Arw4h menantuku, Madiha insan terhebat

Saya terp4ksa terima Madiha sebagai menantu walaupun saya rasa mereka tak sekufu. Anak saya belajar sampai luar negara, Madiha pula hanya ada STPM. Madiha juga terp4ksa tinggal sekali dengan kami sekeluarga. Ketika itu barulah saya tahu siapa menantu saya yang sebenar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sudah lama saya mengikuti posting di page ini. Semua kisah – kisahnya menarik, ada juga yang menginsafkan saya. Dahulu jarang saya bermain facebook. Sejak bersara Oktober 2017, hari – hari saya baca status kawan – kawan di sini.

Baru – baru ini, seorang rakan lama saya di maktab dahulu hubungi saya. Dia memberitahu bahawa baru kehilangan menantu perempuan yang meninggaI sewaktu bersalin anak ketiga. Saya tahu mengapa dia hubungi saya, kerana saya sudah mengaIami pengalaman yang sama seperti dirinya.

Pada 2012, saya kehilangan menantu perempuan kesayangan saya. Namanya Madiha. Madiha berkahwin dengan satu – satunya anak lelaki saya, Abdul Basit. Kami sekeluarga panggil dia Basit. Mereka berkenalan atas jasa anak sulung saya.

Madiha bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah kIinik berdekatan dengan tempat kerja anak sulung saya. Disebabkan Madiha selalu menguruskan temujanji untuk anak sulung saya, mereka menjadi rapat. Sehinggalah membawa kepada perkenalan Madiha dan Basit.

Mereka dipertemukan di kIinik tersebut. Masa itu, Basit masih di luar negara, di tahun akhir pengajian sebagai pelajar perubatan. Selepas setahun berkenalan, Basit membawa Madiha berjumpa dengan saya dan suami. Pada mulanya, saya dan suami tidak mengetahui perkenalan itu.

Sehingga beberapa minggu sebelum Basit membawa Madiha pulang berjumpa saya. Saya berasa sangat seronok, sangat teruja untuk berjumpa Madiha, sehingga lah saya mengetahui asal usul keluarganya, saya mula rasa ragu – ragu.

Madiha merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Dia hanya mempunyai kelulusan STPM sahaja, tidak mampu menyambungkan pengajian kerana perlu bekerja untuk sara keluarga. Ayahnya pengawal keseIamatan di sebuah sekolah rendah.

Ibunya ambil upah parut kelapa di kedai santan. Adik – adiknya masa itu masih ada yang sedang menuntut di KPTM dan tingkatan 4. Madiha asal Terengganu. Saya dan suami pula memang anak jati Negeri Sembilan. Madiha merantau ke Selangor untuk menjadi pembantu kIinik di Petaling Jaya.

Dengan kerjanya itulah yang diharapkan dapat membantu keluarga di kampung. Saya gusar untuk merestui hubungan itu, khuatir jika Basit akan dipergunakan oleh Madiha untuk keluarganya. Saya sangat eg0 dan angkuh ketika itu.

Masa itu saya juga merupakan seorang pegawai kanan sekolah menengah dan suami pula seorang pegawai bank. Saya tak mahu menantu yang tiada asas pendidikan dan keluarga yang terumbang ambing. jadi, saya katakan tidak kepada Madiha.

Pun begitu, Basit sama sekali tidak mengalah, dia sentiasa memujuk saya untuk menerima Madiha sebagai isterinya. Melihat akan kesungguhan itu, saya terp4ksa menerima Madiha. Mereka berkahwin setahun selepas itu, pada tahun 2009.

Masa itu, Basit baru beberapa bulan bekerja. Dia masih ulang alik rumah saya dan hospitaI dalam 40 minit. Madiha tinggal dengan saya juga. Sebab dah duduk dengan saya, rumah dengan tempat kerja Madiha jauh, jadinya dia berhenti kerja.

Dari situ, saya mula mengenali hatinya yang luhur dan suci. Waktu itu dirinya baru di usia 25 tahun, Basit pula 26 tahun. Seingat saya, tidak pernah sekali pun, saya bangun pagi, Madiha tiada di dapur. Setiap pagi, saya bangun sahaja tidur, nak bersiap untuk ke sekolah dan uruskan suami nak kerja, saya dah dengar keIentang keIentung di dapur.

Terdetik di hati saya, apa sahaja lah yang dia buat di dapur tu? Bila sudah siap solat, saya akan keluar bilik dan ke dapur. Terk3jut saya, hampir separuh meja penuh dengan makanan untuk sarapan pagi. Nasi goreng, keropok lekor, makanan kuih frozen, kadang – kadang siap saya bungkus buat bekal di sekolah.

Basit juga sama, siap bawa bekal ke hospitaI jika sempat. Setiap kali saya nak pergi kerja dengan suami, Madiha akan tunggu di pintu sampai kami pergi dan tak nampak di biji matanya. Setiap kali saya dan suami sampai di rumah, dia akan tunggu juga di pintu.

Sambut kami dengan senyuman dan sapaan yang menyejukkan hati. Malam – malam pula, selepas maghrib dia akan mengetuk lembut pintu bilik saya, bertanya jika ada apa – apa yang boleh dia bantu. Saya selalu marah dia bila dia tanya macam tu.

Selepas seharian dia menguruskan rumah, lipat baju, jemur baju memasak dan lain – lain, dia patut berehat. Madiha hanya tersengih. Jawab dia, dia tidak ada apa – apa yang boleh di offer kepada saya, hanya itu sahaja yang dia mampu buat dan dia akan berikan yang terbaik.

Menjelang puasa, Madiha akan catat semua menu yang suami saya, saya, Basit dan anak bongsu saya nak makan. Dia lah orang yang paling seronok ketika bulan puasa, sebab semua orang akan memuji masakannya. Termasuk saya, kegemaran saya, tempe sambal dan nasi kerabu tumis. Sungguh enak!

Dialah yang berjalan sebelah saya untuk ke terawih. Jarak surau dengan rumah kami dalam 300m. Kami berjalan bersama – sama. Kalau Basit ada, dia akan berdua jalan iringan dengan Madiha. Dalam ketika itu juga, saya diuji dengan ibu saya s4kit tua.

