Dari anak aku yang pertama keluarga mertua tak suka sebab dapat anak perempuan. Anak kedua aku juga anak perempuan. Masa dalam ward mak mertua bagitahu dia tak gembira dapat cucu perempuan. Kemuncaknya bila mertua kata aku tak pandai jaga anak, aku meIawan. Ketika tu ayah mertua naik angin..
#Foto sekadar hiasan. Aku berkahwin pada tahun 2011. Sudah sebelas tahun aku melayari bahtera bersama suami aku dan kami dikurniakan dengan empat orang anak. Sebelum berkahwin, aku sudah bekerja dan aku baru sahaja pulang ke kampung halaman aku untuk bekerja di sana dan duduk bersama ibu dan ayah aku.
Dalam pada masa yang sama, aku sudah mempunyai teman lelaki yang aku baru kenal dalam tempoh 4 bulan. Kami sudah bercadang untuk berkahwin. Selepas 6 bulan kami berkawan, dia telah mengajak aku untuk berjumpa dengan ibu dan ayahnya.
Aku tidak bersetuju kerana aku berpendapat bahawa dia yang terlebih dahulu perlu berjumpa ibu dan ayahaku. Bila aku beritahu hal ini kepada ibu dan ayah aku, mereka mengatakan bahawa tidak menjadi isu kepada mereka jika aku yang bertemu keluarga teman lelaki aku dahulu.
Dalam masa yang sama, teman lelaki aku memberitahu bahawa ibunya berasa amat risau kerana ibu dan ayah aku duduk di negeri Kelantan dan risau akan ada isu bahasa kerana mereka dari Kedah. Pada masa ini, aku merasakan bahawa ibunya melebih – lebih sedangkan dia memang sudah diberitahu bahawa ibu dan ayah aku banyak merantau dan juga pernah tinggal di Kedah selama 13 tahun.
Semasa pertemuan itu, ibu dan ayahnya juga berkali – kali menyebut bahawa aku perlu berhenti kerja dan berpindah ke negeri di mana teman lelaki aku bekerja selepas berkahwin nanti. Kami tidak boleh PJJ kerana ia akan menghabiskan duit anaknya untuk perjalanan bertemu aku.
Mereka juga berasa risau jika ibu dan ayah aku tidak membenarkan aku berpindah mengikut suami. Selepas beberapa hari daripada pertemuan itu, rombongan meminang pun sampai. Kenapa cepat sangat datang meminang? Ibu dan ayah aku pun belum berjumpa dengan teman lelaki aku.
Kisahnya, sepatutnya, teman lelaki aku akan singgah ke rumah adik aku di Negeri Sembilan kerana ibu dan ayah aku ada di sana (aku juga) semasa dia hendak pulang ke rumah tempatnya bekerja. Namun, ibu dan bapanya terlalu risau bahawa ibu dan ayah aku tidak akan melayan dia dengan baik dan membuat keputvsan untuk datang bersama.
Lantas ibu aku mencadangkan untuk datang merisik namun mereka menolaknya kerana hanya mahu meneman. Dan aku mengatakan bahawa nanti jika bertunang, majlis akan diadakan di rumah ibu dan ayah aku kerana mereka dan aku akan pulang pada hujung minggu tersebut.
Selepas mendengar berita ini, ibu teman lelaki aku terus bersetuju untuk bertunang sebab mudah katanya tak perlu ke Kelantan. Maka kami bertunanglah dalam keadaan tidak membuat persiapan besar – besaran. Aku hanya sampai ke rumah adik aku jam 11 malam hari sebelumnya kerana aku pergi bercuti dengan kawan – kawan.
Mereka pun tidak tahu yang aku bakal bertunang. Baju tunang aku? Aku pinjam baju raya kakak aku. 4 bulan selepas itu, kami pun berkahwin. 2 hari selepas berkahwin, suami aku membawa aku tidur di hotel sebelum dia pulang ke kampungnya.
