Aku tak ser4ng perempuan tu bila tahu suami curang, aku minta perempuan tu buat sesuatu utk aku

Aku cakap pada suami aku akan layan dia macam mana dia layan aku. Pernah sekali suami dia hemp4s bakul baju. Aku yang dulu akan diam. Tapi aku yang sekarang hemp4s balik bakul baju tu depan dia. Dia tengking aku, aku tengking dia balik. Dia buat per4ngai depan family aku, aku buat per4ngai depan family dia.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum… Aku Redheart. Pernah menulis di sini dulu. Boleh baca dekat link di akhir confession ni. Terima kasih pada yang banyak bagi semangat lepas baca confession aku. Tak kurang jugak yang mengeji.

Terima kasih semuanya. Sebetulnya selepas aku buat confession haritu, aku lebih tenang sekarang. Aku menulis kali ni nak ceritakan apa yang aku buat sebagai isteri bila dapat tahu suami berlaku curang (walau baru bunga – bunga mukadimah nak curang).

Aku akui sebagai perempuan aku terbawa – bawa em0 si juga. Tipulah kalau aku cakap aku tak em0si. Kalau tak, tak adalah lelaki aku kena tumbvkkan? Aku amik masa beberapa minggu jugak untuk c0ol d0wn dan rangka tindakan selanjutnya.

Aku whatsapp M dan hantar screensh0t c0nversation dia dan suami. Tapi aku tak ser4ng dia. Kenapa? Sebab pada aku dia tak 100% salah. Yang gataI telur tu lelaki aku. Jadi aku cuma say Hi pada M, kenalkan diri dan berbasa – basi.

Walau aku hantar screensh0t pada M, dia insist mereka cuma “berkawan baik”. Baik, aku terima penjelasan dari dia. Mungkin cara dia berkawan tak sama dengan cara aku berkawan. Aku sejenis berkawan dengan lain jantina tak ada sayang – sayang, rindu – rindu, virtuaI hug bagai.

Berkawan dengan lain jantina aku cuma whatsapp benda perlu. Bergurau pun aku jaga batas. Asal terlebih mesra aku terus cantas sebab aku nak jaga maru4h aku sebagai perempuan dan isteri. Walau dulu aku pun ramai bestfriend lain jantina, boleh bert3puk t4mpar, heart to heart conversation, rapat giIa – giIa. tapi semua tu aku tinggalkan lepas bergeIar isteri.

Mungkin cara berkawan kami tak sama. Oleh sebab M tetap kata yang mereka cuma best friend, aku cakap aku pun boleh jadi bestfriend dia. Dan sebagai BFF kepada lelaki aku, aku mintak dia nasihatkan lelaki aku supaya benarkan aku berkawan dengan BFF lain jantina juga.

Sebab aku jauhkan diri dari semua BFF lain jantina aku selepas kawin sebab suami tak suka. BFF aku sekarang semuanya perempuan sahaja. Aku pun rindukan BFF lelaki aku dulu. Jawapan M, sudah semestinya! Dia gembira nak nasihatkan suami aku untuk benarkan aku berkawan dengan BFF lelaki pula.

Aku screensh0t c0nversation aku dan M kemudian aku hantar pada suami pula. Aku kata pada suami aku boleh terima BFF dia asalkan aku pun dibenarkan ada BFF lelaki juga dan suami tak boleh masuk campur macam mana pun aku berkawan dengan BFF lelaki aku.

Korang rasa suami aku nak bagi?? Mestilah TAK. Dia buat boleh, aku buat tak boleh.. Heh! Aku print borang permohonan cerai (fasakh) dan aku isi semua butiran berkaitan. Aku katakan aku cuma beri peluang sekali saja lagi.

Kalau aku dapat tahu dia buat per4ngai lagi, borang tu takkan segan silu sampai ke mahkamah syariah. Aku minta salinan slip gaji suami untuk memudahkan kira – kira nafkah anak – anak. Tapi dah setengah tahun aku minta sampai sekarang tak ada lelaki nak bagi pun.

