Aku hentak kaki, aku genggam tangan Cikgu Yan. Aku tanya betul ke apa yang dia cakap tu. Aku tengok profil Dira, ya memang gambar dia. Ini lah murid tu. Cikgu Yan menggelengkan kepala, sambil mengusap belakang aku, “Allahuakhbar.. istighfar Cika.. budak tu…”
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, aku ingin berkongsi satu pengalaman sebagai seorang guru praktikum di sebuah sekolah rendah. Sikit je intro, harap admin sudi share. Hehe. Bermula hari pertama dengan penuh semangat hingga minggu keenam.
Aku sem4kin kenal dan akrab dengan pelajar tak kira kelas apa darjah berapa sebab aku seorang yang berfikiran terbuka dan sempoi. Mungkin juga sebab aku mempunyai sifat keibuan dan suka budak. Waktu rehat bermula, aku tak turun makan kat kantin sebab puasa.
Jadi aku ambil keputvsan untuk siapkan kerja yang tertangguh dekat dalam kelas sementara tunggu pelajar naik rehat. Tak berapa takutlah sebab ada sorang budak ni kira pandai kipas, selalu puji tudung aku cantik. Aku tak marah dia kalau dia tak turun pergi kantin waktu rehat, nanti ade je yang topik yang ajak sembang.
Macam – macam dia ajak sembang kadang – kadang terleka aku, cerita pasal sembeIih ayam lah, adik dia kuat menangis lah, mak ayah asyik g4duh lah. M4kin hari aku m4kin rapat dengan sorang murid ni.. Nama dia Dira.
Bila masuk bilik guru, aku akan bangga bercerita dengan rakan praktikum yang ada pelajar perempuan rapat dengan aku. Seronok sangat bila rakan praktikum aku mencebik mulut macam cemburu dia takde murid kesayangan.
Aku panggil budak tu Dira. Nama manja Diramon sebab barang dia kebanyakannya gambar doraemon dari alat tulis sampai ke beg. Baru darjah berapa. Dia pernah tanya bila birthday aku. Dan kebetulan memang esok birthday aku!
Aku cakap lah esok, dia tak percaya. Aku cakap tak percaya sudah. Ya tak aku sangka, esoknya dia bawakkan hadiah yang dibalut dengan kertas buku tulis. Aku tegur dia kenapa balut pakai ni, lepas ni jangan koyakkan buku tulis.
Dia kata buku tulis lama, dah tak pakai. Ya aku tau, dah kuning kuning sikit kertasnya. Takpelah janji dia ikhlas. Bila aku nak bukak hadiah tu, dia kata bukak nanti tunggu aku nak dekat habis pekatikum. “Tak sabar aku, balik ni aku nak bukak jugak” dalam hati aku kata.
Ape lah budak ni bagi. Rupanya dia bagi komik doraemon. Walaupun keadaan buku macam second hand, aku tetap hargai. Walaupun dia bukan pelajar kelas aku, tapi aku lagi selesa dengan dia. Dia selalu tolong aku kemas kelas bila pensyarah ingin membuat penyeliaan.
Dia yang bagi idea letak gambar doraemon supaya lebih comel kelas aku. 2 bulan lebih berlalu… Sehari sebelum tamat praktikum, aku merancang untuk membuat jamuan perpisahan dan k3jutan hari jadi untuk Dira dan aku pun berbincang dengan guru pebimbing tentang rancangan aku.
“Dira mana?” tanya guru pembimbing aku. Aku pun cakap lah Dira yang gempal – gempal tu darjah 4 kelas Kak Yan (Guru kelas lain). Tapi guru pembimbing aku ketawa seolah – olah memperlekehkan idea ni. Mungkin sebab Dira bukan murid kelas aku.
Aku tertanya juga, lawak ke aku nak buat jamuan perpisahan aku dengan pelajar kelas aku sendiri. Dia terhenti ketawa bila wajah aku mula serius. Tapi dia sambung ketawa lagi sambil menepuk bahu aku, “tak baik lah gitu” kata guru pebimbing.
