Pagi tu tengah nak masak sarapan, ayah aku cakap dengan anak sulung abang, untuk tolong mak aku kat dapur. Kemudian si kakak ni membentak dekat ayah aku (atok dia), lepas tu cakap dia tak makan lagi dah suruh buat kerja. Kemudian dia terus balik rumah mak dia dan mengadu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Lily masih bujang dan berumur 27 tahun. Aku sudah bekerja. Aku mempunyai ramai adik beradik dan semua sudah berkahwin. Aku anak bongsu. Semenjak PKP ni aku dah lama tak balik ke kampung. Jadi lepas je dah dapat green light dari Perdana Menteri aku terus bertolak balik malam tu jugak. Seronok dapat jumpa mak ayah aku. Macam biasa sebagai anak bujang aku memang kerjanya kat dapur jela.
Aku memang ada anak buah yang sangat ramai dari yang kecik cenonet sampai lah yang dah sekolah menengah. Masa aku tengah tolong mak aku kat dapur berdua je. Mak aku mula buka cerita yang mak aku memang penat dan letih sebab kerja mak aku memang kat dapur je. Letih melayan anak cucu.
Untuk pengetahuan korang mak aku ni memang sangat baik tak pernah umpat pasal anak menantu apatah lagi nak merewang membawang. Mak aku jenis diam penyabar. Bila mak aku bersuara bercerita macam tu aku memang boleh bayang betapa mak aku dah letih dan kecewa.
Jadi apa yang mak aku cerita adalah mengenai abang aku yang nombor 3. Semasa kejadian ni aku tak balik kampung sebab PKP. Aku namakan dia sebagaiĀ Abang S, anak dia dah ada 3 orang, sorang sekolah menengah dalam tingkatan 1 dan dua lagi sekolah rendah, berumur 10 tahun dan 9 tahun.
Rumah abang S dekat sahaja dengan rumah mak aku tapi anak – anak abang S memang selalu duduk kat rumah mak aku je manjang, sampai tak balik ke rumah diorang. Dah macam mak aku pulak yang urus diorang. Ada satu pagi tu tengah nak masak sarapan ayah aku cakap dengan anak sulung abang S tu aku namakan dia, Kakak untuk tolong mak aku kat dapur tengok – tengokkan apa tugas dapur yang dia boleh tolong kemudian tolonglah.
Kemudian si kakak ni membentak ayah aku lepas tu cakap dia tak makan lagi dah suruh buat kerja pastu dia terus balik rumah mak dia dan mengadu. Abang S datang marah mak aku sebab suruh – suruh anak dia buat kerja. Abang S cakap pada mak aku ayah aku suka suruh – suruh anak dia buat macam – macam kerja, sedangkan kalau suruh pon kakak tu memang berat tuIang nak buat.
Pada aku, ibubapa sekarang manjakan anak tak bertempat. Kalau tak diajar dari sekarang kelak anak – anak tak dapat berdikari, pemalas dan tak dapat bantu ibu bapa sendiri bila sudah tua. Ibubapa macam ni memang real tr4sh pemusn4h anak sendiri.
Sebenarnya aku dari dulu lagi memang tak suka cara abang aku didik anak. Bukan anak yang mendengar kata Abang S tapi Abang S yang macam lembu dicvcuk hidung menurut kehendak anak. Ayah aku sudah tegur cara Abang S, masa kakak masih kecik lagi tapi Abang S masih sikapnya sama ikut telunjuk anak dengan alasan sayangkan anak.
Pernah kakak masa umurnya 5 ke 6 tahun baIing spanar terkena muka ayah kakak ipar sampai berd4rah sebab tak dapat apa yang dia nak. Masa tu lah ayah aku mula tegur Abang S aku supaya jangan manjakan dan menurut semua kehendak anak. Mungkin umur 5 ke 6 tahun tu nampak masih kecil tapi sebenarnya kita sudah boleh usaha disiplinkan anak – anak.
Abang S gajinya tak besar tapi apa sahaja yang kakak nak akan dibeli sampai hujung bulan selalu berhutang dengan ayah aku. Abang S tiada komitmen sebab tiada kereta dan rumah untuk dibayar. Malahan motor juga dibeli oleh ayah aku. Abang S selalu marah mak aku kata mak aku membezakan kasih sayang pada cucu. Katanya mak aku lebihkan cucu yang lain dari anak dia.
Banyak lagi sikap kakak yang negatif disebabkan abang S yang terlalu manjakan dia dan yang paling aku kecewa ialah Abang S tak pernah marah kakak bila dia tak solat. Abang S tak pernah disiplin kan anak dia untuk belajar dan sebagainya.
Aku dulu adik beradik maghrib tak boleh menonton tv. Kena belajar kami semua cemerlang dalam pelajaran berkat ketegasan ayah. Anak saud4ra aku sekarang tiada yang dapat result cemerlang dan tiada pula yang mempunyai adab sopan.
Sekarang sudah terlambat untuk seIamatkan kakak. Dia sudah meningkat remaja dan sudah kebaI dari nasihat. Apa sahaja yang cuba dibentuk sekarang sudah tidak menjadi. Anak sudah menjadi degil. Aku sungguh tak faham adakah Abang S suka melihat anaknya hanya melepak sahaja sambil menghadap phone dan tidak pndai membuat apa – apa kerja rumah tidak boleh disuruh ditatang bagaikan tuan puteri.
Sungguh aku kasihan pada kakak. Nasib mu maIang mendapat ibu bapa yang kurang prihatin. Kau dulu ibarat kain putih banyak warna positif yang dapat dilukis tapi sayang si pelukis si pencorak ibubapa mu laIai, kurang ilmu dan tidak mahu menerima teguran dalam mendidik anak – anak, tiada ketegasan tiada disiplin yang dipupuk.
