Ayah aku lepas bersara banyak habiskan duit untuk parti politik dan aktiviti masjid. Kalau mak mintak duit, ayah suruh mintak dekat anak – anak. Ayah dengan orang lain dia suka sedekah, tapi dengan mak, dia jadi berkira. Mak mula mengadu dengan aku, dan cerita kisah sebenar masa kami kecil..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin dan para pembaca. Nama aku Lily. Aku tergerak nak cerita kisah mak aku seorang surirumah sepenuh masa sejak mak aku kahwin dengan ayah aku lepas baca confession “Sisi Gelap Surirumah”
Mak aku dah berusia 60-an dan memang surirumah sejak mula kahwin dengan ayah aku. Ayah aku seorang bekas pekerja swasta dalam bidang perbankan, jadi dia hanya ada simpanan KWSP, tak ada pencen bulanan. Apa yang aku cerita ni adalah berdasarkan apa yang mak aku cerita dan berdasarkan pemerhatian aku sendiri sebagai seorang anak bongsu yang lama duduk dengan mak ayah.
Semoga apa yang aku kongsi ni dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada pembaca yang mengalami situasi yang sama.
1. Urusan kewangan.
a) Pertama sekali, mak aku ni seorang yang bijak walaupun tak pernah bekerja. Ni ayah aku memang akui sebab mak aku ni ada ingatan yang kuat dan bijak urus kewangan keluarga. Ayah aku kerja seorang untuk tanggung kami 6 beranak jadi memang urusan rumahtangga ayah aku serah bulat – bulat dekat mak aku untuk urus termasuklah urus pembayaran bil – bil rumah.
Mak aku mengadu kat aku bab kewangan ni masa aku dah kerja ni yang buat aku sedih. Mak aku cakap masa kami kecik kami susah tapi aku tak ingat aku susah. Bila ayah bagi duit belanja dapur, mak aku yang atur apa nak beli.
Rupanya mak aku banyak berk0rban demi anak – anak. Mak aku cerita dulu mak aku hanya makan kepala ikan, isi dia bagi aku makan sebelum ke sekolah. Mak aku suap aku makan sebelum pergi sekolah sampai darjah 3.
Patutlah sampai sekarang kalau mak aku makan dia hanya ambik kepala ikan dengan isi sikit masa makan walaupun sekarang anak – anak dah besar mampu je makan yang sedap – sedap.
b) Sekarang ni, bila anak – anak dah besar lain pula ujian mak. Ayah aku lepas bersara banyak habiskan duit untuk parti politik dan aktiviti masjid. Kalau mak aku mintak duit, ayah aku suruh mintak kat anak – anak. Ayah aku dengan orang dia suka sedekah, tapi dengan mak aku dia jadi berkira.
Mak aku memang mengadu pasal ni kat aku, anak perempuan dia. Aku bagi je duit belanja kat mak aku tapi mak aku sedih sebab dia nak duit belanja dari suami dia, ayah aku tapi ayah aku banyak sedekah kat orang luar dari bini sendiri.
Padahal ayah aku mampu je nak bagi apa mak aku makan sebab anak – anak semua dah kerja tapi ayah aku lebihkan sedekah kepada orang luar dan masjid. Bagi aku tak patut la sebab kalau nak ikutkan sampai ayah meninggaI, mak aku masih tanggungjawab dia sebagai suami.
Kalau mak aku suruh belikan ubat pun, ayah aku mintak duit kat mak aku. Mak aku cakap dia tak kerja mana ada duit, yang ada pun duit anak – anak bagi untuk belanja dapur jugak. Bila mak aku mengadu, aku jadi serba salah.
Memang aku tinggal dengan mak ayah aku, tiap – tiap bulan aku belanjakan lebih kurang RM1000 untuk belanja rumah tapi masih tak cukup. Aku pun ada komitmen sendiri walaupun aku bujang, aku sampai tak ada simpanan sekarang lebih – lebih lagi pasca pandemik ni pendapatan aku dah berkurangan 30%.
2) Urusan kerja rumah
a) Ayah aku memang suruh mak aku jadi surirumah je sebab ayah nak mak aku urus dia dan anak – anak. Mak aku cakap dia terasa beban sebab semua urusan rumah dia buat dari memasak, mengemas satu rumah termasuk pergi pejabat post untuk bayar bil – bil.
Bab bayar bil – bil ni mak aku mengadu sebab kami kecik dulu mana ada online banking, Ayah aku suruh mak aku pergi jalan kaki, pergi pejabat pos yang jaraknya lebih kurang 1km dari rumah dengan masa tu abang – abang aku masih kecik tak boleh tinggal sendiri kat rumah.