Mungkin tidak mahu pelajar lain cemburu. Aku pun cakap lah takpe kalau tak nak sambut kat sekolah. Saya sambut hari jadi Dira kat luar waktu sekolah je nanti. Lalu aku berlalu pulang memandangkan sudah tamat sesi persekolahan.
Pada malam tu, aku whatsapp guru class Dira untuk minta nombor telefon parents budak tu, ye lah nak minta izin ajak dia keluar makan sesama. Nama dia kak Yan, kak Yan tanya nak buat apa. Aku pun cerita lah yang aku nak sambut birthday dira.
Dia bluetick aku je. Serious menyampah. Esoknya aku gagahkan juga kaki untuk ke sekolah memandangkan hari terakhir walaupun s4kit hati kena bluetick. Aku cuba mengelak dari Kak yan. Tapi Kak Yan tegur aku juga. Aku pun buat – buat okay.
Kak Yan tanya, “Awak nak sambut birthday dira budak kelas akak ke?“. Aku cuba turunkan eg0, aku jawab ya. Kak Yan menunjukkan satu kertas profil pelajar, “Dira ni memang budak kelas akak darjah 4. Tapi ni tahun lepas punya.
Sekarang dia dah darjah 5. Dia dah pindah sekolah lain, dah ikut keluarga dia pergi Kedah. Kamu biar betul, jangan main – main”. Aku melihat pada kertas tersebut, tarik dia pindah adalah pada tarikh yang sama aku masuk ke sekolah ni tapi pada tahun lepas.
Aku tak tau nak cakap apa. Aku bersyukur sangat sebab hari terakhir aku kat sekolah ni baru aku dapat tau budak yang selama ni dengan aku berbulan – bulan dekat sekolah cuma bayangan. – Cikgu Cika (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Hmm ramai yang kata cerita terg4ntung. Jadi kat sini aku teruskan kongsi cerita apa yang terjadi lepas tu pada Cikgu, Dira dan komik doraemon. Selepas dapat tau, bulu roma aku terus naik. Aku terus rasa keliling aku ni ada benda sedang perhati.
Aku hentak – hentak kaki, aku genggam dua – dua tangan Kak Yan. Aku tanya Kak Yan betul ke apa yang dia cakap tu. Aku tengok profil Dira, ya memang gambar dia. Ini lah budak tu. Menggigil aku bercerita dengan Kak Yan selama ni Dira yang tolong aku angkat buku ke bilik guru, dira lah tempat aku cerita yang aku str3ss kalau pelajar lain nakal dan bising dalam kelas.
Kak Yan menggelengkan kepala, sambil mengusap belakang aku “Allahuakhbar.. istighfar Cika.. budak tu dah pindah tahun lepas..” Masih aku terbayang. Masa tu rehat, aku duduk di perpustakaan mencari bahan bantu mengajar.
Aku str3ss sangat sebab pelajar tak bagi kerjasama masa pensyarah datang buat penilaian. Markah aku jatuh teruk. Tiba – tiba Dira datang, dia terk3jutkan aku. Waktu tu juga aku tertengking dia sebab aku terk3jut sangat, aku arah dia turun pergi kantin.
Dia terus berlari keluar dari perpustakaan. Malam tu aku tak boleh tidur sebab teringat pasal Dira, aku kesian dengan dia sebab jadi m4ngsa keadaan. Sejak tu bila aku terserempak dengan Dira dekat kawasan sekolah, mesti dia terus lari mengelak.
Jadi sebelum aku pergi buat selamanya dari sekolah ni, aku nak cipta satu kenangan manis dengan dia. Memandangkan dia pernah minta aku pindah lambat sikit (dia kata pindah sebab dia ingat aku ni dah jadi cikgu betul, padahal baru praktikum), tunggu birthday dia.. tiga hari selepas hari aku pindah.
Gitu lah gayanya. Sebab tu lah aku beria nak sambut birthday dia. Tapi apa daya pengakhirannya bergini. Sepanjang majlis perpisahan tu, aku rasa bersyukur sebab akhirnya penat lelah aku kat sekolah ni sebagai guru praktikum akan berakhir.
