Baru sebulan kahwin aku dah mula tak suka isteri aku sebab aku rasa dia banyak kekurangan

Kami bercinta dulu sebelum kahwin tapi tak tahu kenapa lepas kahwin aku jadi tak suka dengan isteri. Nak balik kerja pun rasa menyampah nak hadap muka isteri. Sehinggalah aku mula banding – bandingkan isteri dengan bekas kekasih aku yang lain. Aku siap beritahu isteri yang kekasih aku dulu lagi sempurna untuk aku.

#Foto sekadar hiasan. Aku terpanggil untuk bercerita semua ini sebab aku rasa aku pernah buat salah dengan isteri aku. Sebenarnya sudah lima tahun kami berkahwin dan aku sangat sedar sepanjang perkahwinan, isteri banyak menangis dari bahagia.

Kami bercinta dan kahwin. Masa awal – awal kahwin itu, aku happy sangat. Tapi bila perkahwinan baru berusia sebulan, aku mula tak suka dengan isteri sebab aku rasa dia ada kekurangan. Masa itu, dia mengandung.

Walaupun itu anak pertama kami, aku rasa tak gembira pun. Sebaliknya aku rasa membebankan. Aku nak balik kerja pun aku rasa menyampah sebab isteri tak attract aku macam kami pertama kali kenal dulu. Dulu rasa tergiIa – giIa sangat nak jumpa dia.

Dipendekkan cerita, sebab sebenarnya banyak perkara kej4m yang aku dah buat di belakang isteri. Perkara yang aku sendiri tidak dapat maafkan bila aku teringat ex aku semula! Kemudian mulalah aku membanding – bezakan dua wanita ini.

Aku siap beritahu isteri yang ex aku lagi sempurna untuk aku. Sekarang, bila aku fikir – fikirkan semula, memang rasa malu dan nak melutut minta maaf pada isteri sebab menduakan dia. Bayangkanlah, tiga tahun lebih aku tipu dia.

Aku nak cerita, tapi korang janganlah marah aku pula. Aku cuma nak korang yang ada per4ngai macam aku ini sedar cepat. Ada satu masa itu, aku balik dari kerja. Aku suruh isteri sediakan makanan. Dia cakap, “tak lalu nak masuk dapur”.

Aku memang tengking dan marah dia pada masa itu, siap kata dia tak guna dan p4ksa juga dia masak untuk aku. Masa nak tidur satu hari itu, dia bagi aku bertambah str3ss. Dia kata aku busuk, bau rok0k. Ini aku memang tak boleh terima sebab dulu dia langsung tak kisah pun.

Aku tengking dia, “Kalau aku busuk, ber4mbuslah!!” Aku paling tak suka isteri aku ini sebab dia terhegeh – hegeh. Aku faham perut dia dah besar pada masa itu. Tapi takkan tak boleh jalan laju sikit? Siap pegang – pegang pinggang pula. Menyesal, kenapa aku kahwin!

Korang yang baca pun mesti s4kit hati dengan aku, kan? Sebenarnya aku pun s4kit hati dengan aku sendiri. Tetapi itu dulu, sekarang aku dah lain disebabkan satu benda. Kawan rapat aku, Azman. Dia handsome seperti Aaron Aziz.

Masa di universiti pun kami panggil dia Aaron. Yang aku pelik, dia berkahwin dengan seorang perempuan kampung yang aku boleh kata tak secocok dengan dia langsung. Kali terakhir aku jumpa Azman, masa kami kerja bersama empat tahun yang lalu.

Masa itu dia mekanik dengan aku di kedai pakcik aku. Sebulan lepas, aku terserempak dengan dia. Alangkah terk3jutnya aku yang dia sudah memiliki syarik4tnya sendiri. Aku tahan dia dan ajak minum sebab nak tahu macam mana dia boleh mencapai kejayaan seperti ini.

Ternganga aku mendengar semua cerita dia. Azman beritahu punca dia boleh berjaya sampai sekarang adalah disebabkan isterinya. Aku tergamam. Azman beritahu lagi, disebabkan dia jujur dan sayangkan isteri, dia sangat rasa dia cepat berjaya.

Walaupun Azman belum ada anak, tetapi dia sentiasa bersyukur dan cakap perkara – perkara yang baik tentang isteri dia. Serius saya kagum dan tidak sangka. “Kau tahu tak, lagi banyak kita sayang dan hormat isteri, lagi banyak kita peIuk ciuum dan gembirakan hati dia, kau sendiri akan terk3jut dengan rezeki dan kebahagiaan yang tidak disangka – sangka.

“Benda yang kau terkejar – kejar dalam hidup kau sebenarnya ada di depan mata kau saja (isteri). Kau pelihara itu dulu, kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang,” kata Azman. Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku selepas itu.

Dalam perjalanan balik, aku menangis, aku sedar yang aku eg0 saja selama ini. Aku teringat balik setiap kali aku p4ksa isteri masak, dia akan sapu balm di hidung dia. Kemudian aku akan dengar bunyi dia munt4h teruk. Pernah sekali aku tengok dia lembik sangat.

Aku bod0h pada masa itu. Aku cakap aku nak keluar makan dan biarkan dia di dalam tandas dalam keadaan begitu. Baru aku sedar, ibu hamil ini rupa – rupanya sangat sensitif. Masa aku halau dia dari tidur di sebeIah aku sebab dia kata aku busuk berbau rok0k, dia tidur di lantai.

