Masa mula – mula Isa kata isterinya tak kisah kalau poIigami tapi lepas kahwin suami tak berani balik ke rumah saya, dia bukan sahaja takut dan sentiasa menyorok – nyorok kalau nak jumpa saya. Nak bagi nafkah pun dikawal oleh isteri..
#Foto sekadar hiasan. Nama saya Norsara. Saya sedar apa yang saya lahirkan di ruangan ini mungkin, ramai yang tak selesa, tetapi apa boleh bual, kita mempunyai pengalaman hidup sendiri, memang kita cuba mendapatkan yang terbaik, tetapi Allah juga perancang dan penyusun kehidupan kita yang terbaik.
Memang semua wanita inginkan kehidupannya yang terbaik bermula di dunia dan berakhir ke akhir4t, tetapi bukan kita penentunya. Saya berkenalan dengan Reman secara tak langsung, dari perwatakanya jelas dia masih bujang, sebab dia macam orang tak ada rumah, ke mana saja dia ada, tak kira malam siang.
Jika kawannya mengajak keluar makan dia ok, balik pagi pun ok. Kalau orang dah kahwin tentu ada batasnya, tetapi dia menolak dengan pelbagai alasan, tapi dia tidak. Kerana memikirkan dia bujang, saya mula tersangkut dengannya, dan cinta kami berbaIas.
Tak sampai 3 bulan berkawan rapat dia ajak saya kahwin, tentulah saya terima, suruh jumpa ibu ayah, dia setuju. Jadi keluarga tunggu rombongan meminang. Tetapi tunggu punya tunggu, 2 bulan berlalu semuanya senyap.
Masuk 3 bulan keluarga mula tanya saya. Pastilah saya desak Rehman, bila lagi nak meminang sebab dah cakap pada keluarga. Tetapi jawapan Rehman lain pulak, dia ajak saya nikah di sempadan.
Saya tolak, apa pulak kata keluarga nanti. Katanya nikah je di sempadan, sebab tak mahu banyak soal jawab dengan khadi. Dan dia dengan berani jumpa keluarga ajak kami pergi nikah di sempadan, sebab kat sempadan memang dekat dengan rumah kami.
Entah apa kelentongnya, keluarga setuju, dengan syarat majlis perkahwinan akan dibuat di rumah kemudian. Walaupun nikah di sempadan, tetapi ayah tetap jadi wali saya, sebab itu saya percaya. Kami tak kahwin lari.
Tetapi lepas 3 bulan nikah majlis kenduri dan bersanding tetap tak buat. Dia ajak saya pindah sewa rumah. Dengan itu jelas kami sah berkahwin dan tak ada majlis. Emak ayah memang bertanya, tetapi diam aja bila saya pindah.
Emak tak banyak kerenah, sebab emak hidup bermadu, ayah pulak sibuk menguruskan dua keluarga jadi bila saya dah nikah, mereka terima seadanya. Lepas berkahwin dan tinggal sebumbung baru saya faham per4ngai Rehman sebenarnya.
Dia memang tak ambil peduli hal keluarga, pandai – pandai sayalah nak hidup, mengandung dan melahirkan anak. Dia memang tak beri duit, dan baru saya tahu saya adalah isteri keduanya.
Isteri pertama dah ada 4 orang anak, pun dia buat tak peduli pandai – pandailah nak hidup. Masalah inilah yang terjadi pada saya. Dari mengandung hingga melahirkan anak dia tak peduli, balik untuk memuaskan nafsunya sahaja, kalau kita banyak soal, pasti beberapa hari dia tak balik rumah.
Saya rasa saya cukup sabar, agaknya madu saya lebih sabar lagi. Keluarga saya tak banyak kisah pasal hidup bermadu sebab emak saya pun bermadu, tapi emak beruntung ayah saya amat bertanggungjawab kepada keluarga, kami mendapat makan pakai secukupnya, ayah balik bila – bila dia suka terutama jika ada masalah, isteri pertama atau kedua tak banyak soal, sebab mereka tahu ayah kami adil.
Tapi berlainan sungguh dengan Rehmam, nak berpoIigami, tetapi isteri kena tanggung bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga beri makan pakai anak – anak. Setelah mendapat 3 orang anak saya rasa saya tak sanggup lagi bermadu, saya minta cerai.