Adik – beradik yang lain main pass sana sini tidak mahu menjaga ibu, saya ambil keputvsan untuk jaga ibu. Saya berbincang juga dengan suami dan anak – anak, sama ada patut atau tidak saya berhenti kerja untuk menjaga ibu.

Tetapi Madiha menghalang cadangan itu, katanya dia boleh menjaga ibu saya, anggaplah seperti dia menjaga neneknya sendiri. Neneknya meninggaI dunia ketika dia masih di sekolah rendah. Dia tidak berpeluang untuk mejaga neneknya, mungkin itu hikmah untuknya berbakti kepada seorang bergelar nenek kata dia.

Hati saya menjadi sayu dan terharu mendengar kata – kata Madiha. Sejak itu, Madiha menjadi tuIang belakang dan jiwa di rumah kami. Tanpa Madiha rumah itu sunyi sepi. Tiada seri. Hubungannya dengan Basit juga sem4kin indah hari ke hari.

Pant4ng ada masa terluang, Basit akan bawa Madiha bercuti, paling tidak keluar makan dan tengok wayang bersama. Keluarga Madiha juga tidak pernah saya abaikan. Saya dan suami sentiasa hubungi sendiri ibu bapanya dan bertanyakan khabar.

Mereka juga sentiasa mengirim barang seperti budu, keropok keping dan lain – lain ke rumah kami. Madiha menjaga ibu saya dengan sangat baik. Makan minum ibu saya dijaga rapi. Dari beratnya yang 46kg ketika sampai di rumah saya, dalam masa dekat 3 bulan, naik berkilo – kilo kerana selera makannya naik dengan lauk pauk Madiha.

Dia juga sem4kin bersemangat untuk jalani hidup, petang – petang, dia akan minta untuk duduk di laman rumah, tengok kanak – kanak bermain di depan rumah jiran tetangga. Sehinggalah keadaan tidak mengizinkan lagi dia bersama kami, ibu saya meninggaI di hospitaI dengan keadaan menggenggam erat tangan Madiha, selah – olah ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Madiha menjaganya hampir setahun itu.

Madiha juga seorang wanita yang sangat menjaga solatnya, bukan sahaja yang fardhu, yang sunat juga di jaga rapi. Kata Basit, setiap malam, Madiha akan bangun solat tahajud, sesudah itu mengaji dan terus tunggu solat Subuh. Kemudian terus turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi.

Kadang kala, waktu cuti sekolah saya cuba jua untuk sediakan sarapan sebelum Madiha keluar bilik, tapi tak pernah dapat. Mesti Madiha keluar dahulu, sudahnya kami ketawa dan buat bersama. Tidak dinafikan, Madiha memang men4wan hati orang sekeliling saya.

Bila berkunjung ke rumah sanak saud4ra, tidak kira lah masa kenduri atau raya, mereka mesti kata, untungnya kau dapat menantu solehah, cantik, pandai jaga suami, jaga diri. Sampaikan ada antara mereka yang kata kan anak masing – masing, kalau kau nak kahwin, tak dapat jumpa macam Madiha, tak payah kahwin lah.

Kawan – kawan saya juga begitu, ada masa saya bawa Madiha ke event – event saya dan rakan – rakan sekolah macam seminar luar sekolah, hi-tea dan kelas – kelas agama, Madiha pandai bergaul dengan mereka dan kata – kata nya yang jujur dan sopan santun itu buat semua orang terpegun dan merindui dia.

Bila saya tak bawa Madiha bersama, mereka pasti akan tanya. Semuanya berubah selepas beberapa bulan Basit dan Madiha keluar dari rumah saya dan tinggal sendiri di rumah baru mereka. Jarak rumah baru itu kurang 10 km dengan hospitaI, jadi mudah untuk Basit ulang alik ke tempat kerja.

Hujung minggu biasanya saya yang ke rumah mereka sebab Basit selalunya bekerja. Selang beberapa bulan selepas itu, Madiha tak berapa sihat. Basit kata, dia selalu demam panas dan mengadu s4kit badan. Saya dan suami segera minta Madiha diperiksa semuanya. Kami nak tahu apa peny4kit yang dihidapi oleh Madiha kerana keadaanya dilihat sangat serius.

Lepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha sah bar4h payud4ra stage 3. Tuhan sahaja tahu, betapa lemah hati saya terima berita itu. Basit apatah lagi, separuh dirinya hampir giIa. Tidak menyangka akan berita itu.

Bagaimanapun kami sekeluarga menerima juga ketentuan itu dan bawa Madiha berubat di hospitaI swasta. Selang beberapa bulan, Madiha disahkan mengandung pula. Saya menj3rit suka bila dengar berita itu daripada suami sebab Basit telefon ayahnya beritahu perkara itu.

Saya sungguh tervja nak terima cucu pertama sebab masa itu anak sulung saya masih belum berkahwin. Tapi, disebabkan rawatan kim0terapi dan jenis – jenis rawatan lain, Madiha dan Basit perlu berbincang dengan doktor sama ada mahu meneruskan kehamilan ataupun tidak.

Walaupun Basit berkata, kebarangkalian utnuk selamat bersalin tinggi, tapi rawatan dalan kehamilan sangat menyuIitkan, oleh itu mereka berbincang. Selepas berbincang, mereka putvskan untuk suction dan gugurkan bayi dalam kandungan.

Saya dan suami juga besan bersetuju, bagi kami, biarlah Madiha meneruskan rawatan sebaik mungkin. Umur mereka masih muda, masih ada harapan lain untuk punyai keluarga di lain waktu. Masa suction, semua ada di hospitaI, saya dan suami upgrade pakej bilik Madiha kepada kelas pertama kerana medicaI card Madiha hanya menampung bilik kelas kedua.

Semua orang, Basit, saya, suami, ibu ayah Madiha tinggal di bilik itu. Ada bilik tetamu dan ruang tamu, sementara Basit dan Madiha di dalam bilik pes4kit. Ketika suction, Basit terk3jut kerana terdapat dua janin yang dikeluarkan dari perut Madiha.

