Hari tu aku bawak anak aku pergi playground. Ada sorang budak ni, main gelongsor dengan ayah dia. Anak aku pun naik gelongsor yang sama sebab nak ‘papa’ tu sambut dia macam mana budak tu dapat. Lepas lelaki tu sambut dia, anak aku cakap ,“Thank you so much, Papa”..
#Foto sekadar hiasan. Salam guys. Terima kasih kalau confession aku sudi disiarkan pihak admin. Nama aku Helena, semestinya bukan nama sebenar. Berumur 31 tahun, dan masih bujang. Bujang? Ya tapi sebenarnya aku seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel, diberi nama Putri Irene.
Anak aku dah masuk umur 3 tahun. Kenapa aku bukan berstatus ‘janda’? Sebab aku memang benci, malu, meluat dengan status tu. Biarlah aku dikenali dengan seorang ibu tunggal dan bukannya seorang janda. Sebenarnya aku diceraikan oleh bekas suami masa aku pregnant 3 bulan.
Kejadian dah 4 tahun lepas. Dah tak mahu terkenang – kenang dah kejadian tu. Orang tak sudi, orang tak suka, orang tak boleh terima diri kita seadanya, jadi kita move on. Alhamdulillah, semua urusan aku dipermudahkan oleh Allah SWT.
Walaupun mengandung, melahirkan dan berpantang seorang diri dan sehinggalah membesarkan anak pun seorang diri, semuanya Allah bantu dari awal sampai akhir. Cukuplah aku nak bagitahu betapa adilnya Allah pada aku, sepanjang masuk 3 tahun aku jaga anak aku, sekalipun anak aku tak pernah jatuh s4kit.
Tak pernah masuk wad. Tak pernah menghabiskan duit aku untuk masalah kesihatan. Jimat betul duit aku. Sampai tahap dah ambil medical card untuk dia tiba aku rasa membazir plak sepanjang 3 tahun ni sebab tak pernah guna admit ward. Haha.
Ini bukan nak riak ya, cuma nak buktikan Allah sungguh adil pada aku. Haruslah aku sentiasa bersyukur. Sekarang ni aku nak cerita, nak tanya pendapat dan nak meluahkan em0si yang terbuku di hati aku. Benda ni sangat mengganggu aku sejak akhir – akhir ni.
Runsing, sedih bercampur ghisau dah aku ni. Korang janganlah kecam ya. Sebab aku malu sungguh nak cerita pada sesiapa walaupun dekat mak ayah aku sendiri. Dekat kawan – kawan aku lagi sangat malu. Semua kawan – kawan nampak aku macam berdikari, konon nampak macam ibu tunggal yang kuat.
Padahal ni semua duk makan diri aku. Bila aku bukak cerita saja sikit, semua duk gelak – gelak kata takkanlah aku macam tu. Ehh, dorang semua tak caya. Jadi, korang tolong bagi nasihat yang baik untuk aku boleh? Macam ni kisahnya.
Anak aku baru masuk umur 3 tahun, tapi aku dah start hantar anak aku pergi tadika. Tadika apa lah sangat kan, lebih kurang macam playschool saja. Daripada duduk rumah dengan nenek dia, 24/7 tengok tv saja, baik aku hantar pergi sekolah.
Bagi aku sekolah tu bagus sangat, aku sangat berbesar hati anak aku bersedia dihantar ke sekolah untuk umur dia sekarang ni. Mula – mula semuanya okay saja. Semuanya bagus, semuanya menggembirakan aku, semuanya sempurna.
I’m the happiest single mother on earth lah! Aku boleh kata setiap hari anak aku balik, mesti ada saja benda dia belajar dan aku suka sangat tengok progress dia. Aku setiap hari tak sabar – sabar nak balik kerja awal sebab nak ambil anak aku dekat school.
Sampailah suatu hari anak aku boleh tanya kat aku, “Mama, where is my papa?” Aku macam terk3jut weh anak aku boleh terkeluar soalan tu. Aku rasa serba salah nak jawab apa. Aku tak jawab pun bila anak aku tanye. Jangan pelik anak aku boleh tanya, boleh bercakap sebab umur dia masuk 2 tahun dia dah boleh bercakap dengan banyak patah perkataan jadi bila umur 3 tahun ni, macam – macam dah boleh tanya.
