Bakal mertua nak buat majlis mewah sbb anak dia berpangkat tp aku kena tutup aib aku

Aku dalam diIema sekarang sebab bakal mertua nak buat majlis nikah besar – besaran sebab anak mereka berpangkat dan anak tunggal. Sedangkan ibu aku pula minta kami nikah di pejabat agama. Sekarang aku buntu, kalau tak boleh juga aku terp4ksa putvskan pertunangan dan batalkan je perkahwinan ni. Aku kena jaga a1b ibu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum wbt. Aku merupakan anak ketiga dari 3 orang adik beradik dan merangkap anak bongsu. Jarak umur antara aku dengan kakak dan abang jauh beza. Sekarang abang aku yang sulung umur 40 tahun, kakak aku berumur 35 tahun dan aku pulak 25 tahun.

Ayah dah pergi tinggalkan aku waktu umur aku 13 tahun dan aku dibesarkan oleh ibu. Cuma aku dengan ibu je yang duduk dekat rumah yang arw4h ayah tinggalkan, kakak dah ikut suami. Abang pula dah ada keluarga tapi mereka tetap balik untuk jenguk aku dan ibu, tetap hulur duit belanja untuk aku dan ibu.

Sekarang aku sudah pun 25 tahun, tak lama lagi dah nak jadi isteri orang. Yang jadi konfIik sekarang adalah waIi masa aku nikah, ibu agak berat untuk menyatakan hal ini kepada aku dan kakak tapi dia terp4ksa jugak berterus terang memandangkan aku akan berkahwin tak lama lagi.

Rupa – rupanya abang adalah anak tak saf taraf dan kalau ikut hukvm syarak dia tidak layak untuk menjadi waIi aku biarpun dia d4rah daging aku dan lahir dari rahim yang sama. Kami agak terk3jut dan berfikir beberapa cara untuk maklumkan pada abang.

Bila abang mengetahui status dirinya, dia agak terasa hati mungkin kerana dia rasa dia patut tahu perkara tersebut lebih awal lagi. Tapi sebagai ibu, aku faham perasaan ibu macam mana memandangkan cuma abang seorang anak lelaki dia.

Abang jadi lebih pendiam, jarang bercakap dengan ibu. Kalau balik jenguk ibu pun, dia akan tidur semalam dua je itupun berkurung dalam bilik atau ambil angin dekat pangkin luar rumah. Ibu banyak menghabiskan masa bersama anak dan isterinya.

Aku? Macam biasa lah, budak dah nak naik sekolah jadi aku agak banyak menghabiskan masa di sekolah. Oh ya aku merupakan cikgu sekolah rendah dan mungkin rezeki aku ditempatkan di kampung halaman jadi dapatlah jaga ibu sementara dekat, nanti kalau dah kahwin kena posting ikut suami.

Oh ya lupa juga nak bagitahu, bakal suami aku penjawat awam yang agak berpangkat dan merupakan anak tunggal keluarga (ini pun salah satu punca konfIik). Ibu banyak berlinang airmata selepas memberitahu abang perkara sebenar, disebabkan layanan abang padanya yang agak dingin.

Setiap kali aku bincang soal pernikahan, pasti ibu akan menangis memikirkan keadaan. Aku terp4ksa pakai waIi hakim (bukan masalah sebenar). Sepatutnya kami nikah bulan 8 di pejabat agama memandangkan masih PKP.

Tapi disebabkan pihak PAD negeri masing – masing membenarkan pernikahan di rumah, keluarga bakal suami aku minta untuk kami nikah di rumah. Memandangkan dia agak berjawatan tinggi dan anak tunggal dalam keluarga, ibu dan ayah nya ingin buat kenduri yang agak meriah.

Disebabkan itu kami diminta untuk nikah dekat rumah aku. Masa pertunangan kami pun agak meriah apatah lagi nak kahwin. Bila aku nyatakan hasrat keluarga bakal mertua aku pada ibu, sekali lagi ibu mengalirkan airmata.