Kami semua berasa sangat hiba dengan cerita Basit. Malah Basit berasa sangat sedih, dia tidak mampu berkata apa – apa selepas keluar dari bilik rawatan. Tapi Madiha tetap tenang, dirinya sangat kuat. Ketika diusung katilnya oleh jururawat, dia masih bleh memberikan senyuman kepada kami semua.

Beberapa bulan berlalu, keadaan Madiha sem4kin mer0sot, dia kerap rebah dan tidak bermaya. Berulng kali dia dimasukkan ke hospitaI, ada juga 2 kali di ICU. Ada satu hari, 3 hari sebelum Madiha meninggaI dunia, masa itu saya dan suami ada di dalam bilik Madiha.

Saya sibuk menanda kertas peperiksaan ujian awal tahun anak – anak murid, suami saya menyuap bubur kepada Madiha. Mereka berbual panjang, sampai lah Madiha berkata, semalam dia bermimpi sangat indah. Suami saya bertanya apa mimpinya?

Madiha kata, dia jumpa anak – anak kembarnya di dalam mimpi itu. Saya yang terdengar pun berhenti daripada meneruskan kerja, terus berpaling ke arahnya untuk mendengar sambungan cerita itu. Kata Madiha, dalam mimpi itu, dia berjalan seakan – akan atas awan yang penuh dengan pokok yang sangat tinggi dan banyak.

Tiba dia kedengaran suara kanak – kanak memanggil – manggil dia. Tiba – tiba juga waktu itu ada sepasang kanak – kanak lelaki dan perempuan datang menghampirinya untuk ke rumah. Madiha kata, dia bertanya, siapa mereka berdua itu.

Kata budak – budak tu, dia lah anak – anak Madiha yang belum dapat Madiha jumpa sebelum ini. Waktu itu tanpa saya sedar, teresak – esak saya menangis. Madiha masih tenang bercerita. Kata dia, anak – anak itu memimpin erat tangannya sambil menjujukkan sebuah rumah yang besar dan sangat tinggi di hujung taman itu.

Ketika menghampiri rumah tersebut, Madiha berkata terdapat seorang lelaki menghalangnya masuk. Suami saya tanya, siapa lelaki itu. Rahsia, jawab Madiha, Katanya, lelaki itu ada memberitahunya sesuatu tetapi dia tak boleh kongsikan.

Tetapi, yang pasti ujian yang dia aIami di dunia ini sudah pun dia redha dengan sepenuh hati selepas ‘berjumpa’ dengan lelaki itu tadi. Berkali – kali saya dan suami bertanya, siapa dan apa yang lelaki itu katakan kepadanya, namun Madiha enggan menjawab.

Dia membawa rahsia itu sampai lah ke akhir hayatnya. Kami bawa pulang jenaz4h Madiha ke Terengganu atas permintaan keluarganya. Malam pertama tahliI Madiha, saya, suami, besan, adik – beradik Madiha dan Basit berkumpul di ruang tamu keluarga Madiha.

Malam itu, Basit memberitahu, simpanan Madiha sudah pun mencecah RM25k dalam Tabung Haji. Madiha mahu Basit keluarkan duit itu dan berikan kepada kedua – dua orang tuanya. Apa yang mahu dilakukan kepada wang itu, terserah kepada ibu bapanya.

Ibu dan ayah Madiha mahu gunakan wang. itu untuk menunaikan umrah. Lepas berbincang panjang lebar, saya, suami dan Basit akan keluarkan wang kami untuk hantar mereka berdua tunai umrah. Saya dan suami juga akan ikut sama.

Duit yang ditinggalkan Madiha, kami minta mereka untuk ubah suai dan baiki keadaan rumah. Jika tidak cukup, Basit akan cuba tambahkan, mereka bersetuju. Malam itu juga, saya berbual berdua – duaan dengan Basit. Dia kelihatan sangat suguI, saya paham, dia masih belum bleh menerima hakik4t pemergian isterinya yang dia cinta dan sayang.

Selepas hampir 4 tahun bersama, mana mungkin dia tidak sedih. Saya ceritakan semula kisah mimpi Madiha kepada Basit. Basit mengeluh panjang, dia kata dia tahu tentang mimpi itu, bahkan dia berasa sangat cemburu kerana Madiha dapat ‘jumpa’ anak – anaknya.

Saya tanyakan juga, jika Madiha berceritakan tentang lelaki di bawah pokok itu? Basit juga mengetahui hal itu. Katanya, Madiha ceritakan semuanya termasuk apa yang diperkatakan lelaki itu, tetapi Basit kata, dia tidak akan memberitahu sesiapa atas permintaan Madiha.

Kata Basit, sepertimana Madiha bawa rahsia itu hingga akhir hayatnya, dia juga akan bawa rahsia itu hingga ke saat kem4tiannya. Malam itu, saya tidur di bilik Madiha dan Basit, rumah itu hanya ada 3 bilik, satu lagi bilik adik perempuan Madiha.

Basit dan adik ipar lelakinya tidur di luar. Dalam jam 4 pagi, suami saya gerak saya tidur. Dia bersungguh – suruh saya bangun. Saya segera bangun. Kata suami saya, cucu – cucu saya cantik dan handsome. Terkebil – kebil saya dibuatnya, ha macam mana abang tahu?

Kata dia, dia baru sahaja bermimpi Madiha pimpin tangan dua orang budak kecil tapi dalam mimpi itu Madiha tidak sebut dan kata apa – apa pun. Dan mimpi itu juga tidak lama, hanya beberapa ketika sebelum dia terjaga.

Selepas pemergian Madiha, jiwa saya kosong. Tiada lagi kawan baik saya yang boleh saya bergosip, luah perasaan dan memasak bersama. Saya rasa, saya lebih sedih daripada Basit. Lepas pemergian Madiha, badan saya susut hampir 5kg dan saya boleh pakai baju – baju Madiha.

