Salahkah aku membenci, bila ayah aku pernah mengatakan kami ni anak angkat. Konon dia kahwin lain sebab tak ada anak? Dan sekarang ni, ayah aku mula mencari anak – anak yg ditinggalkan. Selalu telefon kami untuk minta duit. Tiba – tiba ada anak, sedangkan dulu tak mengaku anak.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Di sini, aku namakan diri aku sebagai Lily. Penceritaan aku kali ni adalah mengenai kehidupan aku di mana teman – teman boleh jadikan pengajaran. Aku berumur awal 30-an, telah berkahwin dan telah bekerja di salah satu IPT di Malaysia. Aku mulakan penceritaan aku sejak aku dari kecil.
Penghujung tahun 90-an. Aku masih bersekolah rendah. Keluarga aku macam biasa, normal. Ada ayah aku, ibu aku, aku dan adik aku. Aku lebih manja dengan ayah aku. Masa sekolah, dia mengambil dan menghantar aku ke sekolah. Masa rehat, dia akan datang ke sekolah aku. Belikan aku makanan. Tunggu aku makan sampai selesai. Tapi ayah aku sangat garang. Kalau buat salah sikit, memang r0tan jawabnya. Teruk juga aku kadang kena pukuI, kena r0tan. Ayah aku ada sisi baik, kadangkala jahat juga aku rasa sebab tak boleh salah sikit.
Tapi, masa berubah pada penghujung tahun 90an tu. Ayah aku mula berkawan dengan orang – orang yang tak sepatutnya dia berkawan. Atas urusan kononnya urusan bisnes yang memang tak wujud pun. Kawan – kawan dia boleh dik4takan tak guna. Kebanyakan spesies yang tak bekerja dan makan hasil bini serta curang dengan bini masing – masing. Ibu aku, macam biasa.. Percaya sangat dengan ayah aku, ayah aku keluar malam – malam. Balik rumah sampai tengah malam, ibu aku okay je. Aku pulak memang dah tidur.
Sampai satu masa, memang ayah aku kant0i ada perempuan lain. Masa tu ibu aku macam detektif conan. Malam – malam bawa aku yang masih bersekolah rendah, dengan adik aku yang baru berumur 3 tahun jadi penyiasat. Mengek0ri ayah aku, memang sah dia tengah berdating dengan perempuan lain, depan mata aku. Sedih. Sejak dari itu, hidup aku berubah 360 darjah. Aku ke sekolah naik bas sendiri, tak ditemani ketika makan lagi. Aku okay je, aku boleh move on dengan perubahan ini. Aku seolah faham. Ibu aku dan ayah aku asyik berg4duh.
Ayah aku dan perempuan itu berkahwin di Siam, tanpa menceraikan ibu aku. Tanpa nafkah dan hilang begitu saja. Kes di mahkamah makan masa juga, dan akhirnya ibu dan ayah aku bercerai di mahkamah masa aku sekolah menengah. Perasaan aku?. Aku cukup benci dengan perempuan itu, perempuan per0sak rumahtangga orang. Sebagai seorang perempuan, sanggup dia mengkh1anati perempuan lain dengan membina istana atas airmata orang.
Adik aku?. Masa tu dia baru berumur 3 tahun dan rapat dengan ayah aku. Adik aku demam lepas ayah aku tinggalkan kami. Ibu aku selimutkan adik aku tidur dengan baju ayah aku, baru dia okay. Lagi satu, Perempuan itu, kalau terserempak dengan ibu aku, punya kurang ajar.
Dia akan menunjuk – nunjuk jari telunjuk kat ibu aku, macam ibu aku pulak ambil laki dia. Ini memang berlaku depan aku. Bertambah aku benci perempuan itu. Kalau teman – teman ditempat aku, tidakkah kamu benci perempuan seperti itu? Salahkah aku membenci, bila ayah aku pernah mengatakan kami ni anak angkat, dia kahwin lain sebab tak ada anak?. Tipu!.