Takut lah tu! Haha. Selagi tak bercerai, aku mintak satu kad kredit dia. Segala belanja rumah, aku akan guna kad dia. Dan aku memang takkan masak kalau aku tak nak masak. Makan luar, dia wajib bayar. Belanja anak – anak, dia bayar.

Dah cukup lah aku bantu selama ni. Dia terlupa agaknya yang dia bukan mampu beristeri dua. Jadi mari aku ingatkan tahap kemampuan dia sampai mana. Duit gaji aku? Aku mostly guna untuk diri sendiri. Sebelum ni aku pergi gym, salon dan beli skincare juga. (siapa yang komen haritu mungkin tak jaga diri lepas kahwin sampai suami bosan?).

Aku masih jaga diri cuma mungkin aku dah tak secantik di usia 20an dulu. M mungkin lebih cantik. Almaklum, janda anak seorang. Dia banyak masa nak kelebet diri sendiri barangkali. Aku? Walau berbelanja untuk diri sendiri, aku masih cuba amalkan berjimat cermat.

Skincare beli level drvgstore sahaja, Salon mungkin setahun sekali sekadar trim rambut sahaja. Tapi lepas kejadian tersebut, aku lepaskan most belanja pada suami. Duit aku? Aku habiskan beberapa ribu pergi buat rawatan laser untuk kulit.

Aku beli skincare yang harga beratus – ratus satu, satu set dah beberapa ribu. Aku habiskan beberapa ratus setiap kali pergi salon. Aku dye rambut, buat treatment sebulan sekali. Aku beli baju – baju yang lebih elok. Sebelum ni habiskan RM30 untuk sehelai baju pun aku dah rasa mahal.

Tapi now who cares? Untuk apa aku berk0rban jimat cermat kalau tak dihargai laki?? Aku bukan tak mampu. Aku ajak suami slow talk. Mula – mula tak slow talk jugaklah. Sebab amvkan aku kan. Tapi aku p4ksa suami sebutkan satu, satu apa yang dia tak puas hati dekat aku.

Apa yang dia tak suka aku buat. Dan aku sendiri sebutkan satu, satu benda yang buat aku marah, geram, tawar hati pada dia (selain kes curang ni yang dah tentu – tentulah tak ada siapa boleh terima). Aku rasa ini salah satu langkah yang bagus.

Amalkan open communication. Tak ada tapisan lagi. Tak ada berkias – kias lagi. Antara benda yang aku bagitau aku menyampah adalah tabiat dia yang keluar setiap malam untuk melepak dengan member. Setiap malam. Tanpa miss.

Tinggalkan anak bini kat rumah, balik pukuI 2-3 pagi. Lepas tu sendiri rasa l0nely, sendiri pergi gataI telur Whatsapp BFF. Yang bini duk tercongok kat rumah takkan hari – hari nak tunggu lelaki balik baru nak berborak.

Habis tu aku takyah bangun pagi – pagi siapkan bekal anak pergi sekolah, bersiap nak pergi kerja? Yang lelaki pula balik kerja, tidur dulu sebab pukuI 8-9 mlm japgi nak kuar lepak lagi. Dah tu bila masanya nak communicate lelaki bini?

Dan kemudian dia pula berani kata l0nely? Abis aku kat rumah ni hari – hari enjoy bersuka ria ke camne? Eh. Em0 balik pula rasanya. Haha. Suami kata dia kadang – kadang rasa terc4bar eg0 sebab gaji aku lebih tinggi.

Tinggi bukan banyak sangat pun. Dalam 2xxx saja lebihnya. Dan sepanjang kahwin aku memang sikit pun tak pernah ungkit hal gaji. Dan aku sendiri tak pernah rasa diri lebih pun. Belanja rumah semua kami kongsi bayar sama – sama.

Tapi suami yang diam – diam terasa sendiri dan tercaIar eg0 sendiri. Lepas tu cuba try test market sebab nak buktikan dia masih lagi laku. Hello… apa dia ingat aku ni tak laku ke? Sebenarnya ada saja lelaki – lelaki yang DM aku.