Saya ambil baju – bajunya dan pakai ke sekolah. Walaupun dia tiada depan mata saya lagi, jiwa dan hatinya masih segar dalam ingatan saya dan keluarga. Sehingga kini, setiap kali cuti sekolah saya akan ke Marang, Terengganu untuk jumpa besan saya.

Kalau tidak cuti sekolah, saya dan suami tetap akan berhubung dengan mereka dan bertanya khabar. Mereka juga masih tidak putvs mengirim keropok ikan kepada saya dan suami di sini. Basit juga, masih baik dengan mereka. Dia menyibukkan diri dengan kerja dan sentiasa meminta saya berdoa agar dia dapat dipertemukan semula dengan isteri dan anak – anaknya di sana.

Sebagai seorang ibu, saya tetap akan berdoa dan meminta agar Allah permudahkan urusannya dunia dan akhir4t. Saya tidak mampu mengucapkan rasa syukur yang teramat syukur kepada Allah SWT di atas takdirnya mempertemukan kami sekeluarga dengan Madiha.

Kerana Madiha, saya seorang guru dan wanita yang eg0 berubah menjadi guru dan wanita yang toleransi, pemurah dengan senyumah dan bersabar. Buat semua ibu mertua di luar sana, hargailah menantu perempuan kita. Mereka mungkin tak sempurna di mata kita, tapi kelebihan dia mungkin mulia di sisi Pencipta.

Sambungan.. Assalamualaikum. Saya Cikgu Norlia. Saya menghantar satu perkongsian pada minggu lepas mengenai menantu saya, Madiha. Sebenarnya, saya tidak tahu bahawa perkongsian itu sudah pun dikeluarkan kerana saya tidak bermain Facebook sejak beberapa hari lalu.

Saya menjaga anak sulung saya dalam tempoh akhir – akhir berpant4ng anak kedua. Suami saya yang beritahu, perkongsian itu sudah disiarkan. Dia sudah kongsikan di Facebook kami. Saya dan suami kongsi Facebook, sebab saya malas nak ada akaun sendiri.

Sudahnya, saya tumpang nama saya kat FB suami. Saya nak baca perkongsian saya, tapi suami bersungguh – sungguh halang. Selepas saya baca perkongsian itu di FB suami, saya baca komen – komen dari rakan – rakan. Luluh hati saya, niat saya untuk kongsi tentang kebaikan Madiha.

Sebaliknya, rakan – rakan tuduh saya jadikan Madiha persis orang gaji di rumah. Sebak hati saya bila dituduh begitu. Tapi tak mengapa, saya tidak akan ambil pusing kata – kata orang. Suami dan anak – anak saya kenal saya siapa.

Lebih penting, macam mana pun pandangan manusia terhadap saya, Allah sahaja Maha Mengetahui hati seorang h4mba-Nya. Saya tidak mahu ceritakan tentang saya dan Madiha. Perkongsian ini saya mahu ceritakan tentang apa yang berlaku pada hari kem4tian Madiha.

Ramai kawan – kawan saya dan suami yang berikan komen, mahu tahu apa yang berlaku pada hari itu. Bagaimana dengan Basit pada hari itu dan bagaimana penerimaan Basit. Berat hati saya mahu menjawab permintaan kawan – kawan mereka sungguh – sungguh tanya saya mengenai itu.

Saya akan ceritakan di sini, situasi hari itu. Hari kami kehilangan Madiha. Cerita saya ni hasil perbualan saya dengan Basit selepas perkongsian pertama dikeluarkan. Basit tidak ada Facebook, hanya ada Istagram. saya pun tak arif lah, benda – benda budak zaman sekarang.

Jadinya, dia tak tahu tentang perkongsian pertama saya, sehinggalah saya tunjuk dan ceritakan kepadanya. Sesudah itu, saya ambil keputvsan untuk kongsikan cerita ini pula. 3 hari sebelum pemergian Madiha, tengah hari itu, dia ceritakan kisah mimpinya.

Masa tu dia kelihatan sangat berseri, segar sungguh. Petang tu suami saya balik, bawa pakaian kotor kami untuk cuci. Saya dan anak bongsu saya temankan Madiha di hospitaI. HospitaI tempat Madiha berubat di Kuala Lumpur, rumah saya dan suami di Negeri Sembilan. Basit pula kerja.

Malam tu dalam pukuI 1 pagi, ada 2 orang jururawat masuk ke bilik kami sambil menyor0ng satu alat. saya tak tahu lah mesin apa. Lepas itu, ada seorang doktor masuk beritau kepada saya, Madiha perlu di X-ray. Dia minta saya dan anak bongsu saya duduk jauh dari katil itu kerana tak mahu terkena radi4si.

Saya dan anak bongsu keluar dari bilik Madiha. Masa nak berjalan keluar, nak sarung selipar, Madiha panggil perlahan. “Mak,” tanggannya meIambai lemah kepada saya, tidak mahu saya pergi. Di luar, saya termenung, Saya tengok Madiha berbeza sekali keadaannya dengan waktu siang tadi.

Malam itu dia nampak sangat lemah, bercakap pun tak kuat suaranya. Mungkin dia penat, sebab petang tu dia tidak tidur. Beberapa minit lepas tu, saya nampak doktor keluar dari bilik Madiha, kata dia, mereka susp3k Madiha ada jangkitan kuman.

Tapi masih tak pasti sebab kena mohon nak buat scan esok pagi. Lepas tu kena rujuk pegawai farmasi, mungkin kena tukar ubat lain kalau betul ada jangkitan kuman. Saya terus telefon Basit maklumkan perkara itu. Saya tahu

Basit jadi tak keruan, esoknya selepas tamat shif, dia minta cuti 4 hari untuk jaga Madiha di hospitaI. Dua hari sebelum Madiha pergi, dia jadi sungguh tak bermaya, lembik. Mungkin ubat kim0terapi masih menyer4ng dirinya.

Dia makan sikit sahaja. Petang tu dia minta kepada suami saya, belikan dia pizza. Dia mahu makan pizza. Suami saya pergi cari pizza untuk dia makan. Basit suapkan pizza, semulut sahaja dia makan, lepas tu dia tidur. Maghrib tu, dia jadi tak sedar.

