Sejak ibu dan ayah bercerai kami, anak – anak selalu berpindah – randah. Sekejap duduk dengan ibu, sekejap dengan ayah. Tiba – tiba suatu hari ibu halau kami semua adik beradik keluar dari rumah, terp4ksalah kami duduk dengan ayah. Tapi bila lama – lama, aku rasa aku m4kin benci kat ibu aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca.. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku ni.. Aku berkongsi cerita ni agar boleh jadi panduan kepada semua ibu bapa kat luar sana.. Aku harap aku dapat penyelesaian untuk semua ni.
Aku dan adik-adik aku dibesarkan dalam keluarga yang bermasalah. Parents aku cerai masa aku tingkatan 5. Adik bongsu aku umur 3 tahun lagi masa tu. Penyebab utama sebab ayah aku curang, tapi bukan curang sengaja, curang sebab kena guna – guna oleh cleaner tempat ayah aku kerja.
So sekarang ibu tiri aku adalah cleaner tu. Ibu aku pulak kahwin lain. So, memasing ada family baru sendiri. Selama ayah dan ibu aku bercerai, adik – beradik aku hidup pindah randah. Sekejap dengan family ayah aku sekejap dengan ibu aku.
Kalau ayah dah bosan jaga, ibu aku pulak jaga sampai tahun ni. Takda hak penjagaan yang sah.. kesian adik – adik aku. Aku pulak? Bila parents aku bercerai, aku nekad. Aku nak study betul – betul. Dapat kerja supaya boleh jaga adik – adik aku.
Alhamdulillah, lepas habis study hujung tahun lepas, aku dah masuk 2 bulan bekerja sekarang. Sekarang akulah penjaga adik – adik aku. Baru aku tahu betapa beratnya tanggungjawab menjadi ayah dan ibu. Sekarang, tengah timbul konfIik antara adik – beradik aku, keliru nak duduk dengan siapa ayah atau ibu?
Kisahnya macam ni. Awal tahun ni, ibu aku tiba – tiba haIau aku dan adik – adik keluar rumah. Masa tu dalam hati aku memang aku marah ibu aku, aku benci sebab haIau kami tiba – tiba. Lepas tu nak tak nak memang kena duduk dengan ayah la.
Betullah kata orang, duduk dengan ibu tiri tak macam duduk dengan ibu kandung. Aku bukan nak buat perbandingan atau apa. Aku cuma mampu cakap lepas hidup dengan ayah, hidup aku dengan adik – adik mula berubah.
Aku fikirkan ibu tiri dalam drama je yang jahat, rupa – rupanya berlaku kat adik – beradik aku sendiri. Setiap hari ada je kesalahan yang diIemparkan terhadap kitorang adik beradik. Lepastu ayah aku bagi belanja RM2 sehari pun dia marah sebab dia kata adik – adik aku membazir.
Banyak sangat duit belanja tu. Kalau adik aku tidur lepas balik sekolah pun dia marah, dia cakap kitorang malas. Semua benda kena buat sendiri, tak boleh lambat walaupun kau tengah siapkan homework masa tu. Satu je tak payah buat, MASAK! hah, mula – mula aku makan jer semua yang ibu tiri aku masak sebab aku bukan jenis pemilih.
Tapi bila lama – lama, aku rasa aku m4kin benci kat ibu aku. Sampaikan adik aku cakap mereka rindu ibu ajak lawat ibu, aku buat tak tau je. Sebulan kemudian, kemarahan kepada ibu aku dah redha. Ibu aku call nangis – nangis mintak maaf sebab haIau kitorang.
Masa tu dia tak sedar sebab dia pun kena buatan orang. Oops! Kat tempat aku ni kena hati – hati, kalau orang cemburu kat kau ke, ada je tok b0moh yang jadi tempat berteduh untuk buat benda tak elok dengan kau. Lepas ibu aku call, masa tu aku buat tak tau lagi.
Sampailaa satu masa tu, aku terdetik hati nak singgah rumah ibu aku lepas balik kerja. Ibu aku layan aku macam biasa, siap sediakan minum petang lagi. Allahurabbi.. masa tu, memang nak menitis air mata. Air mata KEKESALAN, k3jamnya aku sampai tak nak dengar pun perkataan IBU sebelum ni..
So, bila aku dah okay dengan ibu, aku mula ajak adik – adik aku datang rumah ibu. Aku tak nak jadi anak derh4ka. Sebab aku tahu, sejahat – sejahat ibu, kalau ibu takde mungkin aku dan adik – adik tak berpeluang nak tengok dunia ni.
