Anak asuhan nakal sampai anak aku pun terikut. Satu hari dia duduk atas anak aku, depan mata mak dia

Aku mengasuh anak cikgu sesi pagi tapi dorang tak pernah ambil anak awal. Ambik mesti pukuI 6 petang atau sampai lewat malam. Satu hari, si ibu mesej aku, cakap mereka pergi pekan beli barang dulu. Sebenarnya suami aku nampak kereta dia kat tepi rumah. Tapi dia tak datang ambil anak..

#Foto sekadar hiasan. Aku terpanggil untuk menulis kerana aku ada terbaca beberapa posting mak bapak yang mengadu tentang sikap pengasuh tapi tak ada satu pun posting pengasuh mengadu tentang sikap mak bapak.

Pertama sekali aku nak perkenalkan serba sedikit tentang diri aku. Aku seorang pengasuh. Ada anak kecil dan sekarang sedang hamil trimester kedua. Aku seorang yang lembut hati tapi agak garang. Mungkin kerana penat waktu mengandung ni jadi sukar untuk aku kawal em0si.

Tapi aku bukan la giIa nak marah – marah tak tentu pasal. Bila salah aku marah. Biasanya aku tahan tapi bila selalu tahan aku mudah meIetup. Belum pernah naik tangan kecuali pada anak sendiri. Prinsip aku, aku tak akan pukuI anak orang.

Kisah aku bermula bila aku ambil seorang anak asuhan ni aku namakan dia Faiz. Faiz ni berumur tiga tahun dan agak nakal atau mungkin lebih tepat kurang perhatian dari ibubapa dia. Wallahua’lam. Aku pun tak berani judge.

Beza umur anak aku dengan Faiz ni dua tahun dan anak aku banyak terikut per4ngai Faiz. Kebanyakannya yang negatif. Aku tak salahkan dia sepenuhnya. Aku cuba berfikir positif mungkin ini fitrah anak kecil. Aku faham dia nakkan perhatian.

Aku ingat lagi, minggu pertama aku mengasuh Faiz, depan mata aku dia duduk atas anak aku dan tekan kepala anak aku ke tilam. Reaksi aku? Terk3jut dan terus ambil anak aku. Kali kedua dia buat atas lantai. Aku sebagai ibu sangat marah. Tapi aku hanya tegur secara baik.

Perkara ni aku tak ceritakan pada ibu dia. Silap aku. Sebab dari awal tak bagi tahu. Lepas hampir setahun, dia buat lagi dan kali ni dia buat depan mak dia. Terus ibu dia terk3jut dan tanya siapa ajar buat macam tu. Reaksi aku masa tu biasa je sebab itu bukan kali pertama.

Sekarang Faiz ada adik namanya Faiq. Umur kurang setahun. Ragamnya kurang. Kadang – kadang mudah dijaga. Kadang – kadang susah. Biasalah bayi. Aku memahami. Menjaga Faiq bukan masalah bagi aku. Yang jadi masalah adalah ibunya.

Dari dulu sampai sekarang masih sama. Dari sebelum aku hamil sampai sekarang sedang hamil. Dari aku jaga Faiz lagi ibu dia suka ambil lambat. Kadang – kadang sampai malam. Masa Faiq belum lahir, setiap kali habis kerja mereka akan balik rumah tidur dulu.

Petang baru ambil Faiz. Ada masa mereka pergi makan dulu baru ambil anak. Untuk pengetahuan pembaca semua, ibu ayah Faiz ni guru sesi pagi. Jarang sekali ada tugasan sampai petang. Kalau ada pun mungkin sampai jam empat petang.

Mereka biasanya ambil anak jam enam petang ke atas. Jarang sekali ambil awal. Setiap kali mereka ambil anak lambat aku tak pernah minta BAYARAN LEBIH MASA. Jadinya kalau ambil sampai lewat malam pun tiada bayaran dikenakan.

Faiz pernah bermalam kat rumah aku waktu weekend selama dua malam dan TIADA BAYARAN DIKENAKAN. Aku tak caj sebab aku seorang yang malu meminta – minta, lebih lagi berkaitan duit. Andai kata upah mengasuh dibayar lambat pun aku tak akan minta.

Alhamdulillah, untuk part ni belum pernah lambat. Sekarang aku hamil, aku cepat penat. Em0si aku apatah lagi. Ada satu hari, aku nak rehat masa tu dah jam dua petang. Aku baru nak tidur, Faiq bangun. Aku menangis sebab rasa penat sangat.

Ibu Faiq mesej aku bagi tahu mereka pergi pekan beli barang dulu. Sebenarnya suami aku nampak kereta dia kat tepi rumah. Tapi dia tak datang ambil anak. Untuk pengetahuan semua, dari awal aku hamil aku dah cakap aku tak boleh mengasuh.