Aku faham perasaan ibu biarpun aku belum bergeIar seorang ibu tapi a1b perlu ditutup. Biarpun gelap macam mana masa lalu dia, itu hanya lah masa lalu dia dan aku sebagai anak tak pernah memandangkan rendah terhadap ibu malah aku cukup berbangga ibu dapat besarkan kami 3 beradik sehingga jadi orang yang berjaya.

Ibu meminta untuk aku berbincang dengan bakal suami aku untuk nikah di pejabat agama. Kerana tidak ada mahu pertiakaian dari orang kampung kenapa abang aku tidak mewaIikan pernikahan aku. Aku faham kenapa ibu meminta sedemikian, dan aku tahu aku sebagai anak wajib penuhi permintaan ibu sebab ianya melibatkan a1b keluarga.

Bakal suami aku minta aku berbincang dengan mama dia tapi mama dia men3ntang keras dengan alasan anaknya berpangkat dan anaknya hanya satu satu anak dalam keluarga. Jadi dia inginkan kemeriahan masa hari bahagia anak nya.

Nanti kalau tak meriah, apa pula keluarga dan orang sekeliIing akan mengata. Oh ya bakal mertua dan bakal suami aku tahu tentang status abang aku, memandangkan ini hal serius yang perlu dibincangkan jadi aku berterus terang status abang aku.

Jadi aku rasa bukan masalah untuk mereka tunaikan permintaan ibu? Bila aku bertanya semula kepada bakal suami, dia hanya kata dia ikut keputvsan mama dia dan hanya mengiyakan bila mama dia kata dia adalah anak tunggal.

Aku rasa macam ini melibatkan a1b, bukan hanya nak fikir seronok. Kalau nak fikir seronok, aku sendiri tak nak kahwin dekat pejabat agama. Aku sendiri ada angan – angan untuk mengadakan majlis yang meriah semasa hari pernikahan tapi aku hanya fikirkan ibu.

Malu yang terp4ksa ibu tanggung sekiranya orang sekeliIing pertikaikan kenapa abang tunggal aku tak jadi waIi masa pernikahan aku. Aku ada merayu pada bakal suami dan bakal mertua untuk nikah dipejabat agama.

Tapi orang tuanya berkeras untuk kami nikah di rumah. Orang tuanya siap memberi pilihan pada dia sama ada memilih untuk mendengar kata mereka dan berkahwin dengan aku ataupun menurut kehendak keluarga aku dan jangan pernah balik ke rumah mereka lagi.

Kerana pada mereka, mereka tidak ada anak yang tidah menurut kata. Dan aku ada menyatakan hasrat untuk putvskan pertunangan dan batalkan perkahwinan tapi ibu tidak benarkan, dia minta untuk aku teruskan.

Tapi pada aku ibu tak akan ada ganti. Biarpun aku berkahwin dan syurga aku akan berpindah pada suami, tapi ibu yang melahir dan membesarkan aku tak akan pernah ada ganti di hati. Memang ibu redha sekiranya pihak lelaki tetap ingin bernikah dirumah, tapi aku faham perasaan ibu.

Pastinya dia sedih bila orang sekeliIing mula memandang rendah terhadap dia dan abang aku. Urusan perkahwinan aku sudah 60% siap, tapi sekarang aku cuma buntu. Airmata sentiasa berlinang bila duduk sendiri memikirkan ibu, ibu apatah lagi sedihnya kalau nak dibandingkan dengan aku.

Aku agak bersikap dingin dengan bakal suami kerana pada aku dia berlaku tidak adil. Semua kehendak keluarga sebeIahnya sudah diturutkan, sampaikan majlis sebeIah aku juga keluarga dia yang atur. Hantaran pun ibu tak meminta dan tak meletakkan harga meskipun kerjaya aku sebagai seorang guru.

Ibu hanya minta seberapa yang mampu hm. Aku tidak tahu ini ujian sebelum berkahwin atau apa, tapi aku tetap buntu. Situasi sekarang ib4rat ada 4 arahan, untuk berlaku adil 2 arahan harus berada di pihak lelaki dan 2 arahan harus berpihak perempuan.