Semasa kami sampai di sana, mertua aku menelefon dan apabila diberitahu bahawa kami berada di hotel, mereka terus bertanya apa tujuan dia membawa aku ke hotel lantas suami menjawab saja hendak duduk di tepi pantai. Aku pula hairan apa jenis soalan la yang mereka tanya ni.
Dua minggu selepas kenduri di sebeIah aku, aku ke Kedah untuk kenduri di pihak suami. Malam selepas majlis, aku ditanya lagi bila mahu berpindah mengikut suami. Aku hairan kerana setahu aku, suami aku sudah memberitahu mereka.
Ooo, rupanya mereka mahukan pengesahan dari aku untuk berhenti kerja dan berpindah. Mereka memang tidak membenarkan suami aku untuk memohon pertukaran ke negeri Kelantan sedangkan suami boleh sahaja memohon pertukaran kerana dia ialah penjawat awam.
Kami pun, tidak mahu tidak mendengar kata, maka kami membuat keputvsan untuk aku berhenti kerja dan pindah. Aku memikirkan kerja dan gaji yang akan diberikan kerana sudah pasti banyak bezanya nanti. Mereka juga bertanya bila hari lahir aku dan apabila aku memberitahu, ibu mertua dan adik ipar aku dan ketawa mengatakan aku tua 2 bulan daripada suami.
Selain itu, mertua aku juga bertanya mengenai rumah teres yang ibu dan ayah aku tinggal sekarang dan mengatakan rumah itu kecil untuk keluarga kami yang besar. Bukan mertua aku saja tapi makcik – makcik suami juga ada bertanya tentang rumah ibu dan ayah aku itu.
Sebulan selepas aku duduk bersama suami, aku telah disahkan mengandung. Apabila berita ini diberitahu kepada ibu dan ayah mertua, respon mereka ialah aku masih belum dapat kerja kenapa sudah mengandung dan selepas itu terus suami off loud speaker mode.
Pada masa itu, aku sangat sedih kerana merasakan mereka tidak bersyukur yang aku telah berhenti kerja dan duduk dengan suami seperti yang mereka harapkan dan tidak bersyukur yang Allah telah mengurniakan rezeki anak kepada kami.
Selepas tiga bulan berkahwin, suami membawa aku ke bercuti di satu tempat percutian yang tidak jauh dari rumah mertua. Namun mereka tidak bersetuju dan mengatakan bahawa suami hanya membazir membawa aku untuk tidur di sana sedangkan kami boleh balik hari.
Kami diam saja tidak mahu membaIas pendapat mereka. Sebelum berkahwin, aku dan suami telah bersetuju untuk bercuti di luar negara pada hujung tahun itu. Setelah berkahwin, aku mengandung dan tidak mempunyai kerja, suami aku memutvskan untuk membatalkan percutian tersebut kerana adik ipar aku telah memberi pelbagai hujah kenapa ia tidak patut diteruskan.
Dan ibu mertua juga turut sama mengatakan bahawa ia adalah satu pembaziran jika diteruskan (deposit RM4000, dan bakinya RM7000). Kata mereka, baiklah burn saja RM4000 tu dari meneruskan percutian dengan tambahan RM7000.
Lagipun mereka tahu bahawa ia adalah idea aku kerana suami memang tidak pernah bercuti kerana mertua tidak membawa mereka bercuti. Mereka hanya tinggal di rumah atau pulang ke kampung semasa cuti sekolah atau cuti perayaan.
Suami risau jika dia meneruskan percutian itu, ibu, ayah dan adiknya akan mengungkit – ungkit hal tersebut maka aku dalam terp4ksa bersetuju untuk membatalkan percutian tersebut. Aku masih mengalami alahan mengandung yang sangat teruk, namun mertua selalu menelefon suami dan bertanya tentang perkembangan pencarian kerja aku.