Aku block semua. Ada saja kawan kepada kawan yang bertanya adakah aku dah jadi janda (sebab tak ada up gambar kat socmed dengan suami), kalau betul dah janda dia nak masuk jarum. Ada saja lelaki – lelaki yang berhajat nak jadikan aku isteri kedua (sebab ingat aku janda).

Aku cantas semua sebab aku masih sedar diri aku siapa. Cuma aku tak cerita semua ni pada suami (kau giIa nak cerita?? Kang tak memasal aku yang kena marah balik). Aku cakap pada suami aku akan layan dia macam mana dia layan aku.

Suami aku ada per4ngai kadang – kadang dia akan membent4k marah – marah. Tinggikan suara depan anak – anak bila tak puas hati. Buat muka depan orang tak kira kawan – kawan or family. Aku yang dulu akan diam dan turutkan kata – kata suami.

Tapi bukan aku yang sekarang. Pernah sekali suami membent4k marah – marah pasal plastik sampah. Aku yang dulu akan diam dan iyekan. Tapi aku yang sekarang, aku sound saja suami balik. Lagi satu kejadian dia hemp4s bakul baju. Aku yang dulu akan diam.

Tapi aku yang sekarang hemp4s balik bakul baju tu depan dia. Dia tengking aku, aku tengking dia balik. Dia buat per4ngai depan family aku, aku buat per4ngai depan family dia. Dia pernah buat muka depan kawan – kawan aku, aku buat muka depan kawan – kawan dia… fair kan??

Adakah dia saja reti jaga airmuka? Aku tak reti? Aku bagitahu jujur pada suami aku memang dah tawar hati. Tapi aku bagi sekali lagi peluang pada dia bukan sebab cinta ke apa. Pertama memang sebab anak – anak.

Sebab suami aku adalah ayah yang bertanggungjawab, itu aku tak nafikan. Dia adalah ayah yang lebih baik dari ayah aku sendiri. Dan aku taknak anak – anak hilang itu. Yang kedua, aku memang dah tawar hati dengan lelaki.

Kalau cerai pun belum tentu aku terbuka hati pada lelaki lain. Masa depan tu aku tak tahu lah kan. Cuma aku dah tak ada hati nak fikir pasal lelaki pun. Jadi teruskan saja lah j0doh ni selagi ada. Kalau dah tak ada j0doh nanti, kita fikir lain lah pula.

Aku muhasabah diri. Mungkin aku banyak alpa, lupa, jauh dengan Allah. Aku cuba kembali pada Dia. Lupakan suami. Aku cuma perlu ingat Allah ada dengan aku. Doa banyak – banyak dikuatkan hati dan dipermudahkan jalan. Apa pun keputvsan dan apa – apa pun yang akan berlaku nanti, aku doa supaya Allah jadikan yang terbaik untuk kami dan anak – anak.

Sekiranya j0doh ni yang terbaik untuk kami dan anak – anak, aku mohon Allah mudahkan jalan kami. Sekiranya j0doh ni lebih banyak keburukan dari kebaikan, aku mohon Allah mudahkan juga perceraian kami. Sampai hari ni, aku masih terus berdoa setiap hari.

Untuk makluman aku dah bersedia saja kalau bergeIar janda. tak ada beza sangat pun untuk aku. Aku mampu sara diri sendiri pun sebenarnya. Sekarang aku sedang mengandung beberapa minggu. Jangan salah faham. Aku bukan pregnant sebab nak selamatkan rumahtangga ke apa.

Aku pregnant sebab aku sendiri yang teringin anak ketiga. Aku buat lawak pada suami kalaulah kami dah tak ada j0doh lepas ni, anggap saja lah dia penderma sperma untuk anak ketiga ni. Sebab aku memang nak 3 orang anak dan usia aku pun dah tak muda lagi.

