Aku belajar sampai diploma je dengan pointer teruk. Tapi aku punya gaji 10 ribu. Sampaikan apa yang aku nak semua aku boleh beli, boleh merasa makan mahal – mahal, bercuti, beli itu ini. Sehinggalah ini terjadi, aku nekad berhenti dan ini gaji yang aku layak dapat sampai makan KFC pun tak mampu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali, kalau admin post cerita aku ni, terima kasih la ye. Baru tadi terbaca cerita bro sendu dengan cerita fresh grad 2.8k gaji tu. Aku cume tersengih je lepas bace confession fresh grad ni sebenarnya.
Aku ni lelaki, berumur 25 tahun, cuma ade diploma. Pointer pon sendu je bawah 2.3 masa grad dulu. Datang dari family agak susah, tapi Alhamdulillah. Aku nak kongsi pengalaman aku dari graduate sampai lah ke hari ni.
Cerita aku tinggalkan kekayaan dunia sebab tak minat kumpul harta sangat. Lepas aku grad, aku tak kerja selama 6 bulan. Jenuh aku hantar resume, banyak interview aku pergi. Semua tak sangkut sebab aku takde pengalaman.
Bukan tak nak merantau kat KL, tapi kalau gaji pon bawah 1500, berapa sangat aku boleh bagi mak ayah aku nanti. Jadi sebab tu aku tak rasa nak merantau. Sampaikan satu masa nak topup pon takde duit, malu nak mintak kat mak, aku nekad pergi naik motor, cari kerja kat semua ceruk.
Akhirnya aku dapat kerja sebagai promoter kat kedai aksesori computer. Gaji aku masa tu RM900 je, tolak epf itu ini semua ada la dalam berape ratus je. Kerjanya kena berdiri 12 jam, tak boleh duduk sangat nanti bos marah.
Setiap kali balik, tumit aku rasa s4kit je bila nak tidur. Masa kerja ni, aku selalu nyorok kat belakang – belakang kedai sebab malu kot – kot ade member sekolah jumpa. Yelah, belajar bukan main jauh, lama jugak nak habiskan diploma 3 tahun tu, tup tup dapat kerja kedai je?
Tapi aku bersyukur jugak, masa tu lah Allah bagi aku t4mparan paling besar yang buat aku sedar diri. Bila aku dapat tahu, ada partner aku cuma ade PMR dan gaji dia sama macam aku. Masa tu aku sedar yang sijil tu, takde makna, rezeki tu Allah yang bagi.
Aku muhasabah diri, dan mula bersangka baik, “bangga” dengan diri yang dah ada kerja, sedangkan ramai lagi yang takde kerja. Sama ada memang takde rezeki lagi atau pun yang memang pemalas. Kemudian, aku berhenti kerja promoter and mula kerja kat Cyber Cafe.
Level gaji yang masih sama tapi kerja yang lebih selesa lah. Sambil kerja boleh main internet, update blog dan sebagainya. Masa ni aku belajar lagi satu perkara. Bila mana aku kena layan, customer yang rata – rata warga asing, yang selama ni dari zaman sekolah aku pandang rendah.
Masa kerja ni, aku kena layan elok, bagi servis AAA sebab bos aku ni pernah duduk kat Jepun berbelas tahun. Jadi dia cuba terapkan budaya Japanase dalam bisnes dia. Baru aku tahu yang sebenarnya tak semua warga asing tu tak cerdik, ada yang arkitek, engineer, yang jauh lagi hebat dari aku, tapi datang Malaysia sebab kat negara dia takde kerja, dan ada yang ditipu agent lepas tu passport dipegang majikan.
Nak tak nak, kena kerja sampai habis contract. Bila duduk, bersembang, berkawan dengan diorang ni, sebenarnya ramai yang lagi baik dari anak bangsa sendiri, ramai yang kerjanya kotor tapi ilmu akhir4tnya cukup tinggi.
Masa kerja CC ni jugak la, aku merasa cuci toilet. Toiletnya yang beratus orang pakai sehari. Aku sental pakai tangan sendiri, dari pintu masuk, sampai ke lubang jamban. Sampai berkilat, and bila flush rosak, aku kena bukak tangki septik kat belakang kedai, and adjust air toilet tu biar keluar, manually pakai batang mop. Kembang tekak, nak munt4h, muka jadi hijau, semua dah rasa.
Dah puas kumpul ilmu IT sikit – sikit dengan bos CC tu, sebab bos aku tu memang programmer pon. Aku berhenti dan dapat kerja dari jobstreet. Iklan job tu tulis “IT Technician” tapi bila mula kerja, kena kerja sebagai Technician mesin fotostate.
Rupanya company ni nak pekerja yang IT Savvy, sebab rata – rata technician yang ada tak tahu nak link kan computer dengan mesin fotostate. Aku okay, kerja je, gaji aku masa tu RM1200. Kerjanya adalah kerja technician lah, bukak mesin tu part by part, replace, repair, cuci, refurbished.
Lepas tu daily support kat tempat – tempat client, tambah toner, repair mesin. Kena deliver mesin, angkat mesin yang besar tu kat pejabat client. Sebab rata – rata client yang sewa mesin ni, company kecik – kecik, jadi pejabat pon kat atas kedai je. Kena la kitorang ni angkat mesin tu naik tangga.
Pernah aku angkat copier yang berat 207 kilo. Naik tingkat 3. Macam nak patah pinggang, dah la berat, siap tersepit pulak jari lepas tu. Dalam masa sama, kerja aku kena jadi rider ke sana sini, redah hujan, redah panas, tayar pancit kat kubvr cina, kena kejar anjing. Macam – macamlah.
