Bapak tak guna, kahwin dua tapi anak terabai. Aku yang paling dibenci. Bila bapak meninggaI tinggal hutang, adik beradik tiri tuntut

Lepas bapak meninggaI, mak bagitahu bapak ada hutang 20 ribu. Mak surah aku bertanggungjawab dan selesaikan. Selama bapak aku hidup, aku dah tanggung bapak, mak dan adik beradik aku. Mak bagitahu adik beradik tiri aku…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Ni luahan perasaan aku. Aku tak tahu nak luahkan kat mana mungkin bila aku menulis di sini aku akan merasa lega. Aku anak sulung dari bini no 2, adik beradik aku 3 orang. Kat sini aku nak bagi tahu kepada semua lelaki kalau korang tak mampu nak kahwin dua, tolonglah jangan gatal sangat untuk kahwin 2.

Bila korang tak mampu, korang akan menyusah bini korang dan anak – anak korang. Aku dah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan Allah suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab dan berpangkat besar. Bapak aku dulu kononnya kontraktor, berniaga tapi selalu gagal dan banyak hutang.

Aku membesar dalam keadaan serba kekurangan, arw4h bapak aku cuma balik jenguk kami sebulan sekali sebab dia dan keluarga bini no 1 tinggal kat KL dan mak aku… dia tinggalkan kat kelantan. Jadi sebulan sekali je dia akan balik.

Sampai satu tahap aku benci kat arw4h bapak aku sebab aku rasa dia tak bela aku, aku jumpa dia cuma sebulan 3 hari… lepas tu dia balik KL balik. Kami hidup susah. Sebab tak cukup duit aku jadi takut nak meminta – minta.

Jiran – jiran aku anak cikgu, anak mereka mewah selalu buat birthday party dapat apa yang mereka impikan dan belajar pun pandai. Aku selalu bertanya kenapa aku tak dilahir sebagai anak cikgu. Aku belajar tak pandai tapi takpe lah aku redha sebab aku memang tak pandai.

Tapi sebab mak aku bini no 2, dia selalu str3ss dan aku tempat dia m4ki hamun. Aku selalu kena m4ki kalau dia marah semua dia b0doh, beng0ng, semua benda la b0doh tu jadi makanan aku. Dan sebab itu kot aku tak pandai sebab selalu mak aku cakap aku b0doh.

Mak aku tak pernah berlembut dengan aku. Aku ibarat anak yang dia benci. Bapak aku tak boleh jalan tanggungjawab sebab dia tak sediakan tempat tinggal rumah takde. Kami cuma hidup menumpang rumah company dia.

Sebelum company ambik rumah tu. Sampai aku habis SPM, bapak aku ajak mak aku duk KL menyewa kat KL. Masa tu bapak aku ambik lesen kontraktor G1 atas nama mak aku. Masa tu aku masih lagi belajar kolej. Mak aku mula usaha sendiri dia cubalah cari projek guna lesen dia.

Atas usaha dia dapat la dia projek G1 boleh lah tampung dia sama – sama buat dengan arw4h bapak aku. Time ni la aku rasa mewah sikit dapat lah mak ngan bapak aku beli kereta waja secondhand. Mak aku masih lagi mencari rezeki lebih dengan menjahit.

Tapi sebabkan bapak aku yang berniaga tak berjaya, dia banyak hutang jadi mak aku kena bayar hutang – hutang dia sebab ada orang datang tuntut. Per4ngai bapak aku memang ke laut, dia pernah main jvdi no ekor sebab nak cari duit belanja.

Aku benci betul dengan kehidupan kami, jadi aku nekad nak keluar dari masalah kehidupan ni. Dengan umur dah lanjut ni mak dan bapak aku masih takde rumah. Habis belajar aku nekad nak bantu diorang, aku belajar jadi kontraktor.

Dengan usia muda 21 tahun aku pergi redah je minta projek kecik – kecik maintenanace yang diorang boleh bagi direct. Aku belajar kereta, bawa sendiri pergi jumpa orang. Sebab aku nekad… Allah bantu aku tahun pertama aku dapat sale 1.6 juta.

Hidup kami mulai berubah, bila aku start berniaga aku terlalu fokus sampai aku sendiri takde kawan, masa muda aku di habiskan dengan membantu keluarga tapi hikmahnya umur aku 23 tahun aku dah boleh beli honda civic baru dalam plastik..

Dan sebelum aku kahwin, aku beli umah atas nama aku sendiri siap dengan renovate. Aku bagi mak ngan bapak, famili aku duduk sana sampai sekarang. Rezeki aku, Allah murahkan… Dari syarik4t enterprise aku buka lagi satu company sdn bhd dan ambik lesen cidb gred tinggi masa tu kelas d dan aku dapat projek mengecat bangunan asrama bernilai 1 juta.

Alhamdulillah projek siap lepas tu bapak aku suruh t3bus tanah dan rumah dia gadai masa dia berniaga tapi tak menjadi dan dia janji kalau aku t3bus tanah dan rumah tu dia akan hadiah kan letak nama mak. Aku pun setuju aku tebus tanah tu cash 80 ribu dan aku repair rumah tinggal selama 28 tahun habis 100 ribu masa tu umur aku baru 27 tahun, jadi aku dapat 2 rumah.