Kalau bercerai pun belum tentu aku kahwin lain. Dan berdasarkan gaji aku, aku sebenarnya mampu saja sara 3 orang anak sendiri. Jadi lebih baik aku capai impian 3 anak aku dulu sementara ada lelaki lagi ni. Aku tak tahulah suami kecik hati ke tak bila aku cakap macam tu.

Tapi nasib kau lah kan? Hahaha.. Suami berubah ke tak? Alhamdulillah suami ada perubahan. Ada juga dia sikit – sikit nak balik per4ngai lama melepak setiap malam tu. Tapi macam aku kata lah… aku sekarang amalkan open communication.

Jadi aku sound saja dia. Kalau dulu mungkin aku berkias – kias or beralas juga. Tapi sekarang tidak lagi. apa saja aku tak puas hati, aku terus luahkan tak ada seIindung lagi. Hidup kami Alhamdulillah boleh kata 80-90% kembali normal.

Suami pun nampaknya lebih concern hal aku dan anak – anak sekarang. Suami aku sebenarnya bertanggungjawab orangnya. Dan aku sendiri pun bukanlah sempurna. Ada saja kurang kat sana sini. Aku rasa aku dan suami sebenarnya saling melengkapi.

Suami aku pun tahu tu. Cuma mungkin suami tersalah langkah. Dia mungkin rasa dia takkan kant0i tapi Allah tu lagi berkuasa. Aku dah cakap pada suami., aku bukan seorang perempuan lemah yang takut bergeIar janda. Sebab aku mampu sara diri sendiri.

Tapi aku memang takkan sekali – kali terima poIigami sebab aku membesar dalam keluarga poIigami (berkali – kali) dan aku tahu aku takkan mampu jadi isteri yang dapat keredhaan suami dalam hidup berpoIigami. Jadi aku takkan biarkan diri aku hidup dalam d0sa derh4ka pada suami.

Sebagai lelaki dia ada hak untuk berpoIigami. Tapi sebagai perempuan aku ada hak untuk hidup tenang dan bebas dari berd0sa setiap hari. Jadi kalau dia pilih untuk berpoIigami, dia kena tahu aku jugak akan pilih untuk bIah dari hidup dia. tak ada istilah kasih sayang, fikirkan anak – anak dan sebagainya.

Sebab aku dah hidup dalam keluarga berpoIigami dan kadang kala perceraian tu adalah ikhsan terbesar untuk seorang anak dari ibubapa yang tak bahagia. Nasihat aku untuk adik – adik, isteri – isteri di luar sana, jadilah wanita yang kuat.

Jadi wanita yang mampu hidup sendiri. Jadi wanita yang cekal hatinya. Sampai suami sendiri rasa anda tak ada masalah kalau hidup tanpa dia. Mungkin dengan cara tu suami akan lebih hargai kalau kita pilih untuk hidup dengan dia.

Mungkin bila kita terlalu berg4ntung dan berpaut pada suami, dia lupa hargai kita. Dia rasa kita takkan tinggalkan dia sampai bila – bila. Dia rasa dia paling berkuasa dan boleh buat sewenang – wenangnya. Dan juga pada isteri – isteri di luar sana, biar dan susahkan suami dengan tanggungjawab dia.

Ye.. kita isteri ni kadang – kadang lembut hati nak sangat bantu ringankan beban suami. Sampai kita sanggup buat apa saja untuk senangkan suami. Dan suami bila dah senang, lapang.. dia lupa anak bini. Dia rasa dia free. Dia rasa dia mampu.

Dan dia boleh rasa l0nely. Yang isteri susah payah kurangkan beban suami, si suami pergi cari beban baru. Jangan. Biarkan suami jadi suami. Biar kita dilayan macam permaisuri. Pedulikan orang nak kata kita Queen Contr0l ke apa.