Pastilah Rehman tak mahu cerai. Tetapi apa hak dia menghaIang kerana kami pun dia tak bagi makan. Kerana tak sanggup diganggu, saya berhijrah dari KB ke KL. Abang tolong carikan rumah untuk saya anak beranak.
MaIangnya kakak ipar membantah, dan menyusahkan hidup dia,. Sedangkan bukan saya tumpang rumah dia, saya menyewa rumah dan saya bekerja mencari rezeki.
Beruntung saya dapat kerja di tempat yang cukup bagus, saya bukan sahaja boleh menambah pengalaman, tetapi menjadi lebih kreatif dalam pekerjaan. Pasti saya mendapat pujian kerana pekerjaan yang memuaskan hati bos.
Lama saya bekerja tapi saya tak abaikan anak – anak. Sebelum keluar bekerja saya masak dulu, supaya anak – anak dapat makanan pagi dan bila pulang sekolah nanti, makanan sudah tersedia.
Yang sulung boleh diharap jaga adik yang masih kecil untuk ke sekolah dan ke tadika. Dan ambil mereka bila balik sekolah. Syukur anak – anak saya faham kesusahan ibunya bekerja untuk membesarkan mereka.
Hampir 8 tahun bekerja, tetapi akhirnya saya terp4ksa ambil keputvsan balik ke KB sebab saya tak tahan diganggu oleh majikan yang sering menawarkan dirinya menjadi suami saya, puas saya tolak, akhirnya saya terp4ksa buat keputvsan berhenti, sebab tak mahu terg0da dengan suami orang.
Cukuplah sekali terkena. Balik ke KB memang menggembirakan, saya terus bekerja dengan pengalaman yang ada sambil berniaga. Perniagaan memang menyoronokkan tambahan saya dapat berkumpul semula dengan kawan lama.
Setelah 3 tahun entah macam mana saya berkenalan pula dengan Isa, seorang peniaga yang merupakan suami orang. Memang awalnya saya tak terfikir nak berkahwin dengannya, tetapi terjadi juga.
Oleh kerana bekas suami tak mahu ceraikan saya, saya fikir tentulah tak boleh kahwin, sebab nikah sempadan susah dapat surat cerai, tetapi Isa dengan kebolehannya dia dapat uruskan perceraian saya, dan dia sendiri uruskan pernikahan kami, walaupun saya pada awalnya tak setuju.
Oleh kerana dia berniaga di KL dan sering juga balik ke KB maka tak jadi hal kalau saya tinggal di KB. Tetapi saya ada rumah murah di KL yang saya beli semasa bekerja di KL dulu. Fikir saya bila duduk di KL tentulah memudahkan perhubungan kami dan dia tak perlu balik ke KB selalu.
MaIangnya Isa tak berapa setuju saya balik KL, kerana itu dia sering tidak dapat menghubungi saya dan amat jarang balik ke rumah. Kalau dulu ceritanya isterinya tak peduli kalau dia berpoIigami, tetapi itu cuma cakap orang nak memik4t, yang saya tak berapa paham, rupanya kalau kita jujur senang dib0dohkan oleh kerana kejujuran kita.
Sama seperti suami pertama dulu, Isa malah lebih teruk tak berani balik ke rumah saya, dia bukan sahaja takut dan sentiasa menyorok – nyorok kalau nak jumpa saya. Kerana sikap Isa begini, sekali lagi saya minta diceraikan, tak ada gunanya kalau berkahwin pun sentiasa takut.
Setelah bercerai saya merasakan apakah begini nasib saya akhirnya, ada suami macam tiada. Dia bukan sahaja takut nak balik rumah, nak bagi nafkah pun tak berani, semua di kawal oleh isteri, katanya.
Kadang kala saya terfikir, ayah saya dulu pun berpoIigami, bukan dua malah tiga orang, tetapi ayah tak pernah bersembunyi, dia berterang – terang kepada semua isteri – isterinya, kerana itu saya bukan sahaja kenal emak – emak tiri sahaja, malah hubungan kami memang baik, begitu juga dengan anak – anak emak emak tiri saya.
Tiada dend4m antara isteri – isteri ayah, malah mereka tahu dan merelakan ayah kahwin lagi. Bukan itu sahaja malah anak – anak tiri emak saya boleh datang makan minum di rumah kami, begitu juga kami adik beradik boleh bermain serta makan tidur di rumah emak tiri, tiada halangan, malah kami rasa amat selesa sekali, hingga kini hubungan kami amat baik.
Makna kata lelaki zaman dulu lebih pandai dan amat bijak berpoIigami dan tahu berlaku adil dengan isteri isteri serta anak – anaknya, berbanding lelaki zaman sekarang bukan sahaja tidak tahu berpoIigami, malah amat takut untuk berlaku adil.
Di sini letaknya kelemahan seorang lelaki yang berpoIigami zaman ini, dia mahu kahwin ramai tetapi tidak berani dan tidak berlaku adil. Tapi saya puji ayah saya dia berpoIigami tetapi dia amat adil dan amat bertanggungjawab, walaupun beliau bukan berpelajaran tinggi tetapi amat bertanggungjawab serta tahu tugasnya sebagai suami dan seorang ayah.
Berbalik kepada kehidupan saya walaupun tidak suka dan tidak pernah bermimpi berpoIigami, tetapi inilah yang saya lalui. Saya merancang yang terbaik untuk diri sendiri, tetapi Allah mengaturkan yang lain sebagai ujian kepada saya, tetapi saya redha dengan kehendaknya.
Kini saya juga redha dengan susunan Allah yang menemukan saya dengan seorang lagi suami orang untuk menjadi suami saya untuk kali ketiga, dan untuk ketiga kalinya saya juga bernikah di seberang. Sebab bila kes pertama dan kedua nikah di seberang dan tidak didaftarkan di negara ini, maka untuk bercerai bukanlah mudah, kita terp4ksa pergi ke sempadan juga untuk dapatkan surat cerai.
Dan sudah pastilah suami kali ini juga suami orang, beliau mengajak saya bernikah di sempadan juga. Alasannya dia tak mahu rosakkan hati isterinya dan juga anak – anaknya. Katanya terus terang, anak – anaknya tidak boleh terima jika dia berpoIigami.
Jadi untuk menjaga hati isteri dan anak – anaknya, dia mengajak saya nikah di sempadan. Dan saya memerimanya, hingga kini sudah 2 tahun saya menjadi isterinya, tetapi kali ini Allah beri saya seorang suami yang bertanggungjawab, beri saya makan minum serta menyediakan keperluan saya secukupnya, tidak seperti suami yang terdahulu, nama sahaja bersuami, tetapi saya kena tanggung diri sendiri dan besarkan anak – anak sendirian.
Kalau boleh mereka mahu saya menanggung makan pakainya, sebab dia tak mampu menyara kehidupan keluarganya, bukan kerana tak ada duit, tetapi duitnya dihabiskan dengan kawan – kawan dan untuk keperluan dirinya sendiri.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini, adalah perbezaan lelaki zaman dahulu berpoIigami dengan lelaki zaman sekarang, lelaki sekarang dia mahu ramai isteri. Tapi mahu semua isterinya tanggung makan minum dan keperluannya.
Memang dunia sudah terbalik. Saya rasa zaman sekarang sem4kin ramai lelaki berilmu agama, tetapi sem4kin dia lupa tanggungjawab kepada keluarganya. Agama padanya cuma buat pamiran sahaja sahaja, sedangkan di dalam d4danya kosong.
Komen Warganet :
Qarya Cattleya : Pengalaman pahit tapi tetap kena jalani. Allahuakhbar. Allah menduga insan dalam berbagai cara. Yang pasti Allah myayangi kita semua untuk menggapai syurga, tempat asal kita. Allahuakbar….
Farhan Anum : Kalau kali pertama tu mungkin lah teralah langkah, ini sampai 3 kali kahwin dengan suami orang dah kenapa? Dah tak ada pilihan lain ke? Nasiblah dapat suami ketiga yang bertanggungjawab. Harap jangan diajar pada anak – anak untuk kahwin atau cari laki orang. Bila awak kahwin dengan suami orang, percayalah ada hati yang mer4na. Mungkin awak tengok mak awak kuat tapi sebenarnya dia kuat sebab anak – anak je. Entah – entah setiap malam menangis mengenang nasib.