Anak aku menangis kuat macam jatuh buaian, tapi bila masuk bilik terk3jut aku tengok keadaan anak

Setiap kali suami pergi kerja, aku dan anak umur 3 bulan tinggal berdua je. Satu hari masa aku dekat dapur tengah masak, aku dengar anak aku menangis. Selalu aku biar je dia menangis sikit – sikit. Tapi lagi tunggu m4kin kuat dia menangis, macam jatuh buai gayanya. Terus aku berlari masuk bilik, terpinga aku tengok anak aku..

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum semua. Aku Yani berumur 24 tahun, dah berumahtangga 2 tahun lebih dan mempunyai seorang anak berumur 3 bulan. Aku nak cerita pasal rumah sewa yang aku baru duduk sekarang ni (tak sampai 2 sebulan lagi aku duduk).

Untuk pengetahuan korang, rumah yang aku duduk sekarang ni agak jauh dengan orang. Tapi masih dalam kawasan kampung yang terletak di kawasan bandar ikan patin. Cuma, rumahnya tu area hujung – hujung sikit. Tak nak kasi details sangat nanti pecah tembelang siapa aku.

Masa memula pindah rumah ni aku dah rasa lain macam dah bila masuk rumah. Tapi aku ikut sajaIah cakap suami untuk duduk rumah ni sebab sewa murah. Rumah sewa ni luaran dia macam rumah yang dah lama tak berpenghuni tapi percaya atau tak, ramai yang dah menyewa sini.

Dan tuan rumah tu baik – baik saja orangnya, aku panggil dia Pak Ali. Ok, aku straight to the point, Bagi aku, “benda” ni memang jenis tak relaks. Baru minggu pertama aku dekat sini, aku dah banyak mimpi benda bukan – bukan yang banyak buat aku takut nak pergi tandas sorang – sorang,

Contohnya mimpi terbangun dari katil ada sesuatu capai kaki aku dari bawah katil, mimpi adik beradik aku berg4duh sesama sendiri, mimpi aku bersetubuh dengan orang yang aku tak nampak muka, dan banyak lagi.

Mesti ada yang kata yang, “alah, mimpi biasa je nihhh…” Aaaa… tak. Kau sabar jap, baca sampai habis okeh. Walaupun dah mimpi macam tu, aku masih tenang. Sebab selama aku hidup, aku memang rasa diri aku “kebal” daripada nampak – nampak atau mengalami benda macam ni.

Yelahkan, orang lain ada saja pengalaman masing – masing, tapi aku zero (kecuali beberapa minggu yang lepas). Jadi, aku jenis relaks tak macam “benda” tu. Seingat aku dalam 2 minggu lepas, aku macam biasa berdua dengan seketul anak aku duduk dekat rumah.

Anyway, aku ni dah biasa tinggal sorang dengan anak kecik bila suami pergi kerja. Waktu tu aku tengah memasak untuk makan tengah hari, biasalah suami nak balik makan kan. Isteri solehah gitchuw. Jadi, aku dengan fokusnya memasak sampailah tetiba anak aku merengek nak susu.

Hai lah seketul ni time nak masak ni lah dia nak menyusu. Biasanya aku wat lek wat pis dulu kasi dia lagi ‘lapar’ dan m4kin kuat merengek uweek uweek dia tu. Tapi kali ni, bunyi kuat dia tu lain macam. Lama pulak tu. Aku dengar pun jadi pelik.

Apadahal pulak dah dia ni, jatuh buaian ka? Hang kecik lagi pasaipa lasak sangat aihhh… Maka, sebagai seorang ibu yang mithali, sepantas kilat aku terus bergegas ke bilik anak aku. Aku selak saja langsir, aikkk, nyenyak pulak tidur anak aku nih, siap ternganga macam baru balik dari kerja menukang buat rumah orang nyenyaknya tu.

Aku terpinga sesaat, mungkin dia ngigau saja kot tadi. Biasalah baby kan. Kadang – kadang mengigau dia lain macam kalah korang semua. Jadi, aku sambung memasak seperti biasa dan aku tak fikir dah pasal kejadian ni.

