Selepas sebulan isteri aku meninggaI dunia, anak aku pula menyusul pergi tinggalkan aku

Mak tak suka bila anak lelaki dia sayang bini lebih. Mak dalam diam suka hasut aku benci bini aku. Mak aku macam seronok tengok aku marah dan pukuI bini. Mak kata jangan bagi duit kat bini, dia suruh aku habiskan duit bini aku. Sampaikan bini aku sebentuk cincin pun aku tak pernah beli. 

#Foto sekadar hiasan. BINI AKU DAH LARI! Aku tahu kenapa bini aku lari. Dulu aku jahat tak kerja, bini aku senyum je pelihara biawak hidup. Mak aku dan adik beradik aku semua benci aku. Tapi bini aku tetap hormat dan sayang aku.

Bini aku sabar je aku m4ki aku pukuI, dia tak berenti doakan aku ajar aku solat ajar, aku baca quran sampai aku jadi baik sikit la. Bila aku jadi baik aku memang sayang sungguh kat bini aku. Ye la, mak aku pun tak pernah p4ksa aku solat dulu.

Mak aku pun tak pernah marah aku buat jahat, mak aku macam tak peduli. Mak buat kerja dia je, berniaga kedai makan. Sekarang bila aku dah baik sayang anak bini, rajin ke masjid, dan ada sikit rezeki Allah bagi aku.

Mak aku pulak ambik peranan, dia ajar aku secara halus suruh aku benci bini aku. Aku tak perasan, sump4h, aku ikut kata mak aku. Kata mak, “kau jangan manjakan sangat bini, malu kat orang dok tolong bini buat kerja rumah.

Duit kau tu kau simpan, makan minum pakai la duit bini kau sudah la. Duit kau jangan dok boros belanja, simpan bekalan kau tua esok – esok.” Padahal bini aku lah yang ada masa aku susah, masa mak aku buang aku dulu, sampai bini aku meninggaI sebentuk cincin pun aku tak pernah beli untuk bini aku sepanjang kahwin sampai lah dia meninggaI.

Kenapalah aku buta, kenapalah aku tak sedar semua tu. Bila aku ada duit aku bagi bini aku sikit je, kalau aku dapat untung 1000, aku pandai bagi bini 100 atau kadang 150, itu je.  Tapi kat mak aku, aku bagi banyak sebab mak aku ni dia pandai bodek aku bila ada duit.

Lepastu mak aku ni jenis tak boleh tengok anak laki dia sayang bini. Mak aku tahu aku suka pukuI bini sebab depan mak bapak aku pun aku buat tapi mak aku tak pernah bertegas pun dengan aku. Dia macam seronok pula aku marah m4ki pukuI bini aku.

Aku cukup berkira dengan bini dalam soal duit padahal bini lah yang hari – hari bagi makan pakai aku dengan titik peluh dia duit dia. Tak pernah pun dia berkira. Satu hari bini aku tak ada duit dan anak baru mula sekolah.

Biasalah rezeki ada pasang dan surut. Aku masa tu ada duit, korang tau tak, aku sikit pun tak hirau masalah bini aku dengan anak nak sekolah. Eletrik bulan – bulan dah tak bayar, tak terdetik pun nak bayar. Bila orang nak pot0ng bil, bini aku lah yang bersusah cari duit.

Bil rumah mak aku boleh pulak aku bayar. Aku tak hulur kat bini aku duit tapi aku hulur kat mak bapak aku. Padahal diorang dah berduit dan tak lah memerIukan sangat. Mungkin bini aku terasa, 2 3 bulan sebelum dia nak pergi tu dia layan aku biasa – biasa je.

Bila duit aku dah habis, dia dapat rezeki banyak, dia dah tak hulur kat aku macam sebelumnya. Dia banyak buat kerja sendiri tak bincang dah dengan aku. Aku tak sedar yang dia tu berubah sebab aku. Aku benci dia, selalu kata aku nak cari bini lain dah.

Aku kata aku benci kat dia, sampai lah dia dah pergi, dia meninggaI dunia. Dia meninggaI secara meng3jut. Petang tu kami berg4duh, aku ni entah lah. Bini aku buat dah betul tapi aku nampak jugak salah dia. Aku m4ki dia, aku nampak dia menangis masa solat.