Ibu mertua juga menyuruh aku untuk tidak melayan alahan mengandung dan kena cari kerja. Selepas 5 bulan, aku mendapat kerja atas ihsan pakcik aku yang memberitahu kepada rakannya bahawa aku sedang mencari kerja dan dia pada ketika itu juga sedang mencari pengganti kepada pekerjanya yang akan berhenti kerja untuk menyambung pelajaran menjadi seorang guru.
Semasa kami memberitahu jantina anak di dalam kandungan ialah bayi perempuan, adik ipar aku mengatakan bahawa anak perempuan sebagai anak pertama adalah tidak best dan memberikan alasannya tersendiri. Ibu mertua juga menyokongnya dan mengatakan lebih bagus jika anak aku yang pertama ialah seorang lelaki.
Selepas aku melahirkan anak aku, ibu dan ayah aku datang menjaga aku selama seminggu dan pulang semula ke Kelantan dan ibu bapa mertua datang pula selama seminggu. Anak aku suka menangis sampai kami pun tak tahu apa yang hendak dibuat.
Pada masa ini, setiap kali anak aku menangis, ibu mertua terkocoh – kocoh masuk ke bilik kami tanpa mengetuk pintu, tak kira masa. Anak kami baru merengek sedikit, dia sudah muncul dalam bilik. Aku sangat tidak selesa dengan keadaan itu.
Dan dia juga menyuruh aku untuk tidak tidur di dalam bilik kerana suami aku perlu bekerja dan terp4ksa berjaga malam apabila anak kami menangis. Pada malam itu, aku masih tidur di dalam bilik kami dan esoknya ibu dan ayah mertua menyuruh suami aku untuk tidur di bilik lain supaya dia dapat tidur dengan lena.
Nasib baik suami tidak menurut kata mereka. Aku hanya memberi susu badan kepada anak aku dan mertua aku sangat tidak menyokong apa yang kami telah setuju. Aku beritahu suami bahawa aku yang penat menyusukan anak tetapi kenapa mereka pula yang sibuk hendak suruh beli susu formula.
Dan isu ini berlarutan bertahun – tahun dengan anak yang seterusnya. Selepas setahun bekerja, aku memutvskan untuk membeli kereta kerana wang simpanan untuk bayaran deposit sudah mencukupi. Kami memilih untuk membeli kereta import.
Apabila suami memberitahu hal itu, ibu dan ayah mertua terus membuat keputvsan untuk datang ke rumah kami. Mereka tidak bersetuju dengan pilihan kereta kami dan mengatakan bahawa baik beli kereta Alza. Tapi, suami aku memang tak nak Alza bukan sebab kereta itu buatan Malaysia tapi design kereta itu sendiri.
Semasa mereka di rumah kami, kami membawa mereka untuk test drive kereta pilihan kami dan kami telah membayar deposit pada hari yang sama. Sehingga 3 hari selepas itu, mereka masih tidak berpuas hati dengan keputvsan kami dan tak henti – henti bercakap tentangnya.
Aku masih bekerja namun aku sudah tidak berasa gembira. Bos aku (bukan rakan pakcik) mula mencari kesalahan aku dan membuatkan aku bekerja hingga 10 – 11 malam setiap hari dan juga pada hujung minggu. Aku sudah tidak punya masa untuk keluarga aku.
Hendak pulang ke kampung pun susah kerana majikan aku hanya membenarkan aku cuti sehari sahaja. Pada masa ini, memandangkan aku belum mendapat kereta yang sudah ditempah, maka suami lah yang perlu meneman aku bekerja hingga malam memandangkan tempat kerja aku sangat sunyi.
Ia amat sukar kerana anak aku menyusu badan dan tidak minum susu di dalam botol jika aku ada bersamanya. Maka, kerja aku di pejabat jadi sangat lambat kerana aku perlu melayan anak aku. Ada beberapa kali, mertua tahu keadaan ini namun menyuruh aku untuk terus bekerja.