Kenalah mak aku pimpin anak – anak pergi bayar bil. Alasan ayah aku sebab dia kerja tak ada masa nak pergi beratur bayar. Ayah aku ingat mak aku duduk rumah banyak dan tak penat. Sekarang bila masing – masing dah usia warga emas pun, ayah aku masih layan mak aku macam mak aku masih muda untuk buat kerja rumah.
Ayah aku suka mengarah sebab dia cakap dia s4kit lutut dan ada s4kit asthma tak boleh buat kerja banyak. Tapi pergi masjid 5 kali sehari dan urus hal – hal masjid boleh pulak. Contoh; kalau ada paip bocor kat masjid cepat je ayah aku uruskan, tapi bila – bila kat rumah pili bocor ayah aku cakap dia tak larat nak buat.
Aku pun perempuan mana la aku reti nak buat dengan aku pun kerja jugak. Ayah aku hanya buat apa yang dia rasa nak buat, selebihnya dia akan berg4ntung kat mak aku. Kononnya sebab mak aku tak ada s4kit macam dia.
Banyak lagi kisah duka seorang surirumah sepenuh masa lebih – lebih lagi meniti usia senja ni. Aku bujang lagi tapi bila aku tengok rumahtangga mak ayah aku, aku rasa tak mampu nak berumahtangga kalau inilah rumahtangga yang dianggap biasa. Sekian dari aku, anak seorang surirumah tangga sepenuh masa. – Lily (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Izan Mohd : Allahuakhbar sedihnya kenang nasib surirumah. Saya pun surirumah sepenuh masa tapi suami sediakan maid segala bil – bil hal rumah dia uruskan baju dia pun dia hantar dobi. Daya hanya ke pasar belanja barang dapur masak yang lain maid uruskan.
Anak – anak juga, sejak awal lagi bila maid balik cuti suami dah cakap buat yang mana larat tak larat biarkan panggil orang. Bila dah usia MACAM ni memang badan cepat penat nak menyapu rumah memang dah tak boleh buat satu hari.
Suami pula masih ke ofis dia walau sekejap. Tapi ada masa dia temankan juga beli barang. Part lebihkan orang luar dan keluarga dia saya belum nampak lagi sebab keutamaan dia kami anak beranak. Harapnya tak berubah lah bila dah tua nanti.
Anak – anak pun dah besar – besar dah tinggal sendiri yang kat rumah cuma dua orang saja anak yang ada. Sesekali anak menantu DATANG pandai – pandailah. Memang surirumah ni kadang – kadang dilayan MACAM bibik. Oleh suami yang jenis eg0.
Kek Dari Nazlin : Kan. Banyak lelaki yang selalu bebankan isteri, kemudian mengharapkan isteri jadi isteri yang terbaik. Sedangkan yang menanggung beban banyak adalah isteri. Tambah yang bekerja ni lagiIah, sudahlah sama – sama cari rezeki tampung lebih dari sang suami, tampung lagi bahagian yang sepatutnya menjadi TANGGUNGJAWAB sang suami, tiba – tiba bila balik rumah, isteri juga kena 100% buat.
Tak cukup tu, isteri kena selalu cantik, selalu menarik, selalu wangi seolah isteri ni robot. Bila tak ada semua tu dipersalahkan lagi oleh sang suami dan orang sekeliling konon tak mampu jadi isteri terbaik. Maka, di manakah hak dan masa rehat seorang isteri kalau semuanya nak isteri lakukan?
Yang sang suami, pentingkan eg0nya saja. Dialah paling betul walau terbukti salah. Dialah maksum walau bukti kemungkaran tu penuh. I have been there and done that. I’ve had enough. Baik dok dengan anak, jaga diri sendiri dan anak. Lebih bahagia.
Dee Ya : Kesian mak awak. Kalau ayah tak bagi duit untuk belanja dapur, awak kena buat sesuatu. Jangan bagi lagi duit kat mak untuk beli makanan untuk masak. Nanti ayah makan pula sedangkan dia perabis duit untuk orang luar.
Lepas ni awak beli je makanan untuk mak seorang je. Sediakan stok makanan macam biskut dan roti tapi letak dalam bilik awak. Suruh mak makan dalam bilik awak. Biar ayah awak kebulur tak makan selagi dia tak bagi duit belanja dapur kat mak. Kalau ayah tak beli sabun, tak payah basuh pakaian ayah tu. Cakap je macam tu kat mak. Tak berd0sa la mak kalau tak memasak dan membasuh untuk ayah awak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.