Keesokkan harinya pula, “benda” ni mula cari pasal kali kedua (waktu ni aku masih belum tahu yang ini merupakan ‘gangguan’). Aku rasa memang waktu dia mengacau aku gamaknya bila suami aku dah pergi kerja. Waktu suami aku ada takda pula nak kacau geram pula aku.

Macam ni, waktu tu aku baru lepas solat zuhur dan anak aku tengah tidur. Kalau ikutkan, inilah masa aku sebagai ibu yang baru setel berpantang ni nak rehat luruskan pinggang atas katilkan. Waktu ‘me time’ lah senang cerita.

Sambil baring – baring tengok budak – budak busuk joget dekat tiktok, tetiba.. Krekkkkk, kriukkkk,.. berbunyi pulak kerusi dekat dapur aku macam ada orang nak duduk makan. Aish, suami aku dah balik dah ke? Awal pulak dia hari ni.

Biasanya bila dia balik, dia ajak aku makan sekali, dan must4hillah aku tak dengar bunyi kereta dan pintu rumah aku ni. Bunyi kerusi tu macam bunyi orang menggelepar nak makan macam tak ada hari esok dah aku dengar.

Maka, aku tanpa bersangka buruk, cepat – cepat ke dapur nak tolong isikan nasi untuk suami aku. Sampai saja dapur, mencanak bulu roma aku bila nampak 1 jasad manusia pun tak ada. Yang ada hanyalah kerusi yang beralih daripada tempat asal dia.

Weyhh aku waktu memang tak boleh relaks dah. Aku yang tenang dulu bukanlah aku yang sekarang. Aku letak semula kerusi tu tempat dia, kemudian cepat – cepat beredar dari dapur, ambik phone dan buat – buat kononnya pergi ke anak aku.

Tapi macam biasa, anak aku tak bagi kerjasama, dia tetap dengan tidur baru balik menukang dia. Aku tak kisah, aku ambil dia, dukung dekat bahu dan bawa dia jalan – jalan luar beranda. Aku selawat sikit, istighfar, dan mesej suami aku balik cepat sikit.

Aku kata yang aku dah lapar. Dalam setengah jam aku tak tenang duduk dekat luar, suami aku pun balik rehat lunch hour dia. Bila dia sampai, maka aku iringiIah dia ke dapur sambil cerita apa yang jadi dekat aku tadi. Kau tahu tak dia respon apa?

“Oh yeke, angin kot sayang.”

“Anginnn?? Seriuslah abang?”

“Iya, boleh jadi angin sebab penyewa kan kata tak pernah lagi ada kes orang pecah masuk rumah area sini.” Kalau ikutkan aku nak saja kurung laki aku ni dekat dapur 24jam biar dia sendiri tengok angin mana yang tiup kerusi tu tengah hari panas macam hari itu.

Tapi tak apa, aku iyakan sajaIah. Mungkin suami aku tak nak aku takut dan resah sebab macammanapun, aku tetap kena duduk berdua dengan anak aku bila dia pergi kerja. Lagipun, aku ni penakut. Jadi.. aku tarik nafas, hembus. Mungkin betullah angin. kan?

Well, aku dah jumpa jawapan dia selepas selang sehari dua macam tu, bila suami aku cuti hujung minggu. Biasalah malam minggu, aku dan suami tengok phone masing – masing. Aku tengok youtube sambil menyusukan anak.

Suami pulak main game MMORPG dekat phone dia. Sambil – sambil borak, sambil – sambil makan jajan, sambil gosip pasal sed4ra mara. Jam 11:00 lebih: Aku dengan suami tiba – tiba terdiam serentak sebab terdengar bunyi atas atap macam ada kucing lari – lari main kejar – kejar gamaknya.

