Suami aku buat report polis sampai aku dan anak tiri kena masuk lokap. Anak tiri merayu, jangan apa-apakan abah..

10 tahun perkahwinan, segalanya berakhir. Dibuangnya aku sebegitu saja. Sehelai sepinggang tanpa satu sen pun nafkah. Selama aku sendirian, bekas madu aku yang banyak membantu. Tak cukup makan, dia yang datang hantarkan makan. Tak cukup duit, dia datang hulurkan belanja.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, terima kasih admin kalau sudi siarkan kisah aku. Perit untuk aku simpan seorang diri dan aku perIukan nasihat dan pandangan dari pembaca yang mungkin senasib dengan aku.

Nama aku Sufia. Sekarang berumur 34 tahun dan diceraikan 2 tahun yg lalu. Aku berkahwin pada usia yang muda, 23 tahun dengan lelaki berumur 47 tahun (pada masa tu) sebagai isteri ke-2. Jurang usia 24 tahun kadang – kadang buatkan orang salah faham, yang dia adalah ayah aku.

Hampir sepuluh tahun lamanya pernikahan kami. Isteri kedua? Jangan terlalu awal menghakimi aku sebab aku dah terima baIasan atau kifarah mungkin. Ada yang kata aku giIa masa aku mula ambil keputuusan untuk berkahwin dengan suami. Mungkin.

Sebagai anak tidak sah taraf, aku tak pernah berharap akan berkahwin kerana pernah berkali hubungan cinta aku kecundang di tengah jalan kerana status aku. Boleh bayangkan apa perasaan seorang perempuan, bila ada lelaki cakap, “aku minta maaf, hubungan kita setakat ni saja, mak ayah aku tak setuju hubungan kita”.

Bukan sekali benda ni terjadi tapi berkali – kali. Ada juga yang beria – ria pada mulanya kemudian senyap membisu apabila sudah dapat meniduri aku. Hilang bak angin lalu. Jadi hati aku seakan dah kebal. Hanya menjadikan aku tempat lempiaskan nafsu sebab mereka tahu aku terdesak.

Dan dengan suami, dia muncul disaat aku ketakutan. Takut mengenangkan nasib aku pada masa depan. Takut apa yang akan jadi aku kalau – kalau mak dan ayah (mak dan ayah angkat yang membela aku dari umur 2 hari) pergi dulu. Siapa yang akan jaga aku.

Pendeknya akal masa tu. Kalaulah ruangan ini dah ada masa tu, aku rasa pertimbangan aku akan lebih w4ras. Dengan akal yang w4ras, TIDAK ADA SIAPA PUN MAHU ATAU PERNAH MENYIMPAN ANGAN – ANGAN UNTUK BERKAHWIN DENGAN ORANG TUA APATAH LAGI MENJADI ISTERI KE-2. TIDAK ADA.

Tapi sebagai lelaki dewasa, dah berumahtangga, ayat – ayatnya mencairkan aku. Katanya.. kahwinlah dengan dia, dia akan jaga aku. Kita akan mulakan keluarga baru dan aku akan ada anak dan keluarga sendiri nanti. Dia tak akan abaikan aku.

Dengan status yang aku pegang, aku macam tak ada pilihan, tak akan ada orang bujang yang nak kan aku. Keluarga mereka mesti nak kan menantu dari keturunan baik – baik. Itu kata dia. Logik akal aku masa tu, “betul kata dia.”

Akhirnya berkahwinlah kami di Thailand dengan mas kahwin RM80 yang sampai sekarang masih tak diberikan. Mak ayah angkat aku tahu tentang hal ni dan aku tahu mak sedih dengan keputuusan aku, aku membelakangi mereka.

Tapi kata mak, buatlah apa yang aku rasa betul. Apa saja yang buatkan aku bahagia, dia pun akan bahagia. Perkahwinan kami, umpama hanya perkahwinan atas kertas. Dipendekkan cerita, selepas sahaja kami berkahwin barulah aku tahu belangnya di mana dengan perempuan keliling pinggang. Nafkah entah kemana.

Dan kami, tidak pernah tinggal bersama. Hampir setiap hari aku di h1na. Status aku dijadikan alat senj4ta untuk dia h1na aku sebawahnya. Mungkin selayaknya di kaki. Apa tujuan dia kahwin dengan aku kalau untuk dih1na semata – mata.