Terasa sebak sebab satu – satunya murid kesayangan aku tak muncul. Walaupun bila dapat tau kewujudan dia cuma bayangan. Entah aku masih tak boleh terima kenyataan. Semasa memberi ucapan terakhir atas pentas, mata aku mencari cari susuk tubuh gempal bernama Dira, bertudung comot, memakai beg doraemon.
Patutlah dia pernah cakap yang dia takde kawan, sebab tu lah tak turun ke kantin masa waktu rehat. Aku tak tau, sama ada dia jin atau entah. Tetapi kehadiran dia memberi semangat sewaktu aku tertekan. Seolah – olah Allah hadirkan dia untuk aku terus bersemangat meneruskan praktikum.
Jika dia adalah jelmaan jin, semoga aku dan dia tidak dipertemukan lagi. Cuma kadang – kadang aku diselebungi rasa rindu dalam masa yang sama rasa seram. Aku juga dapat tau, Dira adalah seorang yang suka bersyair walaupun baru darjah 4.
Bukan aku lupa nak mention pasal komik doraemon. Saje simpan untuk part akhir. Tipu gais kalau aku cakap bertukar jadi daun atau ulat. Janji ni part last okay dan terjawab semuanya. Sesi persekolahan tamat jam 6. 30 petang.
Sampai rumah dah senja. Sepanjang praktikum ni, aku dan rakan praktikum bernama Mai menyewa sebuah rumah memandangkan kami memilih sekolah di luar daerah. Hari sudah gelap, jadi kami ambil keputvsan untuk tinggalkan bilik tu esok pagi.
Masing – masing takut nak bawak kereta malam – malam plus jauh. Lepas solat isyak tu aku kemas lah barang – barang sebab esoknya nak gerak keluar. Mai dah tidur petang tu sebab terlalu kepenatan balik sekolah, lagipun dia datang haid tak boleh solat.
Siap simpan baju, dah susun barang semua, aku terjumpa komik doraemon tu. Memang ada dan tak bertukar jadi daun yang macam korang kata. Cuma macam yang aku cerita, masa aku dapat komik tu pun macam dah buruk.
Aku selak – selak komik tu, sekali kat belakang ada nama pelajar lain. Ini Dira bagi atau komik pelajar lain yang kena r4mpas? Tapi aku terambil? Muka depan komik memang sama. Selesai solat maghrib, aku capai handphone atas meja solek.
Badan terasa letih dan tanpa sedar aku sudah terbaring dalam peIukan telekung. Aku tengok gambar family masa hari raya, tak sabar nak balik kampung. Satu demi satu gambar aku tengok, kenangan bersama sama murid untuk hari terakhir di sekolah tadi.
Banyak hadiah dan kad ucapan selamat tinggal yang aku dapat. Bila tengok hadiah, aku teringat hadiah yang pernah diberi Dira. Tapi masa tu tak terfikir nak tengok macam mana keadaan komik tu. Aku masih tengok gambar – gambar lama dalam phone.
Tiba – tiba teringat, aku pernah selfie dengan Dira. Aku cari semula gambar tu, tapi gambar apa yang aku jumpa? Gambar buku, gambar kerusi, gambar kipas, gambar aku selfie sorang – sorang, semua kabur – kabur. Banyak gambar goyang.
Tak jumpa pulak gambar dengan Dira. Aku masih tak boleh terima Dira tu tak wujud. Sedangkan jelas lagi nyata dia selalu ada degan aku. Azan isyak pun berkumandang dan aku pun berdiri untuk solat. Aku betulkan sejadah kearah kiblat yang betul.
“Allahuakh…” Belum sempat aku habis mengangkat takbir tiba – tiba terdengar suara seseorang memanggil nama aku, “Cika. “Aku menoleh ke arah Mai. Dia sedang tidur dengan lena. Jantung aku mula berdegup kencang, mata masih merenung ke arah Mai dengan harapan Mai yang memanggil nama aku.
