Aku ada 3 orang kakak ipar, dan aku sangat hormat dengan diorang. Tapi ada satu hari, aku terdengar dorang bercakap 3 orang dekat dapur. Aku dengar dengan jelas, “kalaulah isteri ada kuasa untuk cerai suami, dah lama dah suami kita ni kena cerai”. Aku terus terjah, masing – masing senyap..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Nama aku Yaya berumur 29 tahun. Aku ada 3 orang kakak ipar. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Aku ada 3 orang abang dan 1 orang kakak. Alhamdulillah masing – masing dah berkahwin dan beranak pinak.
Mak dan ayah aku masih ada tapi sekarang umur dah mencecah awal 70-an. Apa yang aku nak luahkan ialah tentang kakak ipar aku. Aku ada 3 orang kakak ipar iaitu kak Yana, Kak Diba dan Kak Ily. Antara tiga orang Kakak ipar aku, Kak Yana ni adalah Ipar yang paling tua dan dia seorang yang berani, kadang – kadangmulut cakap main lepas je.
Awalnya aku sangat respect dekat kakak – kakak ipar aku dan aku anggap mereka sebagai kakak kandung sendiri. Masa mereka kahwin umur aku masa tu baru sekolah menengah. Abang aku kahwin selang setahun. Jadi 3 tahun berturut – turut aku dapat kakak ipar baru.
Aku seorang yang pendiam dan suka memerhati. Family aku memang dah tahu, aku ni jenis yang tak banyak cakap. Walaupon aku intr0vert, tapi aku tetap tolong mak aku kat dapur. Kakak ipar aku ni semua jenis macam makcik bawang, semua benda nak di’bawang’nya.
Kalau mereka bergabung, memang sepanjang hari duk bergosip. Selalu masa hujung inggu, semua adik beradik aku akan berkumpul kat rumah aku dan masa ni lah aku selalu nampak 3 orang kakak ipar aku duk sembang – sembang kat dapur.
Ada waktu tu sekali, aku nak ambil fon aku tertinggal dekat dapur. Aku terdengar dia duk mengata kat ayah aku. MashaAllah, sedihnya dengar. Macam – macam dia cakap kat ayah aku. Memang betul ayah aku tu seorang yang tegas, cerewet bahagian makanan, berpantang makan tu, berpantang makan ni.
Kita yang masih muda ni, kena lah faham orang tua kena jaga makan. Daripada masalah makan, sampai lah dia kata ayah tak reti jaga anak. Masing – masing duk aibkan suami masing – masing. Duk kata suami ni per4ngai macam ayah.
Ayat yang aku tak boleh nak brain Kak Diba kata, “kalaulah isteri ada kuasa untuk cerai suami, dah lama dah suami kita ni kena cerai”. Semua yang buruk dia kata ajaran daripada ayah. Aku masa dengar tu dah sebak. Aku tahu ayah aku macam mana, walaupun dia ni seorang yang garang, strict, cerewet, aku tahu ayah mesti lah nak buat yang terbaik untuk anak – anak.
Lama jugak aku duk mengintip dan dengar mereka bergosip. Sampai tahap aku dah tak sanggup dengar lagi, aku pun terus masuk dapur dan ambil fon aku. Dorang semua terk3jut aku tiba – tiba masuk dapur. Lepas ambil fon tu aku dah tak tahu apa yang dorang duk sembang.
Bukan ayah aku je yang jadi m4ngsa gosip, semua family aku termasuklah aku. Pasal aku nanti aku cerita. Yang kedua ni aku nak cerita pasal akak aku. Nama dia Kak Yan, seorang penjawat awam. Dia ada seorang anak 0KU kategori aut1sm.
Aku perasan kakak ipar aku duk mengata kat Kak Yan dapat anak macam tu sebab d0sa banyak, jadi dengan cara tu Kak Yan boleh hapuskan d0sa, lebih kurang macam tu lah. Aku duk perhatikan, memang kakak ipar aku ni dia buat tak layan je kalau nampak anak Kak Yan.
Ibarat macam tak suka mak, tapi terpalit kat anak. Kesian kan kat budak yang tak bersalah tu. Tapi serius aku tak tahu apa masalah sebenar kakak – kakak ipar aku dengan Kak Yan. Aku pun malas nak tanya, cuma apa yang aku perhatikan, mereka memang tak suka kat Kak Yan.
