Anak murid menjual dlm sekolah. Saya sengaja buat spotcheck, menangis bila tahu apa yg dia jual

Zack pelajar yang baik selalu dapat Anugerah Sahsiah Terpuji. Dia sanggup kejar kereta saya untuk tolong angkat beg. Satu hari, dia bagitahu dia ada jual barang. Saya kesian dan sanggup beli semua yang dia jual. Tapi Zack terus larikan diri. Saya syak ada sesuatu yang tak kena, terus buat spotcheck dekat kelas Zack..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt dan hi semua! Sebelum teruskan, serba sedikit tentang diri saya. Saya, Cikgu N, seorang guru yang baru je pindah ke sebuah sekolah menengah. Maaf sangat kalau ayat skema, biasalah cikgu baru yang memang skema macam ni lah.

Sekolah saya sekolah harian biasa dan campur pelajar lelaki perempuan. Mixed school. Saya takde masalah untuk mengajar murid campur ni sebab praktikal tahun lepas pun dekat sekolah campur. Masuk – masuk je sekolah saya diarahkan untuk mengajar pelajar menengah rendah sesi petang.

Walaupun saya seorang yang dan sangat suka sesi pagi, saya akur dengan arahan pihak atasan. Ke petang lah kita. Macam biasalah sekolah petang ni pelajar tingkatan 1 dan 2. Saya dah pernah mengajar pelajar menengah rendah, memang kurang str3ss dan saya sangat suka ajar dorang ni.

Ye lah, budak – budak ni adorable sangat tau! Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Bila dah selesa dengan sesi petang, saya kenal dengan seorang pelajar. Kita panggil dia Zaki je lah k? Seorang pelajar lelaki.

Dalam banyak – banyak pelajar, saya memang hargai sangat semua yang Zaki buat. Walaupun sekolah saya ni band berapa sangat pun, tapi Zaki sanggup kejar kereta saya sebab nak tolong angkat bag saya macam sekolah SBP pulak pelajar layan kita macam ni.

Lupa nak cakap, Zack ni pelajar lelaki form 1. Tinggi tapi masih nampak muka budak dan kecomelan masih terserlah. Zack selalu lah dapat Anugerah Sahsiah Terbaik bila guru key-in online apa – apa yang pelajar buat. Jangan main – main, sekarang semua guru rekod.

Masalah disiplin pun rekod, sahsiah terpuji pun rekod. Selalunya, pelajar lelaki ni memang nakal sangat. Walaupun tak semua tapi majoriti jugak lah pelajar sekolah saya tu nakal – nakal. Setakat pelajar angkat meja kerusi nak baIing dekat cikgu tu perkara biasa.

Yang tolong angkat bag ni luar biasa. Sangat luar biasa. Itulah Zack. Satu hari Zack tunjuk dalam bag dia ada banyak CD. Saya pun belek – belek lah tengok kenapa banyak sangat CD. Zack cakap dia kerja part time. Katanya kerja tu dapat RM30/hari untuk lekat title filem tu.

Saya terdiam. Setahu saya Zack ni tak termasuk dalam senarai kebajikan sekolah. Maksudnya, keluarga masih ok – ok. Tapi saya fikir mungkin dia perlu duit tambahan. Sekarang ni sekolah ada banyak aktiviti yang perlu duit tambahan daripada pelajar dan kadang kala ibu bapa datang mengadu sebab membebankan.

Mungkin sebab itu Zack kerja part time. Pada keesokan harinya, saya nampak sesi jual beli Zack dengan pelajar sekolah. Saya perlu tegur perkara ini. Saya risau ibu bapa complain atau guru – guru lain tidak selesa dengan tindakan Zack, jadi saya pergi untuk tegur Zack.

Saya tahu Zack pelajar yang baik, jadi saya tanya dulu CD apa tu. Zack cakap CD cerita Teletubbies. Allah seriouslah budak sekarang masih tengok Teletubbies? Itu zaman cikgu tu. Zack cakap kawan – kawan memang suka cerita tu.

Jadi saya dengan niat membantu Zack cakap stop jual dengan kawan – kawan dan jual je semua tu dekat cikgu. Zack sangat teragak – agak. Terus diam. Pelik jugak lah sebab pelajar ringan mulut seperti Zack diam. Zack cakap tak boleh kemudian dia terus balik kelas.

Terk3jut saya, nasib baik tak ramai guru di bilik guru. Jadi, saya syak yang Zack ada sembunyikan sesuatu dari saya. Saya ambil initiatif untuk ganti kelas Zack sebab saya bukan guru kelas atau mata pelajaran Zack. Saya masuk sahaja, terus saya cakap kita akan buat spotcheck (saya guru disiplin sesi petang).

Sememangnya saya ada buat pengumuman ada spotcheck seluruh sekolah sebab saya dapat aduan pelajar bawa handphone ke sekolah. Waktu tu memang saya jumpa banyak CD Teletubbies dalam beg Zack dan saya r4mpas semuanya.

Walaupun Zack sangat berkeras tapi saya lebih berkeras dan tinggikan suara sedikit. Dan saya juga jumpa CD yang sama dalam beg kawan – kawannya. Saya bawa semua CD tersebut ke Bilik Disiplin. Naluri guru saya mengatakan ada yang tak kena dengan Zack.

Lepas saya pasang je CD Teletubbies yang saya r4mpas dari beg Zack, saya rasa nak menangis. Allahu. Apa ni? Yang dipaparkan oleh laptop saya ialah video orang dewasa yang menjijikkan. Saya terus tutup laptop saya. Saya menangis.

Banyak persoalan dalam fikiran saya. Apakah sebabnya? Di manakah silapnya? Gagalnya saya. Gagalnya saya sebagai guru… Saya kuatkan diri untuk lihat semua CD yang saya r4mpas. Seperti yang saya dapat agak terpampang video berlainan bangsa, situasi dan umur.

Takutnya saya secara peribadi. Zack merupakan pelajar tingkatan 1. Bukan pelajar pra-universiti mahupun mahasiswa universiti. Malah baru beberapa bulan masuk ke sekolah menengah. Masih mentah. Benarlah, don’t judge a book by it’s cover.

Saya silap merasakan pelajar ini comel – comel dan masih budak – budak, konon masih mentah. Saya panggil Zack ke Bilik Disiplin. Saya tanya secara terperinci semua yang saya nak tahu. Semuanya. Zack diam. Tengok saya pun tak nak.

10, 20, 30 minit berlalu. Mungkin Zack baru ada kekuatan dan cakap yang dia bukan seperti yang saya sangka. Saya tanya lah apa maksud dia. Zack cakap macam tu lah. Saya tak dapat memujuk Zack. Zack p4ksa saya untuk tutup kes.

Saya marah Zack. Saya cakap isu ni bukan isu kecil. Saya rasa macam saya jumpa pelajar yang lain. Ye macam Zack cakap, pelajar di depan saya ni tak seperi yang saya sangka. Zack seperti orang lain. Saya serahkan kes Zack kepada guru senior saya untuk tindakan lanjut pada hari yang sama.

Semua guru memang kaget. Semua guru kenal Zack dan tahu Zack sememangnya pelajar yang baik. Ibu bapa Zack dipanggil. Kaunselor mula memikirkan slot untuk Zack. Spotcheck satu sekolah dilakukan. Semua CD Teletubbies dir4mpas.

Mesyuarat PIBG terus dirancang diadakan minggu yang sama. Ramai ibu bapa terk3jut dan marah dengan isu inj dan takut jika anak mereka terpengaruh dengan Zack. Isu ini menjadi lebih besar dan besar. Pertama kali saya hadap kejadian seumpama ni.

Tak sangka besar betul isu pelajar sekolah menengah sekarang. Hari perbicaraan Zack tiba. Siapa Zack? Saya ingat saya seorang guru yang mengenali pelajarnya tetapi saya gagal. I’m way too far in knowing my students. Ibu bapa Zack mengaku yang mereka gemar menonton filem tersebut di rumah.

Mereka cakap mereka yakin mereka hanya tonton filem tersebut selepas Zack tidur. Tapi sebenarnya anak mereka menonton sekali sampai dah jadi ketagih. Sebab tu Zack cuba google dan jumpa cara nak men download video tersebut.

Dan bermulalah episod Zack mengajak rakan – rakan untuk menonton video p0rno dirumahnya. Dan perkara ini diam – diam tersebar ke seluruh sekolah. Zack mula menjual CD ini kepada raka n- rakannya. Rupanya Zack rapat dengan saya dengan harapan saya dapat pert4hankan Zack disebabkan saya seorang guru disiplin dan guru baharu.

Zack juga cuba tutup wajah sebenarnya dengan topeng sahsiah terbaik di sekolah. Ramai guru menangis. Bukan hal yang meng3jutkan. Zack seorang pelajar yang baik. Zack dibuang sekolah pada umur 13 tahun. Pihak pentadbir takut perkara ini akan mempengaruhi lebih ramai pelajar dan lebih ramai ibu bapa yang akan buat aduan kepada sekolah.

Oleh itu, Zack dijatuhkan hukvman buang sekolah. Ramai guru petang merasakan diri kami gagal terutamanya saya. Gagal mendidik anak murid kami. Gagal mengenal pelajar kami. Guru, kenalilah pelajar kita. Saya risau lebih ramai pelajar seperti Zack di luar sana.

Mereka perlu diberitahu apa yang betul dan apa yang salah. Guru. Tugasnya bukan sahaja mendidik anak bangsa malah untuk memacu perubahan mereka. Guru yang gagal, – Cikgu N

Komen Warganet :

Nurul Nadhirah Suhazli : Dear cikgu, realiti ini pahit tapi memang begitulah keadaannya. Cikgu jumpa anak murid cikgu begitu ketika umur 13. Dan saya jumpa anak murid saya begitu darjah 4 ye cikgu. Darjah 4 dah pandai ugvt nak r0goI kawan sekelas dan yakin takkan mengandungkan kawan sekelas sebab dia kata dia bawa dan pakai k0ndom. Cikgu, stop bl4ming yourself.

Ketika saya bawa kes student saya yang darjah 4 tu kepada guru – guru senior, mereka juga keep bl4ming themselves. Allahuuu… Mulianya hati cikgu – cikgu ni. Sedangkan sebahagian besar punca masalah seperti ni adalah disebabkan bad parenting.

Rakan – rakan media sosiaI, ahli masyarakat sekalian, ini seruan anak muda kecil seperti saya kepada diri saya sendiri khususnya dan umumnya untuk kita semua. Perbaikilah diri dan janganlah jadi ibu bapa yang derh4ka. Kelak wujud anak derh4ka seperti Z.

Z mungkin tak derh4ka pada mak ayah dia tapi derh4ka dia sebagai h4mba Allah bagaimana? Inilah kaffarah d0sa – d0sa kita sebagai ahli masyarakat. Kita letakkan beban mengajar mendidik atas bahu guru – guru. Kita rendahkan maru4h guru – guru anak – anak kita dengan kita salahkan mereka, kita saman mereka dan lain – lain.

Sedangkan mereka melihat kesan bad parenting kita pun, mereka blame diri mereka sendiri. Marilah kita didik kembali masyarakat kita budaya menghorm4ti guru. Jika guru mahukan kerjasama dengan kita, kita berikan sepenuhnya demi masa depan generasi muda kita.

Menyalahkan guru, ibarat menyalahkan doktor yang mencari penawar peny4kit masyarakat kita. Kita kembalikan budaya menghorm4ti para guru dan alim ulama. Semoga usaha kecil kita membantu mengurangkan masalah sosiaI anak – anak generasi baru.

Norashikin Abd Rahman : Anak ini perIukan rawatan. Membuang sekolah dan membiarkan dia terus dengan tabiatnya itu lagi membah4yakan. Bukan sahaja kepada dirinya malah kepada orang lain. Bekas sekolah murid ini should reach out budak Z and help him. Kerana i dun think he will get help from his parents.

Norliza Mustafa : Seharusnya confessor janganla over excited membicarakan hal sekolah kepada umum. Orang luar takkan faham prosedur sekolah. Kalau ibu bapa sendiri salah didik anak, remaja sendiri sengaja pilih jalan yang salah, orang akan tetap akan salahkan guru.

Lagi pun awak guru disiplin, awak patut tahu tentang kerahsiaan hal murid. Masyarakat sekarang biar murid beIasah guru, ibu bapa asalkan jangan murid dijentik. Bila kes jen4yah meningkat, generasi rosak akhlak bertambah, mula lah nak merungut.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.