Kant0i anak pengasuh pakai jersey MU anak aku. Nampak je aku, dia terus lari salin baju. Dia siap s0und anak aku

Aku bagi 500 dekat pengasuh untuk jaga anak – anak aku. Setiap bulan beras 5kg, biskut, lauk basah aku akan bagi tak pernah lupa. Lepas beberapa bulan dia s0und direct dekat aku, dia kata anak aku degiI semacam, nakal tak macam budak – budak lain. Sebulan kemudian dia kena str0ke..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Masalah aku kali ni adalah pasal pengasuh, aku gelarkan dia dengan nama Makcik Enon, dia berumur dalam 50 tahun. Masalahnya sebab dia suka main tarik tali nak jaga 2 orang anak aku.

Anak aku sorang darjah 1, sorang lagi berusia 2 tahun setengah. Sebelum ni masa ada anak sulung, hidup kami berpindah randah. Jadi, anak tu macam – macam dah orang yang jaga. Alhamdulillah dia jenis yang senang baik dengan pengasuh berbanding dengan adik pompuan yang baru 2 tahun ni.

Si adik, sejak dalam pantang, bibik jaga sampai umur 2 tahun. Kemudian tahun lepas bulan 12 bibik nak balik kampung, jadi kami mula hantar adik dekat rumah makcik ni. Untuk pengetahuan korang, rumah makcik ni dekat je dengan pejabat aku, dan makcik Enon ni direkomen oleh sorang kakak kat opis yang kena transfer ke sarawak.

Makcik ni kira bekas pengasuh anak – anak dia, yang 4 orang sejak yang sulung tu merah lagi sampai dah 9 tahun. Sebelum akak tu carikkan pengganti, dia siap buat selection kat pejabat, orang – orang yang dia nak rekomenkan pada makcik Enon ni sebab katanya nak pilih orang yang baik, lembut sebab makcik Enon ni tinggi budi bahasa katanya.

Jadi akhirnya, dia rekomen kat aku sebab waktu tu bibik aku ada masalah rindu nak balik kampung. Sebagaimana yang dijanjikan, bulan 11 tahun lepas, aku hantar anak – anak aku. Si kecik sampai demam – demanlah sebab rindu dekat bibik.

Aku siap bawak pergi daruIsyifa’ berubat alhamdulillah sekarang dah ok. Makcik Enon minta bayaran 450 untuk anak – anak aku dan akan nak tolong hantarkan ke sekolah. Sebabkan dia offer nak hantar sekolah, kami pun tambahla 50 lagi buat duit minyak.

Memandangkan dia tak ada jaga anak orang lain, aku nak dia dapat solid 500 tu tanpa perlu fikir lagi kos yang lain. Beras 5 kg sebulan, jajan dan biskut – biskut tak pernah putvs, dengan lauk basah setiap minggu aku bagi without failed.

Beberapa bulan pertama, ok, tip top dia jaga. Bila sekolah dah bukak, dia cakap tak boleh hantar anak aku pergi sekolah. Jadi, bvrnlah 50 duit minyak tu. Dia senyap je tak pulangkan pun, aku pun lebih kurang halal.

Dengan harapan asalkan dia ikhlas jaga anak – anak. Fine. Sebulan lepas tu, dia dapat tawaran pergi haji tahun ni. Bermula dari tu aku perasan dia berubah. Selalu membanding – bandingkan anak aku dengan budak – budak lain yang pernah dia jaga.

Dia kata anak aku degiI semacam, nakal, lain acuan. Macam – macam la dia kate direct kat aku tapi dengan nada lemah lembut. Senang citer lazer dalam lembut la. tapi sebagai ibu sentap jugak hati ni tapi aku sabar lagi.

Oleh sebab tu, aku kurangkan masa anak – anak aku kat rumah dia. Kalau perlu ambil cepat, aku akan cuba ambil secepat mungkin. Lagipun makcik Enon cakap, anak aku selalu berg4duh dengan anak pompuan bongsu dia yang dah berumur 14 tahun!

Sebulan pastu, makcik Enon kena mild str0k. Aku mula rase serba salah, takut kenakalan anak aku yang jadi penyebab. Aku bagi dia cuti seminggu untuk dia berubat. Lepas dia dah ok, dia bagi aku pilihan, nak hantar anak atau tak, dia cakap tak kesah.

Gaya dia cakap macam tak harap la nak jaga anak – anak aku. Tapi aku teruskan jugak hantar macam biasa dan bagitau kat dia kalau tak larat bagitau. Jadi, dia teruskan jaga. Tapi hampir tiap hari ade saja hal anak – anak yang dia mengadu. Tapi aku buat hati kering.

Aku tak nak sensitip sangat sebab:

1) kesian kat si kecik nak kena biasakan balik kalau dapat pengasuh baru.

2) Kalau tak duduk rumah dia, kenalah anak sulung tukar sekolah agama lain.

Baru – baru ni waktu cuti sekolah, kant0i anak dia yang bongsu pakai jers3y MU anak aku yang sulung tu. Dia cepat – cepat masuk rumah dan salin baju. Memang sah tu baju anak aku sebab bila anak aku minta, dia pulangkan tapi tak bagi bagitau mak dia.