Bila dah kerap sangat makan makanan ibu, (MAKANAN IBU ALWAYS THE BEST!) mulalah ibu tiri aku dengki. Dia cakap kat ayah yang ibu aku dah buat guna – guna kat kitorang supaya kitorang benci ibu tiri aku. Bila aku dah dapat gaji pertama, ibu tiri aku marah sebab bagi ibu aku duit.
So sekarang ni, adik – beradik aku masih tinggal dengan ayah. Cuma setiap hari akan singgah rumah ibu untuk melepaskan rindu. So, bila selalu datang rumah ibu, aku dan adik – adik tak makan malam dengan ayah. Bila dah lama tak makan masakan ibu tiri aku, aku dapat rasakan yang ibu tiri aku letak sesuatu dalam masakan dia.
Dalam makanan yang dia beri kitorang makan sebab kalau kitorang tak makan makanan dia, dia akan marah. Almost sebulan jugah kitorang tak makan makanan dia. Satu hari tu, dia demam. Bila dia demam, dia tuduh aku pulak guna – gunakan dia.
Mak aiee.. ingat aku ada masa ke nak buat perkara camtu. Aku perasan ayah aku jadi panas baran. Hari – hari dia akan p4ksa kitorang makan makanan ibu tiri aku. Lepas tu mula laa dia ungkit satu persatu a1b ibu aku sepanjang diorang jadi suami isteri.
Sedih aku tengok ayah aku tiba – tiba berubah. Aku tahu ayah aku kaya, tapi tak semestinya sebab dia berduit, dia boleh h1na ibu aku macam tu. Ibu aku tu lah orang kampung yang dia benci tapi yang dia dah kahwin selama 25 tahun.
Sekarang nak ungkit segala – galanya pulak. So, sekarang har i- hari aku akan dengar ayah aku bebeI pasal a1b ibu aku. Hari – hari perkara yang sama. Aku ni jenis kalau orang membebeI, aku mampu diam je. Satu hari, tiba – tiba ayah aku marah giIer, aku tak pernah tengok ayah aku marah camtu sekali.
Ayah cakap, dia tak nak kitorang ni jejak kaki pun dekat rumah ibu. Ayah cakap, tak ingat ke masa ibu pernah haIau kitorang keluar dari rumah tu? Masa ayah aku marah, aku tengok ibu tiri aku dah senyum sinis. Aku mulai faham maksud senyuman tu.
Ayah aku cakap, kalau kitorang jejak kaki ke rumah ibu aku, lebih baik kitorang tinggal dengan ibu. Masalahnya adik – beradik aku sekarang, kitorang tak tahu nak buat keputvsan macam mana. Masing – masing ada kelebihan dan kekurangan.
Kalau duduk dengan ayah, semua keperluan dapat cuma perlu kuatkan iman untuk hadap ibu tiri aku yang ann0ying tu. Kalau duduk dengan ibu, adik – adik kena belajar erti susah. Ibu aku orang kampung biasa je, sara hidup dengan jual ikan kering.
Untuk aku, aku pilih ibu aku. Sebab bagi aku, ibulah segalanya. Ibu aku mungkin orang kampung yang tak berharta, tak pandai macam ibu orang lain, tapi ibu tak pernah berkira dalam apa jua dengan aku. Kepada ayah, andai kata ayah terbaca cerita ni, aku nak nasihatkan ayah agar beri kepercayaan kat anak – anak ayah.
Jangan percayakan ibu tiri sahaja. Mungkin sekarang ayah berharta, semua orang ada di sisi ayah. Mungkin sekarang kami bukan keutamaan ayah. Tapi ayah, andai suatu hari nanti ayah sedar, ingatlah bahawa kami sentiasa ada untuk ayah.
Sebagaimana kami sentiasa ada untuk ibu. Sejahat mana ayah, kami tetap maafkan sebagaimana kami maafkan ibu. Untuk ibu tiri, kamu dah Iukakan kami sangat – sangat. Tolonglah bertaubat. Kami akan maafkan sekiranya kamu menyesal dan berubah.
Aku berharap sangat andai boleh undurkan masa bila keluarga kami tengah bahagia. Tapi itu mungkin hanya akan menjadi impian yang tak mungkin aku kecapi. Untuk ayah dan ibu di luar sana, selagi mana anda mampu memperju4ngkan keutuhan rumah tangga, teruskan berusaha.
Bagi yang telah bercerai, sayangiIah anak – anak anda. Beri kepercayaan kepada mereka. Jangan jadikan mereka m4ngsa keadaan. Jangan biarkan mereka dig4ntung tak bertali. Kerana mereka memerIukan anda untuk memimpin mereka menjadi dewasa. Sekian.. nukilan -kakak-
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.