Aku dan suami kahwin ketika umur masih muda, lepas SPM kami terus kahwin dari kami tak ada apa – apa hinggalah suami beli kereta viva dan memiliki rumah. Biasalah ketika masih muda dah kahwin, belum rasa nikmat waktu remaja tak sempat nak berseronok, suami akhirnya kahwin kali kedua tanpa pengetahuan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua sahabat di facebook. Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Maaf kalau luahan aku ni tak seberapa, sebab aku bukan pensyair ataupun penulis, namun hanya ni saja yang boleh aku luah.
Dulu aku seorang isteri. Yang terasa amat bahagia di dunia ni. Kami kahwin ketika aku masih bawah umur min.. Sebab gataI sangat kan. Kami bercinta masa zaman sekolah, jadi lepas je SPM kami terus nikah. Pada masa tu semua rasa manis saja.. Kentut pun rasa wangi, tambah lagi kahwin waktu usia yang amat muda.
Pada usia kami 25 tahun. Suami aku keluarkan sebuah kereta viva, aku sangka dengan viva tu dia akan hantar aku ke mana – mana sebab dulu aku selalu naik bas ke pasar atau ke mana – mana. Tapi hari tu bermulalah ujian datang bergiIir – giIir dalam rumahtangga kami min.
Suami aku kant0i giIa betina sampailah aku dimadukan. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan aku pun. Saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu, sebak sangat aku rasa masa tu min. Anak ketika itu baru sorang. Dia mula menunjukkan sikap dewasanya, iyalah pada usia muda kan kahwin, belum sempat lagi merasa nikmat dunia masa remaja waktu kahwin tu. Belum rasa berfoya – foya jumpa dengan orang luar.
Terasa beban sangat min aku pikuI. Aku hanya mendiamkan diri selepas tahu aku dah berkongsi kasih dengan wanita lain.. Sampailah aku tuntut cerai sebab dia tak berlaku adil pada masa tu. Aku dibiarkan terk0ntang kanting dengan anak, dig4ntung tak bertali.
Malah maduku sendiri pernah whatsapp m4ki hamun aku, dia cakap aku tak pandai jaga laki sampai laki aku cari dia, dan suamiku cerita yang aku tak pandai melayannya. Aku seperti batang kayu. Dan punca itu suamiku cari lain.
Aku dibiarkan duduk di rumah mak ayahnya sebab aku anak yatim piatu. Tambah perit lagi mak mertua pun seperti tak suka aku sebab, aku dilayan seperti bibik. Bila aku nak makan sesuatu. Mertuaku baIing – baIing barang dekat dapur. Allahuakbar. Mana suami aku?
Dia sedang hidup gembira di rumah bini kedua.. Bayangkanlah.. Akulah orang yang sentiasa bersama dengan dia, segala pahit manis kami lalui. Dari tiada apa – apa sampailah ada kereta, ada rumah.. Sekarang tiba – tiba senang saja bini kedua boIot.
Memang masa tu rasa macam tak nak hidup dah min. Aku berdoa setiap sujud ku. Kalau dia bukan jod0hku.. Ringankanlah mulut dan hatinya untuk melepaskan aku. Bertahun – tahun aku hidup bermadu, namun aku terus diabaikan.
Aku bertahan hanya kerana kasih sayang aku terhadap dia dan anak, Akhirnya min aku dapat tahu dia terkena k4nser. Ya Allah aku sujud min walaupun aku dimadukan tanpa reIa, hidup tersiksa, aku terlalu sayang kan dia.
Yang paling menyedihkan min disaat suami aku s4kit dia masih sempat menyambut hari jadi isteri kedua dan anniversary mereka sedangkan aku? Birthday aku langsung dia tak peduli, dia seolah benci dengan aku, apa salah aku min?
Suatu hari aku terima satu panggiIan lebih kurang jam 10 malam. Dalam panggiIan itu mengatakan laki aku hanya sebut – sebut saja nama aku ketika dia terlalu nazak. Dia sikit pun tak ada sebut nama bini mudanya. Aku macam dah tak tahu nak buat apa dah min.
