Bila bekas kekasih tahu saya bahagia, dia ugvt dengan vide0 lama. Saya dah tekad pada yang saya takkan buat semua tu lagi tapi saya takut jika suami saya tahu. Akhirnya saya terp4ksa ikut dan tak sangka dia tipu dan tetap tunjuk vide0 dekat suami.. Saya pelik suami sikit pun tak marah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, ini fb seseorang yang saya pinjam untuk luahkan. Saya nak cerita sesuatu perkara. Sebelum nikah dengan suami saya, saya sudah terIanjur dengan orang lain. Betapa b0d0hnya saya dulu, dia pujuk merayu katanya nak cuci tangan lepas makan sahaja, rupanya itu hanyalah janji manis dia untuk melepaskan nafsu.
Setiap kali dia gian dia akan pujuk akan cepatkan nikah tapi tak kunjung tiba dan bila saya bosan janji palsunya, saya tinggalkan dia. Salah saya jugak dahulu percayakan janji manis lelaki, rasa terbuai dalam belaian manja yang tak halal bagi saya.
Bila dah terjebak nak tinggal memang sukar. Kepada adik – adik jagalah mahkota hanya untuk suami kamu, lelaki yang hanya nak tubuh kita tu sebenarnya tak cintakan kita pun. Berapa peratus pasangan kahwin dengan orang yang mereka pernah terIanjur?
Sikit sangat, akhirnya orang lain menjadi m4ngsa iaitu suami atau isteri kita akan datang, dapat bekas orang. Jadilah orang cerdik, saya pesan sebab dulu saya b0doh. Ini yang pertama. Yang saya nak cerita. Saya berjumpa jodoh dengan seorang lelaki yang baik, mulanya saya takut nak kahwin sebab kisah silam saya.
Saya takut dan rasa kasihan pada suami, tiada apa yang dapat saya berikan lagi sebab semuanya sudah hilang. Memang orang kata kahwin bukan kerana D4RA, tapi kita perempuan kena sedar itu adalah kebanggaan seorang bergelar suami.
Suami pasti bangga jika dia orang pertama dapat mahkota tersebut. Yang saya mampu hanyalah jadi isteri yang baik, solehah dan saya berjanji pada diri saya yang saya akan berubah se solehah yang mungkin. Saya janji pada diri saya.
Saya teruskan cerita, suami saya seorang yang baik, pekerjaan dia biasa – biasa je, waktu maghrib hingga isyak kuliah sentiasa tak tinggal sekali jemaah di masjid. Saya rasa bahagia sangat. Orang yang sopan, lemah lembut, tapi maIangnya kebahagiaan itu hanya sebentar.
Bekas teman lelaki yang pernah saya terIanjur itu dapat tahu saya sedang bahagia dan dia ganggu saya. Dia kata jika saya tak dapat tunaikan nafsu dia itu, dia akan sebarkan gambar dan vide0 yang kami pernah bersama dulu.
Ya.. memang ada dulu, kan saya cakap saya b0doh dulu. Saya dah tekad pada diri yang saya tak akan buat semua tu lagi tapi dalam pada masa yang sama saya takut jika suami saya tahu. Akhirnya saya mengalah. Kami jumpa senyap – senyap dan akhirnya terIanjur lagi.
Tapi tak sangka semua tu per4ngkap dia. Selepas saya tunaikan permintaan dia, malah dia merakam senyap – senyap tanpa pengetahuan saya lalu dia sebarkan, hantar pada suami saya. H4ncur hati saya, tapi h4ncur lagi hati suami saya bila dapat tahu.
Akhirnya selepas suami saya tahu segala perbuatan saya dalam tempoh yang lama dia kurang bercakap dengan saya, jarang makan bersama tapi nafkah zahir dia tunaikan, dia beli barang keperluan asas, letak duit atas peti ais untuk saya.
Kadang – kadang beli nasi bungkus tanda isyarat tak perlu masak untuk makan tengah hari dan malam. Saya sedih hanya Allah yang tahu, tapi itu dah salah saya dan sebagai seorang suami dia lagi sedih. Tapi yang saya tabik hormat dia tak pernah pukuI, herdik saya walaupun dah bongkar rahsia saya sebab pemarah bukan sifat dia.