Aku dan suami pula sudah tidak tahan dengan situasi ini dan atas sebab beberapa kejadian lain, kami memutvskan untuk aku berhenti kerja. Kerja yang dibuat dengan gaji aku juga tidak setimpal. Aku menerima kereta aku dalam tempoh aku masih bekerja, baki sebulan sebelum aku berhenti kerja. K
ami mendapat rebate di atas pembelian kereta tersebut. Kebetulan mertua datang ke rumah kami pada minggu tersebut dan suami membawa ayahnya menaiki kereta baru kami. Setelah mereka pulang ke kampung, mereka memberitahu bahawa pakcik suami aku membeli Alza dan mendapat hadiah seperti payung dan beberapa hadiah lain dan mengatakan bahawa kami rugi kerana tidak mendapat apa – apa hadiah. (Mereka lupa agaknya kami dapat rebate yang berkali ganda dari harga payung).
Pada masa ini, suami membuat keputvsan untuk tidak memberitahu ibu dan ayahnya yang aku bakal berhenti kerja tapi akhirnya kami memberitahu mereka selepas aku sudah berhenti kerja. Mereka sangat tidak gembira kerana jika aku tidak bekerja, suami lah yang perlu membayar ansuran kereta atas nama aku.
Sudahlah mereka tidak bersetuju dengan pilihan kereta kami (mereka mengatakan bahawa kami hanya mahu berIagak dengan kereta import) dan mengatakan kepada aku bahawa anak mereka pula perlu membayar ansuran kereta tersebut kerana aku tidak bekerja namun kereta tersebut atas nama aku.
Tidak lama selepas aku berhenti kerja, aku mengandung kali kedua. Apabila berita ini diberitahu kepada mereka, respon mereka ialah anak sulung kami masih kecil (1 tahun 7 bulan) dan aku masih tidak bekerja. Aku juga alami alahan yang teruk kali ini dan mereka tetap menyuruh aku memasak kerana masakan di luar tidak sihat untuk anak kami dan anak lelaki mereka.
Mereka siap menyuruh suami aku jangan asyik membeli makanan dari kedai nanti duit cepat habis kerana makanan di kedai mahal sedikit dari memasak di rumah. Aku bersalin anak kedua dan anak ini juga seorang perempuan.
Mertua aku tidak gembira kerana masih mendapat cucu perempuan (cucu kedua mereka) dan mengatakannya semasa melawat aku di hospitaI selepas baru 7 jam aku bersalin. Aku hairan kerana mereka siap beritahu jika anak kedua kami ialah lelaki, mereka mahu menyuruh kami untuk tidak mengandung lagi kerana sudah cukup mempunyai sepasang anak.
Malamnya, aku pulang ke rumah bersama anak kedua kami. Esoknya, adik ipar aku datang ke rumah kami bersama pakcik suami yang mempunyai kerja di negeri tempat tinggal kami. Semasa mereka sampai, aku sempat bertemu muka dan membawa anak aku keluar dari bilik untuk pakcik suami aku melihat baby yang baru lahir.
Selepas itu, aku pun masuk tidur. Selepas aku bangun, aku lihat kereta pakcik suami sudah tidak ada dan bertanya kepada suami adakah pakciknya sudah ke hotel dan dia menjawab ya. Tidak lama selepas itu, adik ipar aku yang baru bangun tidur pula bertanya kepada aku di mana pakciknya dan aku mengatakan bahawa pakciknya sudah ke hotel.
Dua hari selepas itu, pakcik dan makcik aku pula sampai ke rumah untuk melihat anak aku yang baru lahir. Kebetulan mereka berada di sini atas urusan kerja dan singgah ke rumah aku sebelum pulang ke rumah mereka di Pahang.
Makcik aku mempunyai kelainan di sebeIah kakinya dan setelah mereka pulang, ayah mertua terus bagitahu aku yang sekiranya anak aku ada kecac4tan seperti itu, ia datang daripada keluarga aku dan bukan keluarga mereka. Aku hanya berdiam diri malas mahu memanjangkan isu tersebut.
Selain itu, ibu mertua memberitahu suami bahawa dia terasa dengan aku kerana aku mesra dan melayan pakcik makcik aku semasa mereka meziarahi aku sebaliknya aku tidak bersembang mesra dengan adiknya yang datang ke rumah kami 2 hari sebelum itu.