Buat aku s4kit hati, ayah aku jual tanah yang kami semua sama – sama pelihara. Tanah tu dibuka menggunakan duit ibu aku. Setiap hujung minggu kami pergi ke kebun bersihkan tanah tu. Termasuk aku. Sesen duit kami adik beradik tak merasa. Duit tanah itu, ayah aku buat kahwin dengan perempuan tu, perempuan tu pun nampaknya pakai emas besar – besar. Almaklumlah, duit tanah masih banyak. Ibu aku turut hampa, dia cakap dia tak nak pun duit tu. Tapi bagi lah sikit untuk anak – anak. Sesen tidak kami terima. Tapi ayah aku cakap kat orang – orang, dia bagi anak – anak sorang 5k. Tipu. Hakik4tnya tiada. Tak pernah ambil kisah, kami sekolah dan keperluan.
Tahun 2005 ke atas. Aku melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Alhamdullilah. Diploma. Kemudian sambung Degree, Master, kemudian PhD. Alhamdulillah semuanya ditaja biasiswa. Dan sekarang aku telah bergraduasi PhD, rezeki aku dapat menghabiskan PhD. Syukur. Setahun selepas aku bergraduasi, PhD. Suami aku pula bergraduasi PhD. Syukur.
Oh ya, masa aku nikah tu, ayah aku jadi wali, itu pun macam – macam adegan terjadi. Aku tak dan nak menulis di sini. Lain kali ya. Aku dan suami bekerja di IPT. Dan sekarang ni, ayah aku mula mencari anak – anak yang ditinggalkan. Selalu telefon kami untuk minta duit. Tiba – tiba ada anak, sedangkan dulu tak mengaku anak. Tapi aku masih waras, aku tolong juga. Tapi hanya untuk duit minum – minum kopi dan makan dia seorang. Bukan untuk keluarga dia dengan perempuan tu.
Hati aku ni tak mulia nak sedekah untuk perempuan yang bina istana atas airmata orang. Yup, ayah aku tetap ayah aku. Tapi perempuan itu dan anak – anaknya aku tak boleh terima. Ada yang cakap, anak – anak dia tak bersalah. Ya, tapi tetap ada dar4h daging perempuan itu dan aku tak semulia itu nak maafkan. Hati aku s4kit. Dan hanya aku yang tahu. Orang lain boleh cakap macamtu, tapi maaflah, aku ni bukan semulia Nabi nak maafkan orang. Terlalu banyak hati ni menanggung kes4kitan, keperitan, kesengsaraan. Zaman kanak – kanak aku tak seindah seperti kamu!
Kalau kamu ada keluarga yang lengkap, family day dan sebagainya, aku ini TIADA!. Jika ayah kamu selalu dengan kamu dari kamu kecil hingga dewasa, itu pun aku TIADA!. Kepada perempuan itu, maaf itu tinggi nilainya, bolehkah kau pulangkan zaman kanak – kanak aku?. Dan aku juga masih terasa hati dengan ayah aku, cuma aku tahu tanggungjawab aku dengan membantu dia setiap bulan. Itu tanggungjawab aku yang mana aku tak mahu ditanya di akhir4t kelak. Tapi perempuan itu, bukan tanggungjawab aku.
Maaf, hati aku memang keras kerana aku telah melalui banyak keduk4an. Pernah satu hari, perempuan itu message aku di facebook, nak minta duit dari aku. Fuh, memang dasar tak tahu malu ya per0sak rumahtangga ni, minta duit dari anak kepada perempuan yang rumahtangganya dia musn4hkan? Are you serious?? Ini memang aku tak boleh nak hadam! Memang aku seen kan je. Aku tak baIas!
Kepada bapa – bapa, mak – mak, yang ada hati nak bercurang tu. Ingatlah anak – anak. Hidup ni karma. Macam ibu aku, walaupun dulu susah, alhamdulillah, anak – anak berjaya, ibu aku pun sekarang hidup tenang, aman, gembira. Syukur. Aku dibesarkan tidak ada kasih sayang ayah, tapi Allah baIas permudahkan urusan dalam pelajaran aku.
