Aku terjumpa duit RM50, aku ambik mungkin ‘rezeki’ Allah bagi. Sekali aku dapat baIasan cash

Duit RM50 tu betul – betul bawak tapak kaki aku, bila takde orang aku ambik duit tu. Aku niat tak nak guna untuk beli makanan, takut jadi d4rah daging. Aku bagi isteri aku untuk beli cream ruam untuk anak. Aku pesan berkali – kali dekat isteri, duit tu untuk beli cream SAHAJA! Isteri aku pelik sebab..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku harap kisah aku ni menjadi pengajaran untuk kita semua. Bukan hak kita jangan ambil. As simple as that. Aku tak tahu sama ada kejadian yang berlaku kat aku sekadar kebetulan atau memang sebenarnya Allah nak bayar CASH kat aku atas apa yang telah aku lakukan.

Semalam, masa tengah berjalan ke tempat parking kereta aku terjumpa duit note Rm50. Entah kenapa duit tu betul – betul kat bawah tapak kaki aku. Aku cuba mencari – cari orang kat sekeliling tetapi masa tu hanya aku seorang.

Pada mula nya terdetik dalam hati aku untuk membiarkan je duit tu dengan harapan kot – kot tuan punya duit tu akan pergi mencari duit yang dia tercicir dan akhirnya dia gembira duit yang hilang tu dijumpai semula. Namun iman aku yang lemah berjaya dihasut oleh sy4itan apabila aku teringat akan whatsapp isteri aku untuk menyuruh aku membeli cream bepanthen anak aku sebab ruam kat punggvng dia.

Dan untuk justify diri aku, aku katakan kat diri aku mungkin ini rezeki yang Allah bagi lagi pun aku bukan mencuri. Kalau duit ni h4ram pun aku bukan buat untuk beli makan bagi kat wife dan anak – anak aku. Beli cream je.

Bukan untuk makanan yang jadi d4rah daging. Ya, itu yang aku katakan untuk memujuk hati aku dan menghalal kan duit tu pada masa itu. Bila teringat balik, terasa b0dohnya diri ini. Lama juga aku duduk berfikir sama ada nak ambil ke tak duit tu tapi akhirnya aku ambil duit tu dan masukkan dalam poket seluar aku.

Sesampainya aku di kereta, aku masukkan duit tu kat dalam dompet aku dan asingkan duit tu dari duit yang memang ada kat dalam dompet aku. Sekali lagi alasan b0doh aku, supaya aku tak terambil duit yang aku jumpa tadi tu untuk beli makanan.

Dipendekkan cerita, aku pun bawa la isteri dan anak – anak aku keluar dan di sini la bermula semua Allah nak tunjuk kekuasaan Nya. Aku keluarkan duit rm50 yang aku jumpa tadi yang telah aku asingkan kat isteri aku. Tangan ini terasa bergetar masa nak beri dan dalam hati aku berkata ini lah duit yang pertama kali aku beri kat dia yang bukan dari hasil keringat aku selama kitorang kahwin.

Aku pesan kat isteri aku beli cream tu je dan baki kembalikan. Isteri aku tiba – tiba rasa pelik sebab aku tak pernah minta duit baki malah aku akan beri dompet aku sebab aku takut duit yang aku bagi kat isteri aku tu tak cukup.

Jadi aku prefer bagi dengan wallet sekali dan masa tu plak anak aku tengah meragam, akhirnya dia menyuruh aku yang masuk ke dalam farmasi tu. Selepas membayar harga cream tu, aku asingkan baki rm38.50 ke dalam poket seluar aku.

Kali ni aku tak masukkan ke dalam dompet aku sebab sekali lagi aku tak nak duit tu bercampur dengan duit aku. Masa dalam perjalanan pulang, isteri aku minta singgah kat supermarket sebab nak beli barang katanya. Aku berikan dompet aku dan perasaan aku masa tu betul – betul tak sama dengan masa aku berikan duit note rm50 yang aku jumpa tu.

