Bekas kekasih selalu ada masa saya makan dgn suami. Saya senyum je, nanti lepas makan dia tolong saya basuh pinggan

Beberapa minggu ni, Abu kerap sangat muncul. Bila suami marah saya, tiba – tiba dia  akan bisik dekat saya suruh sabar dan senyum. Saya autom4tik  okay dan senyum je dekat suami, kemudian suami pun ok lah. Tapi dia tak tahu, saya senyum bila fikir boleh borak dengan Abu nanti..

#Foto sekadar hiasan. Saya hanya nak meluah, panjang. Terima kasih pada yang sudi baca. Beberapa tahun ni saya terasa ada kemurungan. Cuma berapa bulan ni saya macam susah nak atasi keadaan saya. Hurm, tak tahu nak mulakan macam mana.

Situasi ni saya sedar tapi kadang – kadang saya tak sedar. Keadaan ni jadi bila saya keseorangan, tak ada tempat untuk nak meluah. Sebelum ni saya akan kongsikan apa – apa dekat suami, kadang – kadang benda yang ntah apa – apa, gosip – gosip b0doh.

Kadang – kadang saya saja kongsi tentang adik beradik saya ke. Kira macam mengata, tapi saja la nak kongsi dengan suami. Tapi bila kami, suami isteri berg4duh dia akan kaitkan apa yang saya cerita tu dalam perg4duhan kami.

Kita kan saje je nak meluah. Terus saya rasa, saya dah tak boleh nak borak atau kongsi apa – apa dengan dia. Kalau ada rasa nak luah yang saya penat ke apa yang saya rasa tak puas hati ke, saya pilih untuk diam diri. Saya dengan suami ok je, masak dan hidup macam biasa.

Saya sentiasa dengar bila suami nak cerita apa – apa. Tapi kalau saya yang nak kongsi, cerita apa – apa saya mesti dipersalahkan. Atau kalau saya cerita tu cerita yang gembira tapi reaksi yang saya dapat dari dia tu tak best.

Suami dominan dalam hubungan kami, dia selalu play v1ctim. Jadi saya berhenti untuk cerita dekat suami sebab dia bukan kawan yang boleh saya kongsikan apa – apa. Dia control hidup saya. Pernah saya nak bagi pendapat tentang perniagaan kami, dia sound dari belakang, ingatkan saya supaya tak perlu nak over – over, buat macam biasa je.

Terus spoil mood saya waktu tu. Bila jumpa pelanggan, dia akan arah saya cakap macam tu, macam ni. Terus jadi takde keyakinan diri saya nak berjumpa dengan orang. Saya sekarang adalah seorang surirumah yang bantu suami jual ayam goreng. Saya tukang goreng ayam je.

Bila saya dah berhenti meluah, saya rasa macam takde kawan. Tak kisahlah perkara happy atau sedih, semua saya diamkan je. Saya sebenarnya selalu rindukan bekas kekasih saya zaman sekolah (ABU), yang saya boleh cerita apa sahaja tanpa rasa was – was.

Lupa nak bagitahu, sekarang umur saya dah 35 tahun, tapi Abu yang saya rindu tu Abu masa umur dia 17 tahun. Kadang – kadang saya ada je terserempak dengan Abu ni dekat pasar malam sebab rumah kami berdekatan tapi sekadar senyum dan blah je.

Saya takde rasa apa – apa perasaan pun sebab dia pun dah tua, muka pun dah lain. Jadi, bukannya saya suka dekat Abu tu. Disebabkan hal ni, saya rasa suka cakap sorang diri. Saya akan bayangkan Abu yang umur 17 tahun tu ada di sebeIah saya.

Perasaan tu seronok, saya rasa puas bila dapat bercerita dengan Abu. Reaksi dan feedback dari Abu tu pun seronok untuk saya dengar. Abu tu selalu bagi saya semangat dekat saya. Saya tahu orang selalu cakap kenapa tak luah dekat sejadah.

Tahu tak? Abu ni selalu ada teman saya solat. Dia tunggu sampai saya habis solat kemudian kami akan habiskan masa sama – sama, berborak. Selalunya lepas asar. Tak kisahlah kalau orang nak cakap Abu tu tak wujud tapi kadang – kadang saya rasa Abu tu betul – betul ada sebab dia yang selalu bagi semangat dekat saya untuk teruskan hidup.