Ayah aku? Terlalu banyak berhutang, harta tiada, semua dah dijual. Ayah aku, perempuan itu dan anak – anaknya? Walaupun anak – anak mereka ada keluarga yang sempurna, kasih mak dan ayah itu ada, tapi diuji anak – anak dia tu liar, lari dari sekolah, masalah disipIin dan sebagainya. Karma. Sekali kita menyuIitkan orang, Allah akan bayar cash, walaupun lambat. Aku ni pun tak berapa rapat dengan ayah aku sekarang ni, memandangkan dia meninggaIkan aku bertahun – tahun. Kalau berjumpa, tiap kali bercerita terasa janggaI, tak tau nak cerita apa.
Kepada yang ada hati nak tinggalkan anak, buang tanggungjawab ibu/bapa kepada anak, anda masih ada masa nak membetulkan keadaan. Jangan ikut nafsu. Ikut nafsu, m4ti. Banyak kes yang mak ayah bila tengah bercurang, bukan main eksen. Bila dah tua, mula “touching”, kononnya anak tak ingat mak ayah.
Kena muhasabah diri dulu sebelum touching – touching ya, zaman muda tengah gagah perkasa dulu, macam mana?. Ingatlah, bila adanya akad dan nikah, setialah hingga ke hujung nyawa bersama pasangan anda. Saya bukan penent4ng poIigami sebab saya tak mahu menent4ng hukvm Allah. Boleh saja nak berpoIigami, tapi jadikan anda yang lelaki/suami itu imannya semulia dan sehebat alim ulama, boleh berlaku adil serta aman dan damai rumahtangga.
Tapi kalau iman hanya secebis hati nyamuk, solat pun masih romp0ng, nafkah pun tak cukup, poIigami hanya akan berakhir dengan d0sa sebab tak mampu berlaku adil. Kepada yang ada hati nak berpoIigami, nak tambah kuota, renung – renungkan lah. Sanggup ke nak tanggung d0sa, hanya kerana nak memuaskan hati dan nafsu di dunia yang sementara?
Kepada para suami dan isteri, aku doakan semoga hubungan kalian kekal hingga ke syurga. Sekian, terima kasih. – Lily
Komen Warganet :
Setia Halili : Terima kasih lily atas perkongsiannya.. Sangat memberi impak pada yang lainnya. Sedikit sebanyak saya selaku pembaca terkesan dengan kisah anda. Anda dah laksanakan tanggungjawab anda sebagai anak dengan baik. Teruskan istiqomah untuk di masa akan datang. Ke hadapan Lily, ada betulnya di pengakhiran cerita anda di mana seorang lelaki yang tak mampu berlaku adil hanyalah mendatangkan d0sa, turut ingin saya tambah iaitu kemudar4tan dan tiada pembeIaan terhadap orang yang dian1aya iaitu isteri hatta anak – anak sendiri. Suami/Ayah/ atau yang bernama Lelaki seharusnya memikirkan sedalam – dalamnya sebelum membuat satu keputvsan yang dikhuwatiri akan memberi 1001 penyesalan dalam diri anda. Tahniah kepada ibu anda lily mampu mengasuh dan mendidik kamu adik beradik berjaya seperti sekarang. Tersenyum ibu anda lily, pastikan beliau sentiasa tersenyum ya.
