Kakak aku diceraikan kerana tidak bekerja hanya seorang surirumah. Bagi suami tiada apa yang boleh dibanggakan sebagai surirumah. Kakak cuba sedaya upaya berjumpa dengan suami dan kekasihnya. Depan-depan perempuan tu kakak aku dimalukan oleh suami. Kakak salahkan diri sendiri kerana dia seorang surirumah…
Kakak Yang Diceraikan
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku tak ada la nak confess apa sangat. Cuma nak cerita pasal kakak aku.
Kakak aku dah kahwin dan ada anak sorang. Rumahtangga bermasalah gara-gara orang ketiga. Perempuan tu mulakan dulu luahkan perasaan pada abang ipar aku. Abang ipar aku apa lagi. Lelaki kan. Macam kucing la takkan tolak ikan depan mata.
Masa kakak aku tahu tu memang kakak aku marah pada suami dia je sebab pikirkan suami dia yang mulakan. Rupanya beberapa hari lepas tu kant0i rupanya perempuan tu yang mulakn dulu. Jadi kakak aku buat keputusan
untuk jumpa kedua – duanya.
Masa tu kakak aku mengandung. Mereka kononnya minta maaf dan janji tak akan buat lagi. Tapi rupanya kakak aku ditipu. Setahun ditipu, hubungan mereka dah serius siap panggil sayang – sayang dah. Setahun ditipu akhirnya kant0i lagi. Kakak aku cuba lagi bersemuka minta penjelasan. Betapa kakak aku merayu supaya jangan tinggalkan dia demi anak yang masih kecil, belum setahun pun.
Perempuan tu? Dia cakap dia tak sanggup bermadu. Tapi kali kedua jumpa, pun berakhir mereka janji akan stop lagi. Tapi aku dah agak dah. Tak akan dorang senang – senang nak berhenti. Baru kenal kejap pun takleh stop, ni kan pulak dah setahun hubungan mereka.
Sepanjang ditipu tu patut la abang ipar aku selalu balik rumah lambat. Rupanya syok berdating. Masa mengandung kakak aku selalu ditinggalkn sampai malam lepas isyak atau pukul 10 malam baru balik. Alasan banyak kerja. Kakak aku tak pernah merungut. Memang dia percayakan sangat – sangat. Lagipun dia sebenarnya rasa bersalah pada suami sebab dia tak bekerja membantu suami. Jadi dia rasa dia bersalah rasa rendah diri jadi dia tak pernah merungut.
Masa kali kedua perjumpaan tu, depan – depan perempuan tu abang ipar aku cakap dia dah tak nak kakak aku. Dia dah tak ade perasaan pada kakak aku. Dia betul – betul tawar hati. Kakak aku merayu. Jangan tinggalkn dia demi anak yang masih kecil.
Sedih aku pikir kakak aku dimalukan begitu depan perempuan tu. Lagi puas hati perempuan tu agaknya bila dengar macam tu.
Last – last hampir setahun selepas perjumpaan kali kedua tu, kakak aku diceraikan ketika mereka berg4duh. Ketika berg4duh memang abang ipar aku cakap lagi skali dia memang dah tak ade perasaan. Dah bagitahu dulu tapi p4ksa – p4ksa juga untuk teruskan perkahwinan pikirkan anak. Abang ipar aku cakap dia rasa better berpisah je. Penat dah pikir pasal anak. Sekarang nak pikir pasal diri sendiri dan masa depan sendiri. Allahu.
Semasa dalam tempoh iddah, kakak aku pergi berjumpa keluarga perempuan itu. Kira itu dah ikhtiar terakhir la untuk selamatkan rumahtangga dia. Mintak tolong ayah perempuan tu nasihatkn anaknya. Tapi abang ipar tahu, jadi dia datang juga dan bagitahu pada ayah perempuan tu yang dia dengan kakak aku dah bercerai. So tak ade issue la anaknya ganggu rumahtangga mereka. Last – last ayah perempuan tu cakap dah tak boleh buat apa sebab dah bercerai. Dia suruh kakak aku balik selesaikan sendiri masalah rumahtangga.
Kakak aku ikhtiar last tu sebab suami pun janji nak rujuk balik. Tak ada siapa yang tahu mereka dah bercerai masa tu. Tapi last – last suami dia malukan dia sekali lagi depan famili perempuan tu bagitahu mereka dah bercerai. Nampak kakak aku je macam tak boleh terima kenyataan.
Alasan abang ipar bagitahu famili dia yg dia dah tak boleh terima kakak aku pun semua yang bukan – bukan. Kakak aku jaga makan minum pakai dia tiptop. Dia sendiri mengaku. Sebab tu dia bagi alasan remeh – remeh yang lain. Semua dia bagi kakak aku je nampak buruk nak tutup salah dia. Sekali lagi kakak aku tak pasal – pasal dapat malu. Nampak kakak aku je buruk.
Sampai sekarang mereka dah habis iddah, kakak aku masih lagi boleh buat baik layan baik bekas suaminya. Masih berharap dapat bersatu balik dengan bekas suami dia. Bayangkan dah ditipu macam – macam, dimalukan berkali – kali. Aku yang naik geram. Memang la aku akui bekas suami dia tu bab nafkah okay. Layanan pun okay je pada kakak aku walaupun masa tengah berskandaI. Nafkah tak tinggal. Perhatian lebih pada kakak dan anak mereka.
Even sampai sekarang pun memang nafkah anak tak pernah tinggal. Memang bekas suami sediakan kelengkapan anak tiptop. Even belanja makan minum kakak aku pun dia ada bagi lagi walaupun iddah dah habis lama dulu. Kadang – kadang belikan kelengkapan kakak aku. Dah habis iddah pun masih hadiahkan kakak aku jam tangan mahal, itu ini. Selalu bawak kakak aku makan luar sedap – sedap. Aku akui la memang abang ipar aku tu memang concern orangnya. Sebab tu skandaI dia sanggup buat apa saje untuk dapatkannya.
