Suami bercadang nak tambah anak lagi tapi saya jadi takut saya tak dapat tanggung 3 orang anak nanti termasuk suami saya. Bila saya mengandung suami seronok sangat tapi saya sedih. Sebabkan str3ss saya pengsan dan keguguran. Suami buat tak tahu je, bila saya sedar dari pengsan saya hubungi kawan untuk bawa saya ke hospitaI..
#Foto sekadar hiasan. Hai, saya nak minta pendapat. Saya pinjam FB kawan. Saya berkahwin tinggal ikut suami. Mertua dah tiada. Saya bekerja dengan gaji RM 1500 saja. Ada anak dua orang. Suami kerja tak tetap. Kerja sendiri saja.
Kadang – kadang kalau tak ada kerja, dia duduk rumah je tidur. Dulu sebelum kahwin rajin bagi saya duit hinggalah 3 bulan kahwin. Lepas tu suami tak bagi duit dah. Belanja rumah saya yang tanggung. Bila suami dapat kerja tak bertahan sebulan dua. Bila ada kerja barulah suami bagi duit nafkah.
Saya dah banyak kali cakap saya ada hak, awak kena bagi saya nafkah walaupun saya bekerja. Berbuih dah cakap sampai saya tak kisah dah suami bagi atau tak. Urusan sekolah anak – anak saya juga yang urus. Saya pernah minta cerai dengan suami sebab tak tahan menangung semua perbelanjaan.
Kadang – kadang saya malu nak pinjam adik beradik. Adik beradik walaupun belum berkahwin tapi saya malu. Suami pernah bercadang nak tambah anak, dua tahun belum juga ada rezeki hingga ipar – ipar pernah tanya tak nak tambah anakkah?
Suami saya cakap saya yang tak nak beranak lagi. Sampai begitu kali suami cakap. Sedih juga.. Tidak lama kemudian saya disahkan mengandung saya bagitau suami dan suami gembira tapi hati saya ada gembira, ada sedih. Saya cuba pujuk suami, carilah apa sahaja kerja untuk tanggung sekeluarga.
Kalau harapkan saya seorang, anak dah nak bertambah nanti saya tak larat. Suami cakap iya iya sahaja seperti biasa, sampai satu tahap, saya jadi tertekan bila suami cakap makanan tak cukuplah, hari – hari makan telurlah, hingga susu anak pun saya tak ada duit nak cari.
Nasib anak saya tak memilih. Seminggu juga anak saya terp4ksa menyusu kopi hitam dan gula sementara tunggu gaji. Sejak berbadan dua ni saya kekadang jadi s4kit kadang tak kerja. Suami pula asyik tanya kenapa tak kerja, saya bagitau suami saya nak berhenti kerja, saya penat dengan alahan mengandung lagi.
Suami marah kalau saya tak kerja tiada yang nak beli makanan, saya makan hati dengan kata – kata suami. Saya cuba berfikiran positif saya ingat kebaikan suami tolong hantar dan ambil anak sekolah. Saya jadi takut saya tak dapat tanggung 3 orang anak nanti termasuk suami saya.
Saya jadi susah hati bagaimana saya nak sekolahlahkan anak saya kalau saya tak cukup duit. Saya hantar anak ke taska biarpun terp4ksa saya bayar. Saya jauh daripada keluarga ibu dan ayah saya. Dan mereka tak pernah tahu pun keadaan rumahtangga saya sebab saya selalu menjaga nama baik suami.
Lama kelamaan saya jadi str3ss dan sedih sampai satu tahap saya rasa menyesal mengandung anak ketiga, saya takut saya tak dapat tanggung sekolahkan anak – anak. Tekanan yang saya dapat mengakibatkan saya keguguran.
Semasa saya keguguran suami langsung tak pedulikan saya hingga saya pengsan. Sedar dari pengsan saya tiada tempat minta tolong, saya call kawan saya untuk hantar saya ke hospitaI. Sepanjang saya dalam wad suami langsung tak datang melawat.
Bila saya tanya dia kata sibuk tolong kawan dia. Saya cuma tinggalkan pesanan tengokkan anak sahaja. Saya masih berfikiran positif mungkin dia tak datang melawat sebab jaga anak kami yang 4 tahun. Dua hari saya di wad, tiada siapa datang tengok melawat saya walaupun ipar – ipar saya, kecuali cikgu taska tempat anak saya ada datang melawat.
Bukan saya minta dilawat pun tapi saya sedih sangat. Dan saya terp4ksa telefon ibu bapa bagitau mereka tentang keadaan saya. Sebaik saja ibu tahu keadaan saya, adik beradik saya terus datang tengok saya di hospitaI. Diorang datang dari jauh dari tempat saya tinggal.
Selepas saya keluar wad, saya balik ikut ibu dan nak berehat berpant4ng. Saya bawa anak sekali. Suami tak ikut. Seminggu saya berehat di kampung, suami tiba – tiba call minta duit nak beli tayar motor. Saya kata tak da duit. Suami m4ki saya dalam telefon macam mana dia nak cari kerja motor rosak.
