Kak ipar memang tahu per4ngai liar aku dari sebelum kahwin lagi. Tapi sebelum ni dia simpan je ‘aib’ aku depan suami dan keluarga mertua. Satu hari aku up gambar rantai emas suami bagi, sekali suami tegur jangan letak dekat FB, kak ipar tak suka. Diam – diam aku baca mesej kak ipar..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, maaf aku terp4ksa mengadu dekat sini sebab dah tak tahan makan hati dengan sikap kakak ipar dan mertua. Nama aku Anna, berusia 25 tahun dan sudah berkahwin, mempunyai anak perempuan seorang.
Aku menetap di ibu kota dan bekerja sebagai accountant sebuah syarik4t di ibu kota. Mempunyai seorang suami yang baik, penyayang dan rajin bekerja. Tapi satu je masalah aku, kakak ipar aku ada per4ngai sikit. Dari awal perkenalan aku dengan suami sampai lah kami sudah berumah tangga.
Kakak ipar aku adalah kawan kepada kawan aku, jadi secara tak langsung kami juga berkawan. Waktu aku di usia muda (anak d4ra) aku seorang yang agak sosiaI, ramai kawan lelaki sering bertukar tukar pasangan. Kakak ipar aku tahu perihal aku sebab kawan aku suka bercerita mengenai aku kepada kakak ipar aku.
Tapi kakak ipar aku tak pernah bersuara depan aku. Aku berkenalan dengan suami aku melalui majlis perkahwinan kakak ipar aku. Waktu itu aku dijemput oleh kakak ipar aku, jadi aku datang dengan kawan aku. Waktu aku tengah cedok lauk, suami tegur aku cakap baju aku kotor kena kuah lauk kenduri, masa tu la kami berkenalan.
Aku tak teragak pun untuk berkenalan dengan suami sebab suami mempunyai perwatakan yang sangat baik. Berbeza dengan bekas teman lelaki sebelum ni. Dan keluarga suami juga orang baik – baik. Jadi aku tertarik dengan kejujuran suami.
Suami tua 3 tahun daripada aku. Suami bekerja sebagai seorang gunting rambut. Alhamdulillah berkat hasil usaha suami mampu buka dua cawangan gunting rambut di rumah kami dan juga di bandar Selangor. Usia perkenalan dengan suami hanya 4 bulan lepas itu suami datang merisik.
Pada mulanya kakak ipar aku tu okay saja. Tapi lama – lama ada banyak cerita yang tak enak untuk aku dengari daripada kawan aku. Kakak ipar cakap aku tak layak untuk adik dia sebab kakak ipar cakap aku perempuan sosiaI.
Kakak ipar tak pernah mengadu buruk depan aku. Tapi dia selalu bercerita dengan kawan aku. Aku mulanya tak ambil pusing memandang aku dan suami akan berkahwin tak lama lagi, jadi aku memilih untuk sabar dengan keletah ipar aku.
Tahun kedua perkahwinan kami, kami dianugerahkan dengan kedatangan cahaya mata perempuan. Aku namakan dia sebagai Lily. Lily iras muka aku tapi warna kulitnya agak berbeza dari aku sebab dia ikut suami aku. Satu hari kakak ipar aku datang melawat aku dan Lily (tengah pantang).
Kakak ipar tegur cakap Lily gelap, tak macam aku. Lepas tu dia cakap yang dia harap per4ngai Lily tak ikut per4ngai aku waktu aku muda dulu. Terkesima aku depan sanak saud4ra yang lain. Semua terdiam. Aku pandang suami, suami senyum tanda suruh aku sabar dengan kakak ipar aku.
Aku pelik kenapa sampai macam tu sekali kakak ipar aku benci aku. Untuk pengetahuan semua. Kakak ipar aku dah 5 tahun kahwin, tapi tak dikurniakan cahaya mata lagi. Abang ipar aku selalu cakap yang dia nak kan cahaya mata.
Sebab tu kak ipar aku tak senang bila abang ipar aku paling rapat dengan Lily. Dia dah anggap lily macam anak dia sendiri. Aku tak pernah menjawab, tak pernah biadap dengan kakak ipar aku. Tapi pernah sekali aku g4duh dengan kakak ipar aku, sebelum ada Lily.
