Ramai perli balik raya tidur hotel. Keluarga mertua tak puasa, teguk ‘air penawar’ depan anak. Lebih rela tidur hotel

Hari raya pertama, h4mbar. Aku sedih. Geng perempuan bersilat di dapur dari subuh. Penat. PukuI 9 pagi suasana suram macam hari – hari biasa. Pergi solat raya? Jauh sekali. Bukan tradisi keluarga diorang..

#Foto sekadar hiasan. Hi. Aku Ayong, menantu sulong. Aku agak tr1ggered bila orang pertikai tidur homestay / hotel bila raya. Kenapa? Berd0sa ke? Bukan semua orang ada rumah besar, bilik cukup, ruang tidur cukup. Kan?

Lately ni banyak page – page besar yang suka mainkan isu macam ni hanya sebab nak kejar rating ke, nak naikkan algorithm ke, entah lah. Tapi, come on la. Ajukan la soalan yang bermanfaat sikit. Ok. Done bebel. Aku nak masuk bab kenapa sebenarnya tak berd0sa pun tidur homestay atau hotel bila – bila kau balik bercuti kat rumah ibu bapa or mertua.

Aku dah suami, ada 3 anak lelaki. Dah makin besar. Yang sulung, Ali dah umur 8 tahun. Kadang – kadang bila balik rumah mertua hujung minggu, nak pergi solat Jumaat, dia dan suami dah siap, tapi pakcik – pakcik dia tak ada gaya langsung nak ke masjid.

Sorang tak bangun lagi. Sorang acah – acah busy. Diorang dah umur 28 dan 17 tahun. Tak kan nak kena p4ksa, nak kena marah lagi? Tak cukup ke ajak 2 kali? Nak bentang karpet merah ke? Kesudahannya, suami dan anak pergi sendiri je.

Anak tanya juga, “pak ngah tak ikut sekali ke?” Suami jawab, “pak ngah pergi sendiri kejap lagi.” Ye, selagi boleh bohong, kita bohong la kan? Bohong sunat jaga air muka. Tapi, tak lama dah kita boleh back up. Anak – anak makin besar, ada mata, ada akal untuk timbang tara.

Sumpah, kadang – kadang kami penat. Kami kecewa, Kami sedih, marah. Semua bercampur baur. Di mana silapnya? Baru – baru ni, kami balik kampung 2 hari sebelum raya. Aku dah siapkan juadah untuk sahur sebab memudahkan kerja aku, sebab aku chef utama rumah tu.

Mak mertua tak larat tapi masih boleh berjalan slow – slow. Waktu sahur, cuma aku, anak 8 tahun, suami, mak mertua, biras (aku namakan Mariam, dan adik ipar (Mimi). Laki Mariam (Pak Ngah) dan adik bongsu suami (Pak Su), tak nampak bayang.

Pak Ngah suruh bini dia buat milo + nestum bawa masuk dalam bilik. Memang tak keluar bilik langsung. Pak Su, roh berkeliaran cari tak jumpa, memang tak pernah bangun sahur. Anak aku tanya juga. Kami jawab Pak Ngah dan Pak Su dah sahur awal.

Pak Su, lepas zohor baru bangun. Terus keluar je entah ke mana. Bila nak berbuka, aku pelik Pak Su dan Pak Ngah tak naik – naik walaupun dah 5 minit berbuka puasa. Kami yang lain – lain memang makan sama – sama. Aku syak diorang tak puasa.

Tapi aku diamkan je. Aku tak tanya bini dia, Mariam. Kami sembang macam biasa. Sahur esoknya, masih sama. Hanya kami. Rutin yang sama Pak Su buat. Tak keluar bilik sampai Zohor. Lepas tu keluar dan duduk di hujung rumah dengan kawan – kawan dan Pak Ngah.

Aku tak perasan sampaikan kami nak keluar ke kedai hardware. Dia lari ke arah kami dan tanya nak ke mana? Aku cakap nak ke kedai hardware. Aku perasan banyak kereta dah motor tak dikenali ada juga di tepi lorong tu.

Naik je kereta, aku tanya suami. “Dah kenapa banyak sangat kereta?” Suami kata, “hmm diorang tak puasa la tu. Minum ‘air penawar’ belakang tu.” Aku memang dah agak cuma benda tak nampak depan mata kan. Entahlah, aku sangat frustrated.

Benda ni sebenarnya dah lama. Cuma bila anak dah besar ni, dia dah mula tanya soalan – soalan. Sampai bila aku nak kena back up? Aku penat. Dulu masa anak – anak kecil, aku biasa akan setel masak makanan anak malam pukuI 11 gitu.