Hasil dari didikan abang S si kakak menjadi pemalas, kurang ajar dan pembentak. Jika aku meminta tolong dari kakak pelbagai alasan keluar dari mulut dia yang buat aku naik d4rah. Mulutnya hanya tahu menjawab sahaja maklum lah dari kecik sampai besar dilayan seperti permaisuri segala benda dibuatkan dan disuapkan.
Kepada semua ibu bapa di luar sana anak amanah Allah. Aku juga berusaha menasihati anak saud4ra ku tapi aku juga tidak selalu di kampung tak dapat aku bantu terapkan nilai positif dalam diri mereka. Aku bersyukur mak ayah ku dulu memang tegas dari darjah tiga aku sudah diajar pelbagai tugas urus diri. Darjah enam aku sudah pandai pelbagai tugas dapur. Sekolah menengah aku sudah pandai memasak walaupun aku anak bongsu.
Kakak sekarang Iipat baju pon dia tidak pandai urus diri dia pon tidak pandai bila tidak diajar dari kecil sampai bila dia mahu berg4ntung pada ibu bapa. Jangan lah r0sakkan anak sendiri dan sayang tidak bertempat. – Lily (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fazidah Abdul Kadir : Pernah ada kes di sekolah dah lama beberapa tahun dah, anak perempuan tu curi masuk ke sekolah asrama malam – malam tanpa bertudung bersama kawan – kawan nak buat apa? Blok akademik tu ada jugak pelajar lelaki bukan perempuan sahaja, dah lepas waktu prep, dia nak buat apa? Entahlah tapi mencurigakan, bersikap agak buruk walaupun dah ditangkap, dan ayahnya sendiri mengaku anaknya itu tak pernah dijentik apalagi disuruh buat kerja. Hanya dibiarkan belajar dalam bilik dan diberi apa yang dimahukan. Sedih, masih boleh diajar kalau baru berusia 13 tahun jangan sampai terlambat, nanti menc0nteng arang ke muka.
Sheelyza Ismail : Kalau sampai biadap macam tu elok ditangankan je. Aku memang selalu suruh anak – anak aku. Masa PKP aritu duduk rumah mak mertua aku, ada anak buah lain duduk dekat rumah dengan mertua. Hari – hari datang situ Diorang memang tak pernah disuruh tolong kemas, lepas makan ke apa, tapi masa aku duduk situ, memang aku suruh semua budak yang ada. Depan mak ayah masing – masing. Awal – awal tu memang diaorang cam malas – malas gak, mak dia pon cakap tak pernah suruh anak – anak lelaki die tolong. Tapi lama – lama tu masing – masing memang dah tau lepas makan kena buat apa.. Sebulan lebih gak la aku duduk umah mertua masa PKP aritu…
Nurazmiratul Shazreena : Abang S tu salah ajar anak tapi mungkin sebab abang S tu pun dapat semua. Dah kata motor, rumah pun tak bayar sendiri. Dapat motor free bapak bagi. Macam tu la jugak dia bagi kat anak dia. Sorry to say, kalau anak aku atau anak sed4ra aku, dia meIawan mulut tinggi suara kat atuk dia pun aku tamp4r dah. Bukannya kecik lagi. Dah sekolah menengah pun. Bukan alasan dah terlambat nak didik. Selagi hidup, selagi tu kena didik. Abang S tu sendiri pun biadab. Boleh Iawan cakap mak ayah sendiri. Macam mana nak ajar anak dia. Kalau sampai biadap dengan atuk nenek ni kena masuk campur, tak payah datang kalau menyusahkan
Norsyahmila Rahmat : Aku ada anak sed4ra kecik – kecik 4 orang, anak aku sendiri sorang. Nak kata hari – hari kitorang semua balik rumah mak aku sebab memang dekat. Tapi 1 benda kitorang tegas, didik anak sama – sama. Anak akak aku buat hal, aku r0tan. Anak aku buat hal, akak aku r0tan. Kadang – kadang tu, semua kena. Lepas main kemas. Kalau tak kemas, lepas ni tak payah datang rumah. Aku harap diorang ingat smpai besar.
Dhiya N Dhiya : Sebagai seorang ibu yang ada anak sedang meningkat naik umurnya. Aku memilih untuk pejam mata, istighfar dan tanam dalam kepala otak apa yang aku tak berkenan dengan per4ngai anak – anak kawan atau yang aku jumpa. Lepas tu aku akan usahakan anak aku tak berper4ngai macam tu. Tapi kalau ko sibuk pasal anak aku, complain itu ini. Siap la. Tadah la telinga ko aku bentangkan keburukan anak ko. Silap – silap cara ko berj1mak pon aku kaitkan.
Untuk anak sed4ra awak tu. Cadangkan pada mak. Bila dia datang. Jangan dilayan. Jangan masak atau apa saja. Dia nak cakap pon buat tak acuh je. Pada mula – mula memang orang akan nampak buruk nenek pilih kasih dan sebagainya. Tapi lama – lama orang akan nampak juga sebabnya kenapa.
Mady Kamil : Inilah pelapis untuk buat rumah nanti macam tempat sampah yang selalu ditunjukkan kat internet tu. Muka kat luar lawa giIer, make up tapi bila tengok bilik macam tempat sampah. Mak ayah kena ajar anak untuk buat kerja rumah, bukan membuIi tapi mendidik anak – anak erti tanggungjawab. Bukan anak perempuan je kena didik buat kerja rumah, anak lelaki pun kena buat juga. Nanti dah kahwin takde lah semua c4mpak atas kepala bini.