Aku dan isteri dah 3 tahun berkahwin dan sama – sama bekerja. Masalah aku sekarang isteri aku ni pemalas. Malas nak masak, malas nak Iipat baju. Tahun lepas boleh kira berapa kali je dia Iipat baju. Aku fikir nak cerai je, atau pembaca ada pendapat lain..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, nama aku Hariz (bukan nama sebenar) aku hanya nak luah kan apa yang aku rasa, dah lama aku pendam mungkin aku perlu luah kan demi kesihatan mentaI aku. Aku berumur hampir 30 tahun, berkahwin nak masuk dekat tiga tahun.
Aku dan isteri belum ada rezeki nak ada anak. Aku bukan lah suami yang baik sangat, solat tu on off kadang – kadang tidak, mungkin ini lah salah satu punca masalah aku. Aku dan isteri bekerja, dah hampir tiga bulan work from home.
Kalau tidak work from home setiap hari aku akan hantar dan jemput isteri balik kerja. Bab nafkah, alhamdulilah aku mampu bagi isteri aku elaun bulanan dua ratus sebulan (setakat ni aku rasa banyak tu aku mampu bagi), duit untuk barang dapur setiap bulan memang semua aku yang beli,
Kadang – kadang ayam ikan dan daging dalam freezer tu boleh tahan dua tiga bulan jugak lah, rumah memang aku yang bayar, boleh kata kan semua aku bayar daripada wifi, neflix, maintenance fee dan keperluan yang lain kecuali bil elektrik dengan kereta isteri aku, itu memang dia yang bayar.
Aku suruh dia bayar bil elektrik bukan sebab aku tak mampu tapi nak bagi dia ada rasa tanggungjawab. Bab gaji dia aku tak pernah usik pun dan aku tak nak ambil tahu apa yang dia buat dengan gaji dia. Okay settle yang tu, aku ada la beberapa masalah dengan isteri aku.
Yang pertama, dia tak rajin nak masak kat rumah, malah kalau hujung minggu pun susah nak masak, aku pun tak pasti sebab apa. Kalau rajin aku akan masak, kalau tak memang order grab food or beli kat restaurant lah which is on me.
Second dia kurang rajin nak Iipat baju. Kalau nak ikut rekod, tahun lepas aku boleh kira berapa kali dia Iipat baju, tahun lepas baju tu sama ada aku Iipat atau aku upah orang lain aku datang rumah suruh tolong Iipat kan. Yang ketiga, aku tak selesa dia sibuk dengan handphone dia nak – nak sekarang ni sampai pukuI satu dua pagi baru tidur sebab dengan handphone.
Awal tahun baru hari tu aku ada bincang benda ni dengan dia sebab dah hampir dua tahun kan macam ni, jadi aku fikir nak tegur juga. Alhamdulilah dia berubah tapi itulah tiga bulan pertama saja kemudian jadi macam biasa. Lepas tu ada aku tegur tapi tak direct lah which is kadang – kadang aku macam perIi dan bagi hint kat dia macam tu.
Tapi tu lah macam tak berapa berkesan. Aku bukan apa malas nak marah – marah, jadi kadang – kadang tu berdiam lebih baik kan. Mungkin work from home ni buat aku burn out, otak aku dah macam dah tak boleh tahan. Macam aku cakap mungkin sebab masalah ni sebab aku solat on off kot.
Sekarang apa yang aku rasa adalah aku nak bagitahu dia aku nak berpisah secara baik dengan dia tapi patut tak aku buat macam tu ya? Secara jujurnya, selain dari masalah yang aku cakap dekat atas, aku dan dia tiada masalah lain pun.
Semua memang okay tapi itu lah. Kita berkahwin nak saling melengkapi dan kena saling bertolak ansurkan. Sampai bila aku nak macam ni. Adakah aku patut hadap je semua benda ni untuk selamatkan perkahwinan aku atau ada apa apa jalan penyelesaian lain.
Serious aku dalam dilema sangat. Tolong bagi pendapat dekat aku, maaf kalau ada yang rasa aku tak sepatutnya kongsi story ni. Sekarang memang apa yang ada dalam kepala otak aku adalah berpisah secara baik. Korang rasa macam mana, tolong bagi pendapat. Bukan suami yang baik, – Hariz (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Raja Norkhairani : “Aku suruh dia bayar bil elektrik bukan sebab aku tak mampu tapi nak bagi dia sense of responsibility.” Suami TAK BOLEH kata pada isteri, “Yang ni awak bayar”. Hukumnya H4RAM. Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami.
Melainkan Isteri kata, “Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar”. Ini baru boleh. Ramai suami – suami yang memperb0dohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. “Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar”.
Ingat, hukumnya H4RAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh. Macam mana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.
Abdul Razak : Hmm… tolong jangan cerai pls. Bisikan sy4itan tu tuan. Saya pasti anda menyesal nanti kalau bercerai. Apa kata tuan je yang buat semua tu. Benda kecik je. Lipat baju? Tak payah Iipat pon xpe kot. Taknak nampak bersepah?
Beli bekas besar letak semua kain dlm tu. Tuan lelaki, kene banyak bersabar. Serius kene banyak bersabar. Tuan ubah la diri tuan dulu, InsyaAllah lama – lama isteri pon akan berubah. Saya bercakap dari pengalaman. Jangan jadi macam saya
Ummu Atifah Karim : Sedihnya. Sebab masalah utama dah tahu, tapi taknak betulkan. Lebih prefer untuk berpisah. Kahwin lah dengan 50 perempuan pun tapi kalau yang asas tak pegang teguh, kahwin cerai je la jadinya. Maaf kalau kasar.
Cuba tuan betulkan dulu asas hidup iaitu SOLAT. JAGA SOLAT SOLAT JEMAAH DENGAN ISTERI. Buat 2 ni dulu. Lepastu masalah tu, baru counter semula. Semoga berjaya jadi suami yang berjaya mengemudi rumahtangga.
Bim Mira : Kalau dalam perkahwinan nak banding siapa sumbang paling banyak dalam family tu dia hebat tu susah lah. tambah kalau mata nak tengok semua sempurna. Dulu sebelum kahwin kat rumah dengan family ada maid.
Bila dah kahwin semua kena hadap sendiri. Saya tak suka Iipat baju. So suami beli h4nger banyak – banyak just g4ntung ja lepas jemur. Problem solved. Saya tak suka basuh pinggan. So kami bahagi half – half basuh pinggan.
Saya suka masak tapi saya tak suka fikir nak masak lauk apa. So kalau saya tanya nak makan apa dan takde jawapan saya tak masak. Saya suka baking, tapi suami selalu terk3jut tengok bill elektrik. Saya gelak dia gelak.
Perkahwinan ni takleh pend4m. Sebab tu sebelum tidur kena mintak maaf dan bual – bual lah. Sebab dari situ nak tahu penambahbaikan. Apa solution kepada arahan suami tadi. isteri ni nak Iawan suami tak boleh, nak tinggi suara lagi lah tak boleh. Try tanya apa dalam hati dia. By the way perempuan tak selalu betul. Tapi nak tegur perempuan ni leceh sebab bermain dengan em0si.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.