Bila aku tak jawab tu, bila malam nak tidur, dia tanya lagi sekali. Ikutkan hati, aku nak saja jawab, “Papa Putri dah m4ti!” tapi aku tak sampai hati. Aku bukan jahat sangat nak pisahkan kasih sayang seorang ayah dengan anak dia tapi tengoklah ayah dia sendiri macam mana kan?
Last – last aku jawab, “Papa puteri busy dengan kerja, Putri.” then anak aku pun tidur saja tak tanya dah. Aku ingat cukuplah jawapan aku tu, rupanya tak cukup jugak. Esok macam – macam lagi tanya pasal papa dia. Aku pulak tak tenteram rasanya. Terganggu betul jiwa ni rasanya.
Duduk kat office, aku terbayang – bayang pasal bekas suami aku. Alangkah indahnya kalau anak aku ada seorang ayah macam orang lain. Aku tak mampu nak contact bekas suami aku, sebab dia memang pernah m4ki – m4ki aku banyak kali.
Dia pernah h1na aku macam – macam, pernah panggil aku peIacur. Bile aku tunjuk mesej dia tu dekat hakim masa dalam court, reti pulak tak nak mengaku. Katanya dia str3ss masa tu, dia depr3ssion teruk so boleh ke dia h1na orang macam – macam lepas tu tak mengaku?
Aku tak tergamak dah nak contact dia. Bila aku contact bagitahu urusan anak, dia akan marah – marah aku cakap aku susahkan dia apa semua. Pastu cakap aku tergedik – gedik nak mesej dia semua, so perlu ke aku buat semua tu dan jatuhkan maru4h aku lagi?
Memang TAK lah. Serious aku kecik hati sangat rasa. Aku tak tahu pasangan lain yang dah bercerai tapi tak bermusvh tu dorang buat macam mana sebab aku dah cuba jadi baik, tetap dih1na dan dim4ki hamun. Jadi, memang cannot go la aku nak contact dia pasal anak lagi.
Aku tak tahu la dia sayang ke tak anak dia sebenarnya. Sebab seingat aku, dia macam tak heran langsung pun pasal anak kami. Duit yes, dia memang bagi setiap bulan. Kemampuan dia bab duit memang ada. Oh ya, bekas suami aku ni seorang engineer dan bekerja dekat Dubai ya.
Gaji bersih dia pun around 26k sebulan ya, itu gaji 4 tahun lepas, sekarang mesti dah naik gaji banyak lagi kan? Kalau setakat bagi 1k sebulan punyalah hal kecik saja kot untuk dia. Celah gigi saja pun. Aku cek setiap bulan pun, nafkah dia masukkan tak pernah miss.
Takde isu duit kat sini tapi isunya kasih sayang seorang ayah yang dinafikan. Kesian anak aku kan. Lepas berpisah dengan bekas suami aku, aku dah tolak jauh – jauh bab hati dan perasaan diri sendiri. Sedih sebab aku salah pilih suami.
Aku ingat lelaki yang jaga solat 5 waktu, selalu pergi masjid, yang sangat baik dekat mak ayah dan family ni memang betullah lelaki baik. Tapi, mungkin aku yang sebenarnya kurang bernasib baik dan kena terima hakik4tlah, jodoh dah takde.
Bagi aku masa tu, Allah memang s4kit weh. Tak mampu dah aku nak rawat. Aku harap aku tak jatuh cinta lagi kat sesiapa lepas ni. Aku cuma perlu kuat nak besarkan anak aku seorang diri. Aku kena bersikap matang, tolak bab em0si jauh – jauh, kena multi-tasking dan kena sentiasa kuat bertenaga sebab aku kena jadi mak dan ayah dalam satu masa.
Bukan senang tu. Bila mana anak aku dah start membesar ni, dia start bertanya pasal ayah dia aku jadi sedih sangat. Tak tahu nak jawab apa. Kesian anak aku kan, tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Baru – baru ni anak aku tanye nak tengok gambar papa dia.
Aku ni gambar bekas suami pun dah takde, punyalah nak lupa benda dia buat dekat aku, tak tahu aku kat mana nk cari gambar dia. Last – last masa pergi farmasi, dia ternampak gambar model lelaki kat botol shampoo. Boleh dia tanye aku, “Mama, is this look like Papa, or not?” aku senyum saja sambil tu aku jawab “Your Papa is looking even good than this.”