Tapi masa tu juga Pak Ngah duk proses “air penawar” dia kat dapur. Masak sampai kaw – kaw pekat sampai 3 – 4 jam. Letih aku menunggu. Aku sebolehnya memang elak bila dia duk proses “air penawar” dia tu. Habis proses, bersepah dapur, basah lantai.

Lewat petang tu pula, adik mak mertua pun datang. Sama naik je. Sama – sama togak “air penawar”. Mak mertua? Dia tahu je. Dia nampak je. Tak ada tindakan. Tak tegur apa. Sumpah aku penat. Hari raya pertama, h4mbar.

Aku sedih. Geng perempuan bersilat di dapur dari subuh. Penat. Mak mertua aku, kami semua cakap dah tak payah buat ketupat, dia kata sikit je. Nahhh ambil kau… 4 kg rupanya dia buat. PukuI 2 pagi baru dia habiskan. Kami semua anyam ketupat tak cantik wey.

Ketupat manis bukan ketupat nasi. Jadi memang tak ada orang boleh tolong dia buat. Dah tu? Esok pagi raya terbungkang sahaja. PukuI 9 pagi suasana suram macam hari – hari biasa. Pergi solat raya? Jauh sekali. Bukan tradisi keluarga diorang.

Jadi, berbalik kepada tajuk ‘Raya tidur homestay’’, jangan lah dikecam orang yang pilih untuk tidur homestay. Mesti ada alasan yang kuat di sebalik tindakan tidur homestay tu. Pertama yang aku nampak, ialah mungkin nak elakkan episod – episod macam yang aku cerita ni.

Aku nak jelaskan, aku sekeluarga tak tidur hotel atau homestay. Kami memang ada bilik sendiri di rumah ni. Cuma insiden – insiden yang berlaku membuatkan kadang – kadang aku terpikir nak tidur homestay atau mungkin di masa ke depan ni memandangkan kalau Mimi kahwin, memang tak akan cukup bilik.

Sebenarnya, yang penting… kau tidur homestay ke, hotel ke, tidur situ ke, kena ringankan tulang. Duduk situ pun kalau terperuk dalam bilik tunggu makan terhidang, tak guna juga kan? Pandai – pandailah bawa diri. Sekian, secebis dari kisah ku. Moga ada perubahan yang baik di masa depan. Selamat Hari Raya dari Ayong sekeluarga. – Ayong (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Asri Omar Omar : Balik kampung beraya atau tidak.. duduk hotel atau HS. Yang penting tangan kena ringan membantu dan tangan juga kena ringan menghulur sehari dua sebelum raya untuk ibubapa atau saud4ra membeli bahan untuk juadah di pagi raya. Apa yang TT buat tu bagus untuk elak pengaruh yang tidak baik terutama kepada anak – anak kecil yang sifat mereka suka bertanya.

Bunga Orked : Orang pertikai tu bila duduk homestay buat kampung macam hotel. Datang – datang orang dah siap masak, siap hidang tinggal makan je. Pastu tak reti plak nak mengemas ulang la buat per4ngai gitu anak beranak. Macam tetamu hotel.

Pastu rasa – rasa rimas semua sibuk – sibuk gotong royong dia pun sibuk anak beranak balik hotel. Per4ngai gitu lah orang kecam nyusahkan orang. Kalau tak buat tak perlulah tr1ggered. Ada pro dan kontra untuk yang tidur homestay.

Bagus untuk yang ada anak d4ra yang sedang membesar, tak elok tidur campur dengan sepupu dan pakcik – pakcik. Percampuran lelaki perempuan bebas walau sepupu tu h4ram. Kot la anak kecil yang sensitif atau aut1sm tak boleh sesak – sesak.

Tapi pasti waktu gotong royong keluarga adalah jangan buat alasan lak. Kita je yang faham situasi kita orang tak faham pun. Jadi tak payah la kisah atau terasa apa pendapat orang, apa yang page post dorang up semata like je. Tak rugi atau untung pun page atau netizen ni kalau kita sikit – sikit nak sentap. Sendiri s4kit hati TT. Chill jelah.

Orchid Lu : Oh my.. please tidur homestay for those yang memang tak menolong. Penat weh bila ada yang balik dengan anak beranak tapi tak reti nak masak, semua harap nenek yang dah tua siapkan semua. And lagi rumah bersepah pun tak reti tolong kemas.

Yang sepahkan pulak anak kecik diorang sendiri. Makan pinggan pun tak reti cuci. Yang berhempas pulas makcik – makcik yang pun tak muda lagi. So please ada common sense, kalau datang melawat nenek kat kampung tu, jangan bersepah. And if tau memang nenek tak larat masak.. makan sesiap kat luar. Done membawang.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?