Mungkin Kak Yan ada buat salah dengan dorang ke, ada terasa hati ke, wallahu a’lam. Okey, untuk kes aku pulak, aku tak tahu lah kenapa. Memanglah aku ni seorang yang pendiam tapi aku pun manusia jugak. Ada hati dan perasaan.
Aku ni jenis yang memang duduk kat dapur dan suka mengemas. Takpe lah mulut tak banyak cakap tapi asalkan tangan bergerak buat kerja. Hari tu aku memang keje overtime, selalu tidur lambat, kadang – kadang pukuI 3 baru tidur.
Jadi, weekend aku tidur semula lepas subuh dan bangun lambat. Dalam 3 minggu jugak aku repeat benda sama gara – gara nak kejar dateline. Time tu aku betul – betul serabut kena push dengan bos aku. Aku jadi down dan memang tak de mood nak masak.
Asyik nangis je tapi aku tak bagitahu sesiapa pun pasal tu. Sampai la satu masa tu, anak saud4ra aku report kat aku, dia kata mak dia (Kak Yana) kata aku ni pemalas. Ya Allah, sedih sangat – sangat aku rasa. Selama ni aku duk kat dapur, buatkan air dan makanan untuk ipar – ipar takde sape pun nak ucap terima kasih.
Bila tiba kita tak masuk dapur, terus di cop pemalas. Tak nak tanya dulu apa masalah kita. Aku memang betul – betul tengah down, lepas tu dengar macam tu pulak, lagi lah aku rasa tak w4ras. Ikut hati nak meng4muk je, tapi aku pujuk diri aku.
Sebab kalau marah ni benda yang sia – sia. Aku istighfar je. Lepas anak saud4ra aku report kat aku, aku terus pergi dapur. Sampai kat dapur dorang diam dan sambung makan. Biasanya dorang akan tegur aku dan pelawa aku makan, tapi ni tak terus buat muka tak tahu, seolah – olah aku tak wujud.
Aku sedih sebab selama ni aku hormat dorang, aku dah anggap macam kakak sendiri tapi dorang mengata kat aku di belakang. Sejak dari hari tu, aku bercakap bila perlu sahaja. Bila aku solat, aku selalu berdoa supaya family aku dapat bersatu semula bersama ipar duai.
Aku menangis bila teringat family aku sebelum kahwin, masing – masing ambil berat sesama adik beradik, rapat sangat. Tapi lepas dah kahwin masing – masing jadi renggang. Aku tak tahu kat mana silapnya family aku ni. Bila dapat kakak ipar yang talam dua muka ni, aku jadi takut untuk berdepan dengan orang ramai.
Dah lah introvert pastu tr4uma dengan orang lain pulak. Masa aku berdoa, memang sebak, air mata susah nak berhenti. Banyak lagi kisah pasal kakak ipar aku, takpelah setakat ni je lah aku boleh mengadu. Yang lain semua Allah je lah yang tahu.
Korang doakan keluarga aku baik seperti sebelum ni ya. Aku selalu doakan supaya kakak – kakak ipar aku diberikan hidayah. Doakan jugak supaya keluarga aku dapat baiki kelemahan dan bersatu semula. Aku sedih. – Yaya (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noradila Ismail : Kalau akak dah lama akak terjah. Pastu buka ceramah. Yala kalau kita ni dengar dari orang yang menyampai kita tadak bukti. Ini kita dengar real dik. Patut kita pert4hankan mak ayah kita. Cakap kat depa mak ayah dah ajar elok – elok yang tak elok tu abang – abang kalau pun tak elok. Lainla kalau mak ayah jenis back up anak.. Itu cita lain. Berani noh mengumpat tuan rumah di rumah tuan rumah.
Anum Kamaruzzaman : Dalam family saya pun ada sorang kakak ipar ni mentang – mentang lah mak mertua dah tak ingat contoh tak ingat letak beg kat mana habis barang kemas diambilnya lepastu selamba aje dia pakai weh macam kita tak tau itu brg emas mak kita kot. Orang nak beli emas sekarang ni pun fikir dua tiga kali dia dapat free je wehh.
Nur Hidayah Kamal : Tu ipar belum kena buku dengan ruas. Patut masuk dalam family yang mulut sama – sama boleh tahan dengan mulut diorang. Baru ada akal. Adab mulut kena jaga. Lagi – lagi kalau dapat keluarga mertua yang ok. Patut bersyukur jaga mulut tindak tanduk.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.