See? Baik tak aku? Tak pernah aku burukkan ayah anak aku langsung. Cuma nak bagi papa sebenar dekat depan mata dia, aku tak mampu. Bila aku terfikirkan hal ni, aku rasa aku patut start cari seorang ayah untuk anak aku.
Boleh ke aku fikir macam tu? Atau salah fikiran aku ni? Adakah aku pentingkan diri? Sebab aku tahu ramai lagi orang lain yang tak kahwin, j0doh pun tak pernah merasa ada. Pasangan hidup pun takde. Aku pulak tiba nak rasa kena kahwin lagi sekali.
Jadi adakah aku tak layak mendapat seorang jodoh memandangkan aku pernah merasa alam perkahwinan. Aku takut sangat aku dilabel tidak bersyukur untuk semua ni. Dan aku jugak nak tahu sekarang ni, kat mana aku nak cari seorang ayah untuk anak aku?
Cliche saja kan bunyinya tapi aku tahap seri0us dah ni. Bukan sahaja seorang suami tapi seorang ayah yang penyayang untuk anak aku. Itu terpaling utama. Putri Irene adalah segala – galanya untuk aku. Aku tahu dalam hati anak aku sedih, dia tak rasa ada father background yang mana budak – budak lain tengah rasa untuk sebaya dia.
Itulah aku sedih sangat. Memang dia ada datok iaitu ayah aku sekarang ni tapi aku gerenti benda tu tak akan sama macam kasih sayang seorang ayah. Haritu aku bawak anak aku pergi playground lepas tu ada sorang budak ni, main gelongsor dengan ayah dia.
Lepas tu aku tengok anak aku macam duk ushar – ushar budak yang ada ayah tu, kemudian dia turun gelongsor yang sama sebab nak ayah budak tu sambut dia kat bawah tapi sampai turn anak aku turun, tiba – tiba ayah budak tu tolong tersambut anak aku.
Anak aku duk tersengih – sengih then cakap “Thank you so much, Papa” eh malu pulak aku teringat balik. Entah ayah sape lah tu anak aku duk thank you so much bagai. Dalam hati ni, lagi hiba aku terasa. Salah aku ke bila anak aku takde seorang ayah?
Salah aku ke bila dia lahir – lahir saja takde seorang ayah dipangkuan dia macam budak – budak lain? Bila aku duk fikir – fikir benda ni dan setelah berkali – kali buat istikharah, akhirnya tertulis jugak confession ni. Aku nak mintak pandangan yang ikhlas dari pembaca semua.
Aku memang takde berkawan dengan lelaki yang bujang yang nak mengorat aku. Yang ramai duk try aku dari dulu pun kebanyakan suami orang, memang aku takkan ambil dan takkan pernah berminat dengan suami orang.
Bila aku cakap aku tak nak berkongsi boleh pulak siap bagitahu nak lepaskan isteri dia sekarang sebab ikhlas nak jaga aku. Ket4hian apakah semua ini? Aku takkan jadi per4mpas. NEVER. Terus teranglah kan, untuk perempuan status macam aku ni, aku tahu lelaki memang selalu pandang rendah.
Perempuan pun pandang serong. Suami orang suka ingat orang macam kami ni nak dibuat stok geli – geli. Melayan tak tentu hala. Mesej benda mengarut lah. Mesej – mesej Iucah. Macam kami takde maru4h dan harga diri.
Aku tahu ada saja jenis janda yang gatal dan g3rsang tu tapi bukan semua macam tu. Ramai saja yang tahu jaga maru4h dan harga diri. Macam aku sendiri pun, lepas bercerai dengan bekas suami 4 tahun lepas, aku tak pernah bercinta dengan mana – mana lelaki pun. Takde!
Hidup aku 200% untuk anak aku dan bisnes aku saja. Aku takde keluar pergi dating ke, mesej menggatal cakap bab hati dan perasaan ke, memang takde langsung. Yang datang contact aku ramai, tapi macam aku cakaplah semuanya setakat ni suami orang tapi aku tak pernah pun melayan.