Suami aku juga telah terpedaya dengan apa yang dicakap oleh ibunya dan bermasam muka dengan aku. Aku mengatakan bahawa aku kan baru hari kedua bersalin, masih penat kerana anak tidak tidur malam itu dan pakciknya itu pendiam dan suami aku juga bukan bersembang mesra dengan pakciknya pun.
Lagipun pakciknya sibuk dengan handphone (kan datang atas urusan kerja), adiknya pun tak tahu yang pakciknya sudah balik, tapi kenapa ibunya menjadikan ia isu dengan aku. Hal memberi susu badan kepada anak kami masih menjadi isu besar kepada mereka.
Memandangkan anak – anak aku kurus, mereka mengatakan bahawa anak – anak aku tidak cukup zat dengan hanya minum susu ibu, tiada susu formula diberikan. Semasa anak kedua berusia 1 tahun, aku telah disahkan mengandung kali ketiga.
Berita ini diberitahu kepada ibu dan ayah mertua semasa kami pulang ke kampung. Ibu mertua terus berubah muka menjadi masam dan mengatakan bahawa kenapa sudah mengandung sedangkan aku masih belum mendapat kerja dan berlalu pergi dari ruang tamu dan masuk ke biliknya.
Semasa aku mengandung anak yang ketiga, anak yang pertama demam dan perlu bermalam di hospitaI. Kebetulan ibu dan ayah mertua telefon dan segera datang ke rumah kami. Aku menemani anak aku di hospital dengan perut yang sarat mengandung 7 bulan.
Semasa kami di hospitaI, suami mencadangkan untuk menyewa sebuah katil untuk memberi keselesaan kepada aku namun mertua mengatakan itu satu pembaziran dan cukup dengan hanya menyewa 1 kerusi malas untuk aku tidur.
Dan mereka terus meminta nurse untuk berikan kerusi malas kepada aku. Suami meminta maaf kepada aku kerana terp4ksa mengikut kata ibu dan ayahnya. Katil pes4kit di sebeIah anak aku kosong tapi aku tidak berani menggunakannya, lagipun aku tidak membayar untuk menggunakannya.
Setelah 2 hari di hospitaI, aku pulang ke rumah dan aku sangat penat kerana hanya tidur di atas kerusi malas. Malam itu, aku sangat mengantuk dan anak kedua pula meragam mahukan perhatian. Ibu dan ayah mertua memarahi aku kerana membiarkan anak menangis dan mengatakan bahawa kami memang tidak pandai menjaga anak sejak dari anak pertama kami dilahirkan.
Aku telah meIawan cakap mereka pada malam itu kerana selama ini kami hanya berdiam diri apabila mereka mengatakan itu ini kepada kami. Suami terk3jut kerana pada malam itu, ayahnya marah – marah selepas aku meIawan.
Suami beritahu dia tidak pernah melihat ayahnya marah sebegitu dan ibu mertua juga berulangkali mengatakan bahawa aku orang yang pertama buat ayah mertua aku marah. Aku meminta maaf kepada mereka kerana telah meIawan mereka.
Aku marah kerana mereka sesuka hati mengatakan kami tidak pandai menjaga anak sedangkan mereka walaupun mempunyai dua orang anak, mereka hanya menjaga anak mereka semasa anak mereka sudah 12 dan 9 tahun.
Itupun selepas penjaga mereka (datuk dan nenek) sudah s4kit. Selepas kejadian itu, aku masih cuba berbaik seperti biasa namun aku sudah mula menjarakkan diri kerana aku tidak mahu dinilai mereka. Aku disahkan mengandung anak keempat setelah anak ketiga aku berumur 3 tahun.
Semasa ini, adik ipar aku telah berkahwin. Di sinilah aku nampak bahawa layanan mereka terhadap aku sesuai dengan tajuk di atas kerana aku bukan anak perempuan mereka. Adik ipar aku mendapat majlis giIang gemilang semasa bertunang kerana mendapat masa yang cukup untuk membuat persediaan tidak macam aku dahulu.