Rupa – rupanya aku dengar cerita isteri mudanya pun tak jaga dia dan sudah lari sama lelaki lain. Sampai lah dia meninggaI jam 1 pagi. Aku tak ada melawat di hospitaI. Bila tengok jenaz4h arw4h suami di rumah mertua. Aku yang terasa tenang dengan pemergiannya min. Kini dah 2 tahun dah berlalu, arw4h pergi tinggal aku. Semoga suamiku tenang di alam sana. Aku pun tak pasti adakah aku sudah maafkan dia atau tidak.
Komen Warganet :
Norlida Mohd Idris : Awak dah tenangkan, jadi maafkan je la arw4h suami. Allah dah tarik segala sengs4ra yang awak hadapi. Bangun dan didik anak untuk banyakkan doa bagi ayahnya. Beramal untuk bantu arw4h di sana.. Allah bagi ujian sebab tahu awak mampu dan kuat. Ingatlah dunia ni hanya sementara saja. Esok – esok pun kita ke sana juga..
Awleya Zehra Zehra : Yang pernah melaluinya saje yang tau bagaimana rasa s4kit di khian4ti.. Tapi nasihat saya, maafkanlah walaupun perit. Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik kepada tt, amin.
Nureen Norhidayah : Kalau suami masih hidup mungkin memang susah nak terima dan maafkan, tapi sekarang suami sis pun dah tak ade. Maafkanlah segala kesalahannya supaya dia tenang di sana kerana apa kita perlu memaafkan?
Kerana org yang meny4kiti kita sudah tiada. Tiada siapa lagi yang meny4kiti hati awak dan anak. Awak hiduplah dengan tenang selagi awak tak maafkan saya yakin tiada ketenangan dalam diri awal. Saya doakan semoga ada bahagia untuk sis.
Ct Hamna : Dah m4ti pun laki ko, terserah ko lah nak maafkan walaupun macam tak dapat dimaafkan jak perangai dia tapi dah arw4hkan. Nak buat macam mana. Dia hanya teringat ko masa nafas dia dah nak putvs je. Itu pun sebab bini muda yang dia agungkan sangat tu dah tinggalkan dia.
Mungkin dia dah menyesal. Ko dah lepas dari d3rita. Semoga ko dapat pengganti yang lebih baik dari arw4h. Baguslah dia dah jadi arw4h.. Kalau masih hidup mungkin ko lagi s4kit.. Jadi tuhan dah makbulkan doa ko.
Assam Pedas : Buat apa berdend4m dengan orang yang telah tiada. Awak kata awak sayang suami. Tapi kenapa awak tak melawat ketika dia s4kit. Dia kan masih suami awak. Apa – apa dia buat pada kita, itu antara dia dengan Allah.
Patutnya awak pun kena jaga suami awak ketika dia s4kit, kerasnya hati awak sampai tak pergi hospitaI melawat.. Sekurang – kurangnya ingat lah sikit kebaikan yang dia pernah buat dekat awak dulu. Awak ni patut maafkan suami masa dia s4kit lagi, kasihanilah suami kita. Allah pinjamkan untuk kita sekejap ja.. Maafkanlah dia moga rohnya tenang di sana.
Lily Nur Shifa : Memang berat dugaan awak, bukan mudah nak lalui rumahtangga yang dikhian4ti. Tetapi dengarlah nasihat pembaca – pembaca supaya maafkanlah arw4h suami awak. Sekarang pun dah 2 tahun berlalu, selagi awak tak memaafkan dia, selagi tu awak tak boleh move on dan rasa tenang.
Ajar dan ceritalah yang baik – baik tentang arw4h suami pada anak awak. Semoga dia dapat membantu doakan arw4h ayahnya di sana nanti. Salah satu amalan yang berterusan untuk si m4ti adalah doa dari anak – anak yang soleh. Saya doakan awak terus kuat dan dapat lupakan kisah yang pahit tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.