Ibu bapa mertua tak puas hati bila anak2 berkepit manja dengan aku. Malah ibu mertua senyap2 suruh pengasuh aku berhenti kerja sebab mereka nak jaga sendiri cucu. Satu petang aku terdengar bapa mertua marah anak aku..
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang ibu kepada 3 orang anak. Mempunyai kerjaya yang stabil. Juga punyai suami yang amat baik lagi bertanggungjawab. Masalahnya ialah dengan ibu dan bapa mertua aku (yang terp4ksa aku gelarkan sebagai atuk dan nenek dari ner4ka).
Sejak hari pertama perkahwinan lagi, aku dan suami sudah dipinta untuk tinggal bersama – sama dengan ibu dan bapa mertua aku. Suami aku hanya mempunyai dua orang adik beradik dan adiknya pula tinggal jauh di bandar M.
Oleh kerana itu ibu dan bapa mertua aku mendesak kami untuk tinggal bersama atas alasan rumah mereka sunyi dan terlalu besar untuk mereka berdua. Untuk info ibu dan bapa mertua aku tinggal di sebuah rumah semi D yang mempunyai 6 bilik tidur dan 5 bilik air.
Oleh kerana itu aku terp4ksa bersetuju walaupun hati aku berat sebenarnya. Pada mulanya kehidupan kami baik – baik sahaja. Tapi hari demi hari berlalu. Per4ngai sebenar ibu dan bapa mertua aku mula terserlah. Mereka sangat suka mendesak kami mengikuti setiap cara mereka.
Mereka juga sangat kuat mengongkong dan tidak menghorm4ti privacy kami suami isteri. Bayangkan, ada satu hari tu aku baru lepas mandi. Tiba – tiba tanpa ketuk pintu, dengan selamba ibu mertua aku masuk dalam bilik aku dan boleh tengok jer aku berkemban tanpa rasa bersalah. Korang rasa??!!
Selain itu ibu mertua aku sangat memandang pada rupa. Aku harus akui, kulit aku sedikit gelap dan tidak secerah kakak aku. Pada hari perkahwinan aku, selepas makan beradap jiran – jiran ibu mertua terus datang bersalaman dengan aku.
Salah seorang dari jiran itu sempat memuji aku dan berkata ‘cantiknya pengantin’. Cuba teka apa jawapan ibu mertua aku? Dengan selamba dia berkata, ‘alah cantik lagi kakak pengantin ni’. Bayangkan apa perasaan aku tika itu.
Aku sedar kakak lagi cantik dari aku tapi tak payahlah canangkan kuat – kuat begitu di depan orang ramai. Aku sudah mula kecil hati waktu itu tapi aku pendamkan saja dalam hati. Ibu mertua aku juga sangat kuat cemburu.
Dia langsung tak boleh terima kalau suami membelikan barang untuk aku. Walhal suami aku tak pernah melupakan ibu mertua malah dia pernah membelikan barang kemas untuk ibu mertua. Ada sekali tu suami aku membelikan aku gelang emas.
Bila ibu mertua dapat tahu, terus dia menyindir aku selama berhari – hari. Ibu mertua siap berkata, ‘mak ni barang kemas seurat pun abah kau tak pernah belikan, semuanya mak beli sendiri’. Untuk info bapa mertua aku seorang yang agak berada.
Punyai banyak hartanah (rumah dan tanah). Cuma yang aku perasan bapa mertua aku sangat berkira dengan mak mertua. Mungkin sebab itu mak mertua aku jadi kuat cemburu agaknya. Yang pelik, mak mertua aku bukan setakat s4kit hati kalau suami aku membelikan aku barang.
Dia juga s4kit hati kalau aku membelikan barang untuk ibu bapa aku. Walhal aku pakai duit sendiri kot. Bukan minta duit suami aku. Untuk pengetahuan semua, ibu bapa aku jenis yang susah, bukannya jenis kaya raya macam ibu dan bapa mertua.
Pernah sekali dia tarik muka berhari – hari bila dapat tahu aku belikan sofa untuk ibu bapa aku. Walhal suami aku dah membelikan sofa yang lagi besar untuk dia. Satu lagi yang buat aku selalu terasa hati ialah ibu mertua suka mengutuk aku di belakang.