Adilla Fazlin : Kisah keluarga kita hampir sama, cuma bezanya saya tak berpelajaran tinggi tapi Alhamdulillah. Belum puas bahagiakan Ma tapi Allah dah ambik Ma. Separuh nyawa saya pergi. Saya ingat, saya dah cukup sayangkan Ma, tapi Allah lebih sayangkan Ma. Takpe la Ma dah terlalu penat di dunia, berehat la. Moga saya menjadi asbab Ma ke syurga. Setiap saat merindui, AlFatihah Ma
Juliya Julies : Realiti hidup sekarang memang banyak terjadi. Ada ending yang tak baik ada ending yang baik. Ya memang benar karma itu ada. Saya kerja di hospitaI banyak terjumpa kejadian seperti ini. Bila sudah terlantar s4kit di hospitaI atau di rumah. Saud4ra – mara akan mula mencari waris untuk menjaga si pulan. Sedangkan masa sihatnya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa.. Persoalannya bagaimana nak pupuk perasaan sayang terhadap si pulan sedangkan si anak mend3rita dari kecil. Dijaga oleh si ibu yang membesarkan anaknya berseorangan dengan susah payah. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tapi bila sudah besar cari si anak, ada juga anak yang akan bertanggungjawab manjaga si pulan. Tapi perasaan sayang si pulan akan pergi meninggaIkan depa tu tiada. Pada mereka si pulan telah tiada semasa si pulan meninggaIkan mereka semasa kecil dulu.. Kesian, perkara macam ni dah banyak kali saya tengok..
NurAinul Wawa Mardiha : Samalah dengan bapak aku. Dari aku umur 9 tahun tak pernah ambil tahu. Bercerai pun sebab selalu sangat pukuI mak aku. Lepastu har4m tak ada bagi duit nafkah. Sekarang ni bila dah tua macam ni pandai plak nak jumpa anak – anak. Nak bermalam dekat rumah semalam dua katanya. Eh, tak malu ke? Siapa yang nak jaga kau? Siapa yang nak beramah mesra ngan kau? Hampir 20 tahun kau tinggalkan kami adik beradik, langsung hal makan minum sekolah kami kau tak ambik tahu,sekarang macam ni plak perangai kau kan! Wah! Wah! PergiIah dekat adik beradik kau yang menyokong perbuatan kau tu dulu!!
Sharifah Salwa : Bila baca komen – komen semua kebanyakan semua cakap tak ada ayah, tak pernah rasa kasih sayang dari seorang ayah sebab masalah bercerai. Kebanyakan semua ibu yang jaga anak – anak bila penceraian berlaku. Hmm, sedih sangat – sangat, ingat jangan mudah mengh4ncurkan rumah tangga orang, banyak hati yang akan terIuka terutama isteri dan anak – anak. BaIasan tu tetap ada lambat dan cepat je sebab doa orang teran1aya tak ada hijab. Kisah hidup kita hampir sama.
Fz Zhree : Betul, bila anak – anak dah meningkat dewasa, si ayah plak sudah tua. Waktu tu dia mencari plak anak – anak yang suatu masa dulu diabaikan. Yang suatu masa dulu dia hanya fokuskan pada anak – anak isteri baru. Kemudian di usia tua plak dia nak t0uching – t0uching konon anak – anak tak ingat dekat dia. Anak – anak tak mahu tengok dia yang ntah bila akan m4ti. Si ayah mulai mengungkit tentang tanggungjawab anak – anak. Sedangkan si ayah telah mengabaikan semua tanggungjawab pada anak – anak dulu. Si ayah telah meramp4s zaman kanak – kanak si anak. Maka membesarlah si anak – anak dengan usaha sendiri.
Bersusah payah untuk menyambung kehidupan ketika kanak – kanak lain tengah bergembira bermain tanpa perlu risau apa – apa dan semua disediakan si ayah dan ibu. Demi rasa hormat, ana k- anak akan tetap ingat, ya.. dia ayah saya. Tapi untuk menganggap tiada apa yang berlaku mungkin amat payah kerana kami telah terbiasa berpuluh tahun hidup tanpa ayah. Itulah yang perlu kaum bapa renungkan. Ketika kamu mengejar cinta, kamu cicirkan tanggungjawab kamu, amanah Allah. Kifarah Allah tetap ada.
Ummi Dan Sayed : Akak faham dik apa ko rasa. Ko tak nak maafkn pon hak ko orang yang tak kena senanglah cakap. Kira baik jugak dik ko ni bagi duit kat ayah ko. Kalau akak mesti dah jadi adegan anakku sazali. Bapaklah yang bersalah dalam hal ini!