Saya m4tikan call dan saya tak hubungi suami lagi. Saya call suami bila anak nak bercakap dengan suami. Dengan keadaan saya ditimpa kesusahan macam begini macam – macam saya fikir. Ibu saya kesian tengok saya, ibu suruh saya balik kampung tinggal dengan mereka.
Ibu suruh cari kerja di kampung, anak sekolahkan di kampung senang mereka boleh tengokkan sebab di kampung tinggal ibu dan ayah saya tinggal. Adik – adik bekerja di luar dari kampung. Saya nak juga tapi bila saya fikirkan balik dengan keadaan saya sebelum ni, suami tak bekerja, pemalas, dan macam – macam lagi saya jadi takut kalau ibu ayah saya tahu keadaan saya.
Saya jadi malu kalau mereka tahu keadaan rumahtangga saya yang sebenar.. Saya dah bagitahu suami nak bawa suami balik kampung tapi suami mesti cari kerja dan mesti berubah. Saya berg4duh dengan suami, suami tak nak ikut balik, saya dah tak tahan, saya nak minta cerai.
Suami m4ki – m4ki saya. Apa perlu saya buat? Balik kampung dan cari kerja di kampung atau terus tinggal di bandar dengan suami yang tak bekerja.. jadi takut saya hilang akal dan jadi giIa.
Komen Warganet :
Widuri Manja : Kesiannya confessor..kita yang baca ni naik str3ss apatah lagi dia yang mengadapnya. Sebenarnya kan sis, suami sis tu dah tebal lemak dia sampai susah dah nak kikis kalau dah semua sis yang tanggung dan kena pulak terima m4ki hamun dia, rasanya sis perlukan ibu bapa sis untuk bercerita.
Lepaskan apa yang terbuku di dad4 sebab suami sis pun tak ade nak jaga hati sis. Sekurang – kurangnya keluarga mesti faham akan keadaan sis anak beranak. Yang paling tak boleh terima bila sis kena masuk hospitaI dia langsung tak menjenguk sis.
Sis nampak tak di mana kasih sayang dia terhadap sis. Zaman nak menjaga muka dia dah berlalu sis, m4kin lama nanti m4kin teruk layanan dia pada sis sebab dia tau sis tak tergamak berbuat apa – apa sebab menjagi a1b dia. Bukan nak suruh sis w4r – w4rkan perangai dia tapi sis boleh bagitau ibu bapa sis untuk kebaikan sis dan anak – anak.
Biar suami tu ada rasa malu pada ibu bapa sis sebab tak reti menjaga anak dan cucu – cucu mereka dengan baik. Apa – apa pun yang paling penting hubungan dengan Allah pun perlu dijaga sebab itulah tiangnya. Runtuh tiang, runtuhlah segala – galanya.
Puteri NurAlis Iman : Nyampah btul kalau ada bini yang bebaI macam ni. Dah laki tak kerja, nafkah dan tanggungjawab tak ade. Nak lagi mengandung tu, makan pun tak cukup, susu anak pun tak mampu nak beli janji kehendak laki tu ada. Cukup – cukuplah tu tanggung biawak. Hadap sangat laki macam tu yang mer4na nanti adalah anak – anak. Ni jenis yang hanya penting waktu malam je, kehendak nafsu terlayan.
Feyza Ghazali : Tugas suami menafkahi keluarga.. kalau dia tak boleh menafkahi keluarga maka dia tak layak menjadi suami dan bapa (sedih bila baby awak minum kopi seminggu).. melainkan kalau si suami s4kit yang tak membolehkan dia untuk bekerja dah tentu kita la yang kena gunakan budi bicara dan keperimanusiaan kita. Semoga dipermudahkan..
Rizal Rodzuan : Aku cadangkan hang balik je la duduk dengan biawak hidup err suami yang pemalas tu, tambahkan lagi bilangan anak supaya lagi banyak alasan nak stay dengan suami camni, oh demi anak. Biar je dia pemalas, pau hang, m4ki hamun, lagi utamakan kawan daripada bini dan anak sendiri.
Pasal penyelesaian dah depan mata tapi hang tetap nak pilih stay kan, jaga a1b suami dan sebagainya. Dan maaf cakap, kalau bercerai sekalipun mesti tak lama lepas tu rujuk balik oh teringat suami baik juga, demi anak dan sebagainya.
Anne Angel : Nasib je anak tu keguguran. Kalau tak pasti dia mend3rita bersama adik beradik lain. Dah tau miskin. Tolong jangan buat anak banyak – banyak. Kesian kat anak tu. Dah suami tu tak bagi nafkah. Anak pun dah kebulur. Nak bertahan demi apa lagi?? Tolong jawab. Demi apa? Aku rasa nak marah sangat ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.