Aku tahu pun sebab aku pernah terdengar sendiri dia memperlekehkan tentang pakaian aku yang tak trendy di depan adik ipar aku. Masalah lebih besar mula timbul bila kami dah ada anak. Ibu dan bapa mertua mula mendesak anak – anak kami untuk belajar 24 jam sehari.
Langsung tak boleh nak bawa kawan – kawan datang rumah. Aku rasa sedih bila anak perempuan aku mengadu yang kawannya di usir di depan rumah. Walhal kawan anak aku (perempuan ya) datang sekejap untuk pulangkan buku dan bersembang sekejap.
Tapi bapa mertua aku terus berkata, ‘eh pergi balik, pergi balik!’. Anak – anak aku mula rasa tertekan dan tidak seronok berada di rumah. Sebenarnya dulu anak pertama dan anak kedua aku dijaga oleh ibu bapa aku. Anak – anak aku berkata yang mereka lebih suka dijaga oleh ibu bapa aku kerana ibu bapa aku jenis penyayang dan tidak mengongkong.
Bila ibu dan bapa mertua aku pencen, mereka mendesak untuk menjaga anak kami. Kami terp4ksa akur. Apabila aku melahirkan anak ketiga, aku tak nak menyusahkan ibu mertua, jadi aku mengupah seorang pengasuh untuk datang ke rumah.
Bila usia anak ketiga aku mencecah 8 bulan, ibu mertua aku mengarahkan pengasuh aku untuk berhenti. Ibu mertua siap suruh pengasuh bagitahu aku yang pengasuh tu yang nak berhenti, bukan disuruh oleh ibu mertua.
Aku cuma tahu beberapa bulan kemudian selepas pengasuh memaklumkan pada aku dan minta maaf. Aku pun bingung. Kenapa ibu mertua sanggup berbohong sampai macam ni sekali? Aku dapat rasakan dia nak anak ketiga aku lebih manja dengannya.
Sebab anak pertama dan kedua lebih manja dengan ibu bapa aku. Kemuncak pada kisah ini akhirnya berlaku. Oleh kerana PKP tempoh hari, aku memang bekerja dari rumah. Ibu dan bapa mertua aku agak tidak berpuas hati kerana anak – anak sentiasa berkepit dengan aku.
Biasalah kan, kalau dah ibu ada di rumah, pastilah mereka akan melekap dengan aku. Pagi itu aku, suami dan anak – anak keluar hingga ke petang untuk membeli barang sekolah. Kami sampai di rumah kira – kira pukuI 6 petang.
Anak lelaki aku baru saja nak pegang telefonnya apabila tiba – tiba bapa mertua datang dan mengherdik anak aku. Aku terus memanggil anak aku masuk ke dalam bilik kami. Suami yang berada dalam bilik kami pelik mendengar bapa mertua aku bising – bising di luar.
Aku memaklumkan pada suami aku apa yang telah berlaku. Suami aku terus bersemuka dengan ibu mertua aku dan mempertikaikan tindakan bapa mertua aku. Malam itu aku dan suami aku turun ke bawah. Suami aku terus menegur bapa mertua aku dengan lembut, ‘abah nak makan apa – apa ke? kami nak keluar beli makanan ni?’.
Tiba – tiba bapa mertua melenting dan terus mengherdik aku. Dia mengatakan aku tiada hak untuk mempertahankan anak aku sendiri. Korang rasa?? Kemudian suami aku membeIa aku. Inilah kemuncak segala kemuncak.
Bapa mertua menerpa dan cuba memukuI aku!! Mujur suami cepat – cepat menarik aku ke belakang badannya. Kemudian bapa mertua beria – ria menghalau aku dari rumah. Ibu mertua juga beria – ria supaya kami pindah agar em0si anak kami tidak terganggu.
Aku sangat terk3jut. Bapa aku sendiri tidak pernah angkat tangan begitu dekat aku. Bapa juga sekali pun tak pernah memukuI ibu. Ini bapa mertua pula yang cuba nak memukuI aku?? Untuk pengetahuan korang, bapa mertua aku memang selalu memukuI isteri dia.
Bapa mertua juga jenis yang baran. Selepas kejadian itu aku dan suami berbincang dan mengambil keputvsan untuk keluar dari situ. Tapi.. tiba – tiba ibu mertua menghalang. Ibu mertua siap cakap, ‘alah malam tu benda kecik jer, abah cuma bagi nasihat jer’.