Bila kita tak layan, dorang stop lah nak kacau kita. Yang add aku kt Facebook of course ramai, tapi bila aku cek profile, rupanya suami orang, aku delete request dan tak akan approve. Tu saja tipsnya kalau tak nak terjebak dengan suami orang.
Selain tu, aku sentiasa berdoa kepada Allah yang aku takkan ganggu mana – mana suami orang. Mohon dijauhkan. Aminnn. Sekarang ni aku rasa dah terbuka pintu hati, dan bersedia dah. Jadi, boleh tak korang semua share dekat aku, kat mana ya aku nak ushar – ushar cari jodoh atau lebih tepat lagi, nak cari seorang ‘Ayah Untuk Anakku’?
Ataupun ade tak pembaca kat sini yang mana tahu tengah ikhlas cari jodoh. Yang boleh jadi ayah yang penyayang untuk anak aku dan suami untuk aku jugak. Maafkan aku kalau confession aku ni meIampau, korang rasa loya nak munt4h tapi aku rasa benda ni macam benda baik.
Nak bina masjid kan? Nak cari kasih sayang seorang ayah yang ikhlas untuk si anakku dan seorang suami juga yang boleh terima kami seadanya. Boleh membimbing kami menuju ke syurga. Kalau sesiapa ada idea kat mana aku nak cari seorang ayah untuk anak aku, mohon korang sudi share dekat komen atau kalau ada pembaca atau sesiapa yang tengah cari pasangan hidup (yang masih single) boleh tak drop komen, nanti aku cuba contact ke.
Mana tahu kita berjodohan ke. Haha. Tolong jangan munt4h ya. Untuk pembaca – pembaca lain, boleh tak minta tolong doakan aku dan anak aku mendapat seorang ‘peIindung’ yang akan menjaga kami, mempert4hankan kami, menyayangi kami serta menerima diri kami seadanya.
Yang sesekali tidak akan meninggaIkan kami, hanya ajaI m4ut dapat memisahkan. Aku juga turut doakan untuk mereka yang tidak mempunyai jodoh lagi sehingga ke saat ini, semoga kita dan kalian dimudahkan urusan menemui jodoh oleh Allah Yang Rahman, Yang Rahim. – Helena (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Nor Shuhada Rosli : Sis, call je your ex and terus pass phone to your daughter bila papa dia answer. Tapi sebelum tu kena explain kat anak bagitau yang papa sibuk dan tak boleh cakap lama – lama. Budak – budak ni sis tak payah nak kona sana sini. Explain saja. Bagitau mama papa dah tak stay sama – sama. But we both love you so much. But in different ways.
Aasnawia Haruna : Tolonglah kenalkan anak dengan ayah dia. Saya seorang guru pendidikan awal kanak – kanak. Bukan seorang dua budak yang tanya apa maksud ayah? Kenapa dia takda ayah? Hampir setiap tahun saya kena jawab soalan ni.
Bila masuk tema keluarga saya akan jadi nerv0us nak menjawab soalan. Kita selalu rasa budak kecik tak faham, berusahalah fahamkan mereka. Kalau tak mahu call, beli phone lain hanya untuk send video atau voice note anak kepada ayah.
Boleh latih anak cukup 10 minit sekali seminggu kalau takut dik4ta terhegeh. Syukur ex tt kerja jauh jadi tak perlu menipu, kalau ex masih di persekitaran bukankah itu lebih meny4kitkan? Moga terus kuat dan tabah.
Kloe Kloey : Confessor boleh terangkan pada anak, yang dalam dunia ni ada pelbagai famili structure. Ada yang ada ibu saja, bapa saja, tiada dua – dua, ibu angkat saja, bapa angkat saja etc. Sepatutnya benda ni perlu diterapkan di sekolah juga.
Terangkan yang ibu bapa dah berpisah, tapi dia masih ada ayah. Biar jujur dan supportive. Tiada kelebihan dan kekurangan apa pun untuk dia. Boleh juga nak carik bapa baru tak perlu malu, tapi kena bersedia, risk sentiasa ada.
Kena sangat – sangat berhati – hati. Tapi mungkin juga dapat suami dan bapa dari syurga, mana tau kan? Saya faham kenapa confessor tak contact ex sebab patutnya dialah yang sangat teringin nak tengok anaknya kan? Good luck.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.