Kali ni perasaan tu rasa gembira dan senang seperti kebiasaannya apabila aku tengok muka muka isteri aku. Aku dan anak – anak tunggu kat dalam kereta dan bila semuanya barang dah di masuk kan ke dalam bonet aku kitorang pun pulang.

Pappppp! Bunyi tu tiba – tiba keluar. Bila aku toleh kat belakang, belakang kereta aku tu dah kena dengan kereta yang tengah parking. Isteri aku pun panik dan begitu juga aku. Aku tengok kat sekeliling tak da orang masa tu aku pun cepat – cepat larikan diri.

Aku takut masa tu tapi aku tak tunjuk kat wife aku sebab aku tak nak dia lagi panik. Aku cuba pujuk dia dia cakap tak de apa – apa yang teruk sangat. Aku berhenti kat bahu jalan dan melihat kereta aku, hanya ada kesan calar sedikit.

Boleh hilang dengan polish ni kata aku. Tapi bagaimana dengan kereta yang aku Ianggar tadi? Aku tak sempat nak tengok kerosakan dan no plat kereta dia. Kali ni aku nak betulkan kesilapan yang aku buat sebab aku rasa mungkin ini teguran dari Allah untuk aku.

Aku beranikan diri untuk kembali ke supermarket tadi untuk berjumpa dengan pemilik kereta yang aku Ianggar tadi tapi aku tengok kereta tu dah takde. Setelah menunggu berapa lama akhirnya aku mengambil keputvsan untuk pulang.

Semalaman aku tak boleh tidur fikir pasal hal ni. Kenapa reverse sensor kereta aku tak berbunyi dan membiarkan aku menghentak kereta tu? Bagaimana agaknya kerosakan kereta tu? Bagaimana jika pemandu kereta tu pergi dapatkan rakaman cctv dan viral kan aku?

Adakah tindakan undang – undang akan dikenakan ke atas aku and the list goes on. Macam – macam yang ada kat dalam otak aku. Mujurlah aku dikurniakan isteri yang baik. Dia bagi calm aku and bagi kata – kata positive. I love you sayang dan terima kasih.

Pagi tadi masa nak on kan tv untuk anak aku, tv yang selama ni berfungsi elok tak nak pula on. Puas aku try tetapi masih tak nak on and it got me thinking mungkin Allah nak tegur aku supaya in the future tak payah ambil hak orang lain. – Intankukesepian

Komen Warganet :

Mimi Rahim : Ada tengok ceramah ustaz, kalau jumpa duit, buat announcement dulu. Kalau dah buat announcement takde orang tuntut, kena simpan setahun. Kalau takde orang tuntut jugak, boleh guna tapi dengan syarat, niatkan untuk ganti balik andai ada orang tuntut.

Teringat aku kecik – kecik dulu, susah sampai tahap takde makanan, tapi aku dengan adik aku selalu jumpa duit dalam semak. 10rm la 20rm la. Sedih kalu teringat. Kitorang siap balik happy – happy tunjuk kat mak jumpa duit. Duit tu buat beli makanan. Semoga Allah ampunkan aku. Sebab time tu darjah satu kot ke tadika.

Aiinaini Rahim : Aku pun ada jumpa rm50 kat aeon. Aku amik je duit tu dan bagi kat mak aku suruh derma kat tabung masjid dengan niat pahala sedekah kepada pemilik jika dia islam dan jika tak, semoga hatinya terbuka untuk islam. Bila benda ni jadi dekat aku, hati aku terus terdetik. Tak guna marah – marah kalau duit kita tercicir, anggap bukan rezeki dan mungkin yang jumpa pun buat benda yang sama.

Jijah Jiji : Pergi masjid masukkan duit 50 tu ke dalam tabung masjid. Niatkan pahala sedekah tu kepada tuan sebenar duit tu. Teguran ni tanda Allah sayang pada kita. Agar kita sentiasa ingat Allah sepanjang waktu memerhati tindak tanduk kita. Dia tak pernah tidur.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.