Sebelum kahwin, suami janji nak tinggal dekat rumah sendiri. Tapi lepas kahwin dia bawak aku duduk rumah mertua. Adik beradik suami 4 orang, semua lelaki dah berkahwin dan mereka semua duduk sekali rumah mertua. Sebab tu suami bawa aku duduk sekali. Korang boleh bayangkan tak, duduk ramai – ramai..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku hanya menulis di sini untuk meluahkan apa yang aku rasa. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa dan korang pun taktau siapa aku. Jadi aku anggap kat sini sahajala tempat aku meluahkan perasaan untuk bercerita.
Mana tau ada sebarang komen yang boleh bantu aku selepas ni. Cliche sebuah perkahwinan ala – ala page luahan hal kisah rumahtangga. Aku seorang isteri, anak baru seorang, dah kahwin lebih 6 tahun tapi alhamdulilah aku dianugerahkan anak yang sangat lasak dan memang tak duduk diam.
Sebelum ni aku pernah bekerja dalam bidang professional tapi selepas bersalin, suami aku tidak mengizinkan aku untuk berkerja dengan alasan tiada siapa untuk menjaga anak. Ada harta sendiri, motor, kereta dan rumah sendiri.
Tapi disebabkan aku ikut suami aku, aku bawak kereta dan moto sahaja, rumah aku bagi adik beradik (rumah pusaka atas nama sendiri). Aku tinggal di rumah mertua aku bersama dengan beberapa orang ipar aku yang lain.
Padahal sebelum kahwin, suami aku dah berjanji untuk tinggal di rumah sendiri. Tapi bila tengok adik beradiknya bawak isteri masing – masing ke rumah ini, diangkutnya aku sekali tinggal di situ. Korang boleh bayangkan keadaan bila tinggal dengan ipar masing – masing.
Dengan sepanjang masa kena bertudung, tak bebas, lepas tu dengan per4ngai adik ipar yang suka membandingkan anak mereka dengan anak aku. Sebab adik beradik suami 4 orang lelaki, semua dah kahwin dan SEMUA tinggal sini. (Rumah besar).
Str3ss pertama aku di situ. Tapi tetap sabar sebab ada je sisi baik mentua dan ipar ni. Str3ss kedua aku pulak dengan per4ngai sang suami. Dia bagi aku rajin berkerja, rajin bermasyarakat, rajin main dengan anak, rajin bawak jalan, rajin bawak makan, tapi banyak lagi negatifnya.
Aku tau aku pun tak sempurna mana dan banyak kekurangan tapi aku sedih bila sang suami yang aku harapkan dapat bimbing aku dan anak ke jalanNya, sangatla jauh panggang dari api. Dia culas bab solat, puasa, nafkah, dan juga kasih sayang dengan isteri.
Dia tak suka mengaku kesalahan dia dan sering salahkan aku walaupun itu memang punca dari dia, Ada beberapa kali perselisihan faham yang buatkan aku tawar hati kerana dia pernah angkat tangan nak pukuI aku, lepas tu dia pernah b0dohkan aku hanya sebab aku penat nak layan karenah dia (suruh rakam video dia drive).
Dia sangat panas baran dan kadang – kadang aku ada ternampak dia meng4muk dengan mak dia sendiri. Dia sangat pentingkan kawan dia ye, pantang kawan ajak melepak, tengok wayang, mengopi ke, shopping ke laju je ok.
Ada sekali tu aku suruh dia uruskan anak dia sekejap sebab aku nak mengaji, tak sangka dia meng4muk dan bagi anak tu kat aku hanya sebab dia takut kawan dia tunggu dia lama di kedai makan. Sayang sungguh dia kat kawan dia.
Aku rasa dia dah boring kot hidup kahwin, ada anak lagi. Dia mesti tak bebas kan? Mesti dia rindu zaman bujang dia. Aku jadi sangat tertekan dengan per4ngai dia sampai kadang – kadang aku terlepas marah aku kat anak aku.
Kadang – kadang aku terdetik nak hidup normal macam dulu. Zaman aku dijaga dengan elok oleh mak ayah aku. Tak s4kit hati, tak hari – hari menangis. Oh ya, dia sangat susah nak mintak maaf walaupun dia nampak aku nangis.