Kalau sampai nak pukuI tu dia cakap benda kecik, korang rasa??? Suami aku bertegas juga mahu keluar tapi ibu mertua terus mengugvt. Kalau kami nak keluar, dia pun nak keluar dan jual rumah itu dan langsung tak nak jaga anak kami sebab ibu dan bapa mertua tak nak maru4h mereka tercaIar.
Tiba – tiba pula aku dapat memo dari pejabat yang mengarahkan untuk kembali bekerja seperti biasa. Untuk mencari pengasuh dalam waktu terdekat memang tak sempat. Makanya kami sekeluarga terp4ksa bertahan duduk di sini dulu.
Ibu mertua juga mendesak untuk aku memaafkan bapa mertua dan kembali mesra macam biasa sebab pada ibu mertua, perbuatan bapa mertua tu hanya benda kecil saja. Aku berkata pada suami, maaf, buat masa ni hati aku masih terIuka dan sukar untuk aku memaafkan perbuatan bapa mertua aku.
Korang doakanlah agar aku, suami dan anak – anak diberikan jalan yang terbaik untuk menghadapi kesulitan ini. Aamiin aminn yra. – Menantu Tak Sempurna (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Dhuha Imani : Pindah je kak. Dia nk jual rumah ke nak wakaf ke ke tu kan hak dia. Tak payah kita sibuk – sibuk nak fikir rugi ke apa. Bukan hak kita. Lagi 1 anak dah sampai terkesan kita nak tunggu apa lagi. Pasal tak ada orang nak jaga anak tu, teruskan mencari, bila dah jumpa orang pindah terus.
Jangan beralasan lagi. Dah lama kak menumpang kat sana. Anak pun dah masuk 3. Tiba masa bina hidup sendiri. Biar kita dan anak selesa. Lagi satu suami belikan apa – apa jangan update wasap ke ig ke. Diam je. Tak siapa akan tahu.
Pesan kat suami sama. Kalau nk beli apa – apa jangan canang kat mak ayah dia. Awak pun sama, jangan gatal – gatal mulut bagi tahu awak ada beli barang kat mak ayah sendiri. Elakkan perasaan cemburu dan hasad ibu bapa mentua.
Farhana Een : Kita sendiri kena apa pun boleh sabaq lagi tapi kalau dah sampai anak – anak pun kena, tertekan. Keluar je terus. Pindah senyap – senyap masa diorang takde kat rumah. Pasal anak, sama ada korang suami isteri ambil cuti untuk jaga atau hantar ke taska transit atau minta tolong kawan ke saud4ra ke apa ke. Janji korang keluar. Nak tunggu sampai mak dengan anak makan peIempang ke baru nak bertindak? Geram pulak aku
Zaini Za : Keluar je dari rumah tu. Biar la mereka nak jual rumah tu pun. Rumah tu rumah mereka sendirikan. Biar mereka buat keputvsan hidup mereka. Awak dan suami buat keputvsan untuk hidup keluarga kecil awak.
Usahakan untuk cari bantuan lain bagi jaga anak – anak. Mungkin ada pilihan seperti pusat transit dan sebagainya.
Farah Mardhiah : Tak boleh nak fikir ke? Semua masalah berpunca dari duduk serumah. Keluarla cepat – cepat pindah ke rumah lain. Bukan tak mampu. Lebih dari mampu. Pengasuh cari je la pengasuh lain. Taska pun ada.
Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Mak mertua ugvt? Peduli apa dia. Lantak dialah. Habis tu nak bertahan sampai bila? Masa diorang halau keluarla peluang sebenarnya untuk keluar. Percayalah, kalau tak keluar sekarang, ke depan – depan lagi susah nak pindah keluar. Lagi banyak drama akan berlaku.
Amy Hani : Keluar saja dari rumah tuh. Kalau mak mertua kata nak jual rumah tuh, jual lah. Mak mertua kan banyak hartanah. Apa ada hal. Yang penting hidup kau happy. Em0si kau stabil. Fikirkan diri kau dan keluarga kecil kau saja. Urusan mak mertua kau bukan urusan hakiki kau. Jaga diri dan family kau dulu. This time to be selfish. Pers3tankan manusia yang cuba nak c0nquer hidup kau. Kau berhak bahagia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.