Lepas setel semua masalah keluarga aku. Aku kahwin dan aku masih lagi menanggung keluarga dan lepas aku dapat anak 1, bapak aku meninggaI. Jadi semua tanggungjawab jatuh kepada aku dan suami. Adik beradik tiri mak no 1 aku kenal gitu – gitu tapi cuba nak rapat tapi tak pernah rapat.

Selepas bapak meninggaI tanggungjawab aku jaga mak dan adik bongsu. Aku beri apa yang mak nak sampai pergi umrah 7 kali dan adik bongsu masuk universiti aku lah yang tanggung. Adik no 2, aku suruh dia keja dengan aku jaga syarik4t.

Lepas bapak meninggaI mak aku ada bagitau bapak aku ada hutang dengan seseorang 20 ribu jadi mak aku suruh aku plak tanggung cari jalan nak bayar hutang tu. Korang bayangkan tanggungjawab aku nak jaga dia, jaga adik aku hutang bapak aku suruh aku jugak cari jalan macamana nak selesaikan.

Mak aku pernah bagitau anak – anak tiri dia pasal hutang ni. Mulah berg4duh kata bapak aku tak akan takde harta lain yang boleh jual untuk bayar hutang dia. Masalahannya bapak aku sendiri gagal, seorang yang gagal. Rumah pun dia tak boleh sediakan untuk kami lagi nak tanya harta apa yang dia ada. Aku yang penat cari projek.

Lepas g4duh kami tak pernah berjumpa dan buat tak tahu satu sama lain. Adalah sekeping tanah, bank call aku suruh t3bus. Aku pergi la gi t3bus sebab ikut cakap mak aku dia suruh tanah arw4h nanti jual boleh buat bayar hutang.

Aku ni selalu mengikut arahan mak aku sebab aku jenis yang turut perintah. Bila t3bus aku bagi kat lawyer suruh uruskan tuntutan pusaka. Mula – mula tu mak aku bincang dengan anak – anak tiri dia semua setuju untuk buat tuntutan dan jual untuk bayar hutang.

Tapi bila kes dah nak selesai tiba hari perbicaraan ada plak yang marah kat aku kata kenapa nak jual tanah tu buat bayar hutang sedangkan tanah tu pusaka duit kena dibahagikan, takkan la bapak takde duit lain contohnya harta lain duit syarik4t ke untuk bayar hutang dia yang ni. Aku plak yang kena ser4ng.

Bapak aku takde nama pun dalam syarik4t, tu syarik4t aku. Aku yang bina dari muda, aku k0rbankan segalanya dan bapak aku takde harta. Semua itu aku punya, korang memang tak tahu sebab korang tak menanggung dia.

Aku yang tanggung aku dah bayar semua hutang dia dengan adik beradik dia yang lain. Cuma 20 ribu ni je belum setel tapi ada sekeping tanah ni, jadi aku fikir jual tanah ni bayar hutang dia. Hei. Aku dah banyak menanggung sepatutnya kalau betul adik beradik.

Korang kena patut tanya khabar ambik tahu pasal adik beradik korang. Bila dituduh macam – macam aku jadi sedih. Aku jadi marah dengan mak aku sebab aku ikut cakap dia, aku yang kena tuduh aku kena marah. Padahal aku tak patut kena marah sebab aku anak yang paling orang benci selama ni, anak yang bapak sendiri tak jaga tak ambik tahu.

Anak yang selalu kena m4ki, kena marah. Sekarang hidup aku aman je, bisness aku berjaya.. Tahun lepas je projek aku 8 juta tapi itulah, aku sedihlah bila di tuduh macam – macam. – Siti (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Lily Rizana : Adik beradik tiri tu sekarang nampak awak je yang berduit. Disebabkan mereka tu dah hamak, suruh je mereka yang selesaikan hal tanah tu dan hutang 20k tu. Bukan lah banyak mana pun. Lepaskan je lah hak faraid tu, dari str3ss.

Awak pun company pun sales dah 8 juta setahun. Tak habis pun rezeki kalau lepaskan hak faraid ni. InshaAllah nanti adalah gantinya. Pasal bapak awak tu, orang tu pun dah meninggaI, maafkan dan redha lah dengan setiap yang dah terjadi.

Kalau awak tak lalui episod duka sepanjang membesar, awak takkan jadi seperti awak pada hari ini. S4kit dan tr4uma tu lah yang buat awak kuat dalam sep4k ter4jang dunia kontraktor ni.

Noorhayatee Mohamediah : Base pada pengalaman saya jangan ikut sangat cakap mak sebab kita hidup dalam zaman yang berbeza dengan mereka. They know nothing about our life.. lagipun dah besar kita bleh bezakan benda tu baik untuk kita atau tidak sebab dengar cakap mak saya disih1r jatuh s4kit dan banyak benda negative berlaku. Konon nak jadi anak yang baik dengar cakap mak sudahnya mer4na sendiri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.