Aku bagi dia masa sebulan untuk cari pengasuh lain. Ibu dia seolah – olah tak cari pengganti aku. Bila hampir hujung bulan, katanya tak jumpa pengasuh dan minta aku sambung lagi. Kehamilan kali ni aku kerap ke kIinik untuk check up.

Tak pernah sekali pun aku minta cuti. Dari masa aku mengasuh Faiz, memang aku jarang minta cuti. Seingat aku dua ke tiga kali saja. Itu pun sebab memang terdesak. Kali pertama sebab aku berjaga semalaman kat hospitaI tunggu anak aku masuk air dan kali kedua sebab aku munt4h teruk.

Kalau s4kit, pening atau tak larat sangat masa hamil ni, aku akan minta suami ambil cuti supaya boleh tolong jaga anak dan anak asuhan. Aku takut sangat nak minta cuti risau mereka terbeban. Paling aku kecewa, dia tahu aku hamil tapi dia tetap ambil lewat.

Kadang – kadang pergi makan dulu baru ambil anak. Sedangkan masa dia hamil aku bagi ruang pada dia rehat dulu baru ambil anak. Tak pernah sekali aku berkira. Tapi dia? Masa PKP baru ni, aku sempat mengasuh Faiq dua minggu dan bayaran yang aku terima tak penuh.

Tak apa, aku terima saja. Aku anggap Allah bagi rezeki aku banyak tu. Walaupun ada lagi perkara lain yang buat aku makan hati dan kecewa, aku tetap jaga anak dia sebaik mungkin. Aku peIuk civm anak dia macam aku peIuk civm anak aku.

Untuk perkara lain aku ambil sikap abaikan dan hadap je. Aku bukan pengasuh yang baik tapi aku selalu cuba yang terbaik. Walaupun selepas anak dalam kandungan aku lahir, aku masih nak terus mengasuh. Tapi untuk mengasuh lagi anak dari ibubapa Faiz dan Faiq mungkin tidak. Aku serik.

Semoga lepas ni aku dapat anak asuhan dari ibubapa yang lebih. Terima kasih buat admin sekiranya penulisan ini disiarkan dan terima kasih juga buat para pembaca kerana sudi baca. Maaf sekiranya penulisan aku terlalu panjang dan tunggang langgang.

Aku harap tiada kata kecaman untuk aku mahu pun ibu Faiz dan Faiq. Doakan aku terus diberi kesabaran untuk bertahan dengan sikap ibu mereka. Sekadar info, Faiz dan Faiq bukanlah nama sebenar. Assalamualaikum dan salam sejahtera – Makcik Kiah (Bukan nama sebenar)

Rui Araujo : Jangan lembut sangat. Kerja biar setimpal. Pasni tetapkan. Buat hitam putih. Hantar jam berape.. amik jam berape. Kalau lewat amik cas berape. Kalau parents merungut berkire tunjuk surat persetujuan. Pastu kalau tak larat bagitau taknak.Learn to say no.

Kalau dia hantar takyah buka umah atau pegi jalan tempat lain. Awal – awal dulu mesti tegas dengan parents. Kalau mereke tak suke mereke carik orang lain. Jangan jadi m4ngsa. Kalau penat setimpal dengan upah takpe jugak. Ni fizikaI dengan mentaI. Quit jer.

Nurul Atiqah : Awak lembut sangat kot. Saya yang baca pulak yang geram s4kit hati. Cuba lebih tegas sikit. Kalau s4kit, mintak cuti. Kalau rasa perIukan extra payment, mintak. Kalau rasa nak rehat, waktu sekian – sekian awak wasap mak diorang cakap awk ade hal, suruh diorang ambik awal lepas balik sekolah.

Kalau ambik lambat, sejam extra rm15. Awak berlembut sangat, sebab tu kena pijak kepala. Tak berkira takde masalah, tapi kalau sampai memud4ratkan diri kan ke menyusahkan. Kerja elok ni tak semestinya bijak. Dia pikir me time dia je, common sense kat orag takde. Sekian dari saya. Maaf kalau tergur1s.

Mam Aisyah : Malas nak jage anak ke Ibu budak – budak tu? Saye pun cikgu jugak. Sesi petang. Saye akan hantar waktu nak pergi sekolah. Tak pernah nak hantar awal kecuali kalau ade tugasan di sesi pagi. Suami saye kerje ikut shift mase tu.

Jadi ade minggu tertentu yang akan hantar lambat atau tak hantar langsung. Pengasuh saye sampai minta saye hantar je lah anak tu macam biase sebab saye bagi upah tak pernah kurang. Tapi saye memang tak pernah saje – saje nak hantar awal.

Balik sekolah saye terus ambil anak. Kadang – kadang suami saye ambil awal sebab dia balik kerja awal. Tq my Ibu pengasuh anak – anak saya. Memang jage dengan penuh kasih sayang. Alhamdulilah..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.