Majlis kahwinnya lagi gemilang kerana mertuanya orang berada. Mertuanya menjawat jawatan penting di organisasi mereka bekerja dan mertua aku sangat menyanjung mereka kerana mereka orang kaya. Adik ipar aku belum bekerja semasa berkahwin selepas tamat belajar PhD.
Dan suaminya sebenarnya berumur 6 tahun lebih muda darinya. Tapi mereka mendiamkan isu ini dan mengatakan bahawa suaminya adalah rakan universiti. Semua menyangkakan bahawa mereka sama – sama baru habis PhD.
Aku hanya tersenyum kerana teringat bahawa dia dan ibu mertua mentertawakan aku yang tua dua bulan daripada suami aku. Selepas berkahwin, mereka pergi ke tempat per4nginan (yang suami aku pernah bawa dahulu yang kami tidur satu malam) dan berada di sana selama lima hari.
Sedikitpun aku tidak dengar mertua tidak setuju kerana menantu lelakinya membawa anak perempuannya bercuti. Takkan nak marah kan sebab yang mendapatnya ialah anak perempuannya, bukan aku kerana aku bukan anak perempuan mereka.
Walaupun adik ipar aku tidak bekerja, dia banyak menghabiskan masa di rumah mertua aku dan hanya sesekali pulang ke rumah suaminya di band4raya Kuala Lumpur. Aku mahu tergelak kerana dulu mertua risau ibu dan ayah aku menghalang aku berpindah untuk tinggal bersama suami, tapi sekarang, anak perempuannya pula yang tak tinggal dengan suaminya.
Anak perempuannya boleh tinggal jauh dari suami tapi aku tidak boleh buat kerana aku bukan anak perempuan mereka. Dan rupa – rupanya adik ipar aku dibenarkan mencari kerja tidak kisah di mana dan dia boleh PJJ dengan suaminya namun aku dahulu tidak dibenarkan oleh mertua untuk terus bekerja dan suami aku pindah ke negeri tempat kerja aku.
Aku tidak boleh buat begitu kerana aku bukan anak perempuan mereka. Adik ipar aku mengandung walaupun masih belum bekerja tapi ibu bapa mertua aku sedikit pun tidak bersungut seperti mereka menerima berita aku mengandung dahulu.
Aku kan bukan anak perempuan mereka maka mereka fikir bahawa aku berhak terima segala kritikan mereka. Semasa adik ipar aku mengandung, dia mendapat tawaran bekerja berdekatan dengan rumah ibu dan ayah mertua aku dan akan masuk kerja selepas cuti bersalin maka dia tinggallah di rumah ibu dan ayahnya (yang mana ibu dan ayah mertua dahulu tidak bagi aku buat kerana aku bukan anak perempuan mereka).
Semasa balik rumah mertua, aku lihat semua urusan berkaitan anak perempuannya memang diserahkan kepada ibu mertua. Ada ketika, dia pulang lewat dari kerja dan ibu mertua memberitahu suami aku bahawa dia banyak kerja. Tapi sebenarnya dia pergi ke shopping mall untuk makan bersama kawannya.
Mertua tak nak beritahu hal sebenar kepada suami aku kerana ibu mertua selalu mengadu bahawa dia penat menjaga cucu tapi dia tak nak anak perempuannyanya tahu hal itu. Adik ipar aku masuk kerja jam 9.30 pagi, perjalanan hanya 10 minit dari rumah tapi tiap pagi, ibu mertua aku yang menyiapkan anaknya.
Tengahari pula, adik ipar aku pulang ke rumah untuk makan atau tidur sebentar. Mana aku tahu? Adik ipar aku yang bagitahu aku sendiri. Dia kata senang sebab ibu yang jaga anak dia. Dia boleh berjalan – jalan selepas kerja. Balik lewat pun tak apa sebab ibu yang akan tidurkan anaknya.