Tapi seolah keempat empat arahan tersebut berpihak pada lelaki. Dan pada aku, aku berhak bersuara untuk hari pernikahan aku. Bukan hanya menurut setiap kehendak. Aku ters3pit, di sini aku sebagai anak. Yang ada tanggungjawab pada ibu.

Di sana aku sebagai bakal isteri dan bakal menantu. Bakal suami ters3pit antara orang tuanya dan aku, aku pula ters3pit antara ibu dan bakal suami. Hasrat untuk membatalkan perkahwinan ini hanya diketahui oleh ibu dan beberapa orang rakan baik aku.

Bagaimanapun, ibu tetap ibu yang melahir dan membesarkan aku. Situasi ini melibatkan dua orang wanita yang menjadi syurga dan tinggi darjatnya. Doakan aku kuat bertahan dengan ujian yang diberi, doakan segala urusan aku dengan bakal suami untuk bina mahligai dipermudahkan. Dan disenangkan perjalanan kami sebagai suami isteri selepas nikah nanti. – Anne (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Renny Wati : Sebelum kahwin family suami dah tunjukkan sifat sebenar. Masih nak teruskan ke? Bersedialah lepas kahwin, tiap – tiap tahun raya rumah suami, mak s4kit tak boleh balik jenguk, jaga. Semua keputvsan hidup cik dan suami akan ditentukan oleh mentua. Mak sendiri akan menanggung malu sehingga menutup mata. Kalau saya memang tak sanggup.

Najah Mazni Ishak : Cik, fikir masak – masak. Perkahwinan bukan hanya berkahwin dengan pasangan tapi kita ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali. BERPULUH TAHUN hingga hujung nyawa insya-Allah.

Belum apa – apa dah tak boleh bawa berbincang, hati ibu sendiri dah terIuka. Sebelum nikah, KEUTAMAAN kita tetap pada keluarga sendiri dan ibu bapa. Semoga cik jumpa jalan penyelesaian terbaik yang tak akan makan diri hingga akhir hayat.

Snahwah Aafifi : Teringat kejap kawan saya kahwin dengan “anak mak” yang menurut perintah. Bukan je barang rumah suami dia akan call tanya, sampai nak beli telor gred apa pun kena call mak tanya.

Lagi str3ss sampai design rumah, susun atur rumah, sampai tahap nak ubah bekas beras pun kena minta izin mak walaupun nampak macam wow kahwin anak tunggal disediakan banglo kereta mewah, tapi apakan daya, jika begini hidup harus dilalui memang makan hati.

Shida Samsudin : Belum kahwin family bakal mertua dah atur a b c. Bakal suami pulak sejenis tak reti bertegas dan anak mak. Maklumlah anak tunggal. Jadi ntah la, aku boleh foresee your marriage agak sukar kalau asyik diatur dan dicampur tangan.

Benda – benda macam ni pon tak boleh nak tolak ansur. Sejujurnya, baiklah putvs dan malu sekarang dari tak bahagia dikemudian hari. Family kita tak boleh cari, tapi suami apatah lagi sekadar bakal suami boleh diganti.

SN AFiqah Abdul Nasir : Sis, saya ada cadangan, sis nikah 2 kali. First nikah dekat pejabat agama. BerwaIikan hakim. Kali kedua nikah di rumah (yang ni sekadar lakonan untuk tutup a1b sebab nikah yang di pejabat agama berwaIikan hakim memang dah sah nikahnya)

Kiranya pernikahan kali kedua ni untuk tutup a1b kedua – dua keluarga. Berbincang dengan tok kadi. Minta nasihat. Kalau boleh proceed, bincang dengan bakal suami. Time nikah tu kalau dia datang sorang pun tak pe.

Yang penting pengantin lelaki, pengantin perempuan, saksi dan lafaz ijab dan qabul. Saya pernah tengok adegan ni dalam cerita Gemersik Kalbu. Diorang nikah dua kali. Hanya cadangan je, tak pernah ada experience berlaku in real life.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.