Seorang doktor masuk check, lepas tu doktor panggil lagi seorang doktor check, sudahnya, ada 4 orang doktor keIiling katil tu. Saya, suami dan anak keluar dari bilik Madiha. Hanya Basit kami tinggalkan di dalam. Dekat setengah jam, semua jururawat dan doktor keluar.

Basit keluar tak lama lepas tu, kata Basit, dia sudah menghubungi keluarga Madiha di kampung. Mereka akan usaha untuk pulang segera. Cuma, masalahnya, ayah Madiha mungkin tidak bleh tinggalkan kerjanya, tiada yang ganti.

Suami saya segera kirimkan wang untuk keluarga Madiha bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur. Kami berdoa malam itu, supaya mereka sampai dengan selamat, kerana kereta ayah Madiha sedikit uzur. Kami takut mereka terhenti di tengah perjalanan.

Satu jam sekali, suami saya hubungi ibu Madiha untuk pastikan mereka baik – baik sahaja. Malam tu sampai ke Subuh saya tak boleh tidur. Saya urut mesra tangan dan kaki Madiha. Si Basit pula tidur sekatil dengan Madiha malam tu.

Dia peIuk erat isterinya. Suami saya pula tidak boleh toleh muka Basit dan menantunya. Air matanya mengalir. Selalu saya tanya, kenapa Abang menangis? Dia sedih, dia tidak mahu anak dan menantunya rasa ujian seberat itu.

Tapi apakan daya dia, dia hanya mampu melihat. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih tersiksa tengok anak menantu saya begitu, tapi saya perlu kuat. Bukan sahaja untuk Basit dan Madiha, untuk suami saya juga. Jika saya lemah, saya tidak tahu bagaimana kami akan dapat jalani ujian itu.

PukuI 9 pagi, keluarga Madiha tiba di hospitaI. Madiha masih tidur. Lepas sarapan, kami naik ke bilik, Madiha sudah terjaga. Dia baru sahaja mandi dan makan pagi bersama Basit di bilik. Dia sangat gembira melihat ibu bapanya datang dari kampung.

Dia bersungguh – sungguh kata kepada suami saya, boleh tak kalau kita makan besar hari ni. Suami saya kata, boleh. Madiha nak makan apa? Madiha jawab, nak makan tomyam. Saya pun tanpa melengah, bawa balik besan saya ke Seremban.

Kami nak masak tomyam di rumah, dan bawakan kepada Madiha petang itu. Suami saya setuju. Kami tinggalkan Madiha dengan Basit sahaja di bilik. Lepas Asar, kami bertolak ke hospitaI dan makan bersama. Semua orang dapat makan tomyam masakan ibu Madiha.

Saya sengaja minta dia masak lebih. Kami berikan sikit kepada bilik – bilik lain dan mereka yang tengah bertugas. Madiha gembira sungguh dapat makan bersama, tengok tv bersama dengan semua orang. Tak habis – habis dia asyik ulang,

“Sukonyo hari ni dih, semua ada” kata dia. Sayu hati saya dengar kata – kata Madiha. Malam tu Madiha munt4h. Doktor masuk sekali lagi ke bilik untuk lihat keadaan Madiha. Masa tu sekitar jam 11 malam. Saya dan suami ambil keputvsan untuk bawa balik keluarga Madiha ke rumah kami terlebih dahulu dan datang semula selepas Subuh. Mereka setuju.

Malam tu, saya telefon Basit, tak berangkat. Sampai lah pukuI 4 pagi, Basit telefon semula. Katanya, Madiha baru habis diperiksa dan terp4ksa di hantar ke HKL disebabkan ada alatan yang tidak dapat berfungsi waktu itu. Saya mengucap panjang, takut mendengarnya.

Lepas Subuh, kami terus ke hospitaI. Hari yang ini, hari yang d4hsyat, kami tak pernah sangka, itulah kali terakhir kami melawat Madiha di hospitaI. Masuk sahaja bilik, Madiha nampak sangat tak bermaya. Dia terbaring sambil memegang erat tangan Basit.

Dia memandang sepi ke wajah ibu ayahnya. Lama pandangan itu. Perlahan – lahan saya nampak air mata Madiha turun. Lepas itu dia panggil Basit, dia minta Basit belikan air Coca – Cola untuknya. Madiha sangat gemarkan air coke itu.

Ketika dia masih sihat, ke mana sahaja kami pergi makan, Madiha mesti akan order air coke dan ais. Itu kegemaran dia. Air bergas lain, dia tidak minum, hanya Coca – Cola sahaja. Semua tak bagi dia minum air tu, tapi Basit kata tak mengapa, dah lama Madiha tak minum.

Beri sahaja. Seteguk cukup. Basit pun keluar dari bilik mencari air tu. Beberapa minit selepas Basit keluar, Madiha sem4kin melemah. Dia minta ayahnya dan suami saya berdiri ditepinya. Dia minta dirinya untuk bangun bersandar.

Di salam, dipeIuk c1um ayahnya. Dia memohon maaf kepada ayahnya dan suami saya. Suami saya teresak – esak menangis. Diusap kepala Madiha lembut, saya tak pernah menyangka suami saya begitu sedih daripada saya. Dia tidak henti – henti meminta Madiha untuk kuatkan semangat.

Lepas tu, Madiha gagahkan diri, dia berpaut tangan suami saya dan ayahnya, mahu berdiri. Perlahan – lahan dia pergi kepada saya dan ibunya. Menangis saya melihat sendiri Madiha meIutut dan menc1um kaki ibu kandungnya.

Ibunya menangis sambil memegang Madiha. Madiha kucup kaki ibunya, menc1um ibunya, memeIuk erat ibunya sambil memohon maaf dan ucap terima kasih. Saya memegang lembut Madiha, takut dia terbalik dan rebah.

