingkan diri. Nakkan kasih sayang seorang lelaki hingga sanggup meIukakan hati anak – anak.

Moga bahagia atas d3rita yang kau hadiahkan dengan meruntvhkan masjid orang lain. Moga bahagia dengan ketamakkan merebut kasih seorang lelaki sehingga anak – anak ini kehilangan kasih dan perIindungan dari seorang ayah.

Percayalah… pada setiap kes4kitan yang berjaya kau hadiahkan kepada kesemua anak – anak yang tidak berd0sa ini. Akan ada harga yang perlu kau bayar. Sehingga hujung nyawa nanti. Untuk anak – anak senasib dengan anakku, stay strong ok.

Jangan pernah jatuh dengan sebab ini. Kuatkan semangat kalian dan kuatkan juga semangat ibu kalian untuk terus berjaya dunia akhir4t. Hanya dengan kejayaan akan menaikkan lagi taraf kehidupan kalian ke peringkat yang lebih baik.

Jangan pernah putvs asa. Jangan pernah pedulikan kata n1sta dan h1naan dari orang sekeIiling. Dan jangan pernah jadikan keruntvhan keluarga sebagai alasan untuk tidak berjaya dan bahagia ye. – Bid4dari (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Rahmah : Ini bukan tumpang dah, ini memang layak digeIar per4mpas. Kalau dia betul ikhlas nak menumpang kasih, dia akan pastikan perkahwinan confessor akan kekal. Sama – sama ingatkan tanggungjawab suami dengan keluarga pertama. Kekalkan hubungan baik dengan semua mertua. Berbaik – baik dengan anak – anak isteri pertama, malah berkongsi tanggungjawab sebab sudah layak digeIar ibu.

Ticer June Rus : Kes4kitan itu saya pernah lalui. Saya faham. Saya benci spesies begini. Semoga anak – anak saya tidak terkena virus b4bi ni, kaki sondoI. Lelaki pasti mencari yang bekerjaya untuk hidup senang, lupa tanggungjawab lupa semua.

Sanggup jadi lembu dicucuk hidung. Sebenarnya betina spesies ini hanya nak puaskan nafsu saja.. Sanggup memutvskn kasih ayah dan anak, punca penceraian dan kemusnahan masjid orang. Maaf bahasa saya memang kurang ajar sebab spesies ni kalau cakap lembut memang tak akan faham

Fatimah Lee Abdullah : Ya Allah! Anda wanita kuat. Allah bersama – sama dengan awak. Si per4mpas bangga mendapat lelaki yang tak guna itu.. hahaha.. Kelakar pula rasa dengan kaum kita. Awaklah wanita bijak kerana buat keputvsan meninggaIkan lelaki yang tak ada gunanya itu. Doa saya awak dan anak – anak sentiasa diIindungi Allah dirahm4ti selalu dan dimurahkan rezeki.

Hadrawati Kasi : Yang selalu kena kecam adalah isteri yang tahu sangat mampu atau tidak suaminya dan tidak menyokong niatnya bersunnah beristeri baru. Kita dikecam men3ntang poIigami. Bila bercerai maka kita disalahkan akibat dari men3ntang.

Biasanya yang dinasihati adalah kita yang mahu menegakkan hak dan adil untuk anak – anak. Tapi b4bi b4bi ceIaka ni tak pulak dinasihatkan. Malah kita disuruh redha. Yang salah disokong, yang m4ngsa dikecam dimarahi. Nanti bila kita dah move on dan bangkit, kalau jadi apa apa pada ex ex tu, kita pulak kena timbang rasa… Ehh… Kin panas tau!

Encik Ahmad Alfonso : Selepas puan tulis konfessi ini, lupakan saja kenangan yang ada. Anggap saja satu, fasa yang sedih dah berlalu. Tiada apa lagi perlu di kenang. Pandang ke depan kerana ada tiba masa tempat bid4dari adalah syurga. Mengapa perlu dikenang ner4ka kasih yang lama. Semoga anak – anak puan sihat dan berbakti kepada puan selain taat kepada Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Scroll to Top