Cuma beberapa minggu ni, Abu kerap sangat muncul. Bila saya terasa hati dengan suami, contohnya suami marah saya atas sebab yang ntah apa – apa, Tiba – tiba Abu akan bisik dekat saya suruh, “sabar, senyum, nanti kita borak.”

Saya autom4tik akan okay dan senyum je dekat suami, kemudian suami pun ok lah. Tapi dia tak tahu, saya senyum bila fikir boleh borak dengan Abu nanti.. Kemudian nanti bila saya jumpa dengan Abu, saya akan luahkan, cerita semuanya. Leganya.

Abu selalu ingatkan saya supaya solat. Saya gembira bila solat sebab Abu ada dekat sebeIah teman saya. Ada masa contohnya macam sekarang, saya sedar apa yang saya merepek ni. Saya tahu Abu tu tak wujud tapi ada masa saya melayang, saya suka Abu ada.

Sekarang rasanya kerap sangat saya nampak Abu, kadang – kadang dia ada masa saya makan dengan keluarga, saya happy. Tapi saya diam, senyum dan layan suami, anak – anak makan. Lepas habis makan, Abu teman saya basuh pinggan, mangkuk.

Masa ni jugak salah satu masa yang saya akan berborak dengan Abu. Berborak dalm fikiran. Susah saya nak terangkan. Ada masa saya rasa macam saya ada masalah, saya nak jumpa psiki4tri. Tapi bila fikir nak kena minta izin dari suami, saya jadi takut. Tak mungkin.

Yang pasti dia akan cakap, “Kenapa? Dah giIa ke? Solat je lah.” Saya selalu tak nak jumpa Abu tapi bila saya down teruk, Abu je yang ada dengan saya. Waktu tu terus saya jadi happy. Bila ada Abu, rumah saya akan cantik, terurus.

Abu akan tolong saya basuh pinggan, kemas rumah. Jadi saya happy. Tapi kadang – kadang saya penat. Kadang – kadang saya rasa nak lari dari rumah. Kadang – kadang saya rasa nak bvnvh diri.

Komen Warganet :

Azwa Hj Baharum : Kesiannya dia.. sampai ada imaginasi fren. Bila dapat suami yang jenis tak boleh jadi pendengar memang lelama wife tu fikir elok simpan sendiri. Cerita kat laki pun dia pertikaikan, dia akan judge so lama – lama dari sesi luahan jadi sesi pertngkaran.

Dah ada kawan imaginasi camni lagi parah mentaI dan em0si wife dia. Sebab dia bertahan bukan secara normal. Dia bertahan sebab ada Abu!! Lama – lama abu ni akan buat dia nampak benutk ‘fizikal’. Allahu moga sis ni kembali sihat mentaI dan em0sinya. Keep strong sis!!!

Syikin Salleh : Para isteri, terutama suri rumah. Saya faham. Kita takde kawan.. kalau ada bff zaman sekolah pun hanya dapat contact melalui wasap call mesej je. Kawan kita adalah anak – anak dan suami. Kalau rasa str3ss .. penat, take a rest dulu. Jangan dip4ksa.

Kalau tak sihat rehat. Bagitahu pasangan dan buat pillow talk. Amik masa 10 minit sebelum tido bersembang dengan suami. Cerita la kisah hari ni dengan anak – anak. Make sure suami ketepikan fon atau game gadget lain.

10 minit pillow talk tu sangat penting kita share cerita kita. Saya selalu pillow talk 5 – 8 minit. Cerita tentang anak – anak je la. Tak pernah cerita pasal orang lain hehe. Alhamdulillah.. rasa lega dapat sharing dekat suami pasal anak – anak.

Wayne Ally : Samalah. Suami saya pun tak boleh jadi teman bercerita 100%. Tapi ada topik yang masih boleh borak. Tak sama suami dengan kawan – kawan zaman bujang. Alhamdulillah saya tak pernah ada Abu.

Alhamdulillah suami tak pernah halang saya bersosiaI. Kalau down, suami tak faham masalah saya, ada kawan – kawan yang boleh bantu. Doalah supaya suami lebih memahami. Carilah circle yang boleh jadi teman borak di kalangan jiran – jiran atau Ex class mate ke.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.