Nampak tak dia pun aku rasa dah takda perasaan kat aku. Aku jenis pendam, rasa nak bercerita hal ni kat family, tapi aku tau itu aib aku. Aku bersyukur sangat adik – adik aku dapat suami yang baik, yang selalu dipuji oleh adik aku, yang bagi aku banyak kelebihan dia daripada sang suami aku yang sorang ni.
Aku dah cuba besabar sesabar mungkin, tapi terdetik kat hati aku, sang suami ini tidak ada pemikiran ke yang aku ni da k0rbankan kerja aku yang stabil untuk jaga makan minum baju dia, jaga anak kesayangan dia sehari suntuk tanpa rehat yang dia tau bila balik anak da cantik kemas, masak makanan dia yang tak nak makanan sama macam lauk pagi ke tengahari, hanya untuk kehendak dia.
Aku dah buntu guys, dalam fikiran aku nak je cari kerja balik sebab ada je aku dapat tawaran yang baik tapi sang suami asyikla cakap nanti – nanti baru kerja. Aku dah tawar hati sampai sekarang bila nampak dia je aku jadi meluat.
Aku hanya fikir jalan terbaik mana tau lepas ni tak panjang jodoh kami walaupun aku tau tak baik mintak yang bukan – bukan. Sekurang ya aku ada mata pencarian aku untuk surv1ve dengan anak aku. Cuma aku dah habis fikir, aku taknak hidup dalam t0xic relationships yang mana aku je kena mengalah dan jadi mak turut je.
Aku penat menangis sampai banyak kali aku migrain dan depr3ssed. Aku da cuba sehabis baik. Korang rasa apa patut aku buat? Haha. Korang jangan kecam aku lebih – lebih, aku cuma nak bercerita je nasib aku sekarang. Aku tau aku pun banyak silap salah dan kekurangan, cuma mungkin suami aku tak tulis kat confessions ni.
Doakan aku kuat dan sabar, Doakan jugak laa Tuhan tunjukkan jalan keluar untuk aku dan sang suami agar dia boleh lebih menghargai isteri dan anak dia yang tak seberapa ni. Terima kasih korang sudi baca. – Laila (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sharifah Ainul Haida Al-Qadri : Angkat kaki. Ntahla. Orang akan cakap “ eh senangnya cakap” tapi life is short kak. Nyawa pun taktau brapa lama Allah swt bagi pinjam. Kenapa nak k0rbankan jiwa raga pada orang yang non stop s4kitkan hati kita dan tak hargai.
In fact i tak rasa prempuan ni nak Mr perfect 10 pun. Kalau laki tu susah tapi per5ngai elok, kita pun boleh susah sama – sama. Live your life to fullest. Belajar untuk sayang diri sendiri dulu before sayang orang lain dan diri kita berhak bahagia.
Bagi i , kalau tanpa suami hidup kita boleh 10 kali bahagia, better la tak payah berlaki. Ni kalau dah pandang pun meluat, macam mana nak hidup sama – sama lagi 10 tahun. Nanti apa – apa kita buat untuk dia pun akan datang rasa tak ikhlas.
Azie Azem : Jangan tambah anak. Cukuplah sorang anak yang lasak. Disebabkan dia tak kasi kerja, sis simpan lah duit belanja yang dia bagi tu setiap bulan dan selalulah mintak duit dia untuk keperluan diri dan anak. Jangan berlembut dan mengalah bab duit.
Kalau dia bising, buat b0doh je dan jangan mengalah. Lagi bagus mintak depan adik beradik dia, ipar duai atau mak dia. Tentang anak, sis muda lagi, masih larat nak kejar anak, ajaklah anak ke taman setiap hari supaya dapat hirup ud4ra kat luar, guna alasan anak untuk semua benda.
Anak nak keluar main. Anak lasak. Tak nak anak bosan. Jangan kasi anak main hp. At least adalah we time bersama anak sementara masih muda, sihat dan boleh exercise. Anak ni kecik kejap je. Nanti dia dah sekolah, mesti rasa rindu.
Zaty Iman Perodua : Kerja. Bukan nak cakap apa, tapi orang laki nie ada eg0 dia di mana kalau isteri tak bekerja (tak semua la) dia akan ada rasa dia la ketua, dia la raja, dia la pemberi makan minum. Bila dia sorang je yang kerja, dia act laa. So for me better kerja ada duit sendiri, ada harta sendiri. So dia pun tak berani nak b0doh – b0dohkan nak h4mba – h4mbakan kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.