Tapi kami dok fikir, celah kucing pun tak tahu. Tapi tak apa, benda ni tak ada masalah. 11:30 macam tu: “Kucing” tu main cakar  -cakar pula atas atap rumah dan waktu tu aku dengan suami fikir, mungkin kucing ni kurang kasih sayang.

Jenis sayang rumah tuan, tapi jahanamkan atap rumah orang. Takpelah tu. Tapi suami aku dah tak relaks, sebab kuat weyh bunyi tu, semak kepala otak. Laju dia keluar rumah. Well, berani betul laki aku, respect! Dekat luar, dia buatlah cara tipikal halau kucing “Shiuhhhhhh, syiooohhh…” tu.

Tapi, tetiba dia berhenti dan terus masuk rumah. Dalam masa sama, bunyi tu dah tak ada. So, perghhh, function lah laki aku ni, aku puji dalam hati. Dia masuk – masuk rumah, dia terus ajak masuk tidur. Dia kata dah lewat ni.

Esok banyak kerja nak buat. Ha? Esok cuti lah. Datang mana kerja hari Ahad? Anyway, aku tak menjawab, dan aku ikut saja. Habis dekat situ. Esoknya, suami aku lambat bangun subuh. Puas aku k3jut, tapi macam orang tak tidur sepuluh hari nyenyaknya.

“Abang bangun, dah nak masuk zuhur bang!” (padahal baru 7 lebih, biasalah tipikal mak – mak punya cara k3jut orang bangun tido). Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya dia bangun. Wey, aku tengok dia macam dah tak ada semangat nak hidup.

Lemau lemah lembik semua ada. Tapi aku tak syak apa – apa waktu tu. Jadi, aku teruskan hidup aku dengan buat breakfast simple. Bila dia dah siap mandi apa semua, kami makan sama – sama. Waktu itulah dia cerita pada aku semuanya.

Rupa – rupanya, malam tadi dia tak dapat tidur pun. Dia berjaga sampai pagi. Tapi tertidur juga dalam jam 5 lebih macam tu. Aku tanyalah, kenapa tak boleh tidur? Dia kata, “Sayang, semalam kan ada kucing kacau atap kita, abang halau dia kan malam semalam?”

“Ha betullah tu.” (dalam hati aku, eh nak acah – acah hebat bangga lak, halau kucing je padahal haha)

“Itu bukan kucing sayang.”

“Itu jembaIang.”

….. Bulu roma aku naik lagi weyhh. Ape benda ni weyh.. Semua benda yang jadi malam tu dia beritahu aku. Rupanya dia tak dapat tidur malam tadi sebab dia dengar bunyi guli dekat atas siling rumah aku. Weeeeyyy seram nookkkss bila aku dengar.

Tak guna betullah rupanya yang dia kata angin sebelum ni rupanya natang apa lah? Mesti korang pelik, aku tak dengar ke? Well, aku tak dengar. Alhamdulillah. Suami aku kata, dia sempat terlelap sekejap, dan tersedar sampai ke pagi lepas dengar bunyi tu.

Mula dari hari itu, aku dah jadi takut. Weyh, memang tak tenanglah bila dah tahu rumah ni ada benda tu. Memandangkan aku ni muslim, jadi aku amalkan ayat kursi. Kerap juga kami baca. Tak kisah lah lepas solat ke tak solat ke.

Situasi aku jadi m4kin tak boleh bawa bincang bila esoknya suami aku pergi kerja. Aku salam, civm tangan waktu pagi dia nak pergi kerja tu. Kemudian dia pesan dekat aku,

“Hati – hati ya sayang, jaga rumah.”

“Ingat, kita ada Allah.”

Kemudian dia pandang aku dengan pandangan, “habislaaahhhh kau tinggal sorang”.

Aduh laki aku ni pun satu….! Pagi itu, aku memang tak tenang langsung. Yelah, aku dengan anak je weyh. Kalau jadi apa – apa, takkan anak aku nak selamatkan aku? Memang tak lah. Tapi takpe, aku cuba berzikir dan mulakan hari aku seperti biasa. Alhamdulillah, ok sampai ke malam.