Kakak aku pernah cakap dia reIa bermadu. Tapi jangan ceraikan dia. Tapi dah skandaI cakap tak sanggup bermadu nak buat macam mana lagikan. Abang ipar aku pun sedar la kot tak mampu ada dua bini dengan gaji 5k je. Makan gaji je bukan ada bisnes sendiri. Tambah – tambah lagi perasaan dah syok sangat dengan skandaI. Semua skandaI lagi baik dari isteri sendiri. Perasaan pun lama – lama jadi mak1n tawar pada isteri.
Sampai sekarang pun kakak dan abang ipar whatsapp dan sembang masih panggil syg-b. Memang nampak concern jaga kakak aku lagi walau dah bercerai. Tapi kesian kakak aku la. Orang dah ceraikan dan berlaku curang siap malukan dia berkali – kali tapi masih berharap dan layan dengan baik. Tak tahu nak kata penyabar sangat atau bod0h.
Jangan cakap suami dia giIa taIak ke apa. Aku rasa tak. Memang tak. Tapi memang sebab suami dia memang macam tu. Jenis concern sangat. Tu yang perempuan – perempuan ramai jugak minat dia sebelum kahwin dulu. Masa dia pilih kakak aku dulu pun kakak aku terk3jut jugak sebab kakak aku biasa – biasa je dan berbeza dengan dia. Pada awalnya cakap sebab kakak aku bersifat keibuan. Ciss sekarang dah suka orang lain, ko sekarang bagi alasan lain pulak.
Kakak aku cakap dia buat semua ni demi anak. Dia tak nak anak dia membesar tak ade ayah. Dia masih lagi buat yang terbaik untuk bekas suaminya dengan harapan bekas suaminya berubah hati pada dia semula. Kakak aku tak ade cerita selama ni pada siapa – siapa tentang masalah rumahtangga mereka. Semua kakak aku pend4m sendiri. Pada aku pun mula – mula dia cerita sikit je. Masih nak tutup a1b suami. Semua dia masih banggakan suami dia lagi. Lagi – lagi dia surirumah. Memang hidup dia berbakti pada suami dan anak je. Tapi dah jadi macam ni rumahtangga mereka.
Kakak aku masih salahkan diri sendiri atas perceraian ini. Katanya kalau dia kerja mesti takkan jadi macam ni. Mesti suami dia pandang dia wanita hebat. Sebab skandaI tu berkerjaya dan aktif jalan – jalan sana sini. Orang berduit la katakan. Cara berIagak secara halus pun ada. Macam rasa bangga dan hebat sangat diri tu compare dengan isteri skandaI yang tak berkerja. Suami dia pun pernah cakap nak ada isteri yang boleh dibanggakan. Kalau saud4ra mara tanya rasa bangga dengan isteri sendiri. Ni kalau tanya tak tahu nak jawab apa. Isteri duduk rumah je tak kerja. Allah kelu aku dengar. Tak sangka aku abang ipar aku fikir macam tu.
Kakak aku start buat bisnes online masa mula – mula tahu suami curang. Alhamdulillah la walau tak banyak mana tapi okay la. Sebulan dia boleh dapat RM 1k lebih tu aku rasa okay jugak la walau tak banyak. At least dia ada simpanan. Kadang – kadang sales cecah RM 3k lebih. Dengan harapan ada duit boleh ringankn beban suami boleh jalan – jalan makan angin sebab tu memang hobi suami dia. Jadi boleh buat suami happy. Kakak aku rasa bersalah suami curang sebab dia pikir dia tak mampu nak sediakan suami dengan hobi suami. Rasa diri sendiri tu beban pada suami. Sebab tu suami suka perempuan tu, happy dengan perempuan tu. Sebab berkerjaya ada duit macam – macam boleh buat.
Sampai sekarang kakak aku salahkn diri dia. Menangis setiap kali pikir dan tengok anak sebab dia cakap dia rasa bersalah tak dapat bagi keluarga sempurna pada anaknya. Sebab tu la sampai sekarang tak boleh move on kot. Masih berharap pada bekas suami. Kesian betul hidupnya.
Pasal skandaI tu, tak tahu ape cerita dah. Tapi dengar – dengar masih berhubung macam biasa. Mungkin lagi seronok la sekarang sebab orang dah bercerai kan. Langsung tak ade rasa bersalah h4ncurkan rumahtangga orang dan biarkan anak kecik hidup dalam keadaan mak ayah bercerai . Langsung tak ade rasa bersalah sebab masih berhubung dan beraktiviti sama – sama macam biasa seolah – olah takde apa berlaku.
Aku rasa nak je sebut nama skandaI tu. Biar semua orang tahu. Sebab orangnya bertudung elok konon – konon inn0cent. Pakaian konon – konon sopan. Memang orang tak tahu perangai sebenar dia. BerskandaI dengan suami orang sampai berani tipu mak ayah, keluar malam – malam sampai travel ke PD, melaka berdua, tidur dalam kereta dengan suami orang. BerskandaI sampai orang dah bercerai berai sekarang. Puas hati ko ye perempuan?
Perempuan tu pernah buat ayat bagi kat abang ipar aku ‘ if the price is your love, i will do everything to get it’. Memang nampak sangat la usaha betul nak runtvhkan rumahtangga orang supaya dapat ramp4s suami orang. Sekarang dia dah berjaya. Tahniah la weh.
Ok la korang. Doakan kebahagiaan kakak aku dan bagi la kata – kata semangat untuk dia. Thanks kepada yang sudi baca.
– Adik Kakak