Kemudian baru – baru ni anak aku yang 2 tahun tu kena H.F.M.d, Makcik Enon seboleh – bolehnya cakap doktor silap. Anak aku sebenarnya kena demam campak dia cakap. Dah kalau mulut penuh uIser dan tak makan 3 hari, takkan doktor pakar silap pulak.

Masalah aku sekarang, makcik ni eg0 dan perasan semua benda dia tahu. Pastu bila kita cakap anak kena hmfd, dia terasa sendiri macam rumah dia kotor. Padahal aku dah terangkan yang anak tu kena sebab aku ada bawa pergi mandi p0ol.

Sejak anak s4kit tu, dia mula jadi dingin dan m4kin laser. Satu hari tu, keluarga kami ditimpa musibah sebab suami difitnah di tempat kerja. Sudahlah tengah kelam kelibut, Mackik Enon call tak nak jaga anak – anak aku dah.

Alasan dia, anak – anak dia dah tak bagi dan nak tumpu amal ibadah nak pergi haji. Cara dia waktu tu memang belagak dan siap pesan, “boleh tak carik orang lain. Budak – budak tu lain sikit per4ngai. Takpe akak bagi tempoh sebulan.”

Bayangkan, petang tu tengah serabut hal kerja suami. Aku pergi la mengadap dia tanye kenapa dan bagitau perlu masa sebab tengah setel masalah dekat tempat kerja suami. Makcik Enon tu dengan mulut tak insurans terus tanye, “kenapa, ade ambil rasu4h ke?”

Suami aku ni poIis. Nampak sangat dia skeptical dengan polis dan mungkin pandang rendah dekat kami sekeluarga selama ni. Aku suruh suami aku tanya sekali lagi pasal hal jaga anak. Mungkin dia segan dengan suami aku, dia tarik balik cakap dia kononnya boleh jaga anak – anak ni.

Buat masa ni, kami masih hantar anak – anak dekat sana, tapi hanya Allah je la tau macamana perasaan aku setiap pagi nak hantar anak kat rumah dia. Pernah si abang demam, aku call tanye panas lagi ke badan anak? Dia boleh cakap, “tak tau la nak kata, jaga reti nak agak. Kalau si nor (bukan nama sebenar), dia complete bagi term0meter untuk check anak – anak dia’.

Macam tu la selalunya, dia akan bandingkan aku dengan orang lama yang dia jaga tuh. Tensi0nnye la. Sejak anak s4kit, membawak ke masalah husband, tambah dengan per4ngai makcik Enon ni, dah dekat sebulan batuk aku tak baik – baik. Demam tak payah cakap la.

Aku dah survey taska yang ok, 2 orang dia ambil dalam 600. Oklah. Sebenarnya bukan pasal duit, mahal ke murah tapi sebab kesian si kecik tu ade susah sikit nak adapt. Dengan makcik ni pun mula – mula menangis tapi sekarang dah mesra dan manja.

Sebelum balik rumah Makcik Enon, salam dan siap suruh civm dia. Macam mana lah makcik tu gamak main tarik tali tak nak jaga. Aku takde la risau dia mend3ra ke apa sebab anak – anak elok jek. Cume mentaIIy tu tak taula sebab anak dia yang umur 14 tahun tu memang benci dan tak suka kat anak aku yang sulung.

Kalau nampak je si abang, budak ni akan s0und, ‘ape pepandang? Nak kene Iempang?!” Sekarang ni ade problem lain plak dengan si abang. Buku teks sekolah asyik hilang. Selama ni, aku sekolahkan dia sejak umur 4 tahun, tak pernah hilang buku. Sekarang ni pulak m4kin menjadi – jadi. Sekali dua mungkinlah salah letak. Tapi kalau dah selalu, macam ada sesuatu yang tak kena je.

Komen Warganet :

Miss livina : Nasihat miss, cepat – cepatlah cari pengasuh lain sebab nampak sangat makcik tu dah takde hati nak jaga anak tt. Takut dia jaga anak tt sambil lewa je. Susah – susah hantar je ke taska. Tapi pastikan taska tu berdaftar dan track recordnya baik.

Cikgu C : Pengalaman adik aku hantar anak dia (umur less than 1 year) kat umah orang yang suam – suam kuku nak jaga anak dia. Memang perit. Aku selaku mak sed4ra pon terasa. Anak sed4ra aku jadi penakut. Semua orang dia taknak.

Time nak hantor belom sampai rumah pengasuh dah melalak. Sampai rumah pengasuh, terus masuk buai (silap adik aku pi hantar buai bermotor). Buai tu pengasuh letak dalam bilik, pastu pintu bertutup dengan kipas tak pasang. Kalau adik aku hantar dari pukuI 8 pagi sampai 5 petang, selama tu juga la baby duduk dalam buai. Sampaikan masa kat umah, baby tu baring jer, keletihan dan pening kot sebab duduk buai lama sangat.

Munnah : Saya harap akak cari la pengasuh lain yang lebih baik yang boleh jaga anak – anak akak dengan sempurna. Bukan apa, adakala cara didikan pengasuh pon memain peranan penting jugak sebab takut budak – budak nanti terikut – ikut dengan keadaan sekeliling. Bukan nak mengh1na or apa, cuma budak dalam keadaan membesar cepat terikut – ikut dengan keadaan sekeliling mereka. Tak mau nanti jadi negatif. Takut wooo~

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.