Balik kampung raya kedua, bapak selamba maki anak dan menantu depan tetamu. Sepanjang raya anak menantu stress

Ayah mentua tiba – tiba angin, dia pergi tolak senduk kacau kuah kacang tu sampai terbalik kuali. Dah lah aku dan mak mentua yang goreng kering lepas tu buang kulit berejam, sekali dia pergi telangkupkan macam tu. Setiap kali raya, mak mentua yang akan datang dekat anak menantu cucu, minta maaf..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku kongsi kan satu confession. Kalau hari raya ni bagi pasangan suami isteri perkara nombor satu yang dibincangkan mestilah nak balik rumah siapa kan. Raya rumah isteri ke atau raya rumah suami.

Aku pun sama. Aku dengan isteri setiap tahun akan lebih cenderung balik kampung aku. Isteri aku pun kalau aku cakap tak apa balik kampung dia mesti akan reject kalau boleh balik kampung aku. Apa punca dia? Iaitu ayah mentua atau ayah kandung isteri aku.

Keluarga isteri aku ada 6 adik beradik 3 lelaki 3 perempuan isteri aku anak ke-3. Tahu tak setiap kali balik bukan setakat aku dan isteri tapi abang adik ipar aku semua memang paling payah nak balik kampung beIah isteri aku.

Ayah mentua aku ni senang cerita jenis mulut cakap lantang lepas dan tak bertapis. Mungkin ada lah nanti komen cakap, “biasa orang tua mulut macam tu,” tak kalau setakat lepas biasa tak apa ni cara lepas tu kurang ajar.

Aku ingat lagi akak ipar aku dengan suami dia balik. Diorang raya ke-2 baru sampai boleh dengan selamba dimakinya depan tetamu. Kau bayangkan tengah duduk, semua orang datang akak ipar aku dengan suami nak salam.

Orang semua dalam rumah happy sebab saud4ra mara kan baru sampai tapi tiba – tiba ayah mentua aku pergi maki. “Raya ke dua baru dua monyet ni nak sampai jangan harap aku maafkan,” tiba – tiba macam tu. Padahal orang lain semua relax je, mak mentua aku pun elok sambut padahal diorang sendiri dah cakap raya kedua baru dapat balik.

Pagi raya tengah sibuk masak adik ipar aku terpecah gelas mak mentua aku siap gurau, “betul dugaan puasa akhir ni” siap ketawa. Ayah mentua aku tiba – tiba angin dia tengking, “pecahkan gelas ha pecahkan cawan ni dengan pinggan sekali,” lepas tu dia pergi tolak senduk kacau kuah kacang tu dah terbalik kuali tu.

Aku dalam hati giIa betul kuah kacang tu dah lah mak mentua aku dengan aku yang goreng kering lepastu buang kulit dia berejam sekali dia pergi telangkupkan macam tu. Mak mentua aku cakap, “istigfar bang” dia pergi marah.

Sepanjang raya dekat sana memang aku isteri adik abang ipar aku semua memang muka str3ss. Mak mentua aku setiap kali hari raya, bila anak – anak nak balik, dia yang datang dekat anak menantu cucu semua, datang minta maaf sebab ayah mentua aku per4ngai macam tu.

Yang kuah kacang tu aku ingat lagi mak mentua aku datang duduk depan aku dengan isteri minta maaf cakap nanti tahun depan ajak aku buat kuah kacang lagi. Sejujurnya cakap walaupun ramai dalam keluarga tu memang tak suka balik kampung tapi gagahkan sebab mak mentua aku.

Memang baik cakap lemah lembut dia yang setiap kali pujuk terp4ksa minta maaf disebabkan per4ngai ayah mentua aku. Isteri aku sendiri banyak kali cakap dia minta maaf sebab per4ngai ayah dia. Tahun 2022 ayah mentua aku meninggaI dunia.

2023 tahun ni semua ipar duai cucu balik awal puasa sana sambil raya. Sejujurnya bagi aku selama bertahun kami beraya situ kali ini raya yang paling tenang. Ketawa, senyum tak ada str3ss. Memasak apa semua rilex. Raya ke-2 aku nak balik beraya kampung aku. Berbual juga dengan ipar aku.

Ada juga yang seorang dua terlepas cakap “raya ni aman sikit tenang baru seronok raya” padahal selama ni kalau balik confirm semua complain pasal ayah mentua aku. Aku kadang – kadang tu ada terfikir rasa sedih juga pasal ayah mentua aku iyalah bila dah meninggaI baru orang senang ria. Bayangkan bukan setakat ipar aku tapi saud4ra mara baru aman datang beraya. – Azam (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nur Izzati : “Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila m4ti ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila m4ti disyukuri ” – Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a

Mat Dina : Semoga pak mentua hang diampunkan d0sanya dan di tempatkan bersama orang yang beriman, biarlah apa pon amalannya di dunia. Kita doa yang baik – baik ja. Kita ni dok hidup lagi tak tau apa pengakhirannya. Sudah tentu kita tak mau jadi macam tu jugak. Semoga kita semua dikurniakan dengan khusnul khotimah. Amin..

AimiHanisah Noorzaini : Tumpang sedih baca ayat 2nd last tu. Janganlah kita tergolong dalam jenis orang macam tu. Bila kita dah takde, orang lebih senang hati. Macam pemergian yang dialu – aIukan pulak.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.