Pantang tanya sikit, terus di hamun. Walau dia tidak balik, tapi gigih dia call atau text aku semata – mata untuk mem4ki hamun aku. Isteri pertama, aku tahu dia marahkan aku. Tapi aku sedar di mana kedudukan aku dan aku tidak pernah mencari pasal dengannya.

Dia pun tidak pernah mengapa – apakan aku. Mugkin dia pun sudah lali dengan per4ngai suaminya. Dengan keadaan perkahwinan yang sebegitu, Alhamdulillah, aku bersukur tidak dikurniakan zuriat. Aku tak dapat bayangkan kalau anak aku terp4ksa melihat kek3jaman seorang bapa.

Masuk tahun ke-10, kesabaran aku sudah berakhir. Kisah curang suami aku dengan perempuan simpanannya yang juga isteri orang buatkan aku sudah tidak mampu bertahan. Aku meng4muk, bukan kerana cemburu, sayang juga jauh sekali. Tapi mungkin lebih kerana d3ndam.

10 tahun hidup aku tersiakan, hari tersebut dia bawa balik teman wanitanya ke rumah aku sewaktu aku takde di rumah. Em0si mengatasi akal, aku balun teman wanita dia sekuat hati. Sehingga perempuan tu dimasukkan ke hospitaI.

Mungkin ada yang mempertikai, buat apa beIasah si perempuan. Betul, tindakan aku tidak patut. Tapi masa tu, aku teringat pesanan anak tiri aku yang rapat dengan aku. Dia pernah pesan pada aku, katanya, “Walaupun abah macam tu, tapi Manja sayang sangat dekat abah… Manja rayu kat makcik, walau apa pun terjadi, tolong jangan apa – apakan abah.”

Kasihnya seorang anak. Tapi apa baIasan dia kepada kami? Kami berdua dimasukkan ke lokap. Suami aku sendiri yang melaporkan pada polis yang aku memukuI teman wanitanya. Anak tiri aku pula dituduh atas sebab menguguut. Hebatnya cinta agung mereka.

10 tahun perkahwinan, segalanya berakhir. Dibuangnya aku sebegitu saja. Sehelai sepinggang tanpa satu sen pun nafkah. Selama aku sendirian, bekas madu aku yang banyak membantu. Tak cukup makan, dia yang datang hantarkan makan.

Tak cukup duit, dia datang hulurkan belanja. Mungkin dia kesiankan aku atas apa yang berlaku. Dia tahu aku m4ngsa. Setelah 2 tahun berlalu, aku nak minta pendapat tuan – tuan dan puan – puan di sini. Aku nak tahu caranya.

Perceraian kami sudah disahkan mahkamah tapi bagaimana aku nak menuntut nafkah edah dan mutaah yang tertunggak ni. Sepanjang perkahwinan satu sen tidak pernah dihulur. Duit mas kahwin yang RM80 pun tak nampak bayang.

Sebelum ni aku mengharapkan dia dapat selesaikan hal ini di luar mahkamah. Tapi nampaknya dia mengambil kesempatan atas sikap tolak ansur aku. Betul duit bukan segala – galanya tapi segala – galanya perIukan duit. Sekurang – kurangnya kalau dapat sedikit duit, aku boleh mulakan perniagaan dan bina hidup baru.

P/s: sudah 2 tahun juga bekas suami aku tidak tinggal dengan isteri pertamanya. Dia tinggal dengan teman wanitanya. Suami teman wanitanya pula tinggal di penang. Teman wanitanya kini berusia 55 tahun.

Komen Warganet :

Fatina Samad : Entahlah puan, seeloknya pergi ke mahkamah untuk tanya dengan lebih lanjut. Lagipun rasanya proses tu akan makan masa dan juga makan duit. Kalau puan dah minta dekat dia, dia tak nak bayar. Puan tuntut la dekat akhir4t nanti.

Mula dari bawah puan, jangan ada kaitan dengan dia langsung. Lagipun puan takde anak dengan dia. Lebih mudah puan nak move on dan cari duit. Nak mengharapkan lelaki macam tu untuk bayar tuntutan puan nanti. Saya tak rasa dia akan bayar. Buang masa dan duit puan je nanti. Biar dia tanggung di sana.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?