Tapi, esoknya nasib aku tak seindah semalam. Aku ni biasa basuh baju awal pagi dalam pukuI 6 atau pukuI 5.30 pagi macamtu, suami aku je yang masih ber’krooohhh’ waktu tu. Rumah aku ni kalau nak ke dapur kena turun tangga sikit.

Macam biasa aku bangun awal pagi masa tu dalam pukuI 5.30 nak basuh baju mata pun mamai mamai lagi, waktu aku nak turun tangga aku nampak macam ada orang berambut panjang tengah merangkak nak naik tangga sambil pandang aku, sekelip mata je aku nampak benda tu.

Kiranya benda tu macam dari dapur rumah aku nak naik atas. Lagi sekali bulu roma aku macam isap gam. Mencanak lain macam. Wey sump4h meremang aku. Terus aku letak saja bakul baju aku tepi tangga dan tak jadi nak turun.

Sampai bilik tidur, aku k3jut suami aku dan peIuk dia. Dia lagiIah mamai daripada aku. Lepas dah mandi solat semua, aku cerita dekat dia apa yang aku nampak. Hm, macam – macam lagi kalau nak cerita. Tapi sampai sekarang, aku harap apa yang berlaku dekat aku ini tak akan kekal lama.

Aku dah roger suami aku untuk carikan ustaz yang boleh tolong. Yang aku pelik, penyewa rumah ni, Pak Ali macam tak tahu apa – apa. Padahal rumah dia kot. Bila aku menulis confession ni, baru aku terfikir nak tanya Pak Ali betul – betul tentang sejarah rumah ni, kot – kot ada cerita daripada penyewa lain yang aku tak tahu ke.

Lain macam wey hidup aku bila jadi macam ni. Tak apalah, nanti aku kongsi lain pula ya. Korang doakanlah aku ya untuk elok – elok saja dan doa jauhkan aku daripada benda – benda ngarut macam ni. Ok, terima kasih sebab baca. – Yani (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suriana Sabar : Tang bende main atas bumbung tu teringat kenangan rumah kat kampung. Rumah parents sebeIah kawasan kubvr lama pulak lokasi rumah dalam hutan. Jiran paling dekat 1 km kot jaraknya. Malam – malam seronok benar benda – benda tu main lompat – lompat atas bumbung rumah.

Ikot logik patutnya runtuh da bumbung tu bila banding dengan kekuatan bunyinye. Tapi hati muda kental bila dia mula main lompat – lompat atas bumbung 2 – 3 pg, masing – masing yang tak tido lagi cari earphone sambung main tepon. La ni takde dah.. tak berani da.

Qisshhaa Momo : Dulu pernah ada pengalaman duduk rumah tepi kubvr. Nasihat saya, kalau memang tak kuat iman, lagipun ada anak kecil dan baru lepas pantang lebih baik cari rumah lain dan pindah. Kalau masih nak dduk di situ juga, usahakan untuk pagar rumah, selalu pasang al-Baqarah setiap hari pagi dan petang sebelum maghrib. Benda ni suka kacau perempuan, terutama yang mudah lemah. Kena kuat mentaI dan semangat.

Nurul Madihah Nasaruddin : Teringat masa belajar dulu duduk rumah sewa tingkat 7 rumah hujung.. sebab rumah tu asalnya stor, tuan rumah banyak rumah tapi selepas jadi senior aku minta stor tu sebab aku offer nak kemas dan dapat sewa murah 70%.

Dah dapat duduk sana 5 orang dengan junior baru masuk. Weekend semua balik termasuk aku. Tapi satu weekend tu, aku datang balik lepas asar. Pelik biasanya semua dah sampai lepas asar tapi asal aku sorang je wei. Sampai maghrib belum sampai lagi semua. Pintu almari buka tutup wei.. Masa aku hampir nak nangis, member sampai. Aku suruh dia mngucap dulu nak tau dia manusia ke tak.. maghrib wei.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.