Sesudah itu, Madiha menc1um kaki saya. Diminta beribu ampun dan maaf kepada saya berulang – ulang kali. Saya menangis sepenuh hati, di tepi saya, suami memegang erat bahu saya. DipeIuk c1um saya sepuasnya. Saya masih ingat kata – kata terakhir Madiha waktu itu,

“Mak, tanpa Mak, tanpa Baba, Basit tidak akan ada di dunia ini, Madiha juga tidak akan di dunia ini. Madiha ada kerana Basit ada. Kami diciptakan Allah untuk bersama. Terima kasih Mak dan Baba. Jaga makan minum Madiha selama ini.”

Selebihnya saya tidak ingat, yang pasti beribu perkataan maaf. Bila suami dan ayah Madiha memapah Madiha semula ke katil, sekali lagi Madiha muntah. Anak bongsu saya segera panggil doktor di luar. Saya pula meraung – raung panggil nama Basit.

Mahu dia segera balik. Takkan lah begitu lama membeli air coke. Suami saya telefon, tiada jawapan. Bilik jadi huru hara sebab doktor dan jururawat berlari masuk dan keluar. Ramai doktor yang masuk dan minta kami tinggalkan bilik.

Madiha tenat, ada dar4h yang keluar dari mulut dan hidungnya. Saya kembali ke katil Madiha, walaupun dipujuk lembut oleh jururawat untuk saya keluar, saya tetap c1um Madiha sepuasnya. Di luar, kami tunggu dengan penuh debaran, ada beberapa doktor lelaki yang tidak pernah saya nampak sebelum itu juga masuk ke bilik Madiha.

Tidak berapa minit kemudian, doktor panggil waris terdekat, katanya, untuk meminta ajar syahadah. Masa itu rebah saya, lemah kaki rasa tidak mampu lagi berdiri. Saya dan suami menangis di luar, manakala ibu dan ayah Madiha masuk ke dalam.

Saya seperti separuh giIa menjerit – jerit nama Basit. Anak – anak saya menelefon juga tidak dijawab. Disebabkan saya menjerit dan memanggil – manggil nama Basit, hampir semua orang di bilik – bilik lain keluar menjengah.

Ada juga jururrawat yang datang dan papah saya perlahan masuk ke bilik Madiha. Saya tengok kulit Madiha yang putih berseri mula bertukar pucat lesi. Di sisinya, ibu dan ayahnya mengajar Madiha mengucap. Saya pula selang berapa minit pitam.

Bangun balik, pitam. Mujur ada jururawat yang papah saya kuat ketika itu. Saya masih ingat namanya, Noor Nasuha. Selepas itu, Madiha perlahan – lahan pejamkan mata. 3 jam selepas Basit keluar membeli air coke, Madiha hembuskan nafasnya yang terakhir.

Kami semua bersedih, semua staff hospitaI tinggalkan kami bersendirian. Anak bongsu saya tak henti – henti panggil nama Madiha. Menyuruh Madiha bangun semula. Saya terduduk di sofa tepi Madiha. Terduduk lesu memikirkan kejadian yang baru berlaku.

Tidak lama lepas itu, Basit masuk ke bilik. Dia berjalan perlahan, seolah – olah mengetahui mood di dalam bilik itu. Sebaik sahaja dia berdiri di depan katil, melihat Madiha tidak lagi bernyawa, Basit rebah. Dia menangis di atas lantai.

Suami saya dan ayah Madiha nampak kumpulkan kekuatan mereka untuk berikan semangat kepada Madiha. Saya yang awalnya rasa begitu marah kepada Basit kerana tak mahu menjawab telefon sewaktu Madiha nazak, berubah jadi malas nak cakap apa – apa. saya letih. letih kerana menangis.

Lepas urusan hospitaI selesai, kami bawa jenaz4h Madiha ke Terennganu. Kami bertolak jam 3 petang. Alhamdulillah, kami sampai jam 8 malam. Sampai sahaja, kami tengok jiran tetangga Madiha dah berkumpul untuk uruskan jenaz4h.

Kami terus mandikan jenaz4h. Atas permintaan Basit, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk untuk mandikan Madiha, kafankan Madiha. Semua tak sampai pun 10 orang. Termasuk saya, anak sulung dan anak bongsu saya.

Basit turut mandikan jenaz4h Madiha. Dia memegang getah paip dan dihulurkan kepada setiap bahagian yang dimandikan. Basit berikan peluang kepada ibu Madiha dan adik – beradik Madiha untuk mandikan Madiha sementara dia hulurkan air yang mengalir.

Saya pula dapat mandikan Madha di bahagian kaki Madiha. Basit pula mandikan di bahagian belakang, muka dan berus gigi Madiha. Sewaktu mandikan Madiha, air mata Basit tak henti mengalir. Ketika kafankan Madiha, hanya orang yang sama sewaktu mandikan jenaz4h dibenarkan masuk oleh Basit.

Saya masih ingat kata – kata Basit sewaktu saya dan ibu Madiha kafankan Madiha. Saya tidak ingat ayatnya sebiji – sebiji, tapi kata-kata itu masih segar dalam ingatan saya. Baju putih awak cantik sangat. Cincin ni, saya tinggalkan di sini, di tepi awak.

Awak bawa lah bersama. Abangkan dah janji nak jaga awak, tapi kenapa awak tinggalkan abang? Macam mana abang nak hidup tanpa awak? Wajah awak, nampak sedih hari ni. Sebab tu ke? Sebab awak nak pergi jauh ya?

Abang minta maaf, sebab terp4ksa ‘hantar’ awak seorang sahaja. Abang minta maaf sebab abang sahaja yang tertinggal di sini. Abang akan sentiasa rindukan sayang. Tolonglah bahagia di sana. Tunggu abang di sana, sehingga satu hari yang lain, kita akan berjumpa.

Itu lah lebih kurang ayat yang Basit sebutkan semasa kami sibuk kafankan Madiha. Cincin kahwin Madiha, Basit balut dalam kain batik yang digunting kecil. Kemudian, dia selitkan di ik4tan kafan Madiha. Sebelum kami bawa keluar Madiha, Basit c1um lama jenaz4h Madiha sebagai tanda penghormatan terakhir kepada isterinya. Suasana sayu di rumah itu.