Aku dapat rasakan dia menangis teruk setiap malam sebab aku tengok mata dia selalu bengkak. Yang paling aku benci dengan diri aku, aku tak pernah urut dia. Aku biarkan isteri aku buat itu dan ini tetapi aku tak hargai dia.

Aku rasa dia s4kit pinggang pun sebab dia tidur atas lantai setiap hari. Mesti s4kit badan isteri aku. “Setiap kali aku nak balik rumah, aku akan belikan sesuatu untuk isteri aku sebab aku tahu dia akan happy,” – Azman. Bila teringat pada kata – kata Azman, aku mula terfikir nak belikan sesuatu untuk isteri aku.

Dalam perjalanan pulang, aku ternampak kedai bunga, tapi tak ada jumpa bunga ros pula. Jadi aku pun belilah apa yang ada. Tiba di rumah, masa nak masuk, jantung berdegup kencang sebab selama ini aku bersalah terhadap isteri dan sangat berharap dia sudi memaafkan aku.

Belum sempat aku ketuk pintu, isteri bagi salam pada aku dengan dua biji mangga di tangan dia. Dia cakap jiran bagi, aku tahu dia mengidam. Masa dia salam aku, aku minta maaf pada dia dan bagi bunga pada dia. Tiba – tiba dia tergelak besar.

Apahal pula isteri aku ni? “Bang, bunga ini orang guna untuk upacara sembahyanglah abang. Abang beli kat mana?” Adoi! Manalah aku tahu, patutlah aci tadi senyum – senyum kat aku. Buat malu. Tak apalah, sekurang – kurangnya aku berjaya buat isteri tergelak dan nikmat bila aku ciuum dan peIuk isteri, masa itu sangat indah sangat – sangat.

Aku dapat rasa penuh malaik4t di tepi aku yang mendoakan kami. Jadi itulah cerita tiga tahun yang lalu. Memang indah hidup berkasih sayang dan bermanja ini. Aku dah lama tinggalkan keeg0an aku itu. Lantaklah orang nak kata apa, yang penting aku dapat bahagiakan bidad4ri aku.

Sekarang isteri aku dah hamil anak kedua kami. Kandungannya sudah berusia 5 bulan. Jadi bila aku ternampak page kawan sekolah aku, aku minta izin untuk kongsikan cerita aku pada semua follower page dia. Aku nak semua orang dapat merasa nikmat berkasih sayang seperti aku.

Kalau dulu mungkin aku kisah tetapi sekarang hidup aku dah lain dah, Alhamdulillah. Aku pun dah buka bengkel kereta sendiri. Dah jadi bos macam kawan aku, Azman. Ini bukan beronok tetapi sebab aku terIampau sayangkan isteri aku.

Aku tak malu pun untuk beritahu satu dunia yang aku sangat cintakan dia dan disebabkan cinta aku pada isteri aku dan disebab aku buang semua eg0 aku. Aku pun terk3jut dengan rezeki yang tak disangka – sangka untuk kami sekeluarga. Terima kasih ya Allah. Terima kasih sebab sedarkan h4mbaMu ini.

Komen Warganet :

Ila Khan : Kau rasa kau cukup sempurna ke untuk jadi suami. Ni lah kadang lelaki nampak kekurangan si awek / isteri terus cari lain. Kekurangan tulah sebenarnya yang kita patut tegur dan sama – sama perbaiki bukannya kau banding – bandingkan isteri dengan bekas kekasih kau yang dulu.

Kalau rasa menyampah, kenapa nak kahwin dengan dia. Kau juga yang buat dia mengandung. Tak logik betul lah. Kau rasa kau sebagai suami berguna sangat ke hah. B0doh tu simpan untuk hari tua kau bang. Jangan b4ngang sangat jadi manusia tu.

Hargai lah isteri kau sepertimana nabi kita hargai, sayang isteri isteri dia. Orang macam kau ni bang tak patut hidup lah kat bumi ni. Kau patut hidup kat marikh sana tu. Jenis manusia Tak sedar diri.

Kalau aku kat tempat isteri kau, pinggan dah jadi ufo kot dah calar balar muka kau bang aku kerja kan. Silap hari bulan masuk icu kau. Kalau keluarga kau tanya kenapa? Kau banding – bandingkan aku dengan bekas kekasih kau tu. Haa terduduk kot depa tu

Ummi Kalsom : Rezeki akn datang kalau rumah tangga bahagia sama – sama hormat saling bermaafan Allah bagi rezeki kerana isteri dan anak – anak suami hanya melalui saja.

Maznah Amin : Apakah mungkin kena sih1r pemisah? Kesihan isteri. Kalau dah tahu awak tak suka dia sepatutnya sepatutnya sebelum bernikah jangan teruskan perkahwinan.

Norliza Abidin : Kenapa jadi begini, jangan persia – siakan usia perkahwinan yang baru sebulan, isteri tak tunjuk skill sebenar lagi, mana ade manusia sempurna di dunia ini, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak ada gunanya, bincang baik – baik.

Mohd Kassim : Kekurangan KITA ialah dalam mencari KESEMPURNAAN. Manusia memang ALLAH jadikan kurang sempurna. Yang sempurna hanyalah ALLAH. Sebab itu ada Nabi, Rasul, AlQuran, Hadis, untuk kita rujuk bagi memantabkan DIRI sebagai H4MBA ALLAH.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.