Malamnya lepas solat isya’ dia jatuh pengsan. Allah dah ambik dia dari aku, mesti semua boleh bayang perasaan aku dan tangisan aku masa tu. Tiga tahun aku d3rita macam orang giIa, kata doktor sebab – sebab dia meninggaI ada pembuluh dar4h yang pecah sebab hentakan lama.

Aku teringat, adakah sebab aku yang selalu pukuI dia dulu – dulu tanpa ehsan, aku buat bini aku macam binatang. Sekarang bini aku dah tak ada, Allah dah ambik bini aku. Sebulan lepas tu anak aku pula pergi tinggalkan aku.

Aku menyesal sebab tak pernah cuba puaskan hati anak dan bini aku. Aku selalu buat dia sedih tapi dia selalu senangkan hati aku, ikut kata aku. Aku tengking pun dia sabar, aku pukuI dia pun, dia maafkan aku. Sekarang dah 5 tahun bini aku pergi, aku pernah berkahwin tapi hanya bertahan 3 bulan je.

Sump4h !!! Tak ada wanita sebaik arw4h bini aku, aku tak nak kawin lagi. Tak ada dah yang sebaik bini aku. Sayang, abang harap sayang ampunkan abang, hari – hari abang rindu sayang, rindu anak kita. Abang tahu sayang selalu s4kit – s4kit badan s4kit kepala.

Sayang selalu tak sihat tapi abang tak kisah. Abang biarkan sayang berfikir soal duit dan rumah. Abang biarkan sayang tertekan dengan sikap abang. Kalau sayang kembali pada abang semula, abang janji abang nak bahagiakan sayang.

Nak suruh sayang rehat tanpa fikir hal duit belanja dan semua. Abang nak jaga sayang, abang tak nak sayang buat kerja rumah abang nak sayang rehat macam sayang jaga abang dulu. Abang rehat, abang tak fikir duit ada ke tak ade ke, yang abg tahu abang boleh dapat apa yang abang nak. Terima kasih sayang.

YaAllah, abang menangis saat menulis ni. Sayang adalah cinta abang dunia akhir4t. Abang redha ke atas sayang semuanya. NUR AIN AWAK ISTERI TERBAIK. Abang dah jadi bilal masjid kampung kita sayang. Abang dah tunaikan impian sayang untuk jadikan abang bilal dan imam walaupun sayang tak sempat tengok. Terima kasih sayang didik abang kenal Allah.

Komen Warganet :

Farah Diyana Rosli : Allahu… kisah ni kisah yang pertama buat bergenang airmata aku sepanjang aku baca luahan – luahan dalam FB. Encik, jika perkataan KALAU tu boleh jadi kenyataan, semua orang akan pakai perkataan tu encik. Nasi dah jadi bubur.

Encik hadiahkanlah doa dan redha kan lah pemergian arw4h isteri. Semoga encik terus beristiqamah menuju jalan Allah. Kepada lelaki – lelaki yang masih mempunyai isteri, ambiklah iktibar dari kisah ni.

Kepada isteri – isteri di luar sana, jangan pernah jemu untuk membimbing ketua keluarga supaya menjadi ketua keluarga yang sepatutnya. InsyaAllah syurgalah untuk isteri itu…

Mohd Shahril Bob : Tapi sayang dia dah hilang isteri yang berhati mulia walaupun dia dah berubah dan kembali kepangkal jalan. Menjadi seorang bilal tapi dia tetap hilang isteri yang begitu taat dan bersabar dengan kerenah dia.

Muhammad Izreen Shah : Alhamdulillah bang. Setiap manusia melakukan kesilapan. Banyakkan berdoa kepada Allah semoga tempatkan roh arw4h di kalangan org yang beriman. Dan untuk abang berdoa la kepada mak ayah abang supaya bertaubat. Itu yang sebaik baiknya. Berkaca mata saya bila baca cerita abang.

Raja Ayu : Walau terlambat alhamdullilah anda berubah. Mohon dengan Allah semoga isteri dan anak ko tenang di sana. Kau tak dapat mewahkan mereka ketika di dunia ko mewahkan la mereka dengan “kiriman hadiah” untuk mereka di alam sana. Insyallah ko akan tenang.

Azmi Transproter : Tu pasal aku sayang bini aku, biar aku susah macam mana pun, biar aku sorang – sorang pikir pasal nak cari duit, harta benda aku tak nak tengok dia susah sebab cari duit. Sebab dalam dunia ni dia saja yang tahu siapa aku yang sebenarnya, aku sayang dia..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.