Setahun selepas bekerja, kontraknya tidak disambung. Dia pun mencari kerja lain dan mendapat kerja di Selangor. Akhirnya dia pun tinggal bersama di rumah suaminya. Rumah itu adalah rumah ibu dan ayah suaminya namun mereka tidak tinggal di situ.
Dalam masa yang sama, adik ipar aku telah pergi ke luar negara untuk bercuti dan fully sponsored oleh ibu dan ayah mertuanya. Ibu mertua sangat seronok kerana anaknya tidak perlu keluar duit untuk pergi bercuti. Aku dahulu, tidak boleh bercuti keluar negara kerana menggunakan duit anak lelakinya, aku kan bukan anak perempuan mereka maka aku tidak layak mendapat kemewahan dan keselesaan.
Adik ipar aku bercerita tentang hasratnya ingin membeli kereta kerana kereta yang ibu dan ayah mertua aku beri itu sudah tidak muat. (Kereta sedan import). Aku hairan apa yang tidak muat kerana dia baru mempunyai seorang anak.
Dia memberitahu aku bahawa ibu dan ayahnya meIarang dia untuk membeli kereta buatan tempatan sebaliknya baik beli kereta 7 seater buatan luar negara. Aku beritahu padanya dahulu mereka tidak menyokong tindakan kami membeli kereta import tapi lain pula halnya dengan anak perempuan mereka.
Yelah, anak perempuan mereka berhak diberi keselesaan dan kemewahan tapi tidak aku, kerana aku bukan anak perempuan mereka. Setelah beberapa tahun bekerja di Kuala Lumpur, adik ipar aku mendapat kerja lain dengan bantuan ibu dan ayah mertuanya dan kali ini, suaminya akan berhenti kerja dan mengikutnya ke negeri itu dan cari kerja di sana.
Aku beritahu suami aku bahawa adiknya beruntung kerana mempunyai mertua yang ada contacts dan senang dapat kerja – kerjanya selama ini. Ibu dan ayah mertuanya mahukan dia bekerja dan ada menyumbang tapi aku, mertua mahu aku bekerja tapi mereka tidak menyumbang pun.
Selain itu, aku dahulu, mertua tidak benarkan suami aku mohon pertukaran (permohonan akan berjaya) untuk duduk dengan aku di negeri di mana aku sudah mempunyai kerja pun. Kenapa? Kerana aku bukan anak perempuan mereka maka aku wajar susah, tidak mendapat keselesaan apatah lagi kemewahan. – Bukan Anak Perempuan Mereka (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Miera Wahab : Bila baca cerita – cerita beginilah yang buat sy sebak bila pandang muka anak – anak d4ra saya. Tak terbayang anak yang saya tatang bersungguh – sungguh, di’anak tiri’kan mentua mereka. Walau sorang baru 6 tahun, sorang lagi baru 3 tahun, saya kerap doa supaya diorang dapat mak mentua sama seperti mak mentua saya. Moga confessor tabah melayari bahtera perkahwinan dan moga perkahwinan confessor dan suami kekal sehingga akhir hayat.
Radin Arishah : Memang begitu la layanannya walaupun bukan semua mertua begitu. Yang jadi isunya semua benda nak report kat depa pasaipa? Benda – benda lagu ni kat mak ayah kita sendiri pun kita tak habaq kan? Keluarga kita, keputvsan di tangan kita.
Depa nak atur pun, kita tak payah nak lurus benduI nak ikut. Dengan mak ayah sendiri ke, mertua ke, kena tegas. Kalau dok biaq memang Iunyai la kalau dapat jenis t0ksik gitu. Benda dah lepas tak boleh nak ubah, ke depan jangan dok Iembek sangat.
Bila baca part tt menjawab tu kat mertua, akak rasa Yes, akhirnya. Tetiba jadi penakut balik pulak. So, ingat ke depan jangan dok bagi orang buIi. Ye la, kita bukan anak pompuan depa pun kan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.