Kakak ipar aku cakap aku layak dapat lagi better dari suami aku. Suami aku tiada apa – apa. Aku kerja besar, ada kereta, keluarga aku senang. Apa aku nak semua aku dapat. Tapi paling aku tak suka dia h1na suami aku, adik dia sendiri.
Dia cakap gaji suami aku sikit. Dia suruh aku tinggalkan suami aku. Aku ingat lagi, dengan nada bergurau “kau kan gaji besar Anna, kenapa la kau nakkan jugak si Arif ni, Arif tu bukannya ada apa pun, setakat bukak kedai gunting rambut, kau yakin ke Anna dia mampu jaga kau?”
Sedih aku bila dia sendiri sebagai kakak tak yakin dengan kemampuan adik dia. Sekarang, berkat usaha adik dia sekarang la suami aku mampu buka dua cawangan sendiri. Aku sebagai isteri aku bangga dari suami aku tiada apa – apa sampai la ada bisnes sendiri.
Setiap kali balik rumah mertua, aku tak pernah merungut kena tidur ruang tamu dengan suami sebab bilik penuh ada abang – abang, kakak – kakak ipar yang lain. Tapi kakak ipar aku selalu s4kit hati dengan aku bila aku dekat rumah mertua.
Pernah satu hari depan mertua aku dengan ipar yang lain kakak ipar aku pura – pura pelawa aku makan, tapi bila aku pergi dapur, aku dengar ipar aku cakap dengan mertua aku, “dia ni datang rumah orang bawa la makanan sendiri, kenapa nak habiskan beras rumah kita. Tak cukup lagi Arif dia ambil, semua dia nak ambil dalam rumah ni.”
Malam tu jugak aku ajak suami aku balik sebab aku tak tahan kena h1na, kena cerca dengan kakak ipar aku. Aku kecewa, sebab orang yang aku anggap sebagai kakak, sanggup buat macam ni dekat adik ipar sendiri. Pernah juga, bila suami sambut anniversary dengan aku, bila dia belikan hadiah, aku terp4ksa sorok.
Aku tak up dekat mana – mana status sebab aku risau kakak ipar aku cakap yang bukan – bukan. Sebab sebelum ni suami aku belikan aku rantai hadiah harijadi. Aku up dekat facebook, lepas tu kakak ipar aku komen “seronok habiskan duit Arif”.
Aku cepat – cepat padam status tu tak mahu bagi semua orang baca apa yang kakak ipar aku tulis. Malam kejadian suami ada berbincang dengan aku. Dia tak bagi aku up gambar atau status kalau dia belikan aku hadiah sebab kakak ipar aku ada wasap dia cakap benda bukan – bukan.
Bila aku tanya suami, suami tak mahu bagitahu aku. Dia cakap kakak ipar aku nasihat elok – elok je tak mahu bagi orang fikir bukan – bukan. Lepas tu suami ajak aku tidur, aku tak puas hati la dengan jawapan suami aku. Aku kenal kakak ipar aku, bukannya benda elok selalu keluar dari mulut dia.
Last – last malam suami tidur aku buka phone suami aku untuk baca apa yang kakak ipar aku tulis. Menangis aku baca wasap dari kakak ipar aku. Kakak ipar aku wasap suami aku macam ni :
“Aku tak suka kau manjakan isteri kau. Buat apa kau bagi Anna rantai emas? Kau tak bagi aku pun rantai, tapi Anna kau bagi? Isteri tu isteri je. Daripada kau bazirkan duit untuk isteri kau. Baik kau guna duit kau belanja mak kau, kakak abang adik kau. Si Anna tu bukannya baik sangat pun.
Aku dari dulu tak suka Anna, tapi kau nak juga kahwin dengan dia. Dia tu perempuan kotor, tukar – tukar jantan. Entah – entah Lily tu bukan anak kau. Kau kena ingat Arif, kau tu bukan nya berduit. Daripada kau bagi duit dekat isteri kau, baik kau bagi aku. Aku kakak kau, aku lagi layak. Si Anna tu kau patut ceraikan je. Aku muak tengok muka Anna datang rumah ni.”
Terkedu aku baca wasap dari kakak ipar aku. Seteruk – teruk aku, aku tak pernah mintak suami aku belanja aku. Suami aku hanya menjalankan tanggungjawab dan buat kewajipan dia je. Aku tak pernah anggap suami aku ni menyusahkan aku, walaupun gaji aku lagi besar dari suami aku.