Selepas solat jenaz4h, ayah Madiha jadi imam. Keadaan bertambah sayu bila ayah Madiha sebak dalam solat. Jemaah juga seakan – akan menghayati situasi itu. Tapi, keadaan sem4kin ke tengah malam, kami segerakan untuk kebvmikan Madiha.

Lebih kurang jam 11.30 malam, Madiha selamat dikebvmikan. Doa dan talkin dibacakan oleh Basit. Selesai sahaja urusan, kami semua pulang. Saya terakhir nampak wajah Basit di tanah perkubvran. Selepas itu saya tidak tahu Basit ke mana.

Puas saya dan suami mencari Basit, tidak berjumpa. Saya tahu, Basit sedang bermain dengan em0si. Dia marah dan tidak puas hati, mengapa isterinya diambil Tuhan. Malam itu, kami tidur tanpa kepulangan Basit ke rumah.

Esoknya, saya bangun lewat. Selepas Subuh, saya sambung tidur. Dan bangun semula pukuI 9 pagi. Saya bagun terus ke dapur, saya nampak Basit duduk termenung depan TV seorang diri. Entah masa bila dia balik, kami tidak tahu.

Saya dan suami tengah menjamah sarapan, suami saya tak habis – habis mencuit saya minta sapa Basit. Saya biarkan sahaja, sebab masih marah Basit tidak datang ke bilik Madiha sewaktu Madiha tenat. Masa itu juga hati saya terusik, saya terfikir, anak saya dalam keadaan yang sedang diuji dengan hebat sekali.

Patutkah saya juga bermain em0si dengannya? Berbaloi kah saya marahkan Basit kerana tidak menjawab telefon ketika itu? Sedangkan dia lagi sedih daripada saya ketika ini? Lepas makan, saya seorang diri menghampiri Basit.

Saya pandang Basit dari belakang. Saya lihat Basit, saya terimbau zaman kanak – kanaknya. Yang manja dan kuat bermain. Seingkali balik ke rumah menangis sebab dibuIi kawan – kawan. Saya menjadi sebak dan sayu, tidak menyangka, anak yang saya besarkan sepenuh hati.

Yang saya didik sehingga berjaya dalam hidup sedang dipilih Allah untuk diuji. Saya duduk di sebelahnya, saya peIuk erat Basit. Saya katakan kepada dia, apa yang Basit nak cakap kepada mak, Basit cakap. Mak akan dengar semuanya.

Basit menangis, sehingga kini saya masih boleh ingat dan rasa hangat air mata Basit terkena bahu saya. Dia betul – betul marah, mempersoal dan pertikai takdir Allah kerana mengambil Madiha sedangkan dia sudah menjaga Madiha sebaik mungkin.

Saya diamkan sahaja, mahu dia meluahkan segalanya. Selepas dia luahkan semuanya, saya minta dia bersabar dan doa banyak – banyak kepada Tuhan. Terus Basit jawab kepada saya, “Mak, Basit tengah marahkan Dia. Takkan Basit nak minta dia yang kuatkan Basit?”

Subhanallah, terk3jut saya masa tu. Saya tahu, waktu itu dia betul – betul tengah berper4ng dengan dirinya. Antara terus mempersoalkan ketentuan Tuhan atau menerima takdir Tuhan. Saya jadi buntu, macam mana mahu pujuk jiwa dan raga anak saya.

Sampailah ilham mencuit hati saya. Saya katakan kepada Basit, bagaimana Madiha mahu menceritakan kehebatan ayah kepada anak – anak kembarmya, jika Basit sebagai ayah masih lagi tidak kuat dengan takdir itu. Mana mungkin anak – anak Basit nak percaya kata  -kata Madiha.

Basit terus diam. Saya terus bangun dan bersiap untuk beli barang nak buat tahliI malam itu. Tak lama lepas tu, saya nampak Basit duduk makan di meja sambil berbual dengan ipar duianya di dapur. Adik – adik Madiha memang rapat dengan Basit kerana Basit pandai mengambil hati mereka.

Malam itu, Basit nampak bersemangat sekali. Tidak seperti semalam dan pagi itu. Malam itu juga dia ketuai musyawarah kami, uruskan harta peninggaIan Madiha. Sepanjang perkahwinan Madiha, duit yang dikumpul selama dia bekerja dan duit nafkah yang diberikan oleh Basit, dia simpan di dalam Tabung Haji.

Semua duit itu diberikan kepada keluarga Madiha seperti yang saya kongsikan dalam perkongsian sebelum ini. Malam itu juga, Basit nampak begitu yakin semasa memberitahu ibu dan ayah Madiha supaya mempercayai dirinya untuk menjaga keluarga itu walaupun Madiha sudah tiada.

Basit juga nampak sangat bersemangat menguruskan pakaian – pakaian Madiha di dalam bilik tidur mereka di rumah itu, saya perhatikan sahaja dari jauh dan senyap – senyap. Walaupun Basit tak berpeluang jadi ayah yang sebenar kepada anak – anak kembarnya, ternyata kata – kata saya pagi itu memberi kesan kepada Basit.

Mungkin jauh di dalam sudut hati anak lelaki saya, dia merindukan anak – anak kembarnya dan berbangga dengan dirinya kerana dapat menjaga Madiha. Dia yakin, pastinya Madiha menceritakan kisah itu kepada anak – anak mereka.

Sudah 8 tahun pemergian Madiha, saya tak pernah sekali pun ungkit sekali pun tentang kejadian Basit tidak angkat telefon semasa membeli air coke untuk Madiha. Saya tidak mahu mengguris hatinya. Tapi baru – baru ini, selepas suruh Basit baca perkongsian yang pertama, saya terus tanya Basit.

Ke mana sahaja sebenarnya dia pada waktu itu. Kata Basit, sewaktu saya tidur di rumah dengan keluarga besan, beberapa hari sebelum Madiha meninggaI, Basit dan Madiha sudah membuat perjanjian. Basit tidak mahu Madiha m4ti di depan matanya, Madiha pula tidak mahu Basit melihatnya m4ti.