Kami tak tidur sekatil, mungkin dia jijik dengan saya. (maafkan aku suami kerana bersangka buruk) tapi hampir setiap malam dia bangun solat malam. Saya tak tahu apa dia doa, yang pasti dia menangis selepas dia solat malam.
Saya dengar dalam bilik sebab rumah kami kecil saja tapi saya buat tidur. Bila dia menangis, apatah lagi hati seorang wanita, pasti juga menangis, bantal saya basah setiap malam sebab kecewa, patah hati, rasa nak patah balik ke masa silam untuk buang kisah – kisah buruk dalam hidup ini.
Dalam tempoh beberapa bulan akhirnya dia bersuara, dia maafkan saya, katanya dia tak kuat, dia juga manusia biasa. Dia hampir nak ceraikan saya, dia nak herdik, nak marah tapi dia tahan. Sebab itu katanya dia selalu keluar rumah supaya tak keluar kata – kata yang boleh burukkan lagi keadaan.
Perkahwinan kami bertambah bahagia bila suatu hari ditakdirkan ada sesuatu dalam rahim saya. Dia seolah – olah lupakan hal lama saya, dia jadi penyayang secara tiba – tiba, apa saja yang saya nak dia akan tunaikan segera.
Gembira itu hanya Allah yang tahu, bukan mudah lelaki nak terima perempuan kotor macam saya. Saya ringkaskan, suatu hari dia kemaIangan dan sekarang dia dah pergi buat selama – lamanya tanpa melihat anak sulung yang saya kandungkan iaitu benih yang halal buatnya.
Saya rebah semula bila Allah berikan kebahagiaan yang hanya sekejap. Mungkin Allah nak beri saya ujian seperti mana Allah beri suami saya ujian dapat wanita seperti saya. Saya ada sedikit coretan buat suami. Walaupun saya tahu, dia tak mungkin tahu dan dapat membacanya tapi ini adalah luahan ikhlas dari lubuk hati yang terdalam.
“Abang, ayang minta maaf dengan kisah lalu ayang. Walapun ayang kotor, tapi abang boleh terima. Walaupun abang tak boleh terima terus, tapi abang terima ayang perlahan – lahan. Abang memang seorang yang matang, baik, sopan,
Abang akan fikir dahulu sebelum bertindak. Ayang sayang abang sampai bila – bila. Doakan ayang ini bid4dari abang di akhir4t walau ayang tak layak, ramai bid4dari layak lagi buat abang. Selepas abang dikebuumikan, ayang dah janji abang lah suami pertama terakhir ayang, ayang tak akan kahwin lain.
Sayang pada abang memang tak pernah luput dan alhamdulillah anak kita dah 7 tahun, kasih sayang ni masih mekar untuk abang walau ada yang merisik, ada yang datang untuk meminang tapi ayang tak terima. Tiada hati!
Ayang janji akan besarkan anak lelaki sulung abang ini jadi insan seperti abang, anak soleh. Ayang sentiasa ceritakan kebaikan abang pada anak kita, sentiasa ajar dia doakan untuk abang lepas solat, bacakan quran. Ayang sayang abang dunia akhir4t, ini janji ayang, I LOVE U”. Terima kasih buat siapa yang baca sampai habis, doakan saya!
Komen Warganet :
Harizah Abdullah : Sedih nya laaa.. Kalau aku jadi isteri pada suami yang Kotor macam tu. Aku TAK kuat. Aku tau yang aku TAK akan bagi peluang kedua. Tapi suami kau memang terbaik. Dugaan dia dapat isteri curang, kotor macam kau. Moga istiqamah dalam bertaubat.
Juani’Ayu Husin : Allah sedihnya.. terbaik didikan suami puan. Semoga menjadi panduan untuk puan di masa akan datang. Jaga anak arw4h suami elok – elok. Saya doakan puan bertemu jodoh sama seperti arw4h suami.
Qaseh Adinda : Menitis airmata aku akhirnya setelah lama tak mengalirkan airmata, bila sentuh soal kasih sayang kesetiaan memang hati aku tak kuat. Moga tt terus lalui kehidupan dengan penuh ketabahan dan kekuatan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.