Aku selalu anggap punca rezeki aku atas kebaikkan suami aku dekat kami sekeluarga. Aku jadi lemah bila kakak ipar aku benci dengan aku sampai macam tu sekali. Ye aku bukan bertudung labuh macam dia. Tapi aku tahu yang dah berubah.
Suami aku bimbing aku ke arah yang lebih baik. Terkedu aku bila kakak ipar aku suruh suami aku ceraikan aku. Aku menangis solat mintak tuhan bagi aku kekuatan dan aku berdoa semoga Allah lembutkan hati kakak ipar aku.
Aku tak kuat, aku tak tahu nak luahkan dekat siapa. Aku buntu. Perlu ke aku mintak suami ceraikan aku dan aku teruskan hidup aku dengan lily jauh dari ipar aku. Atau perlu ke aku bertahan dengan kakak ipar aku? Tolong aku admin. Aku buntu.
Aku sayang rumah tangga aku. Tapi aku tak mampu hidup dibelengu dengan kakak ipar macam ni. Tapi korang doakan kakak ipar aku dikurniakan cahaya mata ye semua. Aku tahu mulut kakak ipar aku jahat, tapi aku nak dia bahagia.
Komen Warganet :
Khazinatul Bahry : Tak payah cerai wei. Musvh ni akan lebih s4kit bile die selalu tengok kite berjaya. Salah satu punca kau hidup lebih senang dan bahagia sekarang adalah sebab kakak ipar kau la. Lagi banyak dia keji dan mengata kau.. lagi banyak kebaikan Allah campak untuk kau dan lagi teruklah kehidupan kakak ipar kau.
Tak perlu heran pun dengan ape yang dia cakap. Kalau kau sedih.. kau cerita sahaja dekat suami kau.. nangis je dekat suami kau. Mengadu dekat Allah. Anggap je kakak ipar kau tu sebagai angin lalu. Jangan sampai laki kakak ipar kau yang ceraikan kakak ipar kau tu.. sudah lah. Next time balik rumah mertua buat je macam biasa. Sampai bile sangat dia nak jaja bende buruk tu? Manusia ni bukan sentiasa sihat.
Cik Puan Fieyaa Eychaa : Sampainya hati kakak ipar awak dik. Bagi akak as long suami awak ok.. Jalankan tanggungjawab dia dengan baik buat awak dan anak. Takde sebab awak nak rosakkn kebahagiaan sendiri demi orang lain.
Sabar.. Allah ada.. Doa dan redha.. Kita takde hak dan kuasa nak orang suka kat kita. If dioran tak suka dah. Kita jadi je diri kita. Buat je apa kita kita rasa nak buat selagi tak salah. Fikir diri sendiri dan keluarga kita je more better.
Akak doakan semoga semua urusan adik dipermudahkan dan semoga ipar duai awak tu berubah jadi manusia yang ada hati perut. Diam tak bermakna kita salah dan kalah. Tak meIawan bukan bermakna kita lemah tapi lebih kepada memujuk hati bersabar dan bertabah. Setiap kesabaran kita Allah akan bagi ganjaran. Chill ok..
ام الفاتح : Saya penah dengar dari ustaz mualaf ni. Ketika masih belajar, dia sangat dicemuh oleh seseorang semasa di asrama, yang nak sangat ustaz ni dihalau dari asrama tersebut. Pelbagai tomahan yang telah dihadapi.
Alhamdulillah dengan takdir Allah, seseorang yang paling membenci ustaz tersebut tetiba berubah 360°. Menjadi sangat baik, belanja makan dan lain – lain. Yang saya ingat, ustaz tersebut mengamalkn membaca surah Yasin setiap pagi dan berdoa kepada Allah.
Ustaz tu menjadi hairan. Tapi tak bertanya kenapa individu tersebut berubah tiba – tiba dan individu tersebut pun takde memceritakan apa – apa. Semuanya dengan kuasa Allah. Hati kita semua dalam genggaman Allah. Dialah yang membolak-balikkn hati kita smua. Mintalah kepada Dia apa sahaja. Kita takkan kecewa. We wish u all da best dear.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.