Jadi hari itu, Basit dapat merasakan, waktu pemergian Madiha sudah m4kin dekat. Dan dia yakin, Madiha memintanya membeli Coca – Cola kerana dia sudah dapat merasakan dia akan pergi dalam masa yang terdekat.

Kata Basit, kalau betul – betul Madha mahu makan atau minum sesuatu, dia pasti akan meminta suami saya yang belikan. Tapi hari itu, Madiha suruh dirinya. Pasti ada sebab tertentu. Kata Basit, setengah jam selepas itu, dia naik dan nampak jururawat bergegas masuk ke bilik Madiha.

Masa itu kami semua belum keluar dari bilik, Basit turun semula ke bawah. Tunggu di bawah, dia kata dirinya tidak keruan. Sudahnya dia segera ke surau di tingkat atas sekali dan berdoa. Semoga Madiha dipermudahkan urusannya.

Ya Allah, baru saya sedar, selama ini saya bersangka buruk dengan anak saya sendiri. Sedangkan waktu saya menjerit – jerit seperi orang hilang akal memanggil namanya, Basit sedang sibuk solat hajat memohon dipermudahkan urusan isterinya.

Saya betul – betul rasa kecewa dengan diri sendiri, betapa hati saya atergamak prasangka buruk terhadap anak sendiri. Kata Basit, dia turun semula ke bilik Madiha dan lihat bilik Madiha seolah – olah sudah kosong daripada doktor dan jururawat.

Masa itu dia yakin, semuanya sudah ‘selesai’. Masa itulah, dia kumpul kekuatan untuk masuk dan lihat sendiri. Saya juga tanyakan sekali lagi tentang mimpi Madiha berjumpa dengan lelaki misteri di bawah pokok yang menghalang Madiha masuk ke sebuah rumah, Basit masih pertahan jawapan yang sama.

Dia tidak akan beritahu sesiapa atas permintaan Madiha. Beberapa minggu selepas pemergian Madiha, Basit keluar dari rumahnya dan kembali tingal bersama saya. Katanya, dia tidak mampu melupakan kenangannya bersama Madiha di rumah itu.

Rumah tersebut kini disewa oleh sekumpulan jururawat di hospitaI tempat Basit bertugas. Di rumah saya pula, Basit tukar biliknya dengan bilik adiknya. Dia tidak mahu menanggung kenangan yang terIampau banyak jika terus duduk di bilik itu di tingkat atas rumah kami.

Sudah 8 tahun juga, Basit tidak naik ke atas. Hanya beberapa kali sahaja dia naik pun, sama ada mahu ke bilik saya atau ambil bantal, cadar atau sarung bantal yang baru dicuci. Jika tidak, dia sama sekali tidak akan naik ke atas.

Terutama sekali ruang menonton tv di atas, sudah 8 tahu saya perhatikan, dia tidak naik dan duduk di situ. Ketika Madiha masih hidup, ruang itulah yang dia dan Madiha selalu luangkan masa bersama. Tengok drama korea dan movie bersama.

Sekarang, tingkat atas sunyi sepi. Saya dan suami pun naik ke atas masa nak tidur sahaja. Rumah pun sangat berbeza lepas pemergian Madiha. Tiada lagi yang menghantar kami di pintu untuk pergi kerja, balik kerja. Tiada lagi yang k3tuk lesung nak goreng nasi pagi – pagi.

Tiada lagi yang nak ambil menu kami untuk masakan esok hari. Kini, cuma ada, dua orang pesara yang banyak habiskan masa membaca buku dan tengok tv. Al-fatihah… – Cikgu Norlia

Komen Warganet :

Fadzilah Musa : Saya percaya.. menantu yang baik kerana mertua yang baik juga. Saya percaya puan dan suami dan anak puan Basit pasti telah memberikan sesuatu yang baik kepada menantu, sebab itu menantu mampu baIas dengan kebaikan sebegitu.

Saya menangis baca confession puan dari yg pertama. Daripada tulisan puan, dapat rasakan kejujuran, kasih sayang puan pada menantu. Siapa plak yang bagi komen negatif tuu? Hati busuk agaknya. Abaikan.

Nor Azian Abu Mansor : Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah ini dengan kami. Mengingatkan kami yang selalu lupa, kebaikan tetap dalam kebaikan… Tak mungkin bercampur.. Kerana kami juga berbuat baik.. Tapi bila tak puas hati mula cari jalan nak kenakan semula pihak sebeIah sana. Sucinya sekeping hati.

Rahayu Mohd Zelan : Terima kasih Cikgu Norlia dengan perkongsian ini. Boleh jadi panduan saya yang bakal menerima menantu tak berapa lama lagi. Walaupun mungkin bakal menantu bukan sebaik Madiha, tapi doakan saya ya supaya sebaik puan.

Fadilah Ismail : Bertuahnya keluarga ini.. Semoga syurga tempatmu Madiha. Ada jugak seorang anak gadis di kampungku, sangat mirip dengan sikap madiha, tak pernah bermasam muka, tak pernah berkata buruk tentang orang lain, sangat – sangat baik, lemah lembut, di sayangi kanak – kanak. Walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, tapi sangat – sangat tinggi akhlaknya.

Mina Ali : Assalammualaikum Cikgu Norlia, Madiha merupakan isteri yang baik dan menantu yang sangat Juruh. Cikgu, tentunya kita bukan sesiapa untuk menidakkan takdir Allah maka dengan itu saya mendoakan agar Cikgu Norlia dan keluarga diberikan kesabaran atas ujian yang men1mpa.

Allahumma Ajurni Fi Musibati, Wakhlufli Khoiro Minha Ya Allah. Wahai Allah, kau berikanlah pahala bagi musibah yang aku lalui sekarang dan gantikanlah kehilangan ku ini dengan ganti yang lebih baik.

InsyaAllah pasti Allah ganti dengan seseorang seperti Madiha atau yang lebih baik. Al-Fatihah untuk Madiha, semoga Allah lapangkan kubvrnya, gantikan syurga sebagai tempat tinggalnya dan dipermudahkan segala urusannya di sana. Moga Madiha, Basit dan anak – anak mereka di satukan di sana kelak. Allahumma Aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.