Sebab kalau kita tak contr0l, suami yang akan l0st contr0l. Cukup – cukuplah jadi isteri “dambaan suami”. Kita cuma perlu jadi isteri yang diredhai Allah. Urusan hati kita serah pada Dia. Aku doakan isteri – isteri yang dit1mpa nasib hampir sama dengan aku semoga dipermudahkan Allah segala urusan kita dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk memilih jalan hidup yang terbaik untuk diri kita dan anak – anak kita.

Korang pun tolong doakan semoga Allah permudahkan urusan aku dan kuatkan aku ye. Oh ye. Dan tolong doakan aku dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik sepanjang mengandung dan melahirkan anak nanti.

Semoga semuanya selamat. Aku teringin juga nak anak perempuan sebab dua – dua sebelum ni lelaki. Tapi kalau ditakdirkan no 3 pun lelaki juga aku redha saja lah. Doakan aku ye… 🙂 – Redheart (Bukan nama sebenar)

Confession sebelum ini, Klik > Selfie isteri dikutuk – kutuk, tapi selfie Janda dik4ta bak bid4dari. Aku gelak dan hantar gambar jari tengah ke suami

Komen Warganet :

Nana Raihana : Yes. I like your spirit. Sampai bile nak hidup t0xic dengan alasan klise orang sekarang, sebab fikir anak – anak . L4me reason. All the best in your journey. If mistakes repeatedly twice or more, thats not a mistake. Its a choice.

“Jadi kalau dia pilih untuk berpoIigami, dia kena tahu aku jugak akan pilih untuk bIah dari hidup dia. tak ada istilah kasih sayang, fikirkan anak – anak dan sebagainya.” Semoga yang terbaik buat confessor. Hugs.

Zanariah Yusoff : Semua dah kentaI, cuma bab anak tu. Ya, mungkin puan mampu menyara anak – anak dari segi ekonomi (jika penceraian berlaku). Tapi percayalah, tiada siapa yang dapat memenuhi kekosongan di dalam hati anak – anak bila ibu bapa bercerai nanti.

Bila sudah decide untuk tambah anak, sepatutnya tak perlu bercadang untuk bercerai. Kalau ade niat nak bercerai, sebaiknya tak perlu tambah anak. Kesian anak tu nanti. Terganggu em0si dia.

Saya percaya Puan lebih arif tentang ini. Saya doakan semoga dengan kehadiran anak baru tu nanti, lembutlah hati suami puan untuk berubah sepenuhnya.

Milla Bella : Pilihan confessor untuk sabar dengan laki – laki yang curang berkali – kali. Mungkin sebelum kahwin confessor dah tau per4ngai si suami yang suka curang. Maksudnya dia memang dah ready mental dan fizikal bila perkara yang sama berlaku tapi confessor yakin bahawanya laki dia jujur menceritakn semua aktiviti curangnya, terserah la.

Kalau aku memang tak la nak dib0dohkn berulang – ulang. Itu yang kant0i, yang tak kant0i? Confessor dah biasa pasrah tapi tak ade apa – apa yang membuktikan bahawa suami confessor suatu hari tak akan ulangi lagi.

Mungkin dia dah pun ulangi tanpa pengetahuan confessor, mungkin dia upgrade dia punya skill. Aku tak boleh la nak hidup dengan penuh kemusykilan tiap hari dengan pasangan sendiri tapi memang banyak ujian si confessor.

Aku doakan moga bertabah dan suami berubah dan lebih menghargai confessor. Sedih jugak baca..

Annie Mohd : Dah la gaji kurang, per4ngai pun kurang. Kalau per4ngai elok berbesar hati jugak la isteri nak menolong kan. Keep doing what you think is right for you and the kids. Fikirkan your mentaI health dulu ok.

Kloe Kloey : Dalam perkahwinan suami isteri adalah sama level. Perkahwinan adalah sejenis kontrak. Taat suami bukan ‘birthright’ seorang lelaki tapi ada term and conditions. Kalau br3ach kontrak dah hilanglah haknya.

Tapi biasalah mazhab melayu ni lain sikit. Harap sis ni tak terkesan dengan komen patriakis terc4bar dalam ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.