Sampailah tak lama lepas tu, dapat offer dari Western Digital. Dengar je WD, aku happy lah, sebab tu company besar kot. Aku mula kerja dekat WD sebagai helpdesk. First IT job aku. Kerja shift 12jam, gaji RM1200 je, lepas confirm baru naik RM1400.
Masa ni aku memang kosong, tapi Alhamdulillah, semua senior, engineers, semua supportive. Suap aku satu satu mana aku tak tahu, dari pasal server, cloning pc, handle network itu ini. Masa zaman ni jugak aku banyak kena tengking, kena marah, sampai rasa nak menangis pon ade.
Lelaki, jiwa rockers, kena marah dengan bos nak nangis. Pengalaman bila kerja malam, sorang – sorang, kena kacau h4ntu, network down, production tak jalan, kena marah sebab lewat selesaikan masalah, kena m4ki semua dah merasa. Tapi aku masih bersyukur.
Kemudian, aku dapat tawaran kerja dekat Singapore. Inilah permulaan “zaman emas” aku. Untuk pertama kali, aku merasa gaji RM5000 sebulan selepas convert. Memang happy, tapi bayaran dia pon tinggi, aku kena keluar rumah 3 jam awal sebelum waktu masuk kerja, dan sampai rumah 3 jam selepas habis waktu kerja. Sebab aku duduk kat johor, jadi aku travel daily je.
Kalau yang pernah kerja Singapore tahulah keadaan jammed dia tu macam mana. Masa kerja Singapore ni lah aku m4kin banyak ilmu tambah, kerja dalam sector professional, pemegang S pass, memang boleh dibanggakan.
Bekerja bersama dengan professional seluruh dunia, mat saleh, indian, Japanese sampaikan dari English biasa – biasa, aku boleh perbaiki, hebat berbahasa English. Kerja dengan company IT terbesar kat Singapore, memang career aku cukup stabil dengan masa depan yang boleh dik4takan “selamat”.
Dari asalnya gaji RM5000, aku pernah merasa sampai gaji 10 ribu sebulan termasuk elaun. Sampaikan apa yang aku nak semua aku boleh beli, boleh merasa makan mahal – mahal, bercuti, beli itu ini. Pernah dapat tawaran kerja dari Korea, Australia, Philiphiine, Thailand, dengan gaji yang hebat, aku tolak sebab aku tak rasa ‘hidup’.
Aku fikir, buat ape aku ade harta yang banyak, menggunung tapi kalau mak aku demam, mak aku s4kit. Aku cuma boleh call je, buat ape aku ade harta banyak tapi aku kurang masa nak ada dengan family sendiri, nak manjakan mak ayah sendiri.
Bulan 5 yang lepas, aku berhenti kerja kat Singapore, disaat kerjaya aku tengah memuncak, umur masih muda. Orang kata, kumpul la duit dulu, nanti dah tua, berhenti lah, buat bisnes. Tapi aku nekad. 2 hari sebelum raya, aku berhenti.
Sebab aku rasa hidup aku takde makna, kalau dapat gaji berbelas ribu sebulan, boleh beli apa yang aku nak, tapi hakik4tnya, kosong. Rasa macam robot, kena bangun awal, pergi tempuh jem, balik pulak penat, cuma sempat makan, tidur.
Takde masa nak sepak bola, takde masa nak tengok movie, takde masa nak tengok tv, takde masa untuk family, kawan – kawan, hobi, belajar. Aku tinggalkan semua tu dan jadi penganggur, mulakan cari kerja kat Malaysia pulak.
Walaupun aku apply kerja kat Malaysia sahaja, tapi sampai ke hari ni, aku masih dapat lagi tawaran kerja dari Company Singapore. Tapi Alhamdulillah, sekarang kerja kat KL, dengan berbekalkan pengalaman dan resume yang boleh tahan “hebat” boleh dik4takan, banyak company berlumba bersaing nak ambil aku.
Alhamdulillah, lepas dekat 2 minggu tak kerja, aku dah dapat kerja kat KL ni, walaupun gajinya memang jauh beza sangat dengan ape aku pernah dapat dan gaji gadis fresh grad tu lagi besar tapi aku happy. Malah sekarang setiap bulan bajet duit, nak makan KFC pon berkira, tapi aku sangat – sangat happy.
Aku dah ada cukup, dan bersyukur, perjalanan aku satu satu Allah susun, dari bawah sampai ke atas, yang jadikan aku lebih matang. Ada orang bahagianya bila mampu beli semua kehendak, mampu sediakan yang terbaik untuk family.
Bagi aku, yang paling bahagiakan aku cuma family aku. Harta paling mahal dan rahmat paling besar Allah bagi pada aku ialah aku masih ada mak ayah sampai hari ni. Kawan – kawan aku semua dah ade yang beli rumah, kereta besar, kahwin gempak. Aku? Masih punya motor.
Hidup aku bukan untuk bersaing siapa lebih kaya, hidup aku bukan untuk kumpul harta. Sekarang, aku baru apply PJJ kat UTM space, untuk sambung degree, dan mungkin lepas tu master. Sebab bagi aku, yang membezakan manusia ini cuma ilmu dan amal.
Jadi aku nak cuba improve diri aku, nak merasa pergi convo sebab masa diploma tak pergi, takde duit nak sewa jubah, dan pointer pon pilu je kalau tengok. Kali ni aku nak cuba elok – elok, bukan untuk orang lain. Aku nak c4bar diri, sejauh mana aku mampu pergi. Doakan aku berjaya geng. – Hitam Yang Putih
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.