Mulut terkumat – kamit istighfar dan cuba tenangkan diri dengan tidak fikir yang bukan – bukan. Aku mengangkat semula takbir, Alhamdulillah hampir selesai solat, aku memberi salam yang pertama dengan memalingkan kepala ke kanan, satu susuk tubuh kelihatan sedang duduk mencangkung di sisi belakang kanan aku.
Berwajah cengkung, bermata merah, mulut dan rahangnya h4ncur berd4rah – d4rah. Badan aku terus terbangun melompat, aku cuba nak lari tapi terasa badan tak boleh bergerak. Telekung aku ditarik dengan satu jarinya.
Kuku panjang berwarna kehitaman. Suara aku hampir serak memanggil nama Mai. “Mai tak dengar suara aku ke bangunlahh!! Ya Allah!! Bangun!”. Aku merangkak cuba untuk larikan diri, tangan aku cuba mencapai tangan Mai.
Tiba – tiba mulut aku terkunci, dalam hati aku dah baca macam – macam surah yang aku hafal. Badan terasa dit4mpar dengan kuat dari belakang. Kepala pening, badan aku lagi lah rasa penat. Mata menjadi kabur. Mai tengah duduk di penjuru katil sambil berselimut.
Aku memanggil nama Mai. Mai melihat aku dengan ketakutan, “Kau kenapa jerit – jerit! Aku takutlahh!”. Lidah aku jadi kelu, aku memandang sekeliling bilik dengan keadaan bingung. Kami terdengar pintu rumah diketuk, suara jiran sebeIah bernama Kak Ji memanggil nama kami, dia terdengar suara aku menjerit – jerit.
Kami kenal suara tu sebab selalu dengar suaranya yang lantang dan tegas marah anak – anak. Kami berdua dibawa ke pusat rawatan Islam. Lepas aku cerita apa yang aku alami, Ustaz minta benda tu kenalkan diri. Tekak rasa haus sangat, rasa nak munt4h dan aku pun tak sedarkan diri.
Kemudian bila aku dah sedarkan diri semula, Mai bagi satu cawan air untuk aku minum. Kak Ji pun ada dengan kami. Ustaz tu kata benda tu ikut aku sejak aku kemas satu stor kat sekolah tu. Aku kemas sebab nak masukkan dalam buku laporan, untuk dapatkan markah.
Takde kena mengena dengan Dira yang dah pindah jadi tak perlulah aku nak pergi sampai ke Kedah cari dia. Dia takde kena mengena pun. J1n tu cuma menjelma sebagai Dira je. Selama ni dia bergayut dekat badan aku.
Patutlah aku selalu cepat letih dan s4kit badan. Dia nak ikut aku tapi dia dah terik4t dengan perjanjian sesama j1n untuk menghuni sekolah. Ustaz pesan, “Ini cerita dari J1n tu lah, jangan percaya sangat. Kamu banyakkan beribadah. Baca ayat pendinding selalu, nanti saya ajar kamu. Jangan str3ss sangat lah, sangka baik dengan Allah. bende tu memang suka bisik – bisik menghasut orang yang kemurungan.“
Cerita ni dah bertahun berlalu. Baru berani nak cerita semula. Alhamdulillah aku lulus praktikum walaupun agak str3ss masa tengah – tengah bulan, jauh dari family.. anak murid nakal sangat, kekurangan wang sebab praktikum tak dapat gaji, termasuk kes aku dituduh mencuri duit dana, dah akhir – akhir tu baru dapat tau duit tu bukan aku curi, tapi tercicir.
Doakan aku terus berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Aku rasa tak perlu aku jejak Dira yang sebenar dan jelmaan tu bukan nak bagi hint apa – apa. Cuma nak berdamping. Oh ya buku komik tu, tertulis nama pelajar lain di belakangnya.
Mungkin aku sendiri yang membalutnya dan aku hadiahkan untuk diri sendiri. Takkan j1n tu yang balut kan, haha. Ini yang aku alami, tekanan perasaan dan gangguan j1n. Maaflah tak pandai buat ayat, dah cuba nak bagi ayat sedap. Ni je mampu.. Terima kasih admin sudi publish dan kalian yang sudi membaca. – Cikgu Cika (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.