Anak2 terp4ksa mengemis minta duit dekat bekas suami, saya naik pejabat tapi dihalau pak guard

Saya ingat janji suami dan madu saya, mereka sanggup bantu dan berk0rban untuk besarkan anak2 saya. Malah suami kata, madu saya bergaji besar tapi tak sampai setahun, apa yang anak2 dapat? Mereka semua terp4ksa berhenti sekolah walaupun dah berkali – kali saya minta tangguh bayaran sekolah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca semua. Saya ada nak luahkan tentang kisah rumahtangga saya dan suami. Cuba pembaca fikirkan sudahlah kita diceraikan setelah suami berkahwin lagi, kami anak beranak tidak mendapat nafkah secukupnya.

Masa nak kahwin dulu berjanji nak bagi nafkah tetapi dah kahwin saya diberikannya taIak dan ditinggalkan dengan empat orang anak yang masih kecil dan sedang bersekolah! Dulu hidup kami anak beranak tersiksa setelah saya tidak bekerja.

Dulu saya kerja kerani di sebuah syarik4t tetapi disuruh berhenti kerana anak dah ramai. Kata suami saya ketika itu daripada berikan orang duit setiap bulan, lebih baik jaga anak sendiri. Dengan jujur dan penuh percayakan kata – katanya saya pun berhenti kerja.

Bila dah tak bekerja, tentulah sumber kewangan sem4kin sempit, simpanan yang ada sem4kin nipis, barang kemas banyak dah luncun di pajak akhirnya suami pulak buat hal bercinta dengan perempuan lain, saya sungguh tak sangka ini akhirnya hidup saya.

Sudah empat tahun saya diceraikan, bab turun naik mahkamah melalui Biro guaman dah berapa banyak kali tak boleh cakaplah. Tapi memanjangkan bekas suami saya Hazri tak pernah datang. Kes bertangguh, saya dah naik meluat nak ke mahkamah.

Kini kes tak tahu jadi apa. Saya tinggalkan begitu je sebab dah penat dan dah bosan. Peliknya bila bekas suami tak datang, hakim tak marah pulak dan boleh tangguhkan kes, habis kita yang berkali – kali datang mahkamah macam mana?

Kita orang perempuan ni bukan orang ke? Seolah – olah, mahkamah syariah ini lebih pentingkan kaum lelaki daripada wanita. Kalau lelaki tak datang ok. Mahkamah tangguh tapi kalau wanita tak datang kes akan dijalankan sebab lelaki suruh teruskan dan nak senang dia lepaskan tanggunjawab dia dan tak mahu bagi nafkah.

Begitulah nasib ibu ibu tunggal bila naik mahkamah, mereka ada tetapi seolah oleh si ibu tunggal tu tak wujud. Bila anak – anak jumpa dia minta duit dapatlah lima puluh ringgit. Mana nak cukup. Kerana kesiankan anak – anak dapat makan sehari sekali, maka saya terp4ksa bekerja di supermarket.

Bila Hazri tahu saya dah bekerja dia langsung tak ambil tahu pasal anak – anak, sebab dia tahu saya tak akan buat tuntutan lagi sebab susah dapat cuti. Berdendang sayanglah dia melepaskan tanggungjawabnya kepada saya.

Dengan langsung tidak ada perasaan bersalah apa lagi berd0sa kerana tak sara hidup anak – anak. Apa yang mengecewakan saya orang lelaki terlalu menyokong kaumnya kalau berpoIigami tetapi pernahkah mereka menasihatkan kaumnya itu supaya tidak lupakan tanggungjawabnya memberi makan anak – anak.

Menceraikan isteri bukan bererti bercerai terus dengan anak – anak, sebaliknya mereka adalah d4rah dagingnya yang mesti diuruskan dengan baik, supaya dapat bersekolah dan menjadi manusia berguna. Saya masih ingat bagaimana saya dipujuk supaya dia boleh berpoIigami.

Si perempuan itu pun sama, konon sanggup berk0rban untuk membantu Hazri kalau dia susah. Konon Hazri selalu meminjam duitnya untuk membesarkan anak – anak. Tetapi apa yang jadi setelah setahun berkahwin, Hazri dihasut supaya menceraikan saya, bukan setakat anak – anak ditinggalkan, malah tidak diberi nafkah langsung.

Bila anak – anak cuba menghubungi ayahnya, isterinya yang menjawab dengan marah – marah tidak benarkan menghubungi ayahnya lagi. Apa dah jadi? Kerana keadaan terlalu terdesak, anak – anak tak bersekolah kerana tak bayar tambang bas sekolah dan tak ada duit saku untuk belajar ke sekolah, saya panjat pejabat Hazri hendak merayu meminta duit nafkah seperti yang dijanjikan dulu.

Tetapi pengawal tak beri saya naik kata mereka hal rumah tangga selesaikan kat rumah. Nak selesai macam mana kami tak duduk satu rumah lagi! Saya telefon kawan – kawannya yang saya kenal merayu supaya nasihatkan Hazri tapi mereka tak berani sebab pernah ditengking kerana dituduh campur urusan peribadinya.

Berbulan juga lamanya saya hidup susah, duit simpanan habis, barang kemas pun habis tergadai. Nasib baik juga ada jiran yang meminta saya membantunya ambil upah jahit sembat baju, dapatlah sikit duit, itulah saya buat belanja beli beras.

Untung juga tuan rumah tak halau keluar sebab saya banyak berhutang sewa tetapi disuruh pindah ke rumah satu bilik belakang rumahnya. Bila hidup sem4kin terdesak dan tak ada jalan lain, akhirnya saya minta bantuan emak dan adik beradik.

Namun bukan semua adik beradik faham masalah kita, yang dah berkahwin bersimpati tapi dia pun susah, yang belum kahwin adalah seorang yang sedia membantu, yang dua lagi, pandang pun tak mahu. Alasan mereka, hidup mereka pun susah.

Adik perempuan saya inilah, Atika namanya carikan saya cari kerja. Itu pun dah hampir setahun saya diceraikan. Waktu tu dah berkali – kali saya ke sekolah memberi pelbagai alasan agar anak saya tidak dibuang sekolah. Bila dah kerja dapatlah anak – anak bersekolah semula dengan lebih teratur. Naik bas sekolah dan ada duit saku.

Atika juga mencadangkan saya memohon rumah band4raya katanya, sewanya murah dan ada dua bilik. Lebih lima kali saya panjat pejabat DBKL dan lebih dua tahun lamanya baru saya dipanggil untuk temuduga dan akhirnya berjaya.

Saya rasa bersyukur kepada Allah, hidup saya ini tidaklah senang tetapi ada duit untuk beli beras dan duit saku serta buku sekolah anak – anak. Kini saya dah tak peduli pasal nak tuntut nafkah lagi. Susah, mahkamah syariah tak tolong langsung.

Dan sebagai orang Islam, biar Hazri tanggung dan dia wajib tahu tanggungjawabnya sara makan pakai anak – anak. Saya rasa Allah pun tahu betapa susahnya saya hendak minta nafkah untuk anak – anak. Dan saya serahkan kepada Allah kerana itu urusanNya.

Orang lelaki ni, kalau bab nak kahwin lagi dengan berpoIigami atau kahwin baru dan nak ceraikan isteri pada dia tak jadi masalah, asalkan hasratnya tercapai. Dia cuma fikirkan nafsu dan diri dia sendiri sahaja, langsung tak fikirkan amanah yang dia berjanji dengan Allah ketika bernikah dahulu. Dia cuma fikirkan diri sendiri sahaja.

Tujuan saya meluahkan perasaan ini adalah sebagai menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa orang penulis lalu yang mempert4hankan hujah mereka bahawa poIigami itu hak mereka yang tidak boleh dipersoalkan.

Di sini saya ingin bertanya kepada kaum lelaki mengapa mereka berang bila bercakap tentang isu poIigami, konon wanita menentang poIigami tetapi mengapa menyepikan diri bila ada isu tentang suami yang tak beri nafkah kepada anak – anak.

Mengapa tak sedarkan kaum sejenis mereka bahawa tugas utama mereka membesarkan anak – anak kerana anak – anak adalah amanah Allah. Kegagalan mereka akan dituntut di akhir4t kelak. Saya rasa inilah peranan utama wajib dimainkan oleh kaum lelaki untuk sedarkan kaum mereka, supaya tidak leka hendak berpoIigami terutama apabila berbual di kedai – kedai kopi.

Jangan fikir bila berpoIigami, isteri baru boleh bantu selesaikan masalah kewangan anda. Sebaliknya dengan berpoIigami masalah akan jadi lebih besar lagi. Saya bercakap benar, saya dah rasa betapa susahnya hidup saya dan anak – anak ketika kami dipoIigamikan.

Duit sentiasa tak cukup, sewa rumah sering bermasalah. Kadang – kadang tu malu jumpa tuan rumah sebab tak bayar sewa. Dulu Hazri kata, jika dia kahwin lagi, kalau susah dia isteri baru boleh bantu, gajinya besar. Saya kata itu duit dia takkan dia nak serahkan pada orang.

Kata Hazri kalau dah kahwin isterinya wajib bantu dia kalau dia susah. Tapi tak sampai setahun kahwin Hazri disuruh ceraikan saya. Sekarang siapa yang susah? Sudah tentu anak – anak. Mereka mend3rita, sudahlah tak dapat bermanja dengan ayah, makan minum dan nak bersekolah pun susah!

Kalau Hazri tak kahwin dulu, tentu nasib anak – anak lebih baik lagi. Jadi di mana baiknya poIigami? Yang susah tetap isteri dan anak – anak, yang senang adalah kaum lelaki. Saya berharap supaya nasihatkan kaum lelaki beri nafkah kepada anak – anak setelah bercerai atau berkahwin lagi.

Sebab yang rugi pasti anak – anak bangsa kita sendiri yang ketinggalan dalam semua segi. Anda tak sedih ke melihat anak – anak bangsa menjadi pen4gih d4dah, penghuni pusat serenti dan jadi mat rempit? Si bapak sebok berbini dua tiga, anak – anak dibiarkan hidup susah, adakah itu adil kepada anak-  anak?

Memang dah bercerai soal dengan bekas isteri bukan masalah tetapi apa hal dengan anak – anak, takkan nak serahkan tanggungjawab bagi makan pakai serta sekolah anak – anak kepada ibunya. Kalau begitu di mana tanggungjawab ayah yang diamanahkan oleh Allah beri makan dan sara hidup anak – anak.

Patutnya tokoh – tokoh agama tolong nasihat kaum lelaki bab nafkah, jangan asyik seronok nak kahwin lagi dan Islam membenarkan berpoIigami. Kalau mampu sara hidup anak bini, kahwinlah seberapa ramai anda